TERKINI :

Wednesday, June 27, 2012

Adakah Mahathir akan respond dengan 5 soalan ini..??

Demokrasi, selalu diberi ragam makna.  Bergantung kepada fahamnya.

Faham demokrasi Mahathir selalu mudah: demokrasi harus ada batasannya, harus diiringi dengan tanggungjawab, dan berfungsi untuk tujuan pembangunan.  Inilah "acuan demokrasi yang ideal" yang Mahathir sampaikan sewaktu sharahan utama di University of Santo Tomas (UST) di Manila seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 11 Jun 2012.

Lebih lanjut di Filipina tersebut, Mahathir turut menegaskan bahawa sekiranya mahu mengubah pemerintahan, cukuplah dengan kotak undi.  Ini dapat dilakukan lima tahun sekali.  Selain itu, nilai pemimpin, bagi Mahathir, ialah idea dan strategi yang dimilikinya.  Sesuai dengan faham ini, maka Mahathir sama sekali tidak melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi liberal.  Anehnya, Mahathir tidak pula memaklumkan jenis apakah demokrasi di Malaysia ini.

Walau bagaimanapun, - terlepas dari semua ini - kita harus menelaah-kembali apakah sebenarnya tujuan dari hidup bernegara ini.  Sebab, tampaknya Mahathir cuba menyelewengkan makna demokrasi kepada sebuah faham kenegaraan yang kabur.  Justeru, untuk memahami persoalan ini, maka adalah lebih baik kita mengungkapkan lima persoalan kepadanya.

Jangan dolak dalih, tutup terus kem Kemunting

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS meminta kerajaan tidak berdolak dalik lagi tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan terus menutup kem tahanan di Kamunting dengan segera dan membebaskan kesemua tahanan di dalamnya serta merta.

Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor dalam kenyataannya berkata, tidak ada gunanya kerajaan ‘bermain politik’ dengan rakyat dengan pengumuman menghapuskan ISA tetapi Kem Kamunting masih beroperasi seperti biasa manakala tahanan di dalamnya tidak dibebaskan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), kata Riduan, memandang serius kes mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan ISA bagi menuntut pembebasan mereka.

Setakat ini seramai 9 orang tahanan telah melancarkan mogok lapar bagi mendesak kerajaan membebaskan mereka dari tahanan itu.

Bagi DPPM, isu ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan implikasinya amat berat terhadap imej negara ini.

Ia membabitkan hak asasi dan kerajaan bertanggungjawab mendengar segala keluhan dan permintaan tahanan terbabit.

Rektor KUIN didakwa pecah amanah

5 kakitangan Kuin buat laporan terhadap Rektornya didakwa pecah amanah

27 Jun 2012

ALOR SETAR - Lima warga kerja Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat laporan polis terhadap Rektor kolej universiti itu Prof Datuk Dr Jamil Osman yang didakwa pecah amanah.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira pukul 1 tengah hari. Kuin merupakan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah.

Seorang daripada warga kerja Kuin yang enggan dikenali berkata mereka membuat laporan itu bagi polis menyiasat tindakan kolej itu yang didakwa tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.

Dakwanya ada antara mereka yang telah menerima surat bagi tindakan mahkamah, ada yang kereta mereka telah ditarik balik oleh pihak bank dan ada di antara mereka telah ditamatkan polisi insurans oleh syarikat insurans.

Jual Beli Ahli Parlimen - Saya ditawarkan RM5j untuk sertai BN

MP PKR: Saya ditawarkan RM5j untuk sertai BN

NONEAhli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa beliau telah ditawarkan lebih RM5 juta untuk lompat parti menyertai BN pada tahun 2010.

Beliau bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Azan memberitahu pemberita hari ini bahawa ia berlaku pada 27 Januari 2010 di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur di mana "ejen terbabit telah mengatur satu siri pertemuan".

