TERKINI :

Sunday, July 22, 2012

UMNO mana ada hubungan dengan KOMUNIS.. Tak percaya ini buktinya...!!!!

Betul tu Zahid UMNO mana ada hubungan dengan KOMUNIS pun.. Tak caya ini gambar-gambarnya....

PANAS. Blogger UMNO dok bawa cerita SETPOL MB Kena tahan SPRM...!!!

PANAS!!! Setiausaha Politik MB kena tahan SPRM, lani agaknya dah kena loncog ikut tingkap

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS KEDAH DITANGKAP KERANA RASUAH

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Sanusi Md. Noor kini berada di dalam tahanan lokap SPRM.

Beliau juga merupakan Setiausha Politik kepada Azizan Razak MB Kedah di tahan atas tuduhan/dakwaan RASUAH bernilai Rm 1.3 Juta dan munkin lebih dari itu.

Sasaran berikutnya ialah Hj. Mohd Puad Bin Mohd. Ali, beliau merupakan sepupu kepada Azizan Razak.

TUDIA BERITA PANAS DI ATAS... Kedah La kutip dari sebuah blog pro Perkasa yg ada jugak kena mengena dengan UMNO. Berita tersebut kemudiannya dipanjangkan oleh cybertrooper UMNO yg lain.

Nampaknya setelah Iblis Laknatullah dirantai di bulan Ramadhan, ada jugak blog yang seolah2 mengambil alih kerja setan Iblis melakukan kejahatan, menipu, memfitnah serta membangkitkan kegelisahan di kalangan rakyat.

KCS itu UMNO.... UMNO itu KCS....!!!

Grand design kerajaan Kedah untuk kenakan KCS?
Zaini Hassan

KCS, Kedah Civil Service atau Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, secara terbuka dan tertutup masih menyokong kerajaan yang dinaunginya sehingga pilihan raya ke-12, iaitu BN.

Ia bukan rahsia lagi. Orang putih kata it’s an open secret. Malah MB Azizan pun sedar perkara itu. Azizan terus ditekan oleh barisan kepemimpinannya supaya mengambil tindakan ke atas anggota KCS yang belot ini. PKR dan DAP pun angkat kening.

Azizan, selaku ketua eksekutif negeri Kedah dikatakan tidak boleh berbuat apa-apa. KCS di bawah DYMM Sultan.

Usia KCS pun bukan kecil-kecil anak. Ia telah menjangkau 103 tahun (1909) dan rakyat Kedah perlu berbangga kerana hasil sentuhan anak-anak Kedah ini, pentadbiran moden berjaya disusun sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid, dengan terlalu sedikit campur tangan British.

FGVH vs PKNK... MB Kata Selesai...!!

Isu saham FGVH selesai bila PKNK jual - Azizan

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) selesai, sejurus selepas beliau arahkan pegangan saham itu dijual.

Katanya, isu tersebut tidak wajar dipanjangkan lagi kerana PKNK telah menyedari kesilapan itu, yang didakwa tidak selari dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Arahan menjual semula saham FGVH berkuat kuasa serta merta tetapi jual saham bukan macam jual buah, ia ambil masa sedikit,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Azizan yang juga Pengerusi PKNK berkata, ekoran daripada tindakan melepaskan pegangan itu, PKNK kehilangan ratusan ribu ringgit keuntungan yang disasarkan ketika membeli 500,000 unit saham pada harga RM4.55 seunit itu.

Pilihan raya mengejut dalam bulan September sebelum Hari Malaysia..!!!


Oleh Jahabar Sadiq

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis.

The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

Lafaz 'Janji Ditepati' untuk janji yang mana?

Afif Bahardin


Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retoriktransformasi dan menjadi pentas untuk menyerang Pakatan Rakyat terutama sekali apabila "Janji Ditepati" singgah di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Tika “Janji Ditepati" menjadi jenama jelajah politik Perdana Menteri, saya tiada punya masalah, tetapi apabila ia menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara yakni "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" - itu masalah!

"Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" pula bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz. Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana? Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020?

Cukup-Cukuplah Ridhuan Tee, Takkan Tak Kenyang Lagi ?

DS Wan Azizah `bersarung tangan' menjulang tangan Lim Kit Siang...
Apa komen Ridhuan Tee agaknya?

 Apa komen Ridhuan Tee agaknya?

Oleh: WFAUZDIN NS
APA masalahnya dengan `Ustaz' Muallaf Ridhuan Tee ni aku tak tau lah. Aku terbaca rencana beliau di dalam Mingguan Malaysia semalam, aku tak sangka Ridhuan Tee ini lebih Umno dari Umno. Samada beliau sudah `masuk Melayu' atau `masuk Islam' aku sudah jadi kompius.

