TERKINI :

Tuesday, July 10, 2012

Strategi cantas pelapis dimulakan Dr Mahathir

Oleh Rossem

Perbuatan mencantas bakat tokoh-tokoh muda semata-mata bagi mengekalkan kuasa dianggap bekas pemimpin Umno dimulakan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Aspan Alias mendakwa sikap itu diamalkan Presiden Umno terbabit kerana bimbang ada pemimpin lain akan menyaingi kedudukan beliau.

Menurut beliau strategi tersebut ternyata memberi kesan buruk kepada struktur kepemimpinan Umno apabila pengganti-pengganti Dr Mahathir dilihat kurang berwibawa.

“Umno tidak dapat melahirkan barisan pemimpin pelapis yang benar-benar berwibawa untuk menerajuai parti dan negara.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilantik selepas itu dianggap ramai sebagai seorang pengganti yang lemah.

“Begitu juga Datuk Seri Najib Razak, kelemahannya dilihat lebih ketara berbanding pemimpin sebelumnya termasuk masalah peribadi,” katanya pada ceramah di Kampung Pagar Pisang, Melor malam semalam.

Parlimen Mesir sidang, langgar perintah tentera

KAHERAH – Parlimen Mesir mengadakan pertemuan ringkas hari ini meskipun tentera telah mengarahkan agar ia dibubarkan ekoran keputusan mahkamah bulan lalu.

Kelmarin, Presiden baru Mesir, Mohammed Mursitelah mengarahkan dewan perwakilan bertemu tidak kir keputusan majlis tentera dan mahkamah.

Semalam, Majlis Agung Angkatan Tentera berkata, keputusanmembubarkan Parlimen seharusnya dihormati.

Campur tangan terbaru ini dilihat oleh sesetengah pihak sebagai satu cabaran dan amaran kepada Mohammed yang telah mengangkat sumpahsebagai Presiden Menteri Mesir seminggu lalu.

Lagi Dokumen di dedahkan untuk melondeh kerja buat Najib dalam isu LRT..!!!


Dokumen 'sahkan' PM campurtangan, dakwa PKR

PKR telah mendedahkan satu dokumen yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

UMMI ohhh UMMI...... Lu kena beb..!!!



UTUSAN MALAYSIA HILANG INTEGRITI SIAR BERITA FITNAH

20 Sya'baan 1433 bersamaan 10 Julai 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan fitnah mendakwa DAP akan bertanding di 90 buah kerusi Parlimen dalam PRU ke 13 nanti. Bagi DPPM, penyiaran berita seperti adalah berniat jahat bagi menimbulkan keresahan di kalangan pengundi Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

DPPM menganggap Utusan Malaysia adalah akhbar paling tidak beretika di negara ini kerana sanggup menyiarkan berita pembohongan dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat. Dasar ‘ampu’ atau bodek keterlaluan Utusan Malaysia terhadap pemerintah menjadikannya hilang integriti sehingga sanggup menyiarkan apa sahaja berita memburukkan Pakatan Rakyat meskipun ia layak ‘di bakul sampahkan’ untuk menyenangkan pihak tertentu.

DPPM hairan dari mana Utusan Malaysia mendapat khabar angin seperti ini. Maklumat mereka seperti terperinci lebih dari pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang hadir dalam mesyuarat tertutup. Seolah-olah, mereka mempunyai maklumat penuh setiap pergerakan dan hasil keputusan mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat, walhal maklumat yang disiarkan itu hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata.

Tu di Blogger dedah punca di sebalik isu KUIN..!!!


Bukti Haram Jadah di dedahkan oleh bekas hulubalang negara..!!!

Komando Kamil: 'mana pergi baki undi pos, tahun 1999?' 

Katanya 50 ribu orang sambut PM, kasihan… kasihan....


– Oleh Daing Yahya


Katanya, Ahad lalu PM turun ke Bangi Selangor atas pentas ‘Janji Ditepati’ dengan sambutan 50,000 penduduk negeri Selangor. Hebat benar sambutan ini, kita tak dapat membayangkan dengan begitu ramai sokongan rakyat kepada PM kita, tapi Najib masih tidak sanggup membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke 13.

Harus diingat, pilihan raya yang bakal diadakan kelak merupakan medan pertama Najib diuji dengan sebenar-benarnya. Kita tidak pernah lupa bahawa selama ini Najib naik kerana ‘bertenggek’ atas kapasiti giliran dan nasib.

Mudahnya dia naik

Masa mula-mula beliau terlibat dalam politik, adalah kerana menggantikan kerusi wakil rakyat milik ayahandanya yang meninggal dunia ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika itu Najib dipilih oleh rakyat atas budi dan nama baik serta simpati kepada perjuangan ayahandanya.

Kemudian, rentetan sejarah jawatan beliau dalam parti dan kerajaan juga seakan rezeki terpijak. Beliau jadi Menteri Besar Pahang yang termuda, semua tahu ketika itu tiada wakil UMNO yang benar-benar layak dan disukai oleh istana Pahang, maka Najib mendapat laba dari situasi itu.

