TERKINI :

Sunday, July 1, 2012

Selepas Najib pening Isu Sabah kini mai pulak isu Mukhriz VS Mat Bashah... punggahhh BN..!!!!!

Mukhriz VS Mat Bashah... bakal lebuqkan UMNO Kedah yang sudah hancuq

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata
Sudah menjadi rahsia umum bahawa pertelingkahan merebut jawatan Menteri Besar jika BN menang di Kedah (Wal'iyazubillah) antara Datuk Mukhriz Tun Mahathir dengan Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah sudah berada di kemuncaknya.

Wujud grand design di kalangan pemimpin-pemimpin penting UMNO Kedah cuba menaikkan Mukhriz. Mukhriz juga dibantu oleh bapaknya dikatakan sedang melobi Najib... itu pun semua orang kampung dah tahu.

Di mana-mana program yang melibatkan rakyat di Kedah yang tertonjol ialah muka Mukriz. Gambarnya terdapat di merata simpang jalan. Manakala program Mat Bashah pula sering disabotaj. Bloggers UMNO yang sebahagian besarnya dikuasai Mukhriz banyak menonjolkan Mukhriz kononnya anak PM itulah yang layak membawa perubahan dalam UMNO. Mat Bashah, depa kata, sejak pegang pengerusi perhubungan buat program hanya layak dibuat oleh guru kemas, takdak kualiti dan tak grand langsung.

Gua Tak Kesah dia BN ka PR.. janji dia PEMIMPIN sebuah negeri yang berdaulat..habis POLIS nganga buat apa?

Insiden Serang Guan Eng, Polis Masih Biarkan PERKASA & UMNO

Tiba-tiba ahli Perkasa menyerang saya – Guan Eng

GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.

Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.

Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.

“Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya.

“Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Taat pada Raja & Negara... Bukan BN nak habaq bagi..!!!

Taat kepada Raja dan negara, bukan BN, kata Pakatan kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pakatan Rakyat (PR) mengingatkan 1.4 juta kakitangan awam bahawa mereka seharusnya "taat kepada negara, Raja, dan Perlembagaan, bukannya kepada parti memerintah,"dengan peningkatan berat sebelah oleh penjawat kanan kerajaan.

"Mereka perlu ingat kerajaan boleh berubah. Parti politik yang membentuk negara boleh datang dan pergi.

"Jika parti yang memerintah, jadi liar, adakah kita akan jadi seperti mereka? Tidak. Kita perlu kekal sebagai penjawat awam dan berkhidmat untuk rakyat," kata Timbalan Pengerusi Nasional DAP Dr Tan Seng Giaw (left) kepada The Malaysian Insider.

Ketua Setiausaha yang dilantik Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah mengingatkan orang bawahannya supaya "lebih tahu" dan tidak mudah mempercayai "janji kosong" dibuat oleh pembangkang..

Kecewa dengan kenyataan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan Ali telah memulakan kedudukannya itu dengan "permulaan yang teruk.".

"Ia sudah melampau. Ini kali pertama KSN melakukan perkara seumpama itu. Permulaan yang teruk," katanya kepada The Malaysian Insider.

Rebahnya BN kerana kesalahan mereka sendiri

Insiden yang mengasari Ketua Menteri P Pinang di Telok Bahang semalam membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihanraya 2008 yang mengakibatkan BN  jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU yang lalu.  Kerajaan PR yang di ketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.
Jika P Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan prestasi BN, tentulah BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang selepas pilihanraya yang akan datang. Tetapi Lim Guan Eng dan barisan pimpinan kerajaan P Pinang telah menunjukkan perbezaan ketara dengan membuktikan yang PR memang lebih berkemampuan untuk mentadbir dari BN yang telah menguasai P Pinang dari 2008 dahulu.

Justeru kata-kata pemimpin-pemimpin BN yang mengatakan mereka (BN) akan mengambilalih Pulau Pinang di dalam PRU 13 ini hanyalah merupakan kenyataan untuk menyedapkan hati sendiri dan tindakan psikoloji sahaja.  Keputusan PRU 13 sebenarnya sudah ditentukan. Pulau Pinang akan tetap berada ditangan PR, malahan lebih kuat lagi selepas PRU itu nanti.

