TERKINI :

Monday, July 30, 2012

Inilah Puncanya Awat UMNO KEDAH dah tak sebulu dengan KCS..!!!

Tahniah Dato' Mi... Najib dah tak percaya UMNO Kedah


Akhirnya terbongkar rahsia besar bahawa PM Datuk Seri Najib telah menyalurkan bantuan untuk rakyat miskin di Kedah sebanyak RM2.6 juta (ulang sekali lagi RM2.6 juta... biaq UMNO Kedah dengaq meleleh ayaq lioq) melalui Persatuan Pentadbir Awam Kedah a.k.a. KCS.

Apa pasai pulak yang Najib hulurkan melalui KCS? Mengapa tidak melalui JKKKP atau UMNO bahagian?

Menurut riwayat yang boleh dipercayai, sebabnya ialah kerana Najib sudah hilang kepercayaan terhadap rangkaian UMNO. Semuanya penyamun tarbus. Kalau 100 turun... tara nak sampai kat sasaran habih bocoq kot jalan tinggai 10 kat orang miskin. Rupanya isu Najib guna saluran KCS untuk hulog bantuan telah menimbulkan kemarahan UMNO.

Walaupun Rakyat semakin meluat tapi MENTERI BN dok buat kelaku huduh tuu laa..!!!!

Amalan gangguan Pak Menteri dalam tender Kerajaan.

Nelayan berbisik dengan peraih di Kota Kuala Muda
MR bukanlah orang business. Sedikit pengalaman MR dalam perniagaan ialah semasa di sekolah dahulu sekitar 60an dan 70an menjual sagon (tepung gandum goreng bersama kelapa) dan nasi lemak. Tetapi kegiatan perniagaan MR ini terpaksa dihentikan kerana complaint oleh tauke kantin sekolah mungkin perniagaan beliau terjejas.
Semasa  di sekolah menengah MR membantu bapa menjual Tupperware melalui parti atau kerap dikenali  sebagai parti Tupperware. Parti Tupperware di antara parti yang friendly kerana ia bukannya parti politik yang tak habis-habis berkelahi.
Hari ini semua itu sudah berlalu. Apa yang hendak dibicarakan di sini ialah persaingan perniagaan Bumiputera dalam projek Kerajaan dan gangguan Pak Menteri dalam tender-tender besar Kerajaan.

Betoi ka dah ada penceramah mula demand dan letak charge sampai RM2500 sekali ceramah..??

RM2,500 sekali ceramah? Mana ada duit?

Oleh: Mat Zain Mat Isa
 
“Tiga ratus (RM)? Tak banyak ke tu?”, terjah ketua sebuah cawangan PAS. Beliau lantas mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan separuh (RM150), atau paling banyak pun hanya RM200.

“Tak sampai hati lah nak bagi Abang Mat RM200 je. Penat-lelah dia mari jauh-jauh, minyak kereta lagi, belanja makan-minum dia pulak. Kalau ikutkan, RM300 tu pun tak padan,” sanggah bendahari cawangan pula.
Agak berpanjangan juga kira bicara antara mereka dan beberapa yang lain di belakang pentas. Perkara dibahaskan ialah soal wang saguhati yang nak diberikan kepada penceramah utama dalam majlis yang sedang berlangsung.

“Alahh... dia mari jauh-jauh pun, bukan untuk ceramah kat kita setempat jah. Malam kelmarin di Kemaman, semalam (malam tadi) kat Tok Guru (di Rusila, Marang), malam esok katanya di Kubang Kerian. Tiga-empat malam juga sekaligus... situ sikit, sini sikit (saguhati), jadi banyak la tu...”, bentak seorang petugas, cuba menjustifikasi angka dicadangkan sang ketua tadi.

Jom Jom... jangan dok buat kelaku huduh macam nie..!!!

Ini dia sykt yang tamatkan kontrak Abby jadi duta tuu...!!!!

boleh jadi tawkeh tudung yang Abby jadi duta tu orang umno kot?


Lama rasanya tidak mendengar perkembangan terbaru Abby Abadi selepas dia mengambil keputusan untuk berhijrah memakai tudung. Pasti ramai peminat-peminat Abby yang merindukan kelibatnya. Selepas bertudung, rezeki Abby dilihat semakin murah apabila dilantik menjadi duta Al-Humaira. Berikut beberapa gambar beliau sempena menjadi duta tudung tersebut.

