TERKINI :

Wednesday, July 11, 2012

Senator PAS cadangkan PM tetap tarikh pilihanraya awal..


Tarikh PRU

Sementara itu, Senator Muhamad Yusof Husin (gambar) menegaskan satu peraturan dibuat agar tarikh pilihan raya hendaklah diadakan setelah genap lima tahun dan tarikhnya diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13.

"Pengumuman itu agar semua rakyat Malaysia tahu bila tarikh pilihan raya umum berikutnya diadakan di samping memudahkan rakyat mengatur program mereka supaya tidak bertindih dengan tarikh berkenaan," katanya.

Beliau berpendapat mandat lengkap lima tahun parlimen adalah idea yang baik cuma tarikh PRU diadakan perlu disesuaikan juga supaya tidak jatuh pada bulan Ramadan atau musim haji.

Beliau juga mempersoalkan jika ada negeri-negeri yang mengambil sikap untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu berasingan, tidakkah SPR terpaksa berbelanja lebih besar?

Bayangkan tragedi amuk Putrajaya tanpa media baru?

(Tragedi amukan di Putrajaya semalam)

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain tidak dapat membayangkan apa fitnah yang akan terkena PAS jika amukan di Putrajaya semalam berlaku di zaman tanpa media baru.

Bagi beliau, kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita  berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan televisyen selama ini melalui media baru," kata Ustaz Abu Bakar (gambar).

Beliau menyatakan pada satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam  peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu.

Hal ini disebabkan Umno menggunakan seluruh media penerangan untuk menyerang PAS ketika itu.

“Contohnya hari ini bila berlaku kes amuk di Putrajaya. Jika Umno buat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali.

Katanya, PAS tahu apa strategi jahat pimpinan Umno dengan perguna RTM untuk beritahu kepada rakyat bahawa segala keganasan yang berlaku di Malaysia mesti ada kaitan dengan PAS.

Bajet SPR RM405 juta tidak masuk akal

KUALA LUMPUR: Pertambahan bajet sebanyak RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam peruntukan  Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) disifatkan tidak masuk akal,  tegas Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat.

Senator Dr Syed Husin Ali berkata, kos tambahan untuk pilihan raya hampir setengah billion yang diluluskan merupakan kos yang paling tinggi setakat ini.

Katanya, bajet awal yang dikemukakan sebelum ini adalah RM45 juta kemudian ditambah sebanyak RM360 juta bagi persediaan dan pengendalian pilihan raya umum nanti.

"Jadi peruntukan ini sebanyak RM405 juta.Tidak masuk akal! Jumlah yang besar tetapi belum tentu memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Umno menuai berkat daripada kilang arak San Miguel

Mohd Rashidi Hassan

Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang 'dakwat' sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.

Namun, kadang-kadang kita perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr Mahathir, yang sehingga kini, masih mendominasi atau dictate masa depan Umno, khususnya pelbagai gesaan yang beliau lakukan terhadap PM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir masih aktif berpolitik, mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya. Nampak jelas mantan Presiden Umno itu sangat berjaki dengan Anwar.

Baru-baru ini beliau terus menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada politik.

"Ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu! Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang, baru ini.

Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya. Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah mengacau dan telah pun memaafkan bekas PM tersebut.

"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.

"(Tetapi) yang kamu takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia," katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan pada September 1998.

Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.

Apa yang disebutkan Anwar harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak harus kita diamkan.

Apa pun, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.

Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden Umno yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.

Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.

Justeru, seluruh anggota dan pemimpin Umno harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.

Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan Umno. Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu Umno.

Mana tidaknya. Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.

Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda Umno adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya, merupakan Pengerusi Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.

Anak bongsunya, Dato' Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, beliau mencadangkan Mukhriz menjadi antara bakal calon Menteri Besar Kedah. Itu pun jika BN menang, kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata lagi.

Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.


Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.

Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

PANASSS... Blogger UMNO Kaki Danok kantoi!!!

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata



[banner-danok.jpg]
gambaq hiasan ja nie...

Kononnya negeri Kedah telah dihujani dengan pusat hiburan yang menyediakan pelbagai tarian bogel. Sebagai 'BUKTI' mereka pun memaparkan pelbagai gambar...

Kebetulan jugak baru tadi MK bersembang dengan rakan UMNO di kedai catok Taman Wira. Menurut ceritanya puak2 blogger UMNO sudah diupah serbu Pekan Danok. Buat apa??? jangan buruk sangka depa tak bi buat maksiat aihh maklumlah blogger UMNO tu semua kaki masjid belaka he he he. 
 
Tapi yang kawan MK dedahkan depa diberi tugasan ambil gambar acara hiburan di Kalabul Malami Pekan Danok banyak-banyak untuk serang kerajaan negeri isu pusat hiburan, kononnya tarian lucah macam tu terdapat di Kedah.