Marina dan Ambiga 'bertambat bulu', Mahathir susah hati

Oleh Aspan Alias

Dalam politik anak dan bapa juga ada yang tidak sehaluan. Dalam interview Dr Mahathir dengan Mob TV, beliau telah menegur anaknya Marina supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya (Marina) kerana tindak tanduk Marina itu akan menjejaskan parti pemerintah iaitu UMNO serta menjejaskan juga politik ahli keluarga beliau. 

Mahathir begitu sangsi akan tindakan Marina bergiat dan menyokong Bersih 3.0 dan Bersih yang sebelumnya itu akan menjejaskan politik adiknya Muhkriz.
Pandangan Dr Mahathir terhadap anaknya itu ada benar dan salahnya. Jika Mahathir lebih memikirkan politik peribadi dan keluarga beliau maka kata-kata beliau itu benar dan betul seratus peratus. Memang banyak pun yang memberi pandangan yang Mahathir ini tidak payah diambil pusing nasihat dan kata-katanya kerana anak beliau sendiri telah menunjukkan sikap ‘anti establishment’ dan Marina telah menunjukkan banyak contoh sikap tidak sehaluan dengan kerajaan BN sekarang ini.
Tetapi jika Mahathir mampu memandang dari sudut lain, iaitu sudut memperjuangkan kebenaran, apa yang dilakukan oleh Marina itu patut direstui oleh Mahathir kerana beliau sepatunya faham yang Marina itu adalah pejuang kepada tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih dan banyak NGO-NGO yang lain. Mahathir sepatutnya merasa bangga dengan ketegasan anak perempuannya itu jika beliau (Mahathir) mengakui kebenaran yang diperjuangkan oleh Marina itu.

Rupanya Najib kalut malam tadi... sampai cancel majlis kenduri bersama Tuanku..!!!

Malam ini Ha Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. Turut sama menjadi tetamu ialah beberapa orang sultan termasuk Yang di-Pertua Agong, Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perlis, Sultan Kelantan dan lain-lain. Kalau mengikut hukum Najib bukan lagi harus tetapi wajib kena menghadirinya kerana tidak manis majlis dihadiri raja-raja Najib 'pulaukan'. Tetapi entah kenapa, bala apa yang menimpa dan musibah apa yang hendak datang, Najib membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir. Katanya malam tadi beliau memaklumkan kepada tuan rumah tidak dapat hadir.
Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. Kemudian diikuti oleh Husni Hanadzlah, Shafei Apdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabri Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan.

Blogger UMNO Sound Ketua Pembangkang Kedah dalam Isu KUIN




Petikan dari blog Mummy Rokiah (blog pro UMNO tapi selalu kritik UMNO)

Ketua Pembangkang Kedah meludah ke langit.

Sejak YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil alih kepimpinan negeri Kedah perkara yang paling besar beliau lakukan ialah dengan memajukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan menambahkan 47 program pengajian dalam pelbagai disiplin. Daripada Kulliyyah Usuluddin sehinggalah Kuliyah Hospitaliti dan Halal Services dan yang terkini ialah Fakulti Perubatan dan Kejuruteraan.

Semasa ditinggalkan oleh Mahadzir Khalid selaku Pengerusi KUIN, KUIN hanya menawarkan beberapa pengajian ‘pure Islamic Studies’ iaitu Pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Kini KUIN menawarkan pelbagai disiplin pengajian. (Rujuk Program-Program tawaran KUIN).

Akibat anjakan yang begitu besar KUIN telah menjadi sasaran hentaman dan cemburu yang begitu kuat oleh pihak pembangkang di Kedah iaitu UMNO/BN. Ketua Pembangkang DUN Kedah, mantan MB dan mantan Pengerusi KUIN DS Mahdzir Khalid menggesa supaya KUIN balik ke pangkal asal penubuhannya dengan hanya menawarkan pengajian Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam. Dalam lain perkataan berbalik kepada Sekolah Pondok. Cadangan ketua pembangkang ini ternyata sekali bertentangan dengan gagasan Islam Hadari yang diperjuangkan dan dilaung-laungkan beliau bagai naik rak bersama Bapa Islam Hadari Tun Abdulah Hj Ahmad Badawi semasa di Putrajaya.