Beliau mendakwa, mereka mewakili seorang pemimpin yang sangat dihormati, yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.
Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berkata Azan adalah "saksi utama" untuk membuktikan bahawa sememangnya ada operasi rahsia untuk memujuk ahli parlimen PKR melompat parti

Selepas Lembu.. Kini LRT pulak Rafizi lepas 'bom'...

Rafizi dedah dokumen kontrak RM1 bilion LRT
 
PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

NONEPengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.

"Ini bertentangan dengan keputusan JPMK yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.

Dengaq Kata Esok parlimen bubar?


Semua pihak tertunggu-tungguh bila Najib nak bubar parlimen. Bukan saja Pakatan Rakyat sebagai pembangkang tertanya-tanya bila parlimen nak dibubarkan tapi aku yakin pemimpin tertinggi Umno macam Muhyiddin Yasin pun sama jugak tertanya-tanya. Pasainya aku cukup yakin dengan Muhyiddin Yasin yang jari TPM dan juga Timbalan Presiden Umno pun Najib tak kongsi pasai tarikh pilihanraya ni.

Ada yang kata tak berapa tepat najib bubar parlimen tapi kena kata Agong bubar parlimen. Memang la secara tersuratnya Agong yang kena bubarkan parlimen tapi secara tersurat dan realitinya Najib yang berkuasa bubarkan parlimen dengan menasihat Agong yang cuma jadi tukang angguk saja.

Mungkin ada yang akan kata Agong barkuasa untuk nak ikut atau takmau ikut nasihat Najib sebagai Perdana menteri tapi berani ka Istana Negara nak 'derhaka'.

Apa pun, aku cukup suka pendekatan yang Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz cuba terapkan:
[Sumber: Sinarharian]

Tiada Arab Spring Di M'sia?

Dr Mohamed Morsi
Ulasan Semasa

Pengesahan secara rasmi Dr Mohamed Morsi,61 sebagai presiden baru Mesir beberapa hari lepas disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan laungan Allahuakbar oleh umat Islam bukan saja 26 jaziah Mesir tetapi di seluruh dunia. Mereka yang berjiwa Islam akan emosi dengan kemenangan itu.

Pergumuman itu yang hakikatnya kemenangan Ikhwan Muslim dianggap sebagai satu kejayaan besar umat di seluruh dunia yang mencintai tertegaknya hukum Allah dan syariah Muhammad di atas muka bumi ini. Ini kerana Ihwan Muslim dianggap sebagai siasah politik Islam yang bukan saja diterima pakai di Mesir tetapi diseluruh dunia. Jauh dari itu diharap perubahan atau kejayaan Islam di Mesir akan menjadi penyuntik semangat gerakan Islam di tempat lain termasuk Malaysia juga.
Apa lagi di Nusantara ini, Malaysia dan Indonesia, semangat jihad Ikhwan Muslimim sudah lama terhimbau ke mari, di bawa oleh pemuka-pemuka Islam Melayu yang menuntut di Timur Tengah tahun-tahun 30an hingga 50an. Keberanian orang Melayu melawan kolonalisme sedikit sebanyak dipandu oleh semangat Ikhwan Muslimim. Justeru kemenangan di Mesir itu juga dirai atau dirasakan kemenangan bersama harakah Islamiyah di Malaysia terutamanya mereka yang intim dan akrab dengan Ikhwan Muslimim.

Tengkorak Hangpa Malaysia negara paling selamat....!!!!

Malas nak komen... Selamat Haram Jadah hangpa... nie kat kauter Polis pun dah hidup tak selamat..hangpa boleh dok bangga kata selamat....



Malaysia diiktiraf negara paling selamat
 
 Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi
 
JOHOR BAHARU - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.
  
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
  
"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.
  
Katanya, sehubungan itu rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

 

Inilah padahnya bila ada menteri 'bodoh'..tak pasal-pasal hakim sekolahkan peguam..!!

Gara-Gara Hishamuddin, Hakim Sekolahkan Peguam

Tidak pasal-pasal, seorang peguam kanan persekutuan , Azizan Md Arshad telah ‘disekolahkan’ oleh Hakim Mahkamah Tinggi hari ini.

