TERKINI :

Tuesday, July 17, 2012

Mamat Nie Hina TG Nik Aziz sebagai 'berok'..!!!

Dengan ini kami mohon anda untuk memohon kemaafan kepada TG Nik Aziz semula... hebat sangatkah kita sampai menghina sesama manusia...

Sudah-sudah lah politik hina menghina nie.. marilah kita berhujah secara berfakta dan berilmiah... politik hina dina nie kita tinggalkanlah....

Semoga ALLAH berikan hidayah kepada sahabat kita ini.....


Menteri Pelajaran dok kalut nak jadi PM sampai lupa sekolah tak cukup duit nak beli kertas..!!!

Duit tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4
SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya.

Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.

Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi.

Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan.

Betulkah Sykt Siti Nurhaliza tipu budak sekolah untuk program SUKMA XV di Pahang..???


Ramai ibubapa mengeluh kerana syarikat yang dilantik menguruskan acara perasmian dan pembukaan sukan tersebut telah menipu anak-anak mereka. Difahamkan, syarikat yang berjaya mendapat kontrak tersebut ialah Siti Nurhaliza Production (SNP) milik Datuk Siti Nurhaliza.

Syarikat terbabit telah menggunakan ribuan pelajar (2,000) untuk menjayakan acara persembahan sempena pembukaan dan penutup sukan itu malam tadi.

Pelajar yang terlibat dipilih daripada beberapa buah sekolah menengan sekitar bandar Kuantan. Antara kemusykilan ibubapa terbabit ialah tindakan memotong separuh daripada peruntukan elaun untuk pelajar terbabit.

IBRAHIM ALI janganlah ko merepek tak tentu pasal.......

Surat Pembacaqarnain writes "Wahai pak berahim,, anda tidak perlu mengipas najib dengan mencadangkan sesuatu berkaitan hudud. Adalah sepatutnya sebagai seorang pemimpin anda sendiri mengkaji secara mendalam tentang perkara tersebut kerana ia wajib bagi semua muslim untuk tahu dan memahaminya.Seterusnya membantu dan berganding bahu bersama pihak yang serius ingin menegak kan hukum tersebut seperti pas terutama sekali ketua nya Tok guru Nik aziz.

Tetapi malangnya,anda lebih suka dilihat sebagai penentang nya walaupun berada dalam satu negeri yg sama.Anda tidak perlu ke kuala lumpur mencari najib,berhijrahla ke pulau melaka mendalami ilmu agama,barulah anda mampu berhujah secara ilmiah dan islamik.Hukum tentang aurat pun si najib gagal memahami apetah lg hudud yg lebih dalam pengisiannya.Disini teserlah bertapa merepeknya anda bersama idea goblok tersebut,hudud itu betul,orang yg dicari itu salah.Takkan kereta mercedes anda rosak,anda pergi ke bengkel motor untuk membaikinya? pasti anda cari orang yg pakar mercedes. begitu juga dengan hudud,ulama seperti Tok guru pasti lebih memahami dan adalah lebih baik untuk kita rujuk melaluinya. Najib tu sape? ustaz pun bukan.

PKNK sudah jual semua saham FGVH....

Shafie Hairan Mengapa PKNK Tergesa-Gesa Jual 500,000 Unit Saham FGV

KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hairan mengapa Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) BERTINDAK tergesa-gesa menjual 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang dibelinya sedangkan pembelian itu mampu memberi keuntungan kepada rakyat Kedah untuk jangka masa panjang.

"Administratively anybody can dispose (saham FGV), tetapi mungkin mereka cemburu kerana mereka tidak berupaya melakukan apa yang telah kerajaan Barisan Nasional lakukan.

"Saya berpendapat saham FGV akan memberi keuntungan kepada pemegangnya justeru memberi keuntungan kepada PKNK yang seterusnya dapat memberi manfaat daripada keuntungan itu kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Felda dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi menanam semula getah di kawasan Felda seluas lebih 16,873 hektar dengan nilai bantuan lebih RM155.7 juta.

