TERKINI :

Sunday, July 15, 2012

Patut La kena cerai pun... Bini tuu mulut hebiaq..!!!

Panass..Suami Ceritakan Kisah Sebenar Sebab Bercerai..

PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya,  bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.

Himpunan Oren semalam adalah himpunan memboringkan..!!

Betapa boringnya Himpunan Oren yang gagal semalam.

Sungguh, kalau aku dapat tau lebih awal Himpunan Oren semalan tu polis bagi kebenaran kemungkinan besarnya aku tak pi. Tak berapa nak relevan kalau aku pi demonstrasi sampai di KL tapi ada permit.

Aku bersemangat nak pi himpunan oren tu pasai nak rasa lagi semburan air kimia dan gas pemedih mata, kalau takat nak berjalan kat Parit Buntar ni pun boleh.

Tambah-tambah nak berjalan ke Istana Negara serah memorandum, tak berapa nak relevan la untuk aku terlibat sama. 

Tapi disebabkan aku dah beli tiket bas dah baru aku tau pasai kebenaran polis tu, aku pi jugak la, paling kurang pun boleh jalan-jalan kat KL, sambil-sambil tengok sendiri betul dak jangkaan aku sebelum ni yang tak ramai hadir Himpunan Oren tu.
 

Aku taktau pada pandangan penganjur Himpunan Oren tu berjaya atau tak tapi kalau tanya aku, Himpunan Oren sebagai salah satu himpunan untuk 'menentang' Umno BN, kehadiran setakat tu dikira GAGAL.

Muzakarah antara PAS dan UMNO siapa khianat sebenarnya..?


Ust. Asri nasihat Ust. Fathul Bhari supaya jangan jadi pencacai UMNO


Jom Kenali PENCACAI UMNO yang menghina HUKUM ALLAH..!!

Makan rezeki Allah...mulut capoi hina hukumNya.....

Oleh : HATI WAJA


Muka tak malu ka....dah diberi Allah kesempurnaan..hidung tak herot, mulut tak rabhit, mata tak potey,,..lengkap..elok..tapi sanggup dok kenen hukum Allah...

Tak pikiaq ka..nyawa dia sapa yg dok bagi...awat dia boleh jadi sendiri tanpa Allah menjadi dan menghidupkan dia...sapa dok bagi rezeki kat dia...tak pikiaq ka semua tu...

Kalau nak jadi pencacai UMNO pun hingga-hinggalah...takat hang nak komen..hina pemimpin-pemimpin PAS tu....lantak hang laa..tapi sampai hukum dan undang-undang Allah ...pun hang nak kondem...

Taubat-taubatlah..nama tu elok dah tapi perangai...hisss..1%^&*())_+@#$$$?><>>>?! malu HW bila tengok nie...

ANDA Kena tahu APA terjadi SEBENARNYA DENGAN PETRONAS?


 

"Seperti Marcos, Mahathir difikirkan Minyak Petronas milik kepadanya ...."

Wang Petronas adalah lembu tunai Mahathir. Tidak percaya, biarkan PKR menang supaya buku boleh terbuka luas. Tiada siapa yang membenarkan untuk menghabiskan satu sen pun tanpa kelulusan Mahathir Kutty.

Mahathir Kutty difikirkan dia boleh membawa wang minyak kepada dunia akan datang. Sebelum itu Rakyat akan mengajar dia satu pengajaran bahawa ibu bapanya gagal berbuat.

[WANG PETRONAS disedut]

Sekali salah upah da...rugi RM30 paksa budak-budak datang hari sambutan Koperasi..!!! kah kah kah.

Najib Razak kena buli di Stadium Bukit Jalil semalam

SUDAH menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk meramaikan programnya supaya nampak gah dan hebat.

Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan ruang stadium.

Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagal mendapat sambutan kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium.

Tambah malang, nampaknya kali ini jentera Najib Razak yang mengupah budak-budak sekolah tersilap memberikan upah kepada budak-budak yang barangkali memang menyampah dengan Najib.

Hasilnya, budak-budak yang diupah ini membuat bising dengan membunyikan "air horn" ketika Najib berucap.

Tambah melucukan Najib Razak terpaksa merayu agar penonton diam kerana suasana terlalu bising mengganggu ucapannya.

Disebabkan beritahu yang wartawan UTUSAN lapaq duit..maka si pelapor di halau...!!!


Wartawan Malaysiakini, Ahmad Fadli Kc telah dihalau keluar dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia selepas beliau melaporkan ucapan timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang jelas bukan untuk pengetahuan umum ( rahsialah kononnya..)

"Bahalolisme"......!!

Oleh Ronasina

Bahlul adalah seorang lelaki berilmu yang dikatakan popular ketika pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid tetapi berpura-pura bodoh dengan aksi lucunya untuk menyindir pemerintah. Di sini, Bahalol biasanya dikaitkan dengan aksi kebodohan oleh si pelakunya.

