TERKINI :

Thursday, July 12, 2012

Malaysia Seperti Ditadbir oleh Tiga Perdana Menteri

Oleh Shahbudin Husin

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kemunculan kelibat Tun Mahathir dan Rosmah Mansor dalam pelbagai aktiviti dalam negara kelihatan begitu rancak sekali. Mereka dilihat muncul dalam pelbagai majlis dan bercakap mengenai pelbagai perkara.

Walaupun Mahathir telah melepaskan jawatan Perdana Menteri sejak 2003 lagi, tetapi dengan kesibukan yang ditunjukkan, jadual hariannya yang tetap padat serta kerajinannya bercakap mengenai politik memperlihatkan bahawa Mahathir sebenarnya masih tidak mahu menanggalkan pengaruh Perdana Menteri yang masih bersisa dalam dirinya.

Bahkan kadang-kadang apabila beliau bercakap mengenai politik khususnya, beliau seperti terlupa bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri.

Jika diimbas apa yang berlaku sejak 2003, Mahathir sebenarnya hanya berehat dalam tenpoh yang singkat saja sebaik mengumumkan untuk bersara dan menyerahkan kuasa kepada Pak Lah. Selepas piliharaya 2004 yang memperihatkan Pak Lah berjaya mencipta sejarah kemenangan paling gemilang bagi UMNO dan BN dan kerana tidak tahan dengan kemunculan pengaruh KJ serta "budak-budak tingkat 4" yang didakwanya menguasai Pak Lah, Mahathir kemudian aktif kembali daripada dunia persaraannya.

Janji dimungkiri, Mahathirisme hidup lagi

Oleh sakmongkol AK47

Dr Mahathir yang masih tidak boleh melupakan seronok jadi PM selama 22 tahun menyatakan masa depan Malaysia musnah jika Pakatan menang. Dia sebenarnya rindukan Mahathirisme.

Najib di anggap kurang cerdik melaksanakan doktrin Mahathirism. Sebab itu Mahathir sedang asah parang hendak sembelih leher Najib di bantu oleh Muhyidin al lelongi dan Mukriz a/l Mahathir.

Sebelum masa utu tiba, perkara yang serupa dislogankan oleh PM Najib. Mengenai slogan2- rakyat dah lali dengan jerit sana sini Najib. Ketika meraikan ahli UMNO yang di angkut dan dibayar berhimpun di stadium Bukit Jalil, dia kata nak istihar pilihanraya- dia tetap takut. Di Melaka dia kata UMNO akan menang 14-0, saya kata, kalau demikian, semalam sudah Najib istihar PRU.

Najib tahu perpaduan orang UMNO akan kurang 30% pada hari dia menamakan calun. Jadi bagaimana hendak bertarung dalam gelanggang, apabila diluar pun sudah kelam kabut.

Ada bukti bawa penari kangkang...tetapi dimana pergi PIHAK PENGUATKUASA..??



Alhamdulillah terima kasih kepada blogger2 BN yang sehari dua ini sedang dok menjaja riuh gambar-gambar terkangkang nie.... jika hangpa hendak link dia hangpa pergi carilah sendiri.... dah bertebaran merata-rata dah dalam dunia cyber nie...

Kami pada dasarnya tak mahu nak salahkan pihak yg luluskan lesen tersebut kerana benda dah berlaku....bab orang dah lulus tu satgie kita sembang dibawah....

sekarang nak sembang bab yang terkangkang atas stage nie....nak tanya adakah perbuatan mereka ini tidak melanggar undang-undang dan didapati bersalah... jika tidak.... tidak mengapa biarkanlah mereka terkangkang disitu...

Kalau dah jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula

Oleh Aspan Alias

Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya.

Syarikat Bealfour Beaty – Invesys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktor raksaksa ini.
 
Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri.

Dimana kah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan?

Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara diperingkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa.

Mana pie YB, mana pie Pusat Khidmat, Mana pie MKK, Mana pie JKKKP..hangpa tak mau ntolong makcik nie kaa..??

