TERKINI :

Thursday, July 5, 2012

‘Asalkan Bukan Najib’ laa pulak.......

‘Asalkan Bukan Najib’ – Interpretasi kekecewaan terhadap pentadbiran perdana menteri
Oleh Mohd Farhan Darwis
July 05, 2012

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Selepas menerbitkan dua buah buku kontorversi melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertajuk, “Najib PM terakhir” dan “Kesalahan-kesalahan Najib”, penulisnya, Shahbudin Husin kini menerbitkan buku terakhir beliau sebagai ahli Umno bertajuk “Asalkan Bukan Najib.”

Shahbudin yang berusia awal 40-an itu menjelaskan buku terbarunya itu merupakan kesinambungan daripada dua bukunya sebelum ini yang telah pun mendapat tempat di hati masyarakat, terutamanya generasi muda yang gemar melihat perkembangan politik di negara ini.

Karya terbaru dengan 300 muka surat ini dikeluarkan demi mengajak pembaca dan rakyat Malaysia untuk menilai semula rasionalnya Najib sebagai perdana menteri malaysia dengan begitu banyak isu yang dilihatnya tidak diselesaikan, sebaliknya Najib lebih gemar menggunakan pendekatan “tunggu dan lihat”.

“Banyak perkara yang Najib ambil tindakan hanya setelah setelah sesuatu isu menjadi parah. Contohnya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) ... bila sudah semakin parah baru beliau masuk campur, dan mengambil tindakan terhadap (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil).

Aduhai PM ku sayang.. lepas satu..satu ko kena...dulu Altantuya pie ke Kapal Selam.. lanie LRT pulak...!!!

'PM bimbang skandal LRT gugat kedudukan'
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli melihat siasatan terhadapnya - kerana mendedahkan dokumen projek sambungan LRT didakwa bernilai RM1 bilion - disebabkan kebimbangan perdana menteri terhadap kemungkinan dakwaan itu menggugat kedudukannya.

NONEKatanya, tindakan menubuhkan pasukan khas polis untuk menyiasat kebocoran maklumat itu, seperti dumumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin mengesahkan dokumen berkaitan asli.

"Kenyataan Bakri semalam mengesahkan dua perkara: Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Najib dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli.

Ingat tak lagi anda dengan projek email 1Malaysia yang bernilai RM50juta..!!!

Emel 1Malaysia: Mengapa beri kepada Tricubes?

KUALA LUMPUR: Tricubes Bhd yang mendapat projek emel 1Malaysia daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2011 ternyata bersandarkan kepada kronisme sebagaimana didakwa sebelum ini.

Malah di awal pemberian projek yang bernilai RM 50 juta kepada syarikat terbabit sudah mendapat kritikan hebat kerana dikatakan mempunyai masalah kewangan.

Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) meminta kerajaan memandang berat akan reaksi yang jelas diberikan sebelum ini.

"Mengapa perlu memberi projek kepada syarikat yang terang-terangan bermasalah, malah di awal lagi perkara ini sudah dikritik akan ketidakupayaan syarikat berkenaan," katanya kepada Harakahdaily ketika dihubungi.

Malah Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad juga menegaskan syarikat tersebut tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain mempunyai permasalahan hutang yang perlu distrukturkan pembayarannya.

UMNO & MCA nie Hudud tolak... mai tang duit boleh pulak kongsi hang aku...!!

Syarikat MCA kongsi untung saman rakyat? 

PETALING JAYA: Syarikat berkaitan dengan MCA didakwa bakal berkongsi untung saman trafik yang dikenakan JPJ ke atas rakyat mulai hujung tahun ini.

Bagi memaksimakan keuntungan pula, kadar saman trafik akan dinaikan ke RM300 - RM2,000  melalui satu rang undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Baru-baru ini, syarikat berkaitan MCA didakwa telah mendapat kontrak projek saman pengangkutan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES) yang akan dilaksanakan kerajaan penghujung tahun ini.

Bendahari PKR William Leong ketika mendedahkan perkara itu berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

kroni... kroni... kroni....

Kroni lagi, apa jaminan kepada penumpang LRT?

