TERKINI :

Monday, July 23, 2012

Inilah Kelaku Huduh UMNO.. bila dah tak boleh jawab dah berhujah maka di 'spin' kan kepada Anwar...

Lihatlah betapa huduhnya kelaku pemimpin UMNO... dalam bulan puasa pun nak sembang menipu... dah tak boleh jawab tu sudah2lah...yang duduk kona baring sana sini buat apanya....

Cuba tengok isu KOMUNIS nie...dah tak tahu nak jawab apa dah..last semuanya di 'spin' keatas kepala Anwar ibrahim....

Kesian dilihat UMNO nie...

[Bukti Video] MOU antara UMNO & Parti Komunis China

Zahid Hamidi cuma ada 2 pilihan, samada dia penipu besar atau pun dia Naib Presiden Umno yang bangang taktau apa-apa.

Tapi tak logik sangat kalau Naib Presiden langsung taktau parti dia ada buat MOU dengan Parti Komunis Cina. Takkan dia dah lupa kot, baru tahuun lepas ja, tak berapa nak sesuai kalau panggil sejarah pun pasai masih baru nsangat.

Taktau la pulak kalau Zahid Hamidi pun teringin nak jadi cybertroopers Umno, belajar-belajar guna kaedah blantan lie.



Blogger Pro UMNO tak puasa...!!!

'Iblis tidak dirantai' terus bermaharajalela di bulan Ramadhan

Oleh: Tok Non

Hanya Iblis dan syaitan sebenar yang dirantai di bulan Ramadhan, tetapi 'syaitan' di kalangan manusia tidak dirantai. 
 
Mereka masih diberi ruang untuk melakukan kejahatan. Mereka yang Tok Non maksudkan ialah sebahagian blogger pro UMNO yang terus melakukan kerja memfitnah tanpa henti. 
 
Dengan sedikit upah mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun akibat yang bakal diterima kelak ialah bakaran api neraka yang hangat membakar... waliyazubillahiminzaalik.

TN hanya memetik dua contoh berita fitnah (di bawah) yang dipetik dari dua buah blog pro UMNO. Pembaca nilailah sendiri apakah blog-blog UMNO layak dipercayai? 
 
Mereka sudah setaraf dengan Utusan Malaysia Pemfitnah Nombor 1 Malaysia!!!

Jadual MB Berbuka puasa bersama rakyat..!!


Langat 2 diteruskan untuk kayakan kroni BN

oleh Mohd Farhan Darwis
July 23, 2012

Angkatan Muda Keadilan Selangor berhimpun di ibu pejabat SYABAS di Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam, untuk menyerahkan memorandum. — Foto oleh Choo Choy May
Angkatan Muda Keadilan Selangor berhimpun di ibu pejabat SYABAS di Wisma Rozali, Seksyen 13, Shah Alam, untuk menyerahkan memorandum. — Foto oleh Choo Choy May 
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan tindakan Putrajaya menghalang kerajaan Selangor daripada mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan meneruskan rancangan pembinaan loji ‘Langat 2’ adalah sebagai membelakangi rakyat, dan menunjukkan kerajaan Barisan Nasioanal (BN) lebih mengutamakan syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan Umno.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong (gambar) dalam kenyataannya menegaskan, Putrajaya juga masih lagi tiada perancangan khusus bagaimana loji Langat 2 akan menyelesaikan masalah kekurangan air berbanding kerajaan Selangor yang telah pun merangka pelan untuk mengatasi masalah air di negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri telah menyediakan pelan menerusi projek mitigasi air bernilai RM225 juta.

“Justeru, perlu ada jawatankuasa bebas yang akan menentukan projek mana yang lebih efektif menyelesaikan kekurangan air terawat tetapi pada kos murah,” jelas exco pelancongan, hal ehwal pengguna, dan alam sekitar itu lagi.

KARPAL SINGH DAN UMNO SAMA-SAMA TIDAK UPDATE MEMORY

Oleh:  WFAUZDIN NS


RAMAI yang menuduh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi berbohong apabila mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh kini bersedia untuk berbincang dan mendengar penjelasan berkaitan Hukum Hudud/Negara Islam dari PAS, berbeza dari kenyataan Karpal beberapa tahun dahulu yang begitu keras terhadap hukum Islam ini.

Jika kita menonton kembali video klip di atas, jelas dan nyata Karpal Singh lebih lonak dan lembut apabila berbicara tentang isu ini tidak seperti katanya dahulu, "Langkah mayat beliau dahulu". Video di atas adalah ucapan beliau semasa Konvensyen PR Tahun 2010. Ertinya, itulah pendapat beliau paling `latest' berkaitan isu kontroversi ini bagi membuktikan apa yang disebut oleh Ustaz Nasruddin Tantawi di dalam debat anjuran Sinar bersama Fathul Bari (Ulamak Umno) memang tepat dan betul.

Mana blogger UMNO yg tak dapat Upah macam brother nie baik henti jelah jadi macai..!!!

1Malaysia Blogger2 upahan UMNO hari ini periksa akuan

Berikutan kejadian seorang blogger upahan UMNO diMelaka tidak dibayar gaji yang mencecah RM24,370 maka hari ini kemungkinan semua blogger  upahan UMNO akan periksa akaun masing-masing....hahaha...

Dah masuk kebelum upah dari UMNO...?

Kalau dah masuk... periksa betul-betul....cukup ke...?

Maklumlah bertugas dengan penyamun dan pembelit ni....hahaha....cakap lain,bayarnya kelain....hahaha....