Mai Bulan POSA...Jangan kita ambik alih keja buat setan...

Salam semua...

Bulan posa ni kerap kalinya kita ni mamaq mata. Semua yang kita tengok nampak sedap dan berselera... tu yang bahayanya pasai kita pi ziarah bazar Ramadhan masa perut kosong, kita tengok ngan hati berahi... Jadi nak heran pa nya, bulan posa jugak la belanja dapoq kita tetiba lebih tinggi dari bulan-bulan besa...

Orang kita ni pun sama, depa cukup kalut mengkalu cerita pasai bulan posa. Kalut orang kita ni kadang-kadang tu melebih-lebih la pulak, solat pun depa tak kalut sampai macam nih... haha... Sebab tu la kalau kita tengok bulan posa ni lebih meriah dari bulan-bulan lain. Bukan meriah pasai amai ibadat sangat, tapi syok nak tengok bazar ramadhan sendat... bukan nak selak tengok hikmah berposa ni pasai apa, tapi kalut ngan sahur nanti nak buat apa, nak berbuka nanti nak makan apa...

Zul Kulim sembang bab maruah..... puithhhhh..korek hidung dulu la bro..!!!

SIAPA ZUL KULUM YANG DESAK LAJIM LETAK JAWATAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS
APABILA Datuk Seri Lajim Ukim mengumumkan meletakkan semua jawatannya di dalam Umno dan paling `menghiris' hati Najib adalah apabila Lajim mencabar Najib agar memecatnya dari kabinet dan parti seberapa segera.  Lajim kini masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan walaupun beberapa hari lalu beliau secara terus terang menyebut akan menyokong PR dan berada di pihak DS Anwar.
Mengapa Najib tidak mahu pecat Lajim? Umno kini benar-benar tenat.  Mahu mencari ahli baru amat susah maka bukan mudah juga mahu buang ahli apatah lagi tokoh berpengaruh seperti Lajim.   Tapi yang peliknya, Zul Kulum pula terhegeh-terhegeh suruh Lajim letak jawatan dari kabinet dan parti itu apa hal?  Zul Kulum selaku Naib Presiden PERKASA berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan PM, Najib.

Hudud :Antara dasar bersama' PAS & DAP dalam kontek Perlembagaan Negara.

DAP hormati perjuangan PAS, bekerjasama membanteras rasuah, salahguna kuasa

Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: DAP dan PAS bersatu tenaga untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta melaksanakan amalan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP bersetuju dengan usaha PAS memperjuangkan negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.

“DAP dan PAS boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecahbelahkan kita.

“Untuk sebab ini, DAP dan PAS telah menandatangani “dasar bersama” yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada masa depan.

“Jelas, “dasar bersama” tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aduhai RAIS.. Hang pemohong puak UMNO boleh laa....!!


Pada usia 70 tahun.. selayaknya Rais Yatim bersara dan digantikan dengan orang yang lebih muda .. kita percaya najib razak pasti ada senarai calon yang lebih sesuai untuk mengantikan tempat rais yatim..

Hari tu beria2 cakap logo tu original.. tapi sekarang?

Hmmm....

rais.. rais..

Katanya…Kalau tak ada PR, BN akan tetap tak berubah

– Oleh Daing Yahya



Abang Daing rasa, sejak tsunami politik 2008 dulu, BN dah banyak berubah, lebih-lebih lagi Najib Razak. Dia kini rajin benar ke hulu-ke hilir, siang dan malam mencari rakyat susah untuk ditolong. Sekejap ke selatan, sekejap ke utara, sekejap ke timur dan sekejap ke barat. Pendek kata, PM kita ni dah macam Pegawai Daerah yang merayau meninjau kawasannya. Hebat betul.

Lepas BN hilang majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen, hilang pula Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak selain terus gagal menawan Kelantan pada 2008, telah membuatkan BN bagai bangkit dari lena yang panjang. Eh, betul ke?