Lahanat kepada manusia yang buat gambar sebegini...

Lahanat kepada manusia yang buat gambar sebegini keatas TG NIK AZIZ....

Gambar yang berniat jahat


Umno terdesak upah bloggers burukkan PAS

KOTA BHARU: PAS Kelantan menyifatkan Umno terlalu terdesak sehingga sanggup mengupah bloggers menyebarkan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui gambar super impose.

Selain itu Umno juga menggunakan sepenuhnya ruang melalui akhbar harian yang dimiliki untuk memaparkan setiap berita negatif mengenai Kelantan, biar pun dalam banyak keadaan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar) berkata, Umno kini menggunakan sepenuhnya ruang media baru bagi memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan soal moral dan maruah.

“Kami amat kesal terhadap tindakan bloggers Umno yang semakin ganas sehingga cuba memaparkan gambar Menteri Besar di luar normal akar yang waras.

UMNO BN kantoi lagi...Lesen rumah urut mereka yang keluarkan sebenarnya..!!!

Kerajaan Umno-BN Yang Keluarkan Lesen Rumah Urut

Shah Alam 11 JULAI : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.

“Walaubagaimanapun kelulusan dan kawalan bagi sesuatu rumah urut dikeluarkan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 yang terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

KUIN - mana satu betul... ianya dah selesai atau belum akan masalahnya..???

 

Tetapi apa yang datang ke komen blog kami dari seorang sahabat yang mengaku berada dalam golongan penentang masalah ini belum selesai lagi... jadi yang mana satu betul nie?


Ketua Unit Cybertrooper UMNO kena 'debik' camtu ja dengan Dr. Asri....!!!


Cair mamat ketua UMB ni kena debik ngan Dr. Maza. kalau cenggini je taraf pemikiran seorang ketua kepada unit cybertroopers ameno.. tak heranlah tahap IQ chai ameno memang ditahap besi karat kat kedai barangan terpakai .. kah kah kah

Luorang boleh tengok corak serangan membabun buta yang tiba tiba dihalakan pada Dr. Maza. Takde angin takde ribut tetiba nak kaitkan Dr. Maza dengan peristiwa ngamuk di Putrajaya. Dasar kurang ajar.

Jawapan Untuk Geng UMNO Yang Lidah Bercabang..!!!


Gempar !! Gambar Najib di atas billbord haram..!!

Panas!!! Memalukan Menteri Umno buat kerja Haram

“Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini,”

Memang dah perangai pemimpin UMNO jenis taram dan langgar saja ikut suka tanpa menghormati undang-undang PBT dan Negara lebih dari penyamun punya sikap.

SHAH ALAM, 10 JULAI : Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar didakwa melakukan promosi dengan memasang billboard secara haram di beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor yang memaparkan wajahnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, hasil semakan dilakukan didapati terdapat tujuh billboard berkaitan yang dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang semuanya melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Beliau berkata, tindakan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani itu jelas membelakangkan peraturan dan undang-undang yang menjadikan Tanjong Karang umpama pekan koboi dengan boleh dilakukan apa saja tanpa perlu merujuk kepada pihak berkuasa.

Undang-Undang Toghut Di Atas Jalan Raya : belok kiri salah tak belok kiri pun salah..!!!



facebook @ Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Papan Tanda "Belok Kiri" yg diletakkan selaras dengan peruntukkan baru Seksyen 76A Akta Pengangkutan Jalan 1987... ironinya Seksyen 76A baru dimasukkan & Pindaan Akta belum diluluskan Dewan Negara tetapi papan tanda sudah dinaikkan.... Jika mana2 pemandu tidak membelok kiri jika disabitkan boleh didenda tidak kurang drpd RM300....
Tetapi kalau jumpa Papan Tanda ni.... serba salah jadinya.... kena belok kiri.. kalau tak belok kiri boleh didenda tak kurang RM300... kalau belok kiri lampu merah pulak kena snap dgn kamera AES sebab langgar isyarat merah... salah jugak.... 

INI DIA MENTERI YANG BERCAKAP GUNA KEPALA LUTUT

Setiap kali mengeluarkan kenyataan tak pernah membayangkan yang beliau ni salah seorang Menteri Kanan dalam Kerajaan... kerana apa... kerana setiap kali bercakap yang digunakan adalah kepala lutut dan bukan nya kepala otak yang ada pada beliau... kononya tiada kompromi dalam soal keselamatan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib (DSHN)... berikutan insiden lelaki dan wanita mengamuk di luar perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam...
Jadi bagaimana pula tentang keselamatan Rakyat yang lain... beliau kena ingat beb... keselamatan yang paling utama ialah Keselamatan Rakyat tak kira siapa sama ada orang tersebut Perdana Menteri atau pun Rakyat Biasa... sebab itu Gua cakap beliau ni hanya layak nya jadi Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga... tapi malangnya DSHN pun sebok gak nak jadi Menteri Wanita... ialah untuk memudahkan Datin Seri Hajah Rosmah (DSHR) mewakili beliau sebagai Menteri Wanita disesuatu Majlis Rasmi Kerajaan... kah kah kah !.