Terpaksa diami rumah terbakar
Wartawan Sinar Harian
12 Julai 2012
Terpaksa diami rumah terbakar
Zawiyah bersama dua anaknya di bahagian belakang rumah yang masih boleh diduduki
 
KUALA MUDA – Lapan sekeluarga di Kampung Charuk Kelubi dekat sini terpaksa berteduh di rumah yang hampir musnah dalam kejadian kebakaran kerana rumah sewa yang diduduki kini perlu dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Siti Zawiyah Omar, 38, berkata, rumah yang dibina sendiri bersama suami hasil titik peluh menjalankan perniagaan musnah dalam kebakaran pada Jun lalu akibat litar pintas.

Menurutnya, menceritakan kejadian 6 Jun lalu, rumah itu didirikan secara berperingkat sejak 2000 sehinggalah lengkap mempunyai ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air.

“Kami bangunkan sedikit demi sedikit sehingga sebelum kejadian pun, suami baru selesai memasang mozek di bahagian hadapan beberapa bulan sebelumnya dan tengah selesaikan kerja-kerja mengecat,” katanya.

Akhirnya MAZA akan menentang UMNO gara2 TUN FAISAL.

Terima kasih tun faisal. Terima kasih banyak2 sebab akhirnya ko telah merealisasikan impian aku untuk melihat dr maza menentang parti umno. Ini yang aku benar2 suka dan sayangkan tun faisal. Dia ada jasanya pada aku dan aku nak ucapkan terima kasih banyak2 ye.


Lihat printscreen kat bawah neh geng ;

Kenyataan Media Zunar pasal apa dia tak mahu terima anugerah kartun yang dibeikan padanya..!!

Zunar: Anugerah tunai hanya "gula pelembut"

Saya merujuk laporan akhbar Sinar Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai yang menyiarkan artikel bertajuk "Kartunis Zunar didakwa Keliru" serta "Kartun bukan Platform Kutuk Pemimpin".

Dalam laporan tersebut, kartunis-kartunis tempatan mengkritik saya, antara lain kerana menolak anugerah yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri serta pendirian politik dalam karya saya.

Sejak mula berkarya, saya tidak pernah berhasrat untuk mengkritik karya atau pendirian sesama kartunis kerana itu bagi saya tidak wajar.  Namun kerana ia dibangkitkan, saya perlu memberi penjelasan.

Pada 20 Jun lepas, Kelab Putra Malaysia bersama beberapa pertubuhan menganjurkan program "Anda, PM & Kartunis" di Pasar Seni.  Bebarapa kartunis tempatan, termasuk saya ditawarkan anugerah berupa trofi dan wang tunai RM10,000.

MB: Tindakan akan diambil jika terbukti langgar OSA

Datuk Seri Azizan Abdul Razak ALOR SETAR - Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang boleh dikenakan tindakan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 jika didapati benar- benar melanggar akta berkenaan kerana mendedahkan butiran draf awal dasar perumahan baru Kedah.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhasrat merujuk perkara itu kepada Exco Perumahan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah terlebih dahulu sama ada tindakan Keng Liang itu melanggar OSA.
“Saya perlu dapatkan laporan daripada Amiruddin dahulu. Jika dokumen yang didedahkan itu adalah dokumen rahsia Kerajaan Negeri, Keng Liang boleh dikenakan tindakan bawah OSA kerana melanggar akta itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun pada awalnya kenyataan untuk mengambil tindakan OSA terhadap Keng Liang hanya gurauan, beliau tidak teraga-kagak mengambil tindakan jika terbukti ia  menyalahi OSA.

Azizan berkata, pihaknya akan mengumumkan pendirian sama ada perlu mengambil tindakan OSA terhadap Keng Liang, selewat-lewatnya minggu depan.

Aduhai Najib Oi.. Bila Lagi Laa Hang Nak Sahut Niee...???

Najib, bila lagi?

Debat di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Chua Soi Lek, rentetan daripada debat pertama mereka sebelum ini anjuran Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) membawa sindiran cabaran debat di antara Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Bukti debat demi debat yang berlangsung di antara para pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memberi kepastian bahawa idea politik baru bukanlah hal yang mengingkari norma masyarakat.

Sebelum ini, kita disaksikan dengan penampilan tokoh politik muda Pakatan Rakyat, Rafizi Ramli berdebat sepentas dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkenaan hala tuju pendidikan negara.

