TERKINI :

Friday, August 3, 2012

Jangkahayat Profesion AG & Bekas IGP masih panjang nampaknya..!!!

Peguam Negara Berjaya Pancing Ikan Besar


Tahniah kepada Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail kerana berjaya dapat memancing 'ikan besar' sewaktu pergi memancing bersama Dato' Razak Musa, Pengarah SPRM Pendakwaan. Turut meraikan kejayaan tersebut ialah bekas KPN , Tan Sri Musa Hasan.

Maka ternyata benar apa yang pernah penguamnya katakan disini tidak lama dulu. Bahawa kini Ramli terbukti telah benar-benar kecundang dalam perjuangannya untuk menegakan keadilan di bumi Malaysia ini.

Dato Ramli, bekas pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial, telah bersetuju untuk TIDAK mendakwa bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, AG Gani Patail, kerajaan dan media arus perdana kerana tohmahan keatasnya sebagai 'Pegawai Polis RM 27 Juta' dan dakwaan yang telah dilontarkan ke atasnya.

Skim politik UMNO berterusan menipu orang Melayu


Tiada cara lain, Umno yang parah cuba eksploitasi isu PM bukan Melayu untuk cemaskan orang MelayuPersoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu telah dieksploitasi oleh UMNO untuk mencemaskan orang Melayu yang naif.

Karpal Singh menyatakan bahawa Malaysia boleh mempunyai seorang Perdana Menteri bukan Melayu atau bukan Islam dengan sah.Dari sudut perlembagaan pandangan beliau adalah betul.Dia mungkin melampu dari segi politik dalam konteks Malaysia tetapi dia tidak melakukan sebarang kekhilafan dari segi perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas menetapkan bahawa bangsa dan agama Perdana Menteri bukanlah kriteria di sini. Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan hanya semata-mata menetapkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri daripada kalangan Ahli Dewan (dipilih Ahli Parlimen) yang mendapat sokongan majoriti dewan.

Petua Pak Long nak bagi kat Najib...

"Salam semua... Tak dinafikan la, memang teruk betoi jadi orang besaq negara macam Najib neh... Terlampau banyak benda yang dia kena jaga, sebab tu masaalah rakyat sampai terlupa... Mana nak jaga Rosmah lagi, dah yang tu memang tanggungjawab laki. Mana nak tengok para Menteri lagi, yang dok ada pun ramai yang nak lari. Anak-anak pulak dah besaq panjang, nak kena tengok jugak biaq lebih kaya dari orang...
Masa mana lagi kan dia nak berbakti kat anak bini, masa ni la time dia jadi Perdana Menteri...

Jadi tak heran la kan, dengan tidoq tak ketahuan hala... makan pun kurang selera. Pi tandaih pun tak dak masa... sampai kesihatan sendiri tak terjaga. Tu pun nasib baik jugak la Tuhan jodohkan dia ngan Rosmah, baguih budak Rosmah tu. Boleh jugak dok tolong ganti dia jadi Perdana Menteri bila ada kelapangan... Payah cari bini gagah macam Rosmah tue... Mak Long hang pun tak dak karamah nak ganti Pak Long pi motong getah... hehe...

Rafizi, kami mendoakan kesejahteraan saudara

Oleh Aspan Alias
Penahanan Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, pagi ini tidak memeranjatkan saya kerana tanda-tanda yang pentadbiran Najib akan menggunakan apa sahaja kuasa yang ada kepada beliau untuk menekan orang seperti Rafizi. Bagi UMNO dan pimpinan BN Rafizi itu bersalah kerana membocorkan rahsia kecurangan yang berlaku di dalam kerajaan

Rafizi dituduh di bawah seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 di mahkamah seksyen Shah Alam pagi tadi. Bersama dituduh ialah Johari Mohamad, pegawai dari Public Bank, kerana bersubahat dalam kes ini.

Rafizi memang sentiasa berada di dada media dengan pembongkaran-pembongkaran yang melibatkan salahguna wang dan harta rakyat yang berlaku di dalam kerajaan pada masa kini. Kita tidak menafikan jika ada akta yang boleh membawa Rafizi ke mahkamah, tetapi apa yag dibongkar oleh Rafizi itu sememangnya isu yang melibatkan wang dan harta rakyat yang sedang dirompak oleh pihak yang diberi mandat oleh rakyat selama ini.

Insya Allah.. nak merasa harga kereta murah undilah Pakatan Rakyat

Manifesto PRU: PKR pertahan turun harga kereta boleh dilaksana
Menjelang PRU 13
 
PETALING JAYA - PKR, yang sebelum ini berjanji mahu menyenaraikan turun harga kereta sebagai janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) Pakatan Rakyat, hari ini mempertahankan pendiriannya ia boleh dilakukan sambil menegaskan, pendapatan negara tidak akan terjejas jika harga kereta dikurangkan.