Blogger Hina Ketua Kerajaan kena tangkap tapi hina Ketua Pembangkang tak kena...itulah kebalnya "PAPAGOMO"

‘Mengapa tiada tindakan ke atas Papagomo’
NUR MAS ERRAH AMRAN
17 Julai 2012
Nurul Izzah Anwar
NURUL IZZAH ANWAR
 
BALIK PULAU - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selama ini.

Beliau berkata ini bukanlah kali pertama penyebaran fitnah dilakukan, namun masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

“Tambahan pula Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada laporan yang diterima setakat ini," katanya kepada media selepas menghadairi jamuan teh di sini petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai diminta mengulas laporan blog yang menyebut kononnya seorang lagi siswa membuat laporan polis di kawasan utara kerana diliwat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Anak pengerusi Petronas pun guna bapa kaut harta..!!!

Ada tak perbezaan di antara Botak Chin dengan pemimpin-pemimpin kita?

oleh Aspan Alias

Seronok jika menjadi orang penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisma seperti di negara ini. Salahlaku pun boleh dilakukan kerana penggubal dasar dan pelaksana melakukan kerja yang sama dan tidak ada pihak lain yang boleh melakukan ‘check and balance’ terhadap mereka. Tidak ada apa-apa yang boleh menegah mereka melakukannya kerana penggubal dasar yang sepatutnya memerhatikan pelaksana melakukan kerja yang baik, sekarang sedang bersekongkol untuk melakukan kerja hina itu bersama-sama.
Anak-anak kepada pemimpin dan orang besar yang bergelar dan bernama lah yang mendapat keuntungan besar dan labanya dalam sistem kronisma yang berlarutan dalam pimpinan negara pada masa kini. Suzi Suliana, anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hasan adalah di antara yang sangat beruntung kerana pengaruh dan kuasa dalam sistem kita ini.
Suzi Suliana, anak kepada bekas Setiausaha Negara, Sidek Hasan yang kini menjadi Pengerusi Petronas adalah salah seorang yang mendapat laba kekayaan melalui perniagaan yang ‘monopolistic’ apabila beliau telah mendapat anugerah membekalkan tenaga solar yang di berikan oleh ‘Sustainable Development Authority of Malaysia (SEDA)’ dan Suliana dijangka akan menerima keuntungan sebanyak RM70 juta setahun sebagai pembekal 32 peratus tenaga solar kepada keperluan negara.

SATU, DUA DUBUR BELUM CUKUP UNTUK SELAMATKAN NYAWA UMPORNO

Oleh: WFAUZDIN NS

Kisah Liwat 1 dan liwat II ternyata gagal malahan menjadi bahan tertawa rakyat kebanyakan. Liwat 1 ditertawakan dengan kisah liwat berlaku di dalam kondo yang masih belum siap, ertikata liwat terjadi di hadapan para pekerja kontrak Indon. Liwat 1 juga menjadi bahan jenaka dengan kisah si Pengadi sendiri Azizan yang berulangkali mengaku di dalam mahkamah bahawa cerita beliau diliwat ini diberitahu oleh Musa Hassan. Ertinya, jika Musa Hassan tidak memberitahu Azizan, sahih Azizan tidak tahu bahawa beliau telah diliwat. Dan, banyak lagi kisah lucu di dalam episod ini termasuk kisah tilam diusung keluar masuk mahkamah di mana akhirnya bukti yang ada pada tilam tersebut dibuang ke dalam tong sampah sahaja, tidak diguna pakai di dalam mahkamah.

Kisah Liwat II juga tidak kurang menyajikan kisah lucu. Bagaimana tidak dikatakan lucu, jika si Sepol mendakwa ianya di`rogol’ oleh seorang tua yang sakit pinggang tanpa anak muda ini melawan? Lebih lucu lagi, selepas diliwat anak muda ini minum kopi dan memakan karipap bersama-sama si`perogol’nya? Lucu tetapi berfakta iaitu dubur si Sepol tiada kesan kemasukan walaupun dikatakan dipaksa. Dikatakan pelincir digunakan yang mana pelincir ini telah disediakan oleh si`mangsa’ sendiri. Lucu juga bila mendengar keterangan si Sepol bahawa beliau `bersedia’ dengan tuala dan berwangi-wangian untuk di`rogol’.