Hakim mesti bebas, dilihat bebas

Subky Latif

SAYUGIA masyarakat seluruhnya menyokong dan memberi kepercayaan kepada Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria di Kota Bharu tentang mahkamah kita adalah bebas dari campur tangan eksekutif, renggang dari orang-orang politik dan golongan peniaga.

Kira-kira seperti yang dikatakannya, itulah sikap dan telah diamalkannya sejak menjadi hakim tertinggi sejak September lalu.

Apa yang beliau kata itu adalah betul dan itulah sifat yang patut ada pada mahkamah kita. Mahkamah dan hakim bukan saja mesti bebas, tetapi ia mesti dilihat bebas dan berusaha menjadi bebas dan meningkatkan taraf kebebasan itu setiap masa, dari semasa ke semasa.

Apa yang mendorong Tun Ariffin membuat penegasan yang terpuji itu tidak perlu dipersoal. Apa yang dikehendaki ialah mahkamah kita adalah tidak sekadar bebas dan ia juga mesti adil.

Perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi FELDA tak sah!

Keahlian haram Isa Samad dalam KPF

  
Keahlian haram Isa Samad dalam KPFBerikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membekukan kedudukan Datuk Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dan keahliannya dalam KPF, koperasi tersebut kini bergerak tanpa seorang pengerusi, walaupun ianya telah mengadakan mesyuaratnya baru-baru ini.

Perintah mahkamah tersebut dikeluarkan berdasarkan Undang-undang Tubuh KPF yang mensyaratkan keahlian KPF adalah hanya terbuka kepada para peneroka Felda, ahli-ahli keluarga peneroka Felda dan para pekerja Felda sahaja. Datuk Isa ataupun keluarganya tidak pernah pun menjadi sebahagian daripada rumpun Felda selama ini dan oleh itu beliau tidak mempunyai sebarang hak untuk menjawat apa-apa jawatan ataupun kedudukan di dalam KPF.

Rupa-rupanya "ISU CAWAN KOPI" belum tamat di Kedah..!!!

Depa dok kata sekarang ini bahawa rupa2nya gerakan hendak menjatuhkan Pharolrozi tetap berjalan walaupun Jawatan Kuasa PEMANDU telah di tubuhkan untuk plan damai sewaktu krisis beberapa bulan lepas....

kali ini beliau di katakan sebagai punca pusat-pusat hiburan yang tumbuh bercambah di kawasan dalam negeri Kedah ini. Bukti yang di tunjukan adalah satu tandatangan atas sekeping surat permohonan untuk buka Pusat Rawatan Urut dimana pemilik tersebut telah datang menemui beliau dengan sepucuk surat dengan syarat-syarat yang dipatuhi untuk membuka pusat rawatan tersebut.

buat umno, suhaimi baba dan khusus untuk najib. Selamat membodek dan terbodek di dunia khayalan.....

Masa bodek Najib dah tamatlah Suhaimi Baba.

Itu bukan tun razak. Kalau ko nak tahu suhaimi baba. Itu bukan tun razak. Sejarah di malaysia ditulis oleh orang JAHAT yang menang. Orang JAHAT yang menang mana nak burukkan diri sendiri. Lainlah kalau orang BAIK yang menang. Itu lain citer der. Macam Nabi saw. Macam islam. Aku tak payah tengok jejauh. Aku tengok diri aku sudah cukup.

Siapa di antara kita yang sudi berkongsi sejarah2 yang pahit mengenai masa silam kita? Takde. Memang itulah majoriti dari kita akan buat. Sapa nak mengaku beb kita pernah buat perkara2 yang memalukan waktu dulu2? Seme mesti nak tulis cantik2 jek pasal diri sendiri. Seme mesti nak tutup aib sendiri2. Orang bodoh jek yang suka dedah aib sendiri lepas tue marah bila orang memperkatakan tentang aib dia.

Orang pandai dan bijak akan memilih untuk tutup kesilapan lampau dan aib diri sendiri sebab benda tue memang tak perlu dihebohkan pun. Tapi itu kalau nak syok sendiri boleh larh der. Kalau nak tulis sejarah, aib ka tak aib ka apa ka ko kena larh tulis ikut kronologi dan kejadian yang betul.