Salah satunya ialah menerusi pengurusan permit diluluskan (AP), kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Jelas beliau, pengurusan AP kereta dengan baik mampu menambah pendapatan negara kerana langkah itu akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas secara mendadak jika penghapusan cukai eksais secara berperingkat dilakukan.

Semoga Aznil tabah w/pon rumah di masuki perompak...biasa le kes terpencil je 'negara' kita kan masih aman lagi..!!

Rumah Aznil digeledah perompak

KUALA LUMPUR - Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.

Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Awat yang Mad Bashah Kalut Sangat Nie...????


Guru Quran Sukarela & Bidan Kampung di daerah Pendang pula dapat sumbangan

Ramadhan menjadi rahmat untuk guru Quran dan bidan kampung

PENDANG, 31 Julai – Ramadhan kali ini memberi rahmat kepada guru-guru Quran sukarela dan bidan kampung di sekitar Kedah apabila kerajaan negeri terus memperuntukkan sumbangan kepada mereka.

Hari ini, penduduk Daerah Pendang pula mendapat sumbangan apabila golongan yang sama di Daerah Pokok Sena, dan Baling mendapat habuan masing-masing pada awal Ramadhan lalu.

Sumbangan berupa wang tunai, beras dan kurma ini diserahkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, diikuti dengan majlis berbuka puasa dan sembahyang Maghrib berjemaah bersama penduduk setempat di perkarangan Masjid Sultanah Haminah, Pendang.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Pendang, Haji Ikbal Ahmad, dalam ucapannya mengatakan peranan guru Quran dan bidan kampung amat penting dalam pembangunan sosial negara.

“Guru-guru Quran dahulu amat tegas dalam mengajar, salah sikit kena rotan tapi kerana rotan itulah anak-anak dahulu pandai mengaji dan menghafal dengan baik.

Kepada Ahli UMNO..jika dah tahu kapal nak tenggelam tu mai la kita naik kapal baru..!!

Sertai PR jika hilang yakin, Anwar seru ahli Umno
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan  jika mahu terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 boleh menyertai Pakatan Rakyat (PR).

"Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR.

"Perlu ikut undang-undang yang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Ketua Umum PR dan Ketua Pembangkang di Parlimen ini diminta mengulas isu melibatkan  Datuk Seri Lajim Ukin, yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.

Takaful Ikhlas serah sumbangan RM1,000 bantu anak yatim di Baling

BALING 1 Ogos - Takaful Ikhlas Wilayah Utara (Takaful Ikhlas) menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nur Hidayah (PKAYMNH), Kampung Sadik di sini semalam.

Penolong Naib Presiden Wilayah Utara, Mohamad Farhey Mohamad Taufik berkata, sumbangan itu merupakan salah satu usaha syarikat berkenaan menunaikan tanggungjawab sosial korporat kepada golongan memerlukan.

"Inilah tanggungjawab yang sempat kami lakukan sempena Ramadan tahun ini dan sumbangan wang ini diharap digunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan anak yatim yang tinggal di situ," katanya selepas menyampaikan sumbangan itu kepada Timbalan Pengerusi PKAYMNH, Mohamad Bakre Yaakob.

Nikmat kegembiraan dalam berpuasa..


Oleh AMINUDIN MANSOR

Amal ibadat ikhlas kerana Allah SWT pasti beroleh ganjarannya hebat. - Gambar hiasan

TERDAPAT dua kegembiraan yang jelas bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan. Kegembiraan ini tidak dapat dirasakan oleh mereka yang tidak berpuasa. Ia adalah suatu kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Mencari kegembiraan dalam kehidupan adalah sesuatu yang sukar ditemui. Kegembiraan bagi orang yang berpuasa akan dinikmati oleh semua orang sama ada mereka itu golongan kaya atau miskin. Nikmat kegembiraan ini sama dirasakan oleh hati dan perasaan.

Chong Wei mara separuh akhir

 Datuk Lee Chong Wei
Lee Chong Wei mara ke separuh akhir
 
PEMAIN nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei layak ke separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2012 selepas mengalahkan pemain India Kashyap Parupali dalam saingan suku akhir di Arena Wembley di sini, lewat malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia).

Chong Wei mengambil masa 44 minit untuk melakarkan kemenangan 21-19, 21-11 ke atas lawannya itu dan akan menentang pemain nomboor tiga dunia Chen Long dari China pada perlawanan separuh akhir.

Pada set pembukaan, Chong Wei, mula melakukan gerakan perlahan untuk mencari rentak selepas tidak beraksi secara kompetitif akibat kecederaan buku lali sejak Mei lalu, dan terpaksa ketinggalan 3-6, 5-9, 6-10, 10-14.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...