TERKINI :

Thursday, June 28, 2012

Tema Merdeka 2012 memang sesuai dan serasi dengan Kjaan najib..!!

 
Tema Hari Kemerdekaan Negara Malaysia mulai 1970-2011 :


1970 : Muhibah dan Perpaduan
1971 : Masyarakat Progresif
1972 : Masyarakat Adil
1973 : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 : Masyarakat Berdikari
1976 : Ketahanan Rakyat
1977 : Bersatu Maju

Bola Hijau Kuning, Jijan dan Maruah Anak Kedah...

oleh AnakKedah007



Aduhai Bola Oh Bola...
Awat laa hangpa terok sangat tahun nie
Nak kata tak terra....
Player2 dia semua kebanyakan zaman 3 piala....

Aduhai Bola Oh Bola...
Awat laa hangpa terok sangat.....
Adakan pengurusan teruk tak jaga...
Kebanyakan AJK dia semua juga geng 3 piala.....

Apabila Pemuda UMNO pun dah malu pakai baju UMNO...

Lucu!! Pemuda Umno Menyorok Malu Apabila Pakai Baju Umno 


Beberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini. Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. 
Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi. Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.

Eishhh..!!! Tak Jantan la YB sebab tarik balik nak 'gantung' Ambiga tuu...

 MP Umno tarik balik kenyataan 'gantung' Ambiga

Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.

Mohamad telah diarahkan menarik balik kenyataannya itu oleh Timbalan Speaker, Datuk  Wan Junaidy Jaafar.

Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya telah "keterlaluan".

Rafizi - Saya sanggup pulangkan wang gaji seandainya.......

Rafizi Ramli pula cabar Pengerusi GPRS

Jamilah Hamzah

Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli
Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau langsung tidak bimbang dengan cabaran Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang dibuat semalam berhubung jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Rafizi menghantar notis meletakkan jawatan itu minggu lalu dan keputusannya telah diterima oleh parti.

Rafizi turut berkata, sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor tidak pernah menyalahgunakan sumber kewangan untuk kepentingan parti.

"Saya tak rasa bimbang dengan cabaran Sohaimi itu.

"Saya yakin sepanjang saya berkhidmat tak ada salah guna wang rakyat yang diberikan untuk kerja-kerja parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, pagi tadi.

Beliau berkata, jika kerajaan Umno ingin membuat perbandingan prestasi atau rekod semasa perkhidmatannya sebelum ini, rekod penjawat jawatan kerajaan yang dipegang Umno itu lebih teruk berbandingnya.

Gempar..!! Pemuda India Kejar Peserta Konvoi PAS..

Syed Othman
 
Di kejar hampir dua Kilometer ingat nak Gaduh rupa rupanya nakkan Bendera, pengalaman peserta konvoi yang dikejar oleh dua motosikal warga india dalam gambar ini rupa rupanya mereka.... saya mahu sokong ini Parti.
 

-selatanonline-

Pendedahan Azan Ditawar RM5 Juta Terlewat



http://www.msomelayu.blogspot.com

Ada sedikit musykil yang menghempak kepala saya tentang pendedahan ahli parlimen Indra Mahkota Pahang Azan Ismail yang memberi tahu kononnya dia pernah ditawar lebih RM5 juta supaya melompat ke BN. Kejadian itu dakwanya berlaku pada 27 Januari 2010 di sebauh hotel di Kuala Lumpur. Katanya urusan lompat itu dijalankan oleh seseorang yang dihormati dan rapat dengan pemimpin atasan UBN? Siapa.

Azan membuat pendedahan itu semalam di parlimen sehari sebelum berakhirnya sidang parlimen sesi ini. Bagaimana pun beliau tidak menghurai lanjut mengenai rancangan tawaran untuk membeli beliau itu.

Azan Ismail
Yang saya musykilkan kenapa baru hari ini Azan mengambil keputusan membuat pendedahan itu? Kenapa tidak dua tahun lepas? Sepatutnya kejadian-kejadian seperti itu didedah awal bukan dibungkus dalam guni rahsia dan diperakkan di jerung dinding. Hal-hal sebegitu patut didedahkan di saat PKR berada di dalam kritikal sewaktu beberapa ahlinya keluar meninggalkan PKR.

Tetapi nampaknya Azan mendiamkan diri dan tidak membuat apa-apa tindakan untuk membela dan mempertahankan dirinya. Apakah beliau waktu itu juga 'fikir tidak putus' mengenai tawaran itu. RM5 juga banyak wo... kalau dibelanjakan sejuta setahun boleh bertahan selama lima tahun?

Jadi bila hari ini baru didedahkan menyebabkan ia akan ditafsir dengan berbagai tafsiran dari kitab-kitab politik prejudis. Apakah Azan hendak menunjukkan yang beliau setia dengan parti dan seorang wakil rakyat berprinsip? Kalau begitu caranya ternyata tindakan itu kurang bijak dan tidak menguntungkan PKR kerana kesetiaan itu lewat dinyatakan.

