TERKINI :

Monday, July 2, 2012

Hangpa buat la apa pun.. Sampai dedah gambaq TG Nik Aziz bogel pun... gua tetap #ABU...


Takpayah sapa mai cerita cina perintah ka.... DAP ambik alih ka... Gadai melayu kaa...3billion anwar kaa.. KUIN ka.... Pusat hiburan kaa... Yg nyata hgpa dah kami bagi 50thn lebih perintah negara... Dah sampai masa hgpa rehat pulak..kami nak ABU......

UMNO kerja utama dia sekarang ialah copy..paste.. program PR...!!!

iTR1M tiru Program Tuisyen Rakyat Selangor

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang cuba meniru Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Beliau berkata, tindakan kerajaan pusat mengadakan Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penduduk Selangor gagal menepati sasaran.

Menurutnya program tersebut seakan meniru inisiatif Pakatan Rakyat Selangor yang memperkenalkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah berjalan semenjak 2009 dan mendapat sambutan yang sangat baik.

Tambahnya, tindakan Umno BN itu jelas menunjukkan program yang dijalankan oleh kerajaan negeri mendapat sambutan positif daripada rakyat Selangor.

“Mengapa PM pilih Selangor sedangkan beliau mengetahui kerajaan negeri dah lama ada Program Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar negeri ini?” soalnya.

Tektik terbaru Blogger UMNO di dedah ... Aduhai Anak buah Mukhriz... terra nie ja peluru hangpa...???

Tak habis-habis anak buah Mukhriz ni buat hal

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Blogger upahan UMporNO yang merupakan anak buah bakal MB Kedah dalam khayalan Datuk Mukhriz Mahathir yang menerima gaji RM2000 sebulan tak habis-habis buat cerita auta. Depa ingat pembaca blog ni terdiri dari budak-budak rempit Sungai Petani atau penagih ayaq ketum pekan Naka depa buleh pekena seduit dua. Penghuni alam maya ni adalah kalangan orang cerdik blogger UMporNO oii.. mokalu hangpa nak tipu pun kena balik logik atau bagi tak nampak sangat penipuan tu.

Cha pakat tengok laporan yang dibuat oleh sebuah blog UMporNO pro Mukhriz dan anti Mat Bashah ni...

UMNO Kedah gulung tikaq.... Kalut berebut kerusi MB jaa...!!

Mana pi UMNO Kedah??? Mampoih ka apa...?



Parti Gerakan ganti Umno di Kedah

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Pentadbiran Pakatan Rakyat di Kedah yang diterajui PAS sudah memasuki tahun kelima. Namun kelibat Umno sebagai pembangkang adalah pasif sepanjang hampir satu penggal pilihanraya ini. Ada pihak dalam Umno menyalahkan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai punca kelembapan Umno sebagai pembangkang, mahupun sebagai penggerak Umno Kedah.

Tangapan tersebut tidak betul kerana sepanjang tempoh masa lebih empat tahun sebagai pembangkang, Kedah pernah dipimpin oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid dan Dato’ Shafie Afdhal sebagai pemimpin nombor satu Umno Kedah tapi Umno Kedah ‘sunyi sepi’ juga. Umno Kedah lemah bukan kerana pemimpin tetapi ahli bawahan sudah hilang daya juang.

Tuu dia tanah harga 1juta UMNO beli dengan harga RM43ribu sahaja..

Umno bahagian dapat beli tanah - murah sangat!
 
Pemimpin Umno bahagian Tanjung Karang didakwa telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membeli tanah daripada pentadbiran Umno negeri sebelumnya pada kadar yang terlalu murah.

selangor dap justice reform team 261110 ng suee limADUN Selangor, Ng Suee Lim menunjukkan dokumen dalam satu
sidang akhbar hari ini, berhubung maklumat terperinci penjualan 0.437ha tanah kepada bahagian Umno pada kadar hanya satu ringgit bagi satu kaki persegi pada November 2001.

"Harga asal tanah tersebut adalah lebih daripada satu juta ringgit, tetapi ia akhirnya dijual pada harga hanya RM47,039.

"Harga sedemikian biasanya hanya untuk penempatan tradisional, bukan bagi tanah komersil." Ng berkata.

ADUN Sekinchan mencabar Menteri Pertanian Datuk Noh Omar sama ada memulangkan kembali tanah tersebut atau membayar pampasan kepada kerajaan negeri bagi kerugian dalam pendapatan.

PAS sembang boleh laa... Calon nak jadi PM pun tak ada...!!!!

PAS tiada calon PM, Umno ramai?

Subky Latif, 01 Jul 2012

MEDIA mulai mencari siapakah orang PAS yang layak jadi Perdana Menteri jika pembangkang memenangi PRU13 nanti?