CSL dah tobat dah nak debat dengan LGE...!!!

Soi Lek enggan debat lagi dengan Guan Eng
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
 
KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk tidak berdebat lagi dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana mendakwa Lim menggunakan platform debat untuk berceramah politik dan berkempen.

Berdasarkan dua perdebatannya dengan Guan Eng, Soi Lek berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu bukan sahaja mengambil kesempatan membuat fitnah terhadap menteri-menteri MCA semasa berdebat malah tidak menjawab soalan yang menepati tajuk perdebatan mereka.

Kisah Benar Mamat Mengamok di JPM....!!!


Aku rasa ramai yang dah baca berita dari utusan, sinar harian dan malaysiakini kan? Sekarang baca apa pula penjelasan dari PIHAK POLIS sendiri. Ia datang dari facebook pdrm. Korang saksikanlah betapa berbezanya maklumat yang utusan siarkan berbanding statement polis. Memalukan ajerk. Asyik kantoi. Kali neh kantoi dengan PDRM plak tue. Padan muka.

Isu Pusat Hiburan - [Urgent] Sukarelawan Sekitar SP di Perlukan malam ini juga...!!....



Note : mana-mana MKK, Ahli Majis, Ketua Cawangan, Ketua Kawasan, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat, Ketua Ulamak beserta AJK-AJK PAS, PKR serta DAP semua boleh turut serta kot.... ini benda baik dan benda nie kita dok buat selalu waktu belum memerintah negeri....jadi pakat-pakat bantu lah noo..!!

Presiden PAS berada di Meir sekarang ini...

Presiden PAS ke Mesir raikan kejayaan Ikhwan


(Ustaz Hadi dan rombongan berbincang dengan Dr Musa di pejabatnya dekat Kaherah)

KAHERAH: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta rombongan tiba di Mesir hari ini dalam rangka lawatan rasmi beliau selepas perubahan tampuk kepimpinan baru di bawah Presiden, Mohammed Mursi.

Beliau tiba di sini kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan dan bakal melalui jadual yang sangat padat sepanjang dua hari berada di sini.

Turut mengiringi beliau adalah Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Lawatan beliau yang pernah belajar di Mesir sehingga ke peringkat master sebelum ini antara lain bagi meninjau perkembangan yang sedang berlaku di sini.

Info - Ada Pusat Hiburan Mungkar beroperasi di Sg Petani - MB, Exco, Ahli Majlis, MKK serta Ketua parti dok buat apa..???


Kisah Mistik Dari Pondok - Duit dari RM0 tetiba jadi RM130,000...!!!


Sedar tak sedar sudah hampir satu dekad saya dan rakan-rakan di NGO Wargakilang masuk kampung keluar kampung dan sesekali menjengah masyarakat marhain di pinggir kota, mencari keluarga susah dan daif untuk dibantu.

Mungkin kerana berada di landasan ikhlas yang betul-betul benar gamaknya, maka sepanjang satu dekad perjalanan kami ini, berbagai pintu hijab dan kisah-kisah mistik yang tak pernah difikir dek akal dibuka luas di hadapan mata.

Kali ini, sempena bulan Ramadhan ini saya nak tulis di sini dua tiga cerita untuk perkongsian bersama.

Tip - Cara nak Jimat Wang Anda bila masuk pusat membeli belah..!!

Jimat wang ketika membeli-belah
MASYARAKAT sentiasa menghabiskan sejumlah wang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan harian. Perancangan teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga.

Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian mudah:

Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ sedia ada di pasar raya sememangnya menggunakan bahan sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih jenama barangan tertentu.

Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak teratas dan sentiasa membeli barangan pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Padahal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan berharga rendah.

Program Galakan Membaca ‘Cintailah Ilmu’ dilancarkan di Wisma Darul Aman

Negara boleh jadi maju bila rakyat suka membaca

ALOR SETAR - Bagi mencapai pembangunan dalam sesebuah negara yang maju memerlukan rakyatnya berpengetahuan, berfikiran positif, rajin dan berdaya saing.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) berkata, sejarah juga menunjukkan bahawa negara yang maju bermula daripada rakyatnya yang suka membaca. Islam sendiri menggalakkan agar umatnya sentiasa membaca, seperti yang diajarkan dalam al-Quran.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program galakan membaca cintailah ilmu di Wisma Darul Aman.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...