TERKINI :

Monday, July 9, 2012

BN... Blue Nation...!!!





nak tengok depa sembang apa hangpa pie sini..
[klik sini]

Gempar Utusan Salah sebenarnya bukan 90 kerusi DAP nak bertanding... tetapi 180 kerusi yang sebenarnya.....!!!!

DAP tanding 90 kerusi Parlimen? MasyaAllah, Utusan fitnah lagi


KUALA LUMPUR, 9 JULAI: DAP menempelak dan menafikan sekeras-sekerasnya dakwaan berniat jahat lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang melaporkan di muka depan akhbar itu bahawa DAP bakal bertanding 90 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.

Daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, DAP telah bertanding 47 kerusi Parlimen, PKR 97 dan PAS 66 dalam PRU 2008. Ini bererti DAP hanya bertanding 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Utusan telah membuktikan ia adalah surat khabar pembohong dan tidak jujur dalam bidang kewartawanan sehingga sanggup merapu untuk menegakkan benang basah kononnya DAP mahu bertanding 90 kerusi Parlimen, mahu mendominasi Pakatan Rakyat dan menjadi Perdana Menteri.

Mahathir sedap kata nik Aziz jamu air basuh kaki... sedangkan anak dia jadi "TOKEY ARAK" tak kata apa pulak..!!!

Mahathir samakan TG Nik Aziz dengan Ayah Pin dan anggap Rakyat Kelantan tidak waras..


Walaupun tidak dinyatakan secara terus terang akan siapa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir diawal penulisannya namun pada perenggan yang kedua menjelaskan siapa yang dimaksudkannya.

Tulis Tun dalam Blog Chedet.cc beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional menang di Kelantan kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan Nik Aziz.

Ketaksuban penduduk Kelantan menjadikan Tun kehairanan bagaimana ada orang Islam yang begitu sekali menyanjung tinggi pemimpin mereka sehingga sanggup minum air basuh kaki mereka ini.

"Imam Mahdi" mengamuk di Putrajaya - Apa motif utusan sebelum ini yang kata mereka cuba gulingkan kerajaan dan bertakbir

 
Apa motif utusan sebelum ini yang kata mereka cuba gulingkan kerajaan dan bertakbir sedangkan Polis tidak mengeluarkan kenyataan berikut... Fitnah jer kerjanya UTUSAN nie... Saja nak timbulkan huru hara...


Polis sahkan kematian lelaki dakwa 'Imam Mahadi'
Polis mengesahkan lelaki yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya meninggal dunia di hospital selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

"Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi ' manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya," menurut kenyataan polis Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan polis, seorang lagi suspek perempuan pula terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Umno-BN cemas, ciplak pendekatan Pakatan

Oleh SAIDAH HAIRAN

Umno-BN semakin cemas. Takut dan bimbang untuk menghadapi pilihan raya umum. Takut untuk menghadapi saat-saat kekalahan. Umno-BN merupakan parti yang tidak pernah tewas pada pilihan raya di peringkat Pusat.

Pengakuan Jabatan Audit Negara berkenaan ketelusan dan kecekapan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menambahkan ketakutannya. Sokongan bekas pegawai kanan kerajaan, golongan artis dan ahli sukan yang menganggotai PAS terus memberi tekanan kepada Umno. Mereka mengintai di mana kelebihan dan keistimewaan PAS.

Rasa cemas dan takut teramat sangat itu menyebabkan pimpinan nombor satu negara menebalkan muka mencipkal corak pentadbiran Pakatan Rakyat. Kelantan yang diuar-uarkan sebagai negeri paling miskin turut menjadi model Umno-BN untuk memikat rakyat.

Cuti hari kerja dua hari iaitu Sabtu dan Ahad yang dilaksanakan kerajaan Pusat sekarang, sebenarnya meniru kerajaan Kelantan. Sebelum itu, kerajaan Pusat hanya memberi cuti Ahad.

Mahathir sapu kepala dengan minyak 'cap kapak'...

Anwar umum pelan persaraan, Mahathir sapu kepala dengan minyak 'cap kapak'

Isu persaraan Anwar sekarang menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan, Mahathirlah yang akan memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman persaraan Anwar jika PR gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mahathir memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar itu hanyalah sebagai helah pilihanraya sahaja.
Sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini kerana beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan satu kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya rasa sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu. Tetapi Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar.
Di Selayang semalam Anwar berkata yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar)  akan merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul dan bermoral dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat juga. Anwar menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana yang dihina selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau dan ditumbuk serta ditelanjangkan adalah beliau.

Hangpa Dok Hina Nik Aziz nie ada ka pemimpin UMNO macam dia..habaq mai sat..!!!

Ada pemimpin Umno seperti Tuan Guru Nik Aziz?

KUALA LUMPUR: “Soalnya, adakah pemimpin lain yang bersifat seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kalangan Umno BN?” tanya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Riduan Mohd Nor (gambar).

