TERKINI :

Friday, July 27, 2012

Kaji selidik terbaru tunjukkan BN makin bahaya

Oleh Mohd Farhan Darwis
July 27, 2012

PETALING JAYA, 27 Julai — PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.

Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu “bread and butter” menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.

“Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.

“Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik ... tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Rakyat diajak cipta tema Hari Kebangsaan baru


KUALA LUMPUR: Selepas tiada sebarang perubahan terhadap tema 'Tepati Janji' Hari Kebangsaan yang dianggap dipolitikkan Umno BN, Pakatan Rakyat hari ini menyeru seluruh rakyat mencadangkan tema baru menggantikan tema itu.

Menurut kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat, tema 'Janji Ditepati' untuk sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat.

"Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa.

"Ternyata Datuk Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa," kenyataan itu dipetik.

Tema Merdeka, rakyat jadi marah

oleh Idris Ahmad

Menyambut kemerdekaan adalah hak semua rakyat, bukan hak orang tertentu. Tidak pernah berlaku sebelum ini rakyat begitu marah dengan tema ini.

Kebiasaan perkara ini tidak pernah dibincang dan dijadikan polimik oleh rakyat di negara ini. Apabila tema Janji Ditepati dikemukakan ia mendapat bangkangan daripada rakyat.

Sebelum ini pun perayaan kemerdekaan negara seolah-olah sambutan ulang tahun Umno. Kerana gambar-gambar yang ditonjolkan dari kalangan Presiden Umno bukan daripada pejuang kemerdekaan yang tidak berkompromi dengan penjajah sehingga terpaksa merengkok di dalam penjara seperti Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Bostaman, Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain lagi. Sedangkan pemimpin Umno hanya menadah kemerdekaan dengan dulang emas kerana mereka adalah tali barut penjajah

Tahun ini ditambah calarnya dengan meletakkan tema kempen Barisan Nasional iaitu janji ditepati. Rakyat melihat ini adalah usaha terakhir BN untuk menjadi bahan kempen BN menjelang PRU 13 selepas hari Raya Aidil Fitri.

Najib masih tidak yakin untuk menang walaupun ditabur wang ringgit seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk isi rumah pendapatan RM3,000 kebawah dengan bantuan RM500.

Bantahan terhadap kekejaman Junta Myanmar melakukan kezaliman berterusan terhadap saudara Islam Rohingya di Sg Petani

penyerahan wang hasil kutipan drpda org rmai kpd Ustaz Ahmad Tarmizi Abu Alif yg akan ke Rohingya mggu dpn.

Bagaimana Cara harga Kereta Di Turunkan...???


Depakata sejak bila UMNO kenal pahala dan dosa ni..

oleh DepaKata.co.cc

Menjelang PRU 13
hahahaha.... Depakata sejak bila UMNO kenal pahala dan dosa ni...mungkin bru BALIGH kot...he3.. Undi UMNO masuk NERAKA...sbb UMNO meluluskan lesen JUDI..sbb umno meluluskan lesen arak...sbb umno meluluskan lesen nombor ekor..sbb umno meluluskan pusat pelacuran...

sbb PEMIMPIN umno PELAHAP duit rakyat...sbb umno makan RASUAH...sbb umno jual tanah-tanah melayu bumiputera..sbb umno jual saham bumiputra...sbb umno tarik balik bantuan kpd sek AGAMA RAKYAT...sbb umno kerajaan TIDAK ADIL..sbb umno curi DUIT ROYALTI minyak...Sbb tu lah UNDI UMNO MASUK NERAKA....

Tak Sampai 24jam UUM jaja survey Mukriz calon MB..dah ada pimpinan UMNO tolaknya..!!!

Kajian UUM Kantoi Umno Kedah tolak Mukhriz bakal calon MB


Tak sampai 24 jam selepas spekulasi bertiup kencang di Kedah berkenaan isu siapa yang paling layak jadi Menteri Besar, rupanya jadi bukti Umno-APCO terus bergolak!Bukan semua ahli dan penyokong Umno di Kedah yang mahu anak mantan Perdana Menteri iaitu Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum 13.