Nasrudin Hassan, 05 Jul 2012

Mengikut perancangan, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Datuk Sri Mohd Najib Razak mahu menambah perkhidmatan LRT Ampang yang sedia ada sekarang ini dengan nilai RM1.012 bilion pada kadar tambahan sebanyak 17 kilometer.

Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan jumlah yang diperuntukkan ini sangat besar dan projek ini seharusnya dinilai, ditapis dan diteliti sedalam mungkin kerana ianya melibatkan jumlah yang besar daripada perbendaharaan negara.

Menurut sumber yang dikeluarkan oleh beritasemasa.com terdapat 8 syarikat terkemuka daripada seluruh dunia termasuklah dari Perancis, Britain dan Korea Selatan yang masuk di dalam senarai tender dan berusaha untuk membuktikan kemampuan dan kekuatan masing-masing.

Menurut lampiran yang disertakan di dalam beritasemasa.com, badan penilai iaitu perunding kejuruteraan Halcrow membuat keputusan memilih untuk mencadangkan kepada Kementerian Kewangan satu syarikat dari Britain, Konsortium Balfour Beatty-Invensys bagi melaksanakan projek LRT Ampang ini.

UMNO Kedah yang tak mau buat hudud.. dok kata kat masyarakat pulak...!!!!

Cuba tengok kat atas nie semua orang buat kenyataan berlapik dan menjurus kearah hendak melaksanakan hukuman allah ini..

Tetapi cuba hangpa tengok balik kenyataan UMNO KEDAH... Jika dalam hati tu sendiri yg tak mau tak usah di salahkan masyarakat...

Tak caya hangpa tengok kat  bawah nie....

Aduhai pie lantik ketua pembangkang Kedah yang baru pun... macam mabok jaa..!!!

'Ketua Pembangkang' Kedah sekog ni mabuk Guinness Stout ka?

Oleh: Tok Non


'Ketua Pembangkang Kedah' yang mengambil alih jawatan tersebut dari Datuk Seri Mahdzir Khalid iaitu Tan Keng Liang merapu meraban lagi. Agaknya lepas tunggang Guinness Stout 3 botoi, dia pun panggil sidang media hentam kerajaan negeri kerana kononnya buat dasar baru perumahan.

Kelmarin selepas mesyuarat Exco, MB ditanya berhubung isu tersebut tapi MB pun hairan sebab tak tahu menahu mengenainya kerana 'dasar baru' yang dikatakan 'Ketua Pembangkang Kedah' tu tak pernah dibincang dalam mesyuarat Exco. Habis tu dokumen tu ambik mana??

Mana teringatlah Tok Non, semalam ada forum kat TV3 di mana panelisnya semua orang BN bincang mengenai kabinet bayangan Pakatan. Dalam kaninet bayangan tu kononnya ada 49 menteri dan jumlah menteri DAP paling banyak. Mengulas panjanglah panelis tu pasai isu tersebut... pengerusi forum kemudian tanya panelis Perkasa, dia dapat dari mana kabinet bayangan Pakatan tu? Jawab Perkasa, ia kabinet bayangan yang dicadang oleh sebuah portal berita.

Hudud: Kedah serah kepada Pas Pusat

ROSLINDA HASHIM
5 Julai 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR - Pas Kedah akan akur pada arahan Pusat sama ada hukum hudud wajar dilaksanakan di negeri diterajui Pas, mahupun Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pihaknya akan patuh pada ketetapan Pas Pusat berhubung perkara itu.

“Saya sokong apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak penting sama ada Kelantan atau Johor yang laksana terlebih dahulu,” katanya.

Bagaimanapun, perkara berkaitan hudud lebih sesuai dibincangkan di peringkat mufti atau ulama untuk lebih kefahaman, berbanding membincangkan pihak mana terlebih dahulu melaksanakannya.