Adakah Jawatan Kuasa Disiplin parti PAS takut nak panggil Azizan..???

oleh Raja Jembal


Adakah Azizan sudah melanggar dasar Parti PAS..??
  • Azizan sokong AUKU sedangkan PAS pusat menolak AUKU..
  • Azizan beri permit kelab malam sedangkan PAS pusat menolak premis kelab malam yang melampau
  • Azizan ugut hendak ambil tindakan OSA kepada pembangkang sedangkan undang-undang tersebut ditentang oleh PAS pusat
  • Azizan iktiraf PTPTN sedangkan di PAS pusat menjanjikan pendidikan percuma
  • Azizan beli saham FGVH sedangkan perjuangan PAS pusat menolak penyeneraian saham tersebut
Daripada penyeneraian perkara-perkara diatas adakah Azizan masih lagi tidak layak di adap kepada JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI...

Jika perkara seperti ini masih lagi tidak layak adakah nak tunggu senarai macam Hasan Ali baru nak panggil beliau mengadap.

SYABAS sudah buka pekung di dada...kilang loji proses air yang kantoi sebenarnya..!!


Ust Fathul Bari...tolong tegoq cikgu nie sat..!

marilah kita sama sama berdoa semoga sahabat kita ini terbuka hati untuk mengenal apa sebenarnya hukum Allah itu....

dan juga diharap ulamak-ulamak muda dlm umno spt fathul bari...tegur lah sikit golongan yg berfikiran sebegitu.....

Yang dok kalut ayaq tak dak pasaipa...sah kerja jahat puak nangoi tuuu

nie yang ayaq melimpah ruah dalam empangan nie apa dia pulak...
sudah-sudah la nak main politik syabas oi.....

Laa kata JOHOR Fix Deposit UMNO.. buat apa nak perlu kerja 24jam pertahankan dari jatuh ke PR..???


Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu BN Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menurutnya akan berlangsung "tidak lama lagi." Timbalan perdana menteri merangkap timbalan pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya.
"Saya meminta setiap anggota Umno bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya hari ini.

Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, yang turut dihadiri ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Sapian.
  
Parlimen Gelang Patah yang kini disandang oleh wakil rakyat BN, Tan Ah Heng daripada MCA, turut terdiri daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya dan DUN Skudai.
Kerusi DUN Nusajaya disandang oleh Abdul Aziz, manakala kerusi DUN Skudai pula dimenangi Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.
  

Mana PEMANDU... Mana JAWATANKUASA DISIPLIN...tak teringin jengok kami kat Kedah nie kaa..???


Seribu kali Sayang....
Sangkakukan Kemati...
Cerita Kasih Kita...
Rupanya Seketika...


Aduhai... Tak Sanggup dah aih dengaq kelaku kelaka yang berlaku di Kedah sekarang n.... Mula-mula mai isu AUKU KUIN senyap pie mai isu PUSAT HIBURAN...lepas tu tak selesai isu pusat hiburan mai pulak isu KUIN semula dimana staff dia komplein suruh pecat reaktor....tak habis isu KUIN mai pulak isu Azizan nak ambik OSA kat ketua pembangkang Kedah yang baru iaitu Ketua Pemuda Gerakan....

Ingatkan dah tak ada isu...tetiba mai pulak isu PKNK beli saham FELDA.... aduhai MB kesayanganKu AZIZAN ABD RAZAK.... Awat la hang nie selalu berlawan arus dengan apa yang di bawa oleh Parti di Pusat sana... Adakah hang nie wakil parti BEBAS kot boleh buat ikut suka tanpa ada nak ikut garis panduan yang telah di bawa oleh pimpinan atasan kita....

Alhamdulillah....Semakin ramai tokoh dekati dan sertai PAS

Tiga tokoh sertai PAS di Himpunan Hijau Selangor

KUALA SELANGOR: Tiga lagi bekas pegawai tinggi kerajaan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS pada Himpunan Hijau Negeri Selangor, malam tadi.

Tokoh tersebut ialah bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang selama 31 tahun, Abdul Rahman Taib.

