Mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang tidak disenangi pemimpin tertentu di negeri itu.

NONEBagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu supaya menukarkan keputusan tersebut, dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman, yang dicalonkan kawasan tersebut untuk bertanding DUN Tokai.
Sumber yang rapat dengan PAS kawasan Pendang berkata, MP tersebut diuar-uarkan sebagai calon menteri besar jika Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbirannya di Kedah.

Menurut sumber itu lagi, mereka juga mahu DUN Tokai kekal untuk Exco negeri, Datuk Mohamad Taulan Rasul yang juga yang dipertua PAS kawasan Pendang. Desas-desus sebelum ini menyatakan Mohamad Taulan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum.