TERKINI :

Saturday, July 7, 2012

Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?



Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1,800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.

Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.

Penasihat Petronas Taik Kucing..!!!

Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.

Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia.

Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.

"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya.

Debat Guan Eng dan Soi Lek live di internate...

Biro publisiti MCA akan memastikan debat dalam bahasa Inggeris antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng boleh diikuti secara langsung di Internet melalui laman web rasmi MCA dan laman utama rasmi UStream MCA. 

MCA dalam kenyataan hari ini berkata anggota MCA dan orang ramai yang berminat menyaksikan secara langsung debat itu melalui Internet boleh mengakses laman web MCA, dan disini.

Debat itu, yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad (8 Julai 2012), dari pukul 2.30pm hingga 4.30pm.

Tajuk debat itu ialah “DAP and MCA: Whose Policies Benefit The Country More?” (DAP dan MCA: Dasar Siapa Yang Memberi Lebih Manfaat Kepada Negara). — Bernama

MAS wajib beli minyak dari Sykt Anak Mahathir... kaya Laa Depa...!!!

'Monopoli' Petron pada MAS dipersoal


Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan perjanjian pembekalan minyak untuk pesawat Airbus A380 antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan Petron Malaysia (Petron), yang dikaitkannya dengan anggota keluarga Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ekoran perjanjian itu syarikat penerbangan negara MAS tidak dibenarkan membeli minyak selain daripada Petron (dahulunya dikenali sebagai Esso Malaysia Bhd) selama enam bulan.

"Saudara, apa punya dasar ekonomi ini. Najib, ini apa? Kamu perdana menteri atau ketua kampung.

"(Najib) ini perdana menteri, dengan Mahathir (dia) takut, dengan PERKASA dia takut, dengan (Barrack) Obama dia takut, balik rumah takut," katanya sambil diiringi ketawa dan sorakan hadirin dalam ceramah di Selayang dekat ibu negara malam tadi.

"Sebab itu, ketelanjuran sudah teruk. Wang kita, kena ingat. MAS ini syarikat penerbangan negara, mana boleh bagi kepada satu syarikat (sahaja)," katanya.

Najib hanya mampu cakap besar bukan menang besar



Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menyusahkan rakyat mengenai tarikh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang masih menjadi tanda tanya hingga ke saat ini. Para ahlulnujum politik pun sudah jemu untuk meramal setelah sekurang-kurang tiga masa dianggap terbaik untuk BN mengadakan PRU berlalu begitu sahaja.

PRU adalah perkara besar. Di samping banyak pihak yang terbabit dengan PRU, jika berlaku pula pertukaran kerajaan maka lagi banyak perubahan yang akan berlaku. Sebab itu tidak pelik jika ada pihak yang sentiasa dalam dilemma untuk merancang aktiviti kehidupan seharian selagi Najib belum bubarkan Parlimen. Hendak menunaikan umrah, haji, melancong, berpindah rumah, kenduri kendara bahkan nak khatankan anak pun jadi dilemma dalam penentuan tarikh.

Jabatan-jabatan kerajaan pun begitu. Hampir semua jabatan kerajaan yang terbabit langsung jika berlaku pilihanraya tidak dapat menyenaraikan agenda dalam taqwim tahunan dengan selesa. Jika berlaku pilihanraya, semua perancangan terpaksa dirombak. Persediaan untuk menghadapi pilihanraya terpaksa dibuat ke tahap maksimum sedangkan tarikh pilihanraya tidak diketahui.

Betulkah Mahathir manusia yang paling gembira jika Anwar bersara...!!!

Anwar: Mahathir duduk diam-diamlah

 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau supaya tidak berlengah-lengah untuk bersara daripada politik.

Sebaliknya, dengan nada tegas, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri meminta bekas bosnya itu "duduk diam-diam sambil menjaga syarikat anaknya".

"Duduk rehat tadi, ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat.

"Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Puluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu.

Selepas HARAM JADAH kini kena kata MUKA TAK MALU laa pulak..!!!

Peneroka: Dulu haramjadah kini muka tak malu
Khairil Abdul Rahim, 07 Jul 2012


Para peneroka yang membantah penyenaraian saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia sekali lagi menjadi sasaran cacian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Jika pada satu ketika dulu Najib memaki hamun peneroka-peneroka tersebut sebagai haramjadah, dalam lawatannya ke Felda Chini hari ini beliau menyifatkan peneroka tersebut mereka sebagai 'muka tak malu' kerana mengambil durian runtuh hasil penyenaraian itu.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengcop peneroka-peneroka berkenaan sebagai pengkhianat kerana cuba menghalang niat kerajaan yang mahu mentransformasi serta memartabatkan peneroka Felda di peringkat global.

RM500juta di tabur sebelum pilihanraya.... tabur jangan tak tabur....!!!

Teraju agih RM500 juta untuk syarikat Bumiputera terpilih
Oleh Mohd Farhan Darwis
July 06, 2012


PETALING JAYA, 6 Julai — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) hari ini mengumumkan akan memberikan kemudahan pembiayaan kewangan Islam bagi syarikat-syarikat dalam kumpulan Teras dengan nilai berjumlah RM500 juta.