MUKHRIZ semakin dok pulun nak jadi MB Kedah..!!!

Mukhriz Semakin Rakus Untuk Menjadi MB Kedah

Aku ingatkan hanya Najib dan dan Muhyiddin yang terpaksa mengeluarkan pekeliling untuk mengerah seramai mungkin kakitangan kerajaan ke majlis-majlis mereka.. anak Mahathir ni pun sama jugak..

Terdesaknya si Mukhriz ni nak jadi MB Kedah nampaknya..

Setelah dilakukan perjumpaan secara sulit dengan Ketua-ketua Kampung dari Majlis Ketua-ketua Kampung Kedah (MKK) di Parit Buntar bulan lepas.. semalam berjumpa pula dia dengan anak-anak Kedah di UiTM Pulau Pinang.

Perjumpaan sulit itu telah dilakukan disebuah Hotel, di Parit Buntar, Perak, luar dari negeri Kedah kononnya untuk mengelakkan dari dihidu oleh Mat Bashah yang juga nak jadi MB Kedah.

Dengar cerita ada habuan yang dijanjikan untuk Ketua-ketua Kampung itu yang majoritinya dari PAS agak lumayan juga dan status rundingan masih belum diputuskan berapakah jumlahnya..

Jika dalam perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung dari MKK itu mereka ditawarkan imbuhan untuk menyokongnya.. dengan pelajar ini pula tiada imbuhan tapi paksaan tengok kat bawah ni..

Baguih sungguh SPR nie tapi jangan jadi macam 2008..last minute batal kesemua tuu..!!!

SPR: Proses pengundian sedikit berbeza untuk PRU akan datang
SPR: Proses pengundian sedikit berbeza untuk PRU akan datang
Noha Mohd Fadrullah, 28, yang berkerusi roda, ditanda dakwat pada jari sebelum layak diberi kertas undi ketika sesi khas bersama media menunjukkan demonstrasi.
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat sedikit pengubahsuaian terhadap proses pengundian bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, bagi memastikan proses yang lebih telus berdasarkan beberapa cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata untuk PRU-13, susunan bilik mengundi agak berbeza apabila wakil parti politik ditukar kedudukannya dengan petak mengundi, bagi membolehkan mereka mendapat pandangan yang lebih baik mengenai pengundi dan proses pengundian.
   

Bazar Ramadhan Langkawi disediakan khemah oleh Majlis Bandaran

Majlis Perbandaran Langkawi sedia khemah khas untuk bazar Ramadan

LANGKAWI - Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) Bandaraya Pelancongan menyediakan 176 khemah khas untuk menempatkan peniaga dan penjaja di bazar Ramadan Pekan Kuah sepanjang bulan puasa ini.

Yang Dipertua MPL Zabudin Hat berkata penyediaan khemah khas itu bagi menyeragamkan Bazar Ramadan tidak seperti tahun-tahun yang lalu disediakan oleh peniaga dan penjaja sendiri.

"Kami mahu melihat sekitar Bazar Ramadan dalam keadaan bersih, indah dan menarik kerana ia bukan saja dikunjungi umat Islam malah rakyat pelbagai kaum termasuk pelancong asing," katanya di sini hari ini.

Aduhai UTUSAN...bahagi kerusi belum selesai..dah bising DAP mau 90 kerusi...nie Guan Eng bagi penjelasan...!!!

Calon DAP tidak lebih 60 orang
MOHD ISKANDAR OTHMAN
12 Julai 2012
Lim Guan Eng
Ketua Menteri Lim Guan Eng 
 
GEORGETOWN - Tidak mungkin DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, walaupun pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) belum selesai namun DAP hanya akan meletakkan tidak melebihi 60 orang bagi kerusi Parlimen.

“Kalau DAP bertanding 90 kawasan Parlimen, anda akan dilantik sekali untuk menjadi calon kami,” katanya dengan nada bergurau kepada wartawan Sinar Harian pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com yang mendakwa DAP akan bertanding 90 kawasan Parlimen manakala PKR dan Pas masing-masing sebanyak 66 kerusi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...