Ini semua kerana sikap gelojoh dan bodoh seorang Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai 2011, tetapi membenarkan perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April tahun ini.

Peguam tersebut tersebut gagal menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH).

Hakim Mahkamah Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Datuk Rohana Yusof kelihatan tidak puashati dengan jawapannya bertanya jika menteri dalam negeri mengharamkan BERSIH dan semua aktivitinya, bagaimana pula menteri mengiktiraf perhimpunan BERSIH 3.0 di bawah undang-undang lain.

Beliau seterusnya memetik Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai contoh dan bertanya sama ada pertubuhan yang diharamkan itu boleh memohon untuk mengadakan perhimpunan di bawah akta yang sama.

Rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang - TG Nik Aziz

Nik Aziz: 'Saya tak ambil kemudahan MB'

Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

“Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.

Najib sedut duit melalui 'bil elektrik' laa pulak...!!!

Kenaikan tarif elektrik tanpa disedari

Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja.  Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Politik Kebencian merugikan PAS dan Islam secara keseluruhannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Selami Diri

Sekali lagi, sebelum saya mula merungkai kata dengan lebih jauh, inginku mohon sejuta kemaafan andai penulisan ini bakal mengusik hati meresak jiwa kalian semua. Sila teruskan pembacaan ini di atas risiko anda sendiri.
 
Sejujurnya, tajuk sedemikian rupa adalah hasil cerna jari-jemari nakalku untuk menarik minat pembaca, baik dari golongan PAS mahupun UMNO (bukan mencari hits, tetapi ingin mendidik). Pada pengakhiran tajuk itu saya sertakan tanda soal, sebagai penafian simbolik penambah rencah rasa ingin tahu anda semua.

Saya pasti, para ustaz dan ustazah sekalian akan bertempiaran kehairanan mengapa ditonjolkan PAS sebagai teraju utama. Pembawaan watak PAS ini sebenarnya mewakili mana-mana parti politik tempatan yang memperjuangkan dan melaksanakan tuntutan Islam yang agung. Sekiranya saudara sekalian memerlukan penerangan khusus penonjolan PAS di sini, dengan rendah diri saya mempersilakan membaca penulisan sebelumnya.

Definisi politik kebencian secara umum pada hematku adalah berupa politik yang disirami oleh jalinan permusuhan, dendam kesumat, keji-mengeji, hina-menghina, ketidakmatangan, kebudak-budakkan, hasad dengki dan sebagaimana yang sewaktu dengannya.

Padahnya bila MKK di Kedah lembab buat kerja..!!!

Isi borang e-Sinar lebih awal mudahkan bantuan Kafalah

MERBOK - Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) perlulah memainkan peranan dengan baik untuk memastikan penduduk yang layak di kawasan terlibat mengisi borang e-Sinar bagi membolehkan mereka menerima bantuan Skim Kafalah apabila berlakunya kematian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB. Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, apabila borang e-Sinar telah diisi, ia memudahkan pemberian bantuan Skim Kafalah dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disampaikan.

"Saya sendiri turun padang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai untuk menyerahkan bantuan Skim Kafalah kepada keluarga berkenaan,” ujarnya.

Beliau juga mahu penduduk mengambil perhatian untuk mengisi borang e-Sinar agar bantuan Skim Khafalah dapat diberikan dengan segera.

Mahathir gabra

Arab Spring: Mahathir gabra, cemas Umno-BN kalah teruk dalam PRU-13

Sejak muktahir ini, Mahathir Mohamad semakin galak memberikan kenyataan untuk membantu Najib Tun Razak mempertahankan kuasa. Tetapi kenyataan lebih menggambarkan "ketakutan" dan "kebimbangan" beliau menongkah arus politik baru yang bakal melakar sejarah. Mahathir dengan sengaja memain dan memutarkan isu 'Arab Spring' bagi menakut-nakutkan rakyat melakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama lagi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini. Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat, lapor Sinar Harian Online.
"Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata Anwar. Mahathir tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...