Melalui program ini, syarikat yang tergolong dalam kumpulan Teras akan beroleh pinjaman bernilai sehingga RM30 juta dana dengan pembiayaan daripada SME Bank bagi keperluan pembiayaan untuk modal kerja dan pembelian aset dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

"Pembiayaan ini diperkenalkan untuk memudahkan pengembangan perniagaan syarikat berprestasi tinggi dalam program Teras.

"SME Bank telah membuat penilaian dan setakat ini 130 syarikat telah dipilih berdasarkan skor antara tiga hingga lima bintang dan penilaian kredit yang tinggi," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada pemberita di pejabat Teraju di sini.

Masa jadi EXCO awat hang tak buat kerja.. Mai dah kena pecat macam-macam hang punya idea...!!


Dia ni Adun kawasan kami..tapi dah kena pecat..dulu masa dia Exco Agama, kami bantah MPS benarkan bina gereja besar depan rumah kami, di kawasan 90 % org Islam. Apa pun dia tak buat..duduk dlm kjaan pun tak boleh selamatkan akidah..cakap tak serupa bikin..La ni buat ceramah pun kat tempat Umno..tak ada org Gombak Setia nak percaya..yg percaya pun org mcm Rozali Syabas

Saya Setuju Degan Mahathir Tetapi Dia Tetap Jahat

Mahathir Mohamad

Saya bersetuju dengan pandangan Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan Lim Kit Siang sampai terasa hati iaini mengenai orang Cina akan jadi 'kingmaker' di dalam pilihan raya akan datang. Sara raya pandangan Mahathir itu tepat, munasabah dan perlu diberi perhatian serius oleh orang Melayu, kalaulah orang Melayu ingin bersuci hati dalam politik. Tetapi saya tidak setuju dengan Mahathir kalau dia tidak tahu kenapa Lim Kit Siang benci sangat kepadanya.
 
Saya sependapat dengan bekas PM itu mengenai hal ini. Malahan sudah saya sebut perkara ini beberapa kali, melihat senario terkini politik orang Melayu; Umno, PKR dan Pas yang hilang waras ia membimbangkan. Orang Melayu semacam sudah tidak rasional di dalam politik kerana sanggup mengenepikan kepentingan-kepentingan yang harus diperjuangkan bersama. Orang Melayu semacam sudah berkerat rotan berpatah arang sesama sendiri.

Keparahan politik Melayu ini dapat dibaca oleh orang Cina baik DAP, MCA maupun Gerakan dan juga yang tidak berparti. Di sinilah mereka mencelah untuk mendapat apa yang mereka inginkan selama ini.  Orang Cina hatta 'little India' juga gembira dengan apa yang berlaku di antara Melayu sesama Melayu ini. Formula mudah yang saya bentangkan, sekiranya Melayu Pas dan bangsa Umno tidak mendapat mandat penuh katakan dalam keduduka 50 -50 ketika inilah orang Cina akan mengambil kesempatan menjual dirinya. Dalam menjual diri ini mereka akan melihat kepada pihak mana yang akan membida dengan harga yang mahal.

Isu Minyak MAS - Petronas dah ada tapi dok pie bagi kat kompeni anak Mahathir

Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS

KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.

Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.

“Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. 

Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana ‘melepaskan’ kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.

Bekas Pengarah JPJ Kedah bebas dakwaan terima rasuah

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Zulkifli Othman sekali lagi dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini semalam daripada tuduhan menerima suapan berjumlah RM1,000 daripada seorang pemilik akademi memandu lima tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar memutuskan demikian terhadap Zulkifli, 52, selepas pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tertuduh.

Pada prosiding tersebut, Zulkifli lepas dan bebas daripada tuduhan menerima rasuah daripada Lim Kok Han di Kelab De Macau, Lower Ground Floor, Hotel Renaissance di sini pada pukul 1.30 pagi, 4 Ogos 2007.

Masalah bekalan air terputus di Kedah diatasi

 
SUNGAI PETANI 6 Julai - Masalah kekerapan bekalan air terputus yang membelenggu kira-kira 50,000 penduduk empat daerah di negeri ini bakal diatasi apabila projek menaik taraf dan membaik pulih paip bernilai lebih RM30 juta siap sepenuhnya awal tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Datuk Adzmi Din berkata, projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) itu telah berjalan sejak awal tahun ini.

ADUN Kupang beri sumbangan untuk bina rumah

KUPANG  – Keperihatinan ADUN Kupang, YB Johari Abdul sudah diketahui ramai apabila beliau sering turun padang memberi sumbangan dan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Baru-baru ini beliau sekali lagi turun padang menyampaikan sumbangan RM2500 bagi menyiapkan rumah seorang penoreh getah yang memerlukan rumah baru untuknya berteduh.

Mohd Rosdi Kasim, 35, tinggal di Kampong Tandop Pisang, Kuala Ketil. Dia dan isterinya bersama dua anaknya, sebelum ini dikatakan tinggal di rumah yang tidak mempunyai bilik dan hanya makan serta tidur di tempat yang sama.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...