Di dalam rencananya beliau ada menyentuh tentang hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Beliau menyerang PAS kerana PAS berkawan dengan PKR dan DAP. Disentuh juga oleh beliau tentang DS Wan Azizah memegang dan menjulang tangan Lim Kit Siang sewaktu Konvensyen PR baru-baru ini. Butakah mata Ridhuan Tee melihat bagaimana ketika itu tangan DS Wan Azizah memakai sarung putih? Ini bermakna tiada sentuhan kulit di antara DS Wan Azizah dengan Lim KIt Siang.

Wah ! Peka sungguh Ridhuan Tee tentang hal sentuhan kulit lelaki dan perempuan. Tidak tahukah selama ini bahawa Ustazah Umno Mashitah juga selalu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya tanpa berlapik? Bahkan. Ustazah Umno ini menyebut tidak mengapa bersalam dengan lelaki yang berumur dan juga dengan ketiadaan nafsu. Apa komen Rihuan Tee? Apa pula komen Ridhuan Tee tentang `fatwa' boleh melacur kerana dharurat seperti yang pernah disebut oleh ustazah ini?

Apabila pegawai Bukit Aman bercakap macam puak UMNO


Oleh: tokpepijat

"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau "tidak pasti" tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.

Sin Chew Daily memetik Hishammuddin sebagai berkata, pada masa ini, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut.

Oleh itu, katanya, beliau tidak boleh kata sama ada ia benar atau tidak.

"Saya hanya boleh katakan sebanyak ini, topik ini sangat sensitif," Hishammuddin dipetik dalam laporan Sinchew Daily online hari ini


Sudah dua kali didapati kenyataan antara Menteri Polis Hishamuddin dengan orang Bukit Aman bercanggah.

Pertama, semasa BERSIH 3.0. Hishamuddin kata polis ikut SOP semasa menangani wartawan manakala IGP Ismail menafikannya .

Kedua dan terkini, Hishamudin tidak pasti dan tidak mempunyai maklumat tentang cubaan JI dan PKM "meresapi" parti pembangkang seperti dakwaan pegawai Bukit Aman Sofian dalam ceramah anjuran BTN dan Parliman depan golongan belia.

Macam nie punya kelaku Cawangan Khas baik jadi pegawai Biro Tatanegara atau KEMAS...

Dakwaan diserapi JI, komunis rosak imej SB

KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyelar dakwaan tidak berasas yang dibuat Cawangan Khas Polis yang mendakwa bahawa pengaruh pengganas dan bekas komunis telah meresapi Pakatan Rakyat.

“Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa cawangan khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan awam yang dibuat Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin jelas tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

“Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan. Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak,” tegas beliau.

Tazkirah untuk golongan hipokrit...

Pelbagai aktiviti realisasikan Yan sebagai Daerah Pelancongan


ALOR SETAR – Bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Daerah Yan sebagai daerah pelancongan domestik, maka kerajaan negeri kini sedang mengadakan pelbagai aktiviti dan perancangan yang lebih berkesan.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, YB Dato’ S. Manikumar berkata, kerajaan negeri kini telah menaik taraf kemudahan pelancongan di Gunung Jerai melalui Regency Hill Resort (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) yang telah menjadi daya tarikan utama di Daerah Yan.

Beliau menjelaskan demikian dalam jawapan bertulis ketika menjawab pertanyaan ADUN Guar Chempedak, YB Dato’ Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkenaan dengan usaha kerajaan negeri bagi menjadikan Daerah Yan sebagai pusat pelancongan, dalam Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Kedah Ke Dua belas, di sini.

Program “ Ihya’ Ramadhan Krisk 1433H”

KENYATAAN MEDIA
KELAB REMAJA ISLAM KEDAH (KRISK)

Program “ Ihya’ Ramadhan Krisk 1433H” ini mengambil kesempatan pada Ramadhan kali
ini sebagai waktu sesuai dalam menjalankan aktiviti pembangunan syakhsiah remaja melalui
program yang pelbagai seperti tadarus Al Quran, sebaran “ Risalah Salam Ramadhan”,
qiamullail dan ifthor jamaie, sumbangan bingkisan Ramadhan dan lain-lain lagi yang boleh
membimbing remaja menjalani Ramadhan kali ini dengan cara yang betul dan tersusun.

Program tahunan ini adalah anjuran Kelab Remaja Islam Kedah (KRISK), sebagai usaha yang
terancang untuk mendekati remaja di seluruh negeri Kedah.

Program ini melibatkan para remaja berumur antara 13 hingga 21 tahun di seluruh negeri Kedah
dengan misi mendekati dan mendidik jiwa-jiwa remaja agar mempraktikkan Islam secara syumul
dan mencari keredhaan Allah SWT sempena Ramadhan kali ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...