UMNO-BN baru terasa nak sedar…

Rupa-rupanya, selama 54 tahun mereka memegang kuasa politik, mereka hanyut dengan nikmat yang tuhan beri. Dan rupa-rupanya, selama 54 tahun ini juga, kita rakyat Malaysia kena tipu dek permainan politik UMNO dan BN.

Bayangkanlah, nak dapat BR1M sebanyak RM500, kena tunggu 54 tahun. Nak dapat baucar buku pelajar juga kena tunggu 54 tahun. Tiba-tiba ada macam-macam lagi, segalanya dengan 1Malaysia. Apa ni?

Sekalipun selingan, logo merdeka terlalu teruk

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana kerajaan khususnya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak sensitif dalam memilih dan menentukan logo Hari Merdeka sehingga terpaksa menarik balik atau menafikan logo yang dikatakan akan digunakan sebagai logo Hari Merdeka tahun ini setelah mendapat bantahan ramai.

Bagi DPPM, kata ketuanya, Riduan Mohd Nor (gambar), sikap cuai atau sambil lewa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menentukan logo Hari Merdeka sehingga ia ‘terlepas’ ke media memberi gambaran negatif rakyat terhadap kerajaan.

Katanya, jika ia hanya paparan selingan (artwork) dan bukan logo rasmi sekalipun seperti yang dikatakan oleh Rais Yatim, ia terlalu teruk dan langsung tidak mempunyai nilai seni yang tinggi.

“Tidak sepatutnya paparan selingan ini muncul di media-media sebagai penghias sambutan Hari Merdeka tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Kotinjen Olimpik Malaysia kena kutuk!

dari Blog sozcyili.



Pasukan olimpik malaysia ke london kena kutuk. Sebenarnya tak perlu tunggu orang luar kutuk pun sebab sebagai rakyat yang membaca dan menatap gambar2 kotinjen kita di portal online pun rasa cam errrr.. baju apekah itu sebenarnya?

Dan tak sangka juga apa yang aku rasa rupanya dirasai oleh orang lain. Disebabkan itulah tak hairan kenapa yahoo melabelkan pasukan malaysia antara yang mempunyai uniform terburuk sekali di antara kesemua kontinjen yang menyertai kejohanan kali neh.

Benarkah Mustapa Ali Tanding Di Tititwangsa?

Mustapa Ali
SESUDAH SAHUH - Ada dengar-dengar Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali akan imigrant dalam pilihan raya akan datang dari Terengganu ke Wilayah Persekutuan. Beliau disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa kerusi yang ditinggakan oleh Allayarham Dr. Lo' Lo' Ghazali.

Kalau berita ini benar ia menarik juga kerana inilah pertama kali tokoh veteran Pas itu akan bertanding di luar Terengganu. Sebelum ini beliau tidak pernah meninggalkan negeri penyu menangis itu. Mustapa beberapa kali kalah dan menang di Terengganu. Mungkin Pas ada strategi sendiri kalau benar mahu meletakkan Mustapa di luar Terengganu.

Apakah ini menunjukkan Mustapa sudah tidak laku lagi di Terengganu? Atau beliau sudah menjadi liabiliti kepada Pas. Satu segi tindakan mengalih atau membawa bekas Exco Kanan Ternegganu semasa kerajaan Pas itu ke luar satu tindakan bijak. Kalau di Terengganu Mustapa sudah menjadi liabiliti elok di bawa keluar.

Sebelum ini Mustapa dikatakan mengidam kerusi Kuala Terengganu yang kini disandang oleh Abdul Wahid Endut. Dalam perkiraan beliau kerusi itu lebih senang berbanding dengan Dungun dan lain-lain kerusi kerana kedudukan atau taburan pengundi di Ternegganu yang bercampur dengan orang Cina. Lagipun pengundi di Kuala Terengganu pengundi bandar yang diistilahkan sebagai cerdik atau terbuka.

HKC mahu dialog bersama KFA


HKC
KELAB Penyokong Hijau Kuning (HKC) menuntut mahu mengadakan dialog bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), lapor MOHD FAHMI ISMAIL.

Ia berikutan kekecewaan peminat setia negeri jelapang padi itu selepas pasukan Kedah kembali terjerumus ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

Presidennya, Shahar Saad berkata, satu surat rasmi permohonan dialog akan dihantar kepada KFA dalam masa terdekat.