 Apabila perbuatan membodoh-bodohkan diri dan orang ramai menjadi budaya sehingga menjurus ke arah sebuah ideologi maka jadilah ia apa yang dipanggil "Bahalolisme".

Inilah yang berlaku di Malaysia. Ideologi atau lebih tepat lagi proses indoktrinasi memupuk rakyat menjadi bodoh dengan teori-teori pembodohan yang bodoh lagi membodohkan. Kekalutan sang pemerintah tidak dapat dibendung lagi apabila satu demi satu jenayah penyelewengan dibogelkan melalui alam tanpa sempadan. Cengkaman kuasa yang semakin tiris dan longgar membuatkan sang pemerintah melatah merapu tidak ketahuan laku lalu terciptalah berbagai idea-idea bodoh yang pada mulanya bertujuan untuk menutup salah laku mereka tetapi akhirnya menjadi bahan ketawa rakyat. Hari ini jika ada pun sesuatu yang benar keluar dari mulut pemerintah, rakyat akan menyambutnya dengan hilai tawa dahulu sebelum menimbang ia untuk diterima atau pun tidak.

Bos UTUSAN mengaku yang wartawan mereka diajaq 'putar' fakta..!!

Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta

NONETimbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

Hikmahnya kenyataan seorang ketua polis dengan seorang bekas ketua polis...!!

KPN: Kenyataan Musa berhubung kadar jenayah bersifat peribadi
Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
 
KOTA SAMARAHAN - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyifatkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung kadar indeks sebenar jenayah di negara ini masih tinggi sebagai bersifat peribadi.
  
Beliau berkata kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia dan statistik yang diperoleh merangkumi keseluruhan kes jenayah sebagaimana yang ditentukan di bawah indeks keamanan global (GPI).
  
"Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau (Tan Sri Musa) dan beliau sebagai bekas Ketua Polis Negara tidak mendapat maklumat terkini berhubung statistik semasa," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) SeMalaysia kali ke-8 di Universiti Malaysia Sarawak di sini.
   

Ini dinamakan Bapa Mithali....

Berhenti berniaga jaga anak leukimia
Wartawan Sinar Harian
14 Julai 2012
Berhenti berniaga jaga anak leukimia
Erman disamping isteri dan anak sulungnya, menunjukkan dada Qysstina yang ditebuk semasa menjalani rawatan.
 
KUALA KETIL - Seorang bapa terpaksa berhenti berniaga bagi memberi tumpuan kepada anak perempuannya yang berhadapan masalah jantung berlubang dan leukimia sejak tiga bulan lalu.

Erman Shah Yahya, 30, dari Taman Permai, Kuala Ketil yang merupakan peniaga kuih muih di pasar malam dekat sini sanggup berjaga siang dan malam bagi memberikan perhatian penuh kepada Qysstina Syafieka, 5.

Isterinya, Norhasyimah Abu Hasan, 26, yang sedang mengandungkan anak ketiga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat bagi mengelak kesihatannya dan anak yang dikandung terjejas.

Keadaan itu mengakibatkan Erman tepaksa memikul tanggungjawab yang lebih demi kebaikan anak-anaknya.

"POLIS" mentedarah duit melalui Internate..!!

Helah 'si pegawai polis'


TEKNOLOGI internet tanpa wayar memudahkan penjenayah menggunakan teknik spoofing untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. - Gambar hiasan


PERCAYA atau tidak, orang ramai boleh menjadi mangsa ragut siber hanya melalui satu panggilan telefon.
Teknik penipuan yang dikenali sebagai spoofing itu membolehkan si pelaku memperoleh habuan mencecah jutaan ringgit dengan melakukan satu panggilan telefon untuk memperdaya mangsa.

Spoofing ialah teknik pemanggil berkomunikasi menggunakan aplikasi Protokol Internet Suara Latar (VOIP) bagi membolehkan mereka meletakkan sebarang nombor pada skrin telefon mangsa. 

Sebagai contoh, jika pemanggil mendakwa dia membuat panggilan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), telefon mangsa akan memaparkan nombor telefon bank pusat tersebut.

Ini menyebabkan mangsa percaya si pemanggil ialah seorang yang jujur tanpa menyedari penipuan yang sedang dirancang.

Kedah tersungkur di kaki Felda....

 
Walaupun tewas pada malam ini 1-2, Kedah masih layak ke saingan Piala Malaysia 2012 secara auomatik selepas menamatkan saingan Liga di tempat ke 12.
UNDIAN PIALA MALAYSIA 2012 : 29 /7/2012
SEPAK MULA PIALA MALAYSIA : 22/8/2012

1. Kelantan FA
2. Lions XII
3. Selangor FA
4. Perak FA
5. Terengganu FA
6. Negeri Sembilan FA
7. PKNS FC
8. T-Team FC
9. Johor FC
10. Felda United FC
11. Sarawak FA




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...