TERKINI :

Friday, July 6, 2012

Makin lambat PRU, banyak skandal Najib terdedah

Harakahdaily, 06 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Nampaknya semakin jauh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung semakin banyak tembelang Perdana Menteri pecah dan semakin sukar beliau menepis segala dakwaan yang dihadapkan kepadanya.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu skandal campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent menandakan negara ini bakal menuju kehancuran.

“Dalam pendedahan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR mendakwa laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

'Skandal LRT: Siasatan polis untuk lindungi PM'

Polis sepatutnya menyiasat Perdana Menteri yang didakwa memberikan tender projek tambahan LRT kepada pihak tidak layak dan bukannya Pengarah Strategi PKRRafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu, kata presiden PKR.

NONE"Polis seolah-olah tidak berminat dalam pendedahan ini, satu tender penting yang diberikan kepada pembida tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan perdana menteri.

"Tidak satu pun di antara mereka dipanggil dan disiasat polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (atas).

Rafizi sebelum ini mendakwa projek tambahan LRT Laluan Ampang yang pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Datuk Seri Najib Razak.

Susulan pendedahan itu, Rafizi kini disiasat sepasukan polis dari Bukit Aman di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Rafizi Ramli, musuh nombor satu BN?

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Sewaktu mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak.

Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli (gambar) kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia “genius” (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat.

Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Blogger Umno sedang menjerut leher sendiri

KUALA LUMPUR: Kepada banyak pihak, ia semakin jelas saban hari bahawa Umno adalah sebuah parti yang disertai individu-individu yang tamak dan tidak pernah ada rasa cinta kepada parti mereka.

Terdapat banyak peristiwa kebelakangan ini yang menguatkan persepsi tesebut, yang terbaru ialah pertelingkahan antara media, antara bos-bos media mereka dan pakar strategi yang memutar belitkan berita.

Ini termasuk bagaimana cara untuk menonjolkan agenda Umno dan bagaimana untuk menjual kepada orang awam mengenai kebolehan Umno dalam pembangunan, namun semuanya tidak berpadu dari atas ke bawah.

Jadi, anda boleh berimaginasi betapa teruknya parti yang sudah tua ini, dan mengapa kini ada yang berpendapat bahawa parti tersebut berada di perjalanan terakhirnya sebelum diketepikan dalam arus perdana politik Malaysia.

Setiap ahli Umno hanya memikirkan mengenai diri mereka sendiri. Semua yang berada dalam parti yang mempunyai 3 juta ahli ini berpecah, dan apa yang mengikat mereka hanya 'WANG'.

Dokumen Pertahanan Bocor.. Siapa pun tak nak Siasat... mai Documen LRT siap ada 'task force' nak siasat siapa yang bocoqnya..!!!

Isu LRT: Utamakan keselamatan rakyat, Rafizi gesa polis
Jamilah Hamzah
5 Julai 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan polis yang kelihatan lebih mementingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)-Umno berbanding keselamatan rakyat bakal mengundang bahaya kepada jutaan pengguna ekoran keengganan penguatkuasa itu menyiasat Perdana Menteri.

Menurut beliau, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menolak mentah-mentah dari menyiasat campurtangan Perdana Menteri dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang, sebaliknya segera menubuhkan pasukan khas mahu menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender diketahui umum.

“Saya kesal dengan kenyataan Mohd Bakri kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

Tu dia aihh.. Peneroka Felda memanjang ada 'habuan' tapi mai petani..dah 22 tahun subsidi padi dok banyak tuu jaa..!!!

Pusat didesak naikkan subsidi padi 50 peratus

ALOR SETAR – Harga padi dan subsidi tidak pernah dikemaskini sejak 22 tahun yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kali terakhir semakan dibuat pada tahun 1990.

Harganya tidak pernah dinaikkan, sehingga kini ianya hanya RM24.81 bagi setiap 100 kilogram.

“Subsidi padi paling akhir dikemaskini pada tahun 1990, dah 22 tahun kerajaan (pusat) tak review tentang ini, sehingga kini ianya masih dengan harga RM24.81 bagi 100 kilogram.

“Ianya harus naik, bersesuaian dengan kenaikan harga keperluan hidup, harga beras naik, harga ayam naik, daging naik, harga sayur naik, semua naik,tapi subsidi padi tak pernah naik sejak 22 tahun lalu,” jelas beliau.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menaikkan subsidi padi sebanyak 50 peratus bagi meringankan beban seramai 145 ribu petani di seluruh negara.

Walau empat tahun tapi banyak perubahan - Azizan

SELANGOR – Walaupun empat tahun adalah masa yang terlalu singkat bagi sesebuah kerajaan melakukan pelabagai perubahan, namun kerajaan negeri Kedah kini mampu melakukan perubahan yang bukan sahaja membuka mata rakyatnya tetapi juga pelabur-pelabur luar.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, dengan perubahan demi perubahan yang berlaku, maka kini rakyat dapat membuat perbandingan dengan kerajaan yang lepas.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perjumpaan Anak-Anak Kedah di Perantauan di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan, di sini.