Sehubungan itu, ujarnya DPPM menyelar kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap rakyat Kelantan taksub kepada kepimpinan Tuan Guru sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga menjangkakan BN sukar memerintah Kelantan selagi ada insan bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“DPPM menganggap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad seakan menghina rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rakyat Kelantan dianggap tidak rasional sehingga sanggup taksub tidak tentu pasal terhadap kepemimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga menerima bulat-bulat apa sahaja ucapan daripada beliau.

Hakikatnya, kata Riduan rakyat Kelantan tidak seperti yang ditanggapi oleh Tun Dr Mahathir, kerana rakyat Kelantan lebih matang berpolitik dan tahu perkembangan politik tanah air.

Beliau berkata Mahathir tidak faham istilah taksub dengan kasih.

Pengerusi BN Kedah tolak akta OSA yang Kerajaan BN luluskan..!!

Bashah tampil pertahan ketua Pemuda Gerakan Kedah

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini tampil mempertahankan Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang yang diugut dengan tindakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh kerajaan Kedah kerana sering mendedahkan kepincangan dasar kerajaan negeri.

Ahmad Bashah berkata BN tidak gentar dengan ugutan itu dan akan mempertahankan Tan kerana apa yang diperkatakannya adalah benar bukan rekaan atau fitnah.
  
"BN akan terus membawa satu demi satu kelemahan tadbir urus PAS Kedah supaya masyarakat dapat menilai keupayaan PAS untuk menjadi sebuah kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang bercadang mengambil tindakan OSA terhadap Tan berikutan pendedahan beliau berkaitan peraturan baru perumahan yang bakal diperkenal di negeri ini.
   
Katanya pemimpin BN menyuarakan kepentingan rakyat apabila mengeluarkan sesuatu isu dan daripada isu berkenaan rakyat mahu melihat jawapan kerajaan negeri, bukannya satu ugutan terhadap "pembawa mesej".
 

Tu dia perabih beratus ribu bela warga asing boleh nak bagi PTPTN FREE tak boleh...!!!

Hampir 10,000 warga asing dalam penjara M'sia

Seramai 9,757 warga asing menjalani hukuman penjara di Malaysia sehingga enam bulan pertama tahun ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi.

Katanya, jumlah itu adalah kira-kira 27 peratus daripada jumlah keseluruhan banduan di semua penjara di negara ini seramai 36,728 orang.

“Angka ini bukanlah sesuatu yang mencemaskan namun kita akui banduan asing di Sabah lebih ramai daripada banduan tempatan dengan merekodkan seramai 1,020 banduan warga asing daripada jumlah 1,300 banduan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Keluarga 1KDN di Kompleks Penjara Kajang semalam.

Katanya sebagai langkah mengatasi kesesakan di penjara, banduan-banduan ini akan dihantar ke penjara lain bagi memastikan jumlah banduan di sesebuah penjara dapat diseimbangkan.

“Dan bagi banduan warga asing pula, kita tidak mahu isu kesesakan di penjara menjadi bebanan kepada negara termasuk KDN,” katanya.

Bukti Yang Dok Gadai Selama Nie Depa.. Tapi dok kata kat PAS pasai paa..!!

Iktiraf sijil TARC kerana undi, kata Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "kebodohan" orang Melayu menyebabkan kumpulan etnik majoriti terpaksa tunduk kepada tuntutan golongan minoriti, termasuk mengiktiraf sijil daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC).

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir membangkitkan perkara itu sebagai dilema baru orang Melayu.

Beliau mendakwa, golongan Melayu kini tidak mampu mempertahankan kaum mereka kerana takut dituduh rasis.

"Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tidak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan.

"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tuankua Abdul Rahman, kita kena terima.

"Kalau gaji staf KUIN dipotong, kena tanya Bendahari bukan Rektor..."

Ahad, 08 Julai 2012 13:04 | Ditulis oleh SARINA ISMAIL | PDF | Cetak | E-mail

ALOR SETAR – “Bila nak dekat piliharaya, macam-macam kita dengar. Macam orang berpuasa pergi beli makanan, semuanya dia nak beli, tapi bila buka puasa lepas minum air nyior segelas, tersandar sampai tinggal sembahyang,” sindir Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menjawab soalan pemberita semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.

“Sejak saya jadi pengerusi KUIN, macam-macam masalah yang timbul, tak habis-habis. Tapi hasil yang kita tengok, KUIN semakin popular. Seluruh Malaysia sekarang kalau datang Kedah, mesti nak melawat KUIN,” kata beliau.

Susulan pertanyaan dari pemberita berkenaan kemelut KUIN yang mengakibatkan berlakunya demontransi mendesak Rektor, Profesor Datuk Dr Jamil Osman meletakkan jawatan, beliau menegaskan, beliau sendiri yang membawa Rektor berkenaan ke KUIN.

“Keputusan untuk melucut jawatan atau sebagainya bukan di tangan saya. Setakat ini Lembaga Pengarah berpuas hati dengan prestasi beliau dan tidak berhasrat tamatkan kontrak beliau.

“Lagi pun saya sendiri yang membawa beliau ke KUIN. Semasa itu beliau berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tegas beliau.