Mampukah Malaysia anuti demokrasi?

Tulisan saya masih lagi berkisar perspektif saya terhadap pembentukan masyarakat dalam konteks sosio-budaya, politik, dan perkembangan semasa.  Bukan kerana saya dibayar untuk menulis hal-hal ini, tapi ternyata saya masih belum mampu lari dari menekan papan kekunci saya untuk menaip perkataan-perkataan berkaitan politik dan sosial.  Tidak salah bagi saya rasanya; lagi pun saya kira bila terus menerus saya masih menulis hal berkaitan politik sebegini, bukankah saya sedang meneruskan survival orang Melayu dalam arena politik?  Saya sedang menyelamatkan kuasa politik umat Melayu dari dirampas oleh orang Cina dan India; kalau menurut sudut pandang kelompok penguasa yang mengebar bendera keris tidak bersarung.

Saban hari setiap umat manusia dalam Negara ini masih lagi terus tertanya-tanya; bila agaknya pilihan raya?  Ketika tulisan ini dicatat, di Negara jiran kita, Indonesia; rakyatnya yang bermastautin di kota megapolis Jakarta baru sahaja selesai melalui proses pilihanraya provinsi yang disebut sebagai Pilkada iaitu singkatan dari Pemilihan Kepala Daerah, persis pilihan raya negeri yang diamalkan di Negara kita (contohnya Sarawak baru-baru ini).  Pemilihan Kepala Daerah yang baru sahaja selesai pusingan pertama itu adalah proses pilihan raya untuk memilih Gabenor bagi provinsi Jakarta.  Apabila ditanya kepada rakan-rakan dari Jakarta, bila pula Pemilu (Pemilihan Umum-untuk memilih Presiden Republik) akan diadakan; ringkas sahaja dijawab 2014!  Masih ada dua tahun lagi, tapi awal lagi sudah diketahui bila pemilihannya.

Kedah guna tema 'Terus Berbakti' untuk sambutan kemerdekaan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menggunakan tema yang berlainan dari Kerajaan Pusat untuk sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 55 iaitu '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'.

Demikian diberitahu oleh YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kedah sebagai mengulas cadangan pihak tertentu supaya semua negeri Pakatan Rakyat tidak menggunakan tema 'Janji Ditepati' kerana menyifatkan tema tersebut mempunyai mesej politik kepartian yang jelas.

"Kita telah menggunakan tema Terus Berbakti secara rasmi mulai 17 Julai lalu sewaktu majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Dataran Balai Besar yang turut dihadiri oleh wakil kerajaan Persekutuan, YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom," katanya.

Mangsa Mercun Bola....

Dua cedera, mangsa pertama letupan mercun
Dua cedera termasuk kanak-kanak, mangsa pertama letupan mercun
Kanak-kanak berusia sembilan tahun, Tuan Mohd Hafiz setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong. - Foto Bernama
 
Dua cedera termasuk kanak-kanak, mangsa pertama letupan mercun
Mohd Sohibullah, 27, dipercayai mungkin buta mata di sebelah kirinya, cedera di bahu dan tangan kiri setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup.
 
ALOR SETAR - Dua cedera termasuk seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun akibat terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, kanak-kanak terbabit Tuah Mohd Hafiz Mohd Razli, 9, cedera di dahi dan badan sementara jirannya Mohd Sohibollah Saad, 27, cedera di mata, bahu dan tangan kiri.

Kita hampir meninggalkan 10 Ramadhan pertama, berbaki 20 hari terakhir

Ramadhan Bersama Palestin


"Semulia-mulia sedekah ialah pada bulan Ramadhan" Riwayat Tirmizi drpd Abd Rahman bin Auf

Kita hampir meninggalkan 10 Ramadhan pertama, berbaki 20 hari terakhir

Rasul s.a.w dalam khutbahnya menyatakan:
Banyakkan 4 perkara di bulan Ramadhan, 2 darinya akan mendatangkan keredhaan Tuhanmu,
dan 2 lagi kamu sangat menghajatinya;
1- Mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan selain Allah
2- Memohon ampun dari_Nya
3- Memohon Syurga
4- Memohon perlindungan dari api neraka

Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya daripada air kolamku dengan suatu minuman yang tidak akan merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...