Seorang lagi merupakan bekas Pegawai Tadbir Diplomatik selama 33 tahun dan juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah.


(Abdul Rahman menyerahkan borang permohonan menyertai PAS)

Manakala tokoh ketiga ialah bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang Bahagian Pengurusan dan bekas Pengarah Perhubungan dan Sumber Manusia di Jakim, Yusuf Hassan.

Ketiga-tiga tokoh tersebut menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu disaksikan ribuan peserta Himpunan Hijau di Stadium Kuala Selangor.

Abdul Rahman dalam ucapannya mewakili rakan-rakan berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana Pakaan Rakyat mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang untuk menerajui Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

[Gempar] BN Sakit & DAP Gadai Tanah Rizab Melayu..!!!

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN sakit”

KUALA SELANGOR: Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.

Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang ‘sakit’.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan  bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.

“Saya dimasukkan ke dalam ISA dulu, kemudian baru polis siasat. Kemudian hasil siasatan menunjukkan bahawa saya tidak pernah pun pergi ke masjid tersebut dan tidak pernah bangkitka isu azan dan (Timbalan Pengarang Utusan Malaysia) Zaini Hassan memutarbelitkan cerita ini di Utusan,” katanya.

Aduhai UMNO oi.. Tanah tu hak meredak CINA laa..hangpa nie tau dak Akta Tanah Rizab di wartakan bila..???

UMNO dakwa tanah Cina kapiaq reta meredak depa... payah jenih muka tak malu + rasis

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Ni ada lagi sebuah blog UMporNO berstatus bodopiang yang terima elaun RM2000 sebulan, dakwa kononnya Jawatankuasa Bertindak Jirat Cina Sungai Kob Kulim bukannya rasist kerana mereka memperjuangkan hak mereka mempertahankan kepentingan Melayu yang termaktub dalam undang-undang bahawa Tanah Rizab Melayu adalah hak orang Melayu.
Kononnya dari bukti yang ada hasil pencarian dipejabat Tanah yang telah dilakukan Jawatankuasa Bertindak tersebut mengesahkan ia berstatus Tanah Rezab Melayu.

[Video Sidang DUN Kedah] Isu Geran Tanah, Isu Hasil Negeri, Isu Kafalah, Isu KUIN,

143,545 geran tanah diluluskan sepanjang 2008-2011


Rock, pengaruh artis dan ketakutan pemerintah

Oleh Ronasina

blue rock roll design picture and wallpaper
Di mana-mana dalam dunia ini tidak dapat dinafikan, golongan artis atau selebriti dunia hiburan sangat berpengaruh dan sering menjadi ikutan orang ramai khususnya anak-anak muda. Berbagai jolokan untuk mereka seperti "role model", "trendsetter" atau ikon yang bisa memberi impak kepada dunia. Kerenah atau aksi mereka menjadi ikutan. Jika mereka menceburi politik mudah sahaja mereka menang bertanding. Bayangkan Ronald Reagan, seorang pelakon cerita-cerita koboi boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat. Begitu juga penggusti Jesse Ventura ataupun si "Terminator" Arnold Scwarzenegger boleh menjadi gabenor. Di Filipina artis bernama Joseph Estrada juga pernah menjadi orang nombor satu.

Inilah ketakutan yang sering menghantui ahli politik. Bintang Hollywood seperti Mel Gibson, Al Pacino atau Robert DeNiro mudah sahaja membelasah pentadbiran Rumah Putih jika dasar yang dijalankan tidak dipersetujui dan peminat mereka menyambut dan menyokong pandangan idola pujaan mereka. Selebriti seperti Michael Douglas, Angelina Jolie dan Edward Norton dipilih menjadi duta pelbagai kempen seperti kempen keamanan, alam sekitar atau sayangi haiwan. Pengaruh mereka diperlukan untuk menarik orang ramai.lDi Malaysia fenomena artis menyokong parti pembangkang semakin hebat sekarang ini tetapi tidak dapat dinafikan kebanyakan artis yang berhijrah ini sudah kurang popular dan telah melepasi usia. Yang baharu-baharu masih mahu cari makan, tidak boleh lawan. 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...