Apabila ditanya, adakah penunjuk perasaan berkenaan akan dikenakan tindakan, beliau menegaskan semua itu hak mereka dan beliau memberi kebebasan untuk mereka meluahkan apa yang mereka tidak puashati, kalau mereka datang berbincang atau berunding, itu langkah yang lebih baik.

”Bila benda baru, memang ramai yang tak puas hati. Saya nak kembangkan KUIN pun ramai yang kritik. Tambah jurusan Bahasa Inggeris dan Ekonomi pun mereka kritik.

“Saya harap mereka kena bersabar sebab kita semua faham KUIN ini universiti swasta dan tak sama dengan universiti kerajaan.

“Bila KUIN ada masalah kewangan, kerajaan negeri akan bantu melalui GLC.

“Kita bantu KUIN, setiap tahun kita salurkan RM15 juta. RM3 juta untuk tahfiz, RM12 juta untuk KUIN. Selain itu, yuran-yuran dari pelajar juga menampung keperluan, yang jadi lambat sikit tu kerana ada masalah teknikal.

“Kalau gaji kakitangan dipotong, perkara itu kena tanya bendahari bukan tanya rektor. Contohnya, kalau gulai tak masin tak cukup garam, takkan kita nak marah bapa tentulah kena tanya tukang masak,” ujarnya lagi menjawab berkaitan kewangan KUIN.

Berkenaan yuran pengajian yang dikatakan semakin meningkat, beliau menjelaskan, tiada sebarang kenaikan untuk pelajar lama. Kenaikan yuran hanya dikenakan kepada pelajar baru dan mereka boleh membuat penilaian sendiri berkenaan yuran berkenaan.

Seandainya Hari Ini didedahkan Video Klip TG Nik Aziz bersama pelacur pun kami tetap #ABU...!!!

Awas Klik Video Lucah Siap Untuk Diedar?

Susupan Pagi

Maklumat awal untuk sekalian orang politik! Beberapa klik vido yang akan mendedahkan keburukan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pun siap untuk diedarkan kepada umum. Pembikinan kilik video berkenaan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. Ia adalah lanjutan kepada kilik vido yang didedahkan manusia digelarkan Datuk T tidak lama dahulu.

Klik video ini semuanya untuk mencemar dan memburukkan imej pemimpin tertinggi PR. Ia akan diedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan. Kilik video ini juga akan disiarkan menerusi televisyen dan media massa PB. Pendedahan klik video ini seperti biasa akan dibuat menerusi blog-blog terpilihan yang tidak berhati perut peliharaan UBN.

Rahsia ini terdedah apabila salah seorang produksi di bahagian editing (penyunting) yang terlibat dengan penerbitan itu menceritakan secara tidak langsung kepada salah seorang anggota keluarganya dua minggu lalu. Kebetulan pula anggota keluarga penyunting itu adalah kawan lama saya, dan cerita ini terdedah dalam perjalanan saya bersamanya ke Pasir Putih malam kelmarin.

Menurut sumber ini di antara pemimpin tertinggi yang terlibat dalam klik video terbaru ini ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Husam Musa. Katanya nama Nurul Izzah Anwar juga turut sama disebut.

Parti Gerakan berbohong!

Ahad, 08 Julai 2012 14:51 | Ditulis oleh SARINA ISMAIL | PDF | Cetak | E-mail

ALOR SETAR – “Dakwaan Pemuda Gerakan Negeri Kedah, Tan Keang Liang, salah dan tidak berasas sama sekali.

“Kerajaan negeri tidak mengeluarkan polisi seperti yang didakwa oleh beliau dan exco berkenaan juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,“ tegas Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pemberita semasa sidang media, di sini.

Jawapan tersebut diutarakan bagi menjawab tohmahan kononnya kerajaan negeri akan mengeluarkan polisi baru hanya membenarkan anak kelahiran Kedah membeli dan memiliki rumah di sekitar Sungai Petani dan Kulim.

“ Di bawah exco baru portfolio berkenaan, kerajaan negeri akan membina rumah kepada rakyat dan mengambil kira semua golongan. Kita melaksanakan konsep adil kepada rakyat, bina rumah kos sederhana dan mampu milik,“ jelasnya lagi.

Ha Ha Ha.. Takut Juga BN Kedah dengan Akta OSA..!!!

MB Kedah hanya bergurau?
ROSLINDA HASHIM
9 Julai 2012
mb kedah

ALOR SETAR - Gurauan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) secara spontan ketika diajukan pertanyaan mengenai pendedahan draf dasar perumahan baru Kedah, dianggap serius oleh media dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Azizan secara berseloroh menyebut tindakan mendedahkan maklumat rasmi Kerajaan Negeri sebelum diumumkan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan bawah OSA pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Rabu minggu lalu.

Sebelum menjawab pertanyaan media berhubung dasar perumahan baru yang didedahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, Azizan sekadar berkata, “rujuk draf itu, salah tu bawah OSA,” katanya dalam nada gurauan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...