Isu Roboh SAR di PERAK - Aduhai kenapa versi Utusan UMNO lain Versi Penduduk Taman Lain..???

oleh: Al-Husseyn @ Meruntuhkan Bangunan SAR – Fitnah Umno Semata- Mata

 
 
Ipoh, 30 Jun : Dalam satu sessi penerangan di sini, Ust Radzi Zainon telah memberikan penjelasan mengenai rentetan isu sekolah agama rakyat Taman Desa Aman. Menurutnya, beliau berasa kesal kerana telah dihalau oleh Hamidah Osman sewaktu beliau dan Ahli Parlimen, Dr Lee Boon Chye datang ke majlis Ramah Mesra dan Dialog Bersama Rakyat dan dituduh sebagai penceroboh sedangkan tujuan mereka ke majlis tersebut adalah untuk mencari titik tolak ke arah penyelesaian.
 
Beliau berharap, semua perkara dapat diselesaikan dan tidaklah timbul pandangan negatif antara satu sama lain setelah hari itu.Tetapi, 16 Jun itu, kami dihalang untuk mengambil bahagian, memberikan pandangan kepada pihak Yang Berhormat ( Adun Sungai Rapat).

Ust Radzi menjelaskan, “Secara prinsipnya, PAS mahupun PKR tidak pernah menentang atau menghalang mana-mana sekolah rakyat.Tidak pernah wujud dalam sejarah dimana PAS menentang, menghalang , lebih-lebih lagi mahu merobohkan.

Anwar Disambut 'Meriah' Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI - Pelbagai kejutan dilakukan ketika menyambut ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke sini malam tadi.

Sebaik tiba, penari yang meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu, mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.

Anwar secara spontan dilihat terus menggoyangkan badan mengikut alunan muzik, sama seperti penari yang meniru gaya dan perwatakan MGR.

Beliau kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu berakhir.

Tiga wanita yang mewakili kaum ibu dari bangsa Melayu, Cina dan India kemudian diberi penghormatan menyatakan sokongan kepada Anwar dengan memakaikannya kalungan bunga.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Anwar memulakan ucapan di pentas utama, kedengaran bunyi mercun yang dilepaskan bertubi-tubi ke udara, menimbulkan suasana riuh dan bising.

Gangguan itu berlaku dalam jarak kurang 100 meter dari pentas utama itu menyebabkan pengunjung yang hadir untuk mendengar ucapan pemimpin berkenaan tidak senang duduk dan naik marah.

Tiada pihak yang mengaku terlibat dalam insiden berkenaan sebelum berlaku pergaduhan kecil, yang berjaya dileraikan.

UMNO Kedah tak ada isu atau tak reti cari isu..asyik tembak peluru kapoq jaa..!!

Boleh tak tukar pepatah kepada 'Bodoh macam blogger UMNO'?

Kalau dulu orang sering sebut 'Bodoh macam lembu', maka di zaman lembu sudah diternak dalam kondo ni maka pepatah tu nampaknya tak sesuai disebut. Lembu pun dah cerdik la ni.

Tapi ada satu makhluk yang rasanya kalau pepatah tu mahu mahu ditukar maka sesuai sangat dengan makhluk ni, iaitu 'Bodoh macam blogger UMNO'.. apa macam setuju?



(Foto dipetik dari sebuah blogger UMporNO)

Tak cerdik sungguh bila blogger UMNO Kedah menyerang kerajaan negeri kerana kononnya Pusat Pengumpulan Buah-buahan yang dibina di Sungai Petani gagal.. sebabnya tak ada buah yang dikutip.

Alahai blogger UMNO, tak ambik tau perkembangan dunia tapi gatai punkok nak tulis. Sewaktu pelancaran pusat pengumpulan tu dulu Menteri Besar dah habag, pusat tu bertujuan untuk atasi lambakan buah-buahan orang kampung. Kalau orang kampung nak jual takdak sapa nak beli dah sebab harga murah, mai tolak dekat Kedah Agro.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...