Geng Najib Pakat dok gila berebut nak jadi MB dahhh

PANAS MAKLUMAT BOCOR!!! NAJIB TANGGUH PRU SEBAB KRISIS PEREBUTAN JAWATAN MB & KM

Tangguh PRU sebabkan perebutan jawatan MB, kata sumber BN


Dikhabarkan, Najib yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, telah bertemu dengan beberapa orang pemimpin Umno yang dilihat layak untuk menggantikan mereka-mereka yang telah memimpin negeri semenjak zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad masih PM yang tamat pada 2003.

Selain dariada Mohd Ali, menteri besar yang telah lama memerintah adalah seperti Datuk Abdul Ghani Othman yang telah memimpin Johor semenjak 1995 dan Pahang oleh Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengambil alih jawatan pada tahun 1999.

Isu Curi Kabel TM - Orang kampung kena jaga sama lepas tu kedai dok beli kabel nie pun kena usha sama..!!!

Kabel talian dicuri, ditemui terjuntai
Wartawan Sinar Harian
4 Julai 2012
Anggota JPAM menampal notis berkaitan talian gagal beroperasi.
Anggota JPAM menampal notis berkaitan talian gagal beroperasi.
 
Wan Salleh (dua, kanan) bersama anggota JPAM melihat keadaan kabel yang dipotong. Gambar kecil: Roki
Wan Salleh (dua, kanan) bersama anggota JPAM melihat keadaan kabel yang dipotong. 
Gambar kecil: Rokiah
 
PENDANG - Kira-kira 300 penduduk dan 10 agensi kerajaan berhadapan kesukaran menjalankan tugas apabila kabel talian Telekom Malaysia (TM) di Jalan Sungai Tiang Pendang hadapan kediaman rasmi Pegawai Daerah di sini dicuri sejak awal pagi kelmarin.

Kejadian menyebabkan penduduk Kampung Belakang Pendang, Banggol Petai, depan Sekolah Kebangsaan Pendang dan kampung berhampiran terputus hubungan untuk berkomunikasi dengan pihak luar.

Sinar Harian turut difahamkan, kejadian juga menyebabkan 10 agensi kerajaan kawasan terbabit seperti Jabatan Penerangan, Pos Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Lembaga Kemajuan Kedah (Keda), Jabatan Pertanian, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian dan pejabat agama terjejas.

Ganjaran segera RM1000 untuk pemenang emas di Sukma

ALOR SETAR - Atlet-Atlet Kedah yang berjaya memperolehi pingat emas semasa kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 yang berlangsung di Pahang dari 7 hingga 16 Julai 2012 akan menerima ganjaran segera sebanyak RM1,000 dari Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK).

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, bagi atlet yang berjaya menyumbang pingat emas, perak dan gangsa turut menerima imbuhan daripada Kerajaan Negeri.

“Bagi pingat emas, mereka akan menerima imbuhan sebanyak RM3,500, pingat perak RM2,000 dan pingat gangsa RM1,000 manakala bagi berpasukan akan menerima imbuhan berdasarkan kadar yang akan diumumkan nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 2012 di Dewan Seri Mentaloon, di sini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang tinggi kepada kontinjen bagi menjaga maruah dan nama baik Negeri Kedah dan seterusnya mengangkat martabat sukan di negeri ini.

“Saya berkeyakinan penuh dengan komitmen serta kerja kuat Ketua Kontinjen iaitu Dato’ Haji Khazali Haji Din termasuk pengurus serta atlet dan kita akan mampu membuktikan dalam mengekalkan prestasi yang terbaik kerana saya difahamkan bahawa atlet-atlet Kedah sudah membuat persiapan rapi sejak lebih setahun lalu di bawah seliaan MSNK,” katanya.

Menteri Besar memberitahu, melalui temasya SUKMA, beliau percaya sudah tentu setiap individu yang mengambil bahagian akan cuba memperoleh kejayaan yang cemerlang.

“Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar semua atlet yang bertanding akan berjuang dengan penuh semangat persaingan dan kesukanan yang tinggi untuk mencapai satu tahap prestasi yang lebih baik, tinggi serta bertaraf dunia seterusnya meletakkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib dalam ucapannya berkata, seramai 371 atlet dan 100 pegawai akan menyertai temasya SUKMA ke-15 di Pahang Darul Makmur.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...