Media menjawab sendiri, ‘Tidak ada. Sekadar jadi menteri adalah!’

Tetapi dalam UMNO ramai. Nasib saja menentukan merasa atau tidak. Tun Dr.Ismail tidak merasa. Ghafar Baba juga sama. Musa Hitam dipercayai tidak merasa. Anwar dihalang.

Kalau tiada Najib, ada Muhyiddin. Kemudian Wak Zahid Hamidi, Syafie Apdal, Awang Adek, Abd. Ghani Othman, Noh Omar, Isa Samad, semuanya boleh.

Tetapi dari PAS, siapa?

Orang PAS yang layak itu tetapi media tidak nampak. Perdana Menteri itu bukan keutamaan bagi PAS pada masa ini walaupun pengundi hendak mengetahui calonnya supaya mereka untuk membuat pilihan.

Keutamaan PAS pada masa ini ialah menggantikan kerajaan yang rasuah dengan kerajaan yang adil dan telus. Menggantikan UMNO dengan PAS adalah lebih aula.

Adakah pemerhati SPR sekadar melepas batuk di tangga..??

BERSIH: Lantik pemerhati p'raya hanya langkah pura-pura

Kumpulan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH menyifatkan pelantikan lima NGO sebagai pemerhati dalam pilihan raya ke-13 sebagai tindakan berpura-pura oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Satu kenyataan oleh BERSIH hari ini menyebut demikian dengan membangkitkan kriteria pemilihan dan sekatan yang dikenakan ke atas NGO terbabit.

"BERSIH menuntut supaya pemerhatian pilihan raya dibuat sebagai hak mengikut undang-undang supaya semua pihak yang berkepentingan boleh memohon untuk mendapatkan tauliah berdasarkan kriteria objektif.

"Pemerhati pilihan raya harus mendapat kebebasan yang luas untuk menjalankan tugas mereka," kenyataan tersebut dipetik.

Malah, badan pemerhati pilihan raya Malaysian Election Observers' Network (MEO-Net) yang mendedahkan tindakan membeli undi ketika pilihan raya Sarawak juga dikecualikan daripada senarai pemerhati SPR, menurut BERSIH.

lagi banyak HIMPUNAN HIJAU lagi lama lah nampaknya NAJIB nak buat PILIHANRAYA..!!!

Mohon PAS henti Himpunan Hijau, alasan Najib lengah bubar parlimen


Fakulti di UUM buat kajian untuk BN KEDAH dimana keputusan dia semakin menazakkan untuk BN

Hanya lima kerusi DUN selamat untuk BN di Kedah?


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Berdasarkan kajian terkini yang dibuat oleh sebuah fakulti di UUM (kajian menggunakan geran kajiselidik UUM) yang membuat kajian untuk BN Kedah, BN atau lebih tepat lagi UMNO hanya selamat untuk lima buah kerusi di Kedah.

Kajian ini agak tepat kerana ia bukan setakat membuat random sokongan pengundi tetapi juga mengkaji aspek perpecahan dalaman UMNO serta menyediakan pula tahap kroniknya perpecahan itu. MK pun salute puak2 UUM ni sebab ini kali pertama dengar orang buat kajian sampai ke tahap itu. Juga dimasukkan faktor undi pos yang dianggap undi penyelamat BN.

MK baca semua kajian tu, boleh dikata semua bahagian UMNO ada masalah dalaman dan yang paling teruk masalah dalaman ialah Padang Serai. Boleh jadi laa kot walaupun MK tak tau apa-apa pasai masalah dalaman UMNO Padang Serai. Kalau MK yang buat analisa, UMNO yang paling teruk berpecah ialah Kuala Kedah dan Pokok Sena sebab MK ada banyak maklumat dari depa... almaklumlah hari2 dok minum kopi dengan rakan2 UMNO kedua-dua kawasan tu.

MB: 'Noh harus belajar perakaunan dari saya'

NUR FARHANA ABDUL MANAN
1 Julai 2012
MB: 'Noh harus belajar perakaunan'
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 
 
SUBANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi maklum balas berkenaan dengan cabaran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi tempoh seminggu kepadanya agar mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Menurut Menteri Besar Selangor, maklumat-maklumat yang diperoleh oleh Noh mengenai Unisel hanya khabar angin semata-mata.

“Beliau (Noh Omar) harus belajar perakaunan daripada saya kerana kebanyakan yang diketahui mengenai Unisel hanya khabar angin sahaja,” kata beliau mengulas cabaran Noh di sini, hari ini.

Terlebih dahulu Noh mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar untuk mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Unisel.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...