Inilah akibatnya kerja dengan UMNO....Pembelit ditipu Penipu..hahaha...

takkan dah lebih 60 tahun penubuhan Umno, kini baru teringat dengan ulama?

 
Bayangkan dua tahun cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya untuk mewujudkan Majlis Ulama Umno sebagai sayap parti dipandang sepi oleh pemimpin tertinggi Umno.

Dia memberikan sebab cadangan itu masih dalam pertimbangan kerana Umno tidak mahu penubuhan Majlis Ulama itu dianggap terlalu bersifat kepartian.

“Saya kemuka cadangan dua tahun lalu untuk wujudkan sayap Majlis Ulama Umno seperti sejarah awal penubuhan parti ini.

“Tetapi kita takut orang ramai akan menganggap apa sahaja fatwa dikeluarkan Majlis Ulama ini hanya untuk politik,” kata Fathul Bari selepas Debat Sinar Harian “PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?”  semalam.

Gambaq Najib buat baik...

writes "Salam semua... Syukur alhamdulillah... Dengan izin DIA, dan lagi nampaknya Pak Long tengok matahari terbit di bulan posa 1433 hijrah kali nie... Terima kasih ya Allah, kerana mengizinkan hamba mu merasai nikmat udara segar di bulan yang penuh barakah nie, bulan turunnya al-Quran al-karim...
Najib bagi sumbangan kat warga emaih lepaih terawih...

Bula posa kalau kat kampung-kampung memang cukup terasa meriahnya... Mungkin konfiden pasai setan dah kena tambat kot, mak pak dah tak peduli anak-anak melewaq ke dinihari.

Bani Melayu pulak memang terer bab nak sambut Ramadhan nih... Mungkin rindu bulan yang penuh rahmat Allah, yang jenguk setahun sekali kot... Masjid menepu penuh dari moreh sampai ke terawih, beduk masjid bersahutan ingatkan warga time sahur kena makan. Tapi, dalam kita dok kalut sambut meriahnya Ramadhan neh, rukun Islam yang pertama wajib kita zikirkan, rukun kedua perlu dimantapkan. Hodoh sungguh bila kita utamakan sunat Terawih sampai terlepaih jemaah fardhu Subuh...

SETPOL aka SANUSI menjawab fitnah beliau di tahan SPRM..!!!

Jawapan 1

Isu 13 Mei senjata politik yang sudah menumpul

Oleh Aspan Alias

Tan Sri Muhyiddin Yassin masih bercakap tentang isu kejadian 13 Mei dalam siri kempen beliau di mana-mana. Beliau telah mengingatkan anak-anak muda supaya bersatu di bawah Barisan Nasional jika kita hendak hindarkan kejadian 13 Mei dahulu.

Kata-kata Muhyiddin ini tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau adalah dalam keadaan “desperado” dan amat tertekan dengan sokongan yang merudum terhadap BN khususnya Umno.

Di Semenanjung ini seperti yang saya telah selalu perkatakan BN itu adalah Umno kerana parti-parti komponennya MIC dan MCA serta Gerakan sudah tidak relevan hampir seratus peratus sekarang ini. Maka Umno itu BN, dan BN itu Umno.

Malahan Umno kini telah terbeban dengan tanggungjawab menjaga semangat BN itu enggan menurunkan calon-calon MCA, MIC dan Gerakan walaupun Umno tahu yang ketiga-tiga parti itu sudah lama ditinggalkan ahli-ahli dan penyokongnya.

Dana awam untuk 10,000 ‘cybertrooper’ Umno

Oleh LIM KIT SIANG

PADA bulan November tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, dengan merekrut 2,000 pengguna media sosial yang menghadirkan diri sebagai angkatan tentera baru pahlawan siber Umno-BN.

Semenjak itu, kira-kira 10 konvensyen media sosial diadakan di negeri-negeri yang berlainan, iaitu sebahagian daripada program untuk merekrut lebih 10,000 “cybertrooper” Umno-BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Seperti yang ditekankan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim dalam pelancaran edisi Selangor pada bulan lepas, “cybertrooper” Umno-BN haruslah “menyerang balas segala fitnah yang sedang berlaku di laman-laman sesawang.”

JI: Jangan sampai rakyat sangsi integriti polis

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) sangat kesal berulangnya lagi taktik kotor kerajaan yang memerintah untuk berhadapan pembangkang dan musuh politik bila menggunakan isu komunis dan JI menyerapi parti pembangkang.

Pengumuman transformasi politik oleh Perdana Menteri nampaknya hanya gimik dan sandiwara politik yang sangat memualkan.

Sebagai NGO, kami memerhatikan kerajaan yang memerintah kini mengambil langkah desperado untuk meyakinkan rakyat agar menolak pembangkang sebagai taktik usang dan sangat menghina minda rakyat.

Teras mempersoalkan kenapa polis bertindak tidak professional dengan membuat pengumuman yang kabur dan boleh menimbulkan kekeliruan malah mencetuskan  ketegangan awam. Pengumuman tanpa fakta dan boleh  membawa kepada implikasi undang-undang serta hak dari segi Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya dikeluarkan oleh sebuah institusi seperti pihak polis.

Teras ingin penjelasan siapa yang membenarkan kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh Cawangan Khas Bukit Aman? Bukankah pengumuman isu seperti ini sepatutnya hanya dibuat oleh pihak paling tertinggi, itu pun setelah punya bukti dan fakta yang cukup, kerana tuduhan seperti ini amat serius.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...