Belukar jadi ‘port’ penagih
Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan pihak berkuasa
Belukar jadi ‘port’ penagih
Detektif Abdul Aziz Ibrahim melihat sebahagian daripada barang-barang milik suspek yang ditinggalkan di lokasi itu.
Belukar jadi ‘port’ penagih
Lokasi yang agak tersorok di dalam belukar menyebabkan kegiatan penagih sukar dilihat walaupun terletak tidak jauh dari jalan utama.
 
KUALA NERANG - Tidak serik! Walaupun sudah dua kali diserbu, kawasan terbiar di Kampung Padang Chenderai, Batu 14, masih tetap menjadi lokasi pilihan sekumpulan penagih dari kawasan berhampiran.

Mungkin kerana lokasinya yang agak tersorok iaitu di atas tanah yang dipenuhi semak samun, menyebabkan kegiatan kumpulan itu sukar dilihat walaupun jaraknya hanya kira-kira 300 meter dari laluan utama Pokok Sena-Kuala Nerang.