Isu Talam: PR tunjuk kehebatan pengurusan

KUALA LUMPUR: Selepas mematahkan serangan ahli parlimen Labis MCA Chua Tee Yong bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyelamatkan Talam, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar) melihat hikmah di sebalik ribut yang ditimbulkan.

Pua berkata sensasi yang disengajakan oleh anak presiden MCA itu telah membolehkan rakyat melihat kehebatan pentadbiran Pakatan Rakyat dalam mengurus wang rakyat.

“Chua bukan sahaja tidak dapat membezakan antara debit dan kredit di dalam akaun perimbangan, beliau juga mempunyai cara ‘menolak matematik’ yang menarik – dua tolak satu dapat tiga (2-1=3),” sindir Pua.

Terdahulu, Chua telah memanggil satu sidang akhbar mendakwa kerajaan Selangor telah menyeleweng RM1 bilion dalam menyelamatkan Talam.

Kemudian, beliau mengurangkan jumlah tersebut kepada RM42 juta, yang beliau katakan yang terlebih bayar kepada syarikat tersebut.

Pua mengingatkan sekali lagi bahawa hutang Talam adalah hasil peninggalkan bekas kerajaan BN di Selangor.

“Apa yang lebih teruk ialah tiada usaha oleh pentadbiran BN untuk mendapatkan bayaran kepada hutang tersebut,” kata beliau.

Eishhhh biaq betoi MIC dah tak relevan....!!!!


MIC hilang relevannya 38 tahun lalu, kata pengerusi NIAT
 
MIC hilang relevannya dalam politik dan masyarakat India sejak tahun 1974 lagi, kata Pengerusi Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim.

"Ia mula menjadi tidak relevan lebih awal lagi, tetapi (bekas presiden MIC) Datuk Seri S Samy Vellu mempunyai cara sendiri membuat parti itu nampak relevan," kata Thasleem dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.

Kenyataan beliau bercanggah dengan pandangan popular bahawa Samy Vellu, yang menjadi presiden pada 1979, adalah punca kejatuhan MIC, yang memuncak dengan perhimpunan Hindraf pada 2007, yang disertai kira-kira 30,000 di Kuala Lumpur.

Thasleem, yang sudah lama menjadi aktivis pendidikan Tamil, mendakwa MIC telah menyerah satu memorandum kepada Jawatankuasa Kabinet mengenai Pendidikan pada tahun 1974, tetapi cadangannya tidak sampa ke mana-mana.

PETRONAS dah ada.. Tapi 2 Anak Mahathir wujudkan juga Sykt Minyak lepas tu faraid harta syarikat bapak mereka jadi penasihat..!!!


POLITICS & ECONOMY MISGUIDED IN STYLO BY FOOLISH UMNGOK DIRECTION DULU, KINI & ENTAH SAMPAI BILA ;)

"the WORLD will NOT be DESTROYED by those how do EVIL. but by those who watch them WITHOUT DOING ANYTHING"....albert einstein.

ROMPAK ROMPAK 1MALAYSIA BY ZIONIST PROXY DIMALAYA.

BAPAK BOREK ANAK RINTIK haha

GIZA MURSI : HARIAN METRO MESTI POHON MAAF TERBUKA

20 Sya'baan 1433 bersamaan 10 Julai 2012

 
Dalam suasana kemeriahan dan kegembiraan menyambut kemenangan calon Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) daripada Ikhwan Muslimin dalam pilihanraya Presiden Mesir baru-baru ini, masih ada pihak yang memberikan ekspresi respon negatif terhadap kemenangan Dr. Mohamed Mursi.

Dalam catatan detik sejarah ini, Dr Mursi merupakan satu-satunya Presiden Mesir pertama yang melalui pemilihan dan diundi oleh rakyat untuk menggantikan sistem pentadbiran autokratik apabila bekas presiden republik tersebut digulingkan dalam kebangkitan revolusi rakyat Mesir.

Apa yang menghairankan, akhbar Harian Metro yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri telah menyiarkan satu sketsa kartun ‘Giza Mursi’ dengan meletakkan wajah Dr. Mursi pada kartun patung singa berkepala manusia tersebut.

Harian Metro telah menyiarkan gambar tersebut pada akhbarnya yang bertarikh 5 Julai 2012 yang bertajuk ‘MOHAMED Mursi, Presiden baru Mesir’.

Umno-BN Johor di ambang kejatuhan!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Johor disebut-sebut antara negeri yang 'bolah sahaja' jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan paling lewat sebelum April 2013.

Mengapa Johor boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?Faktor paling besar yang boleh sahaja menjadi penyebab Umno-BN di sana boleh tersungkur ialah komposisi Dun yang memiliki pengundi yang 'marginal' (campuran) adalah faktor terbesar yang boleh menyumbang ke arah itu.

Johor memiliki lebih 60 peratus kawasan Dun yang bersifat marginal pengundinya dimana antara 30 ke 40 peratus pengundi bukan Melayu dan selebihnya antara 50 ke 60 peratus Melayu.