Tu dia Bakal Besan najib pulak kena tahan di Dubai..!!!

Panas! Bakal besan Najib ditahan di Dubai jumaat lalu?

KALAU sebelum ini bakal besan Najib, Maira Nazarbayev menafikan dirinya merupakan orang yang dikehendaki oleh Polis Antarabangsa, interpol, namun hari ini tembelangnya dikatakan terbongkar.

Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu
ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan


Pensyarah: Aktivis Islam selesa dengan DAP dari Umno

 Guan Eng dihujani soalan hudud dalam wacana DAP

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.

Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.

Sejak bila UMNO bantah Disko & Pub nie... Hipokrit betoi puak nie..!!


UMNO hipokrit isu pusat hiburan

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Pendedahan Menteri Besar itu ekoran keresahan yang timbul di kalangan umat Islam negeri ini terhadap kewujudan sebuah pusat hiburan kononnya yang terbesar di Alor Setar. Pusat hiburan yang diberi nama View Nite ini mengundang seorang pengacara wanita terkenal dari Perancis dalam upacara perasmian yang akan diadakan pada 30 Jun nanti.

Keresahan yang timbul kerana promosi terhadap pembukaan pusat hiburan dibuat di beberapa daerah di negeri Kedah secara besar-besaran. Kain rentang yang mendapat pengesahan dari pihak berkuasa tempatan digantung di merata tempat. Keresahan kedua ialah kerana majlis perasmian pusat hiburan itu diadakan 'sempena' kedatangan bulan Ramadhan.

Menurut Menteri Besar, kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

'Rasuah membarah zaman Najib, berbeza dengan Razak'

NONEWAWANCARA Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat masih dibelenggu masalah rasuah di kalangan pemimpin Umno, berbeza dengan pentadbiran bapanya Tun Razak Hussein sekitar 1970-an.

Sarjana kontroversi Melayu Dr Kassim Ahmad berkata, rasuah di kalangan pemimpin Umno yang bermula di zaman perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membarah ekoran tiada tindakan tegas membendungnya.

"Mungkin terlampau ramai (terlibat). Jadi kalau diambil tindakan tegas, semua (pemimpin) sekali habis. Jadi dia (Najib) tidak berani. Ini masalah besarlah," kata bekas tokoh gerakan kiri yang menyertai Umno sehingga 1995.

Ketika diwawancara Malaysiakini di rumahnya di Kulim baru-baru ini, Dr Kassim juga berkata, selain kekuatanya yang sering turun padang, pentadbiran Najib juga mengalami masalah keberkesanan fungsi sektor awam yang didakwanya "berat di atas".

IPO FGVH akan jadi macam IPO Facebook?

Dr Dzulkefly Ahmad

Meskipun kerajaan sangat berbangga dengan menyebutkan bahawa saham FGVH yang akan disenaraikan atau diapong, telah lebih dilanggan (oversubscribed) sebanyak 17kali sebelum IPO atau Pensenaraiannya hari ini, saya pernah membuat ramalan bahawa pelabur institusi (institutional investors) tidak akan mahu kekal sebagai pelabur jangka panjang khasnya kerana beberapa informasi khususnya tentang usia pokok Felda yang akan memerlukan tanaman semua hampir lebih dari 50% beserta dengan perbelanjaan kos yang besar.

Telahan saya ini semacam disahkan apabila Jurnal Wall Street (WSJ) semalam, membuat ramalan bahawa pelabur tidak mahu kekal dalam jangka waktu panjang sebab tahap pengeluaran dan unjuran pegeluaran CPOnya adalah rendah berbanding dengan pesaing-pesaingnya. Felda adalah pengeluar CPO yang ketiga di dunia.

WSJ merakamkan pendedahan FELDA, dua hari sebelum IPOnya tentang penurunan keuntungan sebanyak 50% dalam suku tahun yang pertama adalah sangat mengejutkan berbeda dengan apa yang disebutkan dalam prospektus penyenaraian FGVH. Sementara prospektus merakamkan permintaan global minyak makan dan lemak (fats) meningkat 4.2% (produk utama minyak kelapa sawit), WSJ mempertikaikan bagaimana pertumbuhan yang baru dilaporkan oleh Felda hanya mampu menunjukkan pendapatan sebanyak 1.8% sahaja.

MP Umno paling 'rakus perangainya'...!!!

MP Seri Gading Perlu Dikutuk
Oleh Mohd Sayuti Omar

Cadangan atau saranan ahli parlimen Seri Ganding Johor, Mohamad Aziz agar S Ambiga digantung adalah keterlaluan dan satu cadangan tidak mencerminkan semangat 1 Malaysia dan sekaligus menunjukkan rakusnya perangai ahli MP Umno.