Tinjauan ringkas mendapati ada pemimpin Umno di bahagian yang menentang pemilihan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Ini mengesahkan lagi dalam Umno terdapat 4 Kem, 1 kem Najib,Kem Mahatir, Kem Mahyuddin juga Kem Ketua Bahagian.

“Mukhriz tidak sesuai kerana orang Kedah macam orang Kelantan mahu yang lebih beragama sedikit.

“Kalau isterinya masuk kampung dengan rambut merah dan tidak bertudung, orang tidak suka,” kata seorang pemimpin Umno bahagian.

Wakil Rakyat UMNO di Kedah rupa-rupa miskin dah.. itu baru sepenggal kalah..!!!

Wakil rakyat Umno Kedah tiada wang

 
Mereka mendakwa tidak mendapat sumbangan dari korporat dan individu.

ALOR SETAR: Umno Kedah kini berdepan masalah baru dalam usaha merampas semula negeri itu dari kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

Pemimpin-pemimpin di bahagian termasuk wakil rakyat mendakwa mereka tidak mempunyai wang untuk melaksanakan aktiviti.

Ketua Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang juga ADUN Kuah mengakui kebenaran ini.

“Kalau tidak ada wang, kami tidak boleh menemui rakyat. Kami perlu lakukan aktiviti terutama menjelang PRU 13.

“Seorang ADUN perlukan RM500, 000 kerana Kedah negeri yang kita kalah, kena buat banyak program dan aktiviti untuk rampas semula negeri ini.“Setakat ini sumber kewangan kami ialah dari Umno Pusat dan Umno negeri tetapi jumlahnya tidak banyak. Sumbangan korporat dan individu tidak ada langsung.

Berikut lokasi himpunan aman Rohingya hari ini

Harakahdaily, 27 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan aman di beberapa lokasi di seluruh negara hari ini bagi membantah pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Rohingya.

Himpunan aman ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dengan kerjasama NGO Islam yang lain.

Antara negeri yang telah memaklumkan tempat program himpunan aman ini adalah seperti berikut;

1. Melaka - hadapan masjid Al-Azim, Masjid Negeri

2. Kedah - Masjid Bakar Arang Sungai Petani

MB Kedah: Kajian tonjol Mukhriz bakal 'porak-peranda' BN


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak percaya bahawa kajian yang menyatakan bahawa anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir adalah calon MB popular bakal memporak-perandakan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Azizan sebagai berkata, keputusan kajian Universiti Utara Malaysia tersebut sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PAS.

"Pemimpin BN asyik berkhayal siapa layak jadi menteri besar jika layak berkuasa. Selepas itu kem masing-masing mula mencantas pemimpin lain yang disenaraikan lebih awal.

[Video] Ciss Samseng Taik Kucing ja mamat Penang nie...masuk mahkamah mintak maaf dan bayaq denda...apa barang...!!!

Dua lelaki didakwa cedera wartawan bayar RM1,500 seorang

NONEDua lelaki yang didakwa menyerang seorang wartawan akhbar berbahasa Cina semasa protes anti-Lynas di Pulau Pinang awal tahun ini, menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan masing-masing membayar RM1,500.

Kes itu, yang dijadual didengar mulai hari ini, bermula lewat kerana salah seorang peguam defendan - Mohammad Norman Ismail dan Mohamad Firdaus Ahmad - mengendalikan kes di mahkamah lain.

Pendakwaraya Suhaimi Ibrahim dan Edward Chan mengendalikan kes itu di hadapan  majistret Siti Salwa Ja'afar.

Norman dan Firdaus mahu penyelesaian kes itu di luar mahkamah dan selepas sejam berunding, Siti Salwa mengumumkan mereka bersetuju membayar RM1,500 tiap seorang kepada bekas wartawan Kwong Wah Daily, Adam Chew (kanan).

Chew kini merupakan pembantu peribadi kepada ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

Norman dan Firdaus didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang Chew pada 26 Februari, semasa pertengkaran yang berlaku sewaktu protes membantah loji Lynas di Gebeng yang dianjurkan oleh kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...