Melihat kepada perkembangan sokongan semasa bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat, Johor merupakan negeri yang agak kritikal kepada Umno-BN.

Meskipun beberapa pemimpin Umno Johor dan pusat menafikan andaian itu, namun mereka tidak boleh terlepas daripada hakikat sokongan rakyat yang mula teralih kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Paling dibimbangi Umno-BN ialah kawasan-kawasan Dun dan Parlimen di Bandar serta pinggir bandar seperti Johor Bahru, Pasir Gudang, Gelang Patah, Pulai, Bakri, Segamat dan Kluang yang memiliki peratusan pengundi Cina yang tinggi khasnya.

Di Sebalik Amukan Putrajaya...!!!!

PELIK TAPI BENAR - MENGAPA MEREKA MENGAMUK SAKAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS



KELAKAR tapi serius kes ini.  Mengapa dia mengamuk kat Putrajaya hanya berbekalkan pedang?  Jika benar seperti didakwa kononnya mereka mengamuk untuk `jatuh'kan kerajaan, bukankah senjata paling berkesan dan efektif hanyalah dengan menggunakan botol air mineral dan tuala good morning saja?  Tidak percaya, cuba tanya Nazri Aziz.
Mengapa dia mengamuk?  Mungkinkah kerana dia marah tidak dapat BR1M?  Atau tidak dapat tayar teksi percuma?  Tidak mustahil dia mengamuk kerana masih belum terima duit saham felda kot?  Kemungkinan besar juga dia mengamuk kerana mahu Najib berdebat dengan Anwar.

Malu saya kalau jadi ahli MCA

Oleh Izmil Amri

Apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, melalui cabutan undi, berjaya menjadi pemidato pertama; saya sudah boleh mengagak apa kesudahan debat rnda kedua MCA lawan DAP yang diadakan di Sunway Convention Centre semalam.

Kalaulah saya ini Cina, dan kebetulan menjadi ahli MCA, pastilah saya akan menyorokkan muka saya di dalam guni bawang dan tidak lagi bertemu dengan mana-mana teman penyokong Pakatan Rakyat, kerana begitu berat malu yang ditanggung.

Bahkan saya barangkali sanggup untuk lakukan pembedahan plastik dan menggunakan nama baru supaya orang tidak kenal saya lagi. Dan kemudian senyap-senyap saya isi borang DAP dan tinggalkan MCA selama-lamanya. Begitu besarlah malu yang ditanggung MCA kerana menghantar Chua Soi Lek, presidennya itu untuk berdebat menentang Guan Eng – untuk kali yang kedua.

Seolah-olahnya tidak cukup sekali kena belasah. Maka saya harus hormati keberanian Soi Lek untuk berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu buat kali kedua. Bos beliau, sang Perdana Menteri Najib Tun Razak, masih lagi belum ketemu semangat (barangkali kena mandi bunga) untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meski pun Anwar rela beliau diberi sekadar tiga minit, dan Najib sepuluh minit untuk berbalas hujah.

Al fatihah - Belasungkawa: Negara kehilangan tokoh budaya tersohor

9 Julai 2012

KUALA LUMPUR - Malaysia kehilangan seorang tokoh budaya tersohor, Azah Aziz, 83, atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, yang cukup dikenali sebagai seorang yang amat cintakan khazanah alam Melayu.

Isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz itu menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira 10 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

Dilahirkan pada 21 Ogos 1928 di Singapura dan dibesarkan di Johor Baharu, Azah yang turut dikenali sebagai Mak Ungku mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Convent, Johor Bahru.

Menurut buku biografinya berjudul "Azah Aziz: Kartika di Langit Seni" yang diterbitkan pada 2002, Azah melalui zaman remajanya ketika perang Jepun dan pengajian beliau terganggu semasa perang.

Selepas perang tamat, beliau berhasrat untuk menyambung pelajaran tetapi dilamar oleh Ungku Aziz dengan kata-kata: "Berkahwin dengan saya sama seperti menuntut pelajaran tinggi di sebuah universiti.”

MBAS bagi Diskaun 50 peratus untuk saman letak kereta

Diskaun 50 peratus untuk saman letak kereta

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mengadakan kempen tawaran diskaun 50 peratus bagi kompaun tempat letak kereta pada 1 hingga 30 Oktober 2012.

Datuk Bandar MBAS berkata, tawaran diskaun ini pertama kali dianjurkan bagi memastikan orang ramai dapat membayar kompaun tempat letak kereta untuk mengelakkan tindakan susulan diambil.

“Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran MBAS dan kaunter-kaunter bergerak yang akan ditetapkan, selepas tarikh 30 Oktober 2012, MBAS akan membawa kes ke mahkamah secara agresif ke atas kompaun-kompaun yang masih tidak dijelaskan,” jelas beliau.

Tambah beliau, sehingga kini, sembilan kes telah dibawa ke mahkamah kerana gagal menjelaskan kompaun tersebut mengikut syarat-syarat dan tempoh yang ditetapkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...