Walaupun cadangan itu dibuat di parlimen di mana beliau mempunyai imuniti dari undang-undang, semua pihak perlu mengutuk cadangan melampau Aziz itu. Sekiranya Umno ingin diterima sebagai parti semua rakyat Malaysia parti itu harus berusaha membawa Aziz ke meja badan disiplin parti.

Samada ia bercakap di parlimen atas hak individunya sebagai ahli parlimen tetapi dunia tahu yang beliau adalah ahli parti Umno.

Walaupun beliau sebagai orang Melayu merasa marah, geram dan benci kepada Ambiga yang menggerakkan Bersih tetapi tidak wajar kata-kata itu dilafazkan dalam apa juga keadaan. Mungkin ia boleh dimaafkan kalau cadangan itu dibuat di meja makan bersama anak-anak dan isterinya. Pun begitu ia tidak elok kerana cadangan seperti itu memberi gambaran ahli parlimen itu seorang jahat, kejam dan zalim serta hilang pertimbangan sebagai manusia.

DAP bantah PRU13 musim haji

Lim Guan Eng
SHAH ALAM - Setiausaha DAP, Lim Guan Eng melahirkan pendirian partinya membantah dengan sekeras-kerasnya jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada musim haji kerana ia tidak adil bagi umat Islam dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Guan Eng berkata, beliau berasa tidak senang hati jika PRU diadakan semasa umat Islam mengerjakan rukun Islam kelima itu kerana ia akan melibatkan kira-kira 30,000 orang.

"Jika PRU diadakan semasa musim haji, ini jelas menunjukkan taktik kerajaan kita cuba memecahbelahkan rakyat sendiri," tegas beliau dalam Wacana II: Adakah Dasar DAP Mengancam Islam? di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta Kerajaan Pusat jangan cuba menguji rakyat dengan cara ini kerana kerajaan seharusnya faham situasi rakyat bagi mengelakkan mereka berasa dilema.

Exco selesai masalah pemilikan tanah bomba sukarela

KULIM – Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, YB Lim Soo Nee menyelesaikan kemelut pemilikan tanah oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Karangan, Kulim.

Menurut beliau, PBS Karangan telah memohon tanah milik kerajaan untuk dijadikan balai PBS Karangan sejak tahun 2001, dan telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu.

Namun, apa yang dikesalkan, wakil rakyat pada masa itu (MCA), tidak melakukan sebarang tindakan susulan sehingga menyebabkan kes ini tergantung begitu sahaja.

“Pasukan Bomba Sukarela Karangan datang kepada saya untuk minta saya selesaikan masalah mereka yang dialami sejak 2001, di mana sehingga kini mereka gagal untuk dapat geran tanah balai mereka.

“Mesyuarat Exco tahun 2011 dah luluskan untuk dapatkan geran tersebut, tetapi wakil rakyat pada masa itu, MCA tak buat apa-apa tindakan, sehingga menyebabkan mereka gagal untuk perolehi geran tersebut,” jelas beliau.

MB Kedah - Generasi muda jangan tiru budaya buruk dari luar

SUNGAI PETANI – Ketibaan Menteri besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak pada sambutan Karnival Belia Sejahtera Negeri Kedah 2012 amat dinanti oleh penduduk di sekitar Sungai Petani khususnya, dan juga seluruh negeri Kedah yang berkunjung ke karnival tersebut.

Sesampainya penulis ke karnival tersebut seawal jam tiga petang, orang ramai mula beratur di sepanjang karpet merah laluan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan bagi mengambil peluang keemasan ini bersalaman dengan beliau, atau setidak-tidaknya melihatnya dari jerak dekat.

Setelah 20 minit menunggu, orang yang dinanti telah tiba. Sejurus itu pihak penganjur memasangkan laungan Allahuakbar, maka orang ramai berebut-rebut mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau, sama ada tua dan juga anak-anak muda.

Penulis yang berada di situ merasa meremang bulu roma apabila melihat sambutan orang ramai terhadap YAB Menteri Besar. Ini menunjukkan mereka telah menerima pemimpin yang menjalankan pemerintahan berteraskan ajaran Islam dan mengutamakan kepentingan rakyat. Beliau dijemput ke karnival ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup.

Bagus.. Begitu pantasnya SPRM bertindak sekarang nie.. Pagi Buat Laporan Malam Dah Siasat

SPRM cukup cekap dan pantas, pagi buat laporan malam dah siasat. Tetapi yang peliknya pengadu yang di siasat. Kat Malaysia kena berhati-hati kepada pengadu, kerana anda akan di siasat ke lubang cacing tambahan pulak yang di adu adalah orang seperti Najib..
 
Tapi tak apa janji anda siasat.... :-)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...