“Bagi sesebuah kerajaan, empat tahun adalah masa yang sangat singkat untuk buat perubahan dan perubahan tersebut tidak dapat dilakukan oleh kerajaan sebelum ini di negeri Kedah.

“Tetapi dengan perubahan yang berlaku sekarang ini di Kedah, ianya dapat membuka mata masyarakat. Namun begitu, masih ada yang tidak berpuas hati kerana sifat manusia adalah susah untuk berpuas hati. Jika diberi satu lembah emas maka dia akan minta satu lembah emas lagi, sehinggalah tanah masuk dalam mulutnya barulah dia puas hati,” ujarnya.

KUIN jalin kerjasama dengan Universiti Islam Yala

E-mail
ALOR SETAR – Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kini semakin mendapat tempat dihati institut pengajian tinggi luar apabila Universiti Islam Yala (YIU) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengannya di Wisma Darul Aman dan disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Dalam majlis berkenaan KUIN diwakili oleh Rektornya, Profesor Dato’ Dr. Jamil Osman, manakala YIU diwakili Rektornya, Dr. Ismail Lutfi Japakiya.

Hasil daripada MoU ini akan membolehkan KUIN dan YIU berkongsi dan bertukar kepakaran serta sumber yang dimiliki. Selain itu, melalui MoU ini kedua-dua universiti dapat menjalankan projek usahasama, latihan dan pertukaran staf di samping mengadakan penganjuran bersama kursus, simposium dan seminar.

Hebatnya pemikiran warga barat tentang soal keadilan berbanding negara membangun,termasuklah malaysia


Mereka paling mencegah kezaliman raja
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
5 Julai 2012
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

‘Mereka paling mencegah kezaliman raja-raja’ adalah perkataan sahabah Nabi s.a.w ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas tentang kelebihan bangsa Rome ataupun bangsa Eropah ini. Saya teringatkan perkataannya apabila tiga hari lepas (Selasa 3 Julai) saya terbaca dalam Akhbar Daily Mirror kritikan dan pendedahan mengenai belanja perjalanan keluarga DiRaja Britain. Dengan tajuk ‘Royal Family’s travel bill set rise higher’. Setiap anggota keluarga yang berbelanja dengan wang Negara didedahkan. Perjalanan mereka dan berapa wang negara yang telah digunakan seorang demi seorang. Antaranya Daily Mirror laporkan: “July 2011 Prince William and Kate spent £54,410 returning from LA with their staff of seven after touring Canada and California. A source said they paid business class fares for first class flights”.

Banyak lagi pendedahan yang dibuat sebagai bantahan ke atas keluarga Diraja itu menggunakan wang awam. Walaupun kadangkala yang digunakan itu kelihatan tidaklah begitu besar. Peningkatan belanja Queen Elizabeth juga dipertikaikan. Padahal jika kita teliti Queen British itu membayar cukai harta seperti rakyat yang lain. Namun, sikap adil dan demokratik membolehkan rakyat mengetahui dan menyemak sesiapa sahaja yang terbabit dalam salahguna wang awam. Laporan itu menyimpulkan “The figures mean she (The Queen) costs the British population 52p per head, excluding the cost of her security and police protection”.

“Saya akan letak jawatan jika diarah Menteri Besar” - Rektor KUIN

ALOR SETAR – Rektor Kolej Unversiti Insaniah (KUIN), Profesor Dato’ Dr. Jamil Osman tidak akan meletakkan jawatannya kerana beliau hanya menjalankan tugas yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Insaniah.

Dr. Jamil Osman berkata, beliau tidak akan meletak jawatannya sebagai rektor selagi mana Menteri Besar Kedah tidak menyuruhnya berbuat demikian.

Beliau berkata demikian semasa bercakap di sidang media berikutan isu demonstrasi agar beliau meletakkan jawatan sebagai Rektor KUIN di Wisma Darul Aman.

“Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak, selagi arahan rasmi tidak dikeluarkan. Tetapi jika saya disuruh oleh MB untuk meletak jawatan, maka hari ni juga saya letak jawatan.

“Saya bukan memohon untuk menjadi rektor tetapi saya dijemput untuk menjadi rektor oleh Ustaz Azizan. Saya hanya menjalankan tugas ini dan ianya adalah tugas saya kepada ummah dan negeri saya. Semasa dijemput untuk menjalankan tugas di negeri ini, saya rasa ianya merupakan suatu penghormatan kepada saya. Saya bersyukur kerana sudah empat tahun saya menjalankan tugas disini,” jelasnya.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan beliau dengan kemelut KUIN bukanlah serangan peribadi kerana semua keputusan yang berkaitan dengan KUIN adalah di bawah Lembaga Pengarah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...