TERKINI :

Tuesday, June 26, 2012

Pengajian tinggi diperniagakan, mutu pendidikan dipermangsakan

Siaran iklan di panggung wayang sebelum mulanya filem untuk sebuah universiti swasta yang menawarkan huruf-huruf azimat atas selembar kertas - BA, MA, PhD - ialah sesuatu yang sangat membimbangkan.  Dahulu kala, iklan yang mempromosikan minuman keras sering disajikan buat penonton/konsumer.  Kini, pengajian tinggi didagangkan seperti kereta dan telefon bimbit.  Penuntut IPT (dan ibu bapa) kononnya adalah "pelanggan", kecuali hak-hak konsumer pendidikan tidak mungkin wujud kerana pendidikan tidak boleh diukur atau ditaksir.  Jika penuntut tidak puas hati dengan mutu pengajian, apakah mereka dibayar kembali ganti rugi?  Apakah semua penuntut IPT (dan ibu bapa) tahu langsung akan kriteria sebuah pusat pengajaran tinggi yang bermutu dan bertaraf antarabangsa?

Bagi kesemua pertanyaan di atas, saya rasa jawabnya tidak.  Secara dasarnya, pintu masuk ke alam pengajian tinggi akan dibuka mengikut kemampuan kewangan, daya intelek, dan kelayakan yang lain.  Namun di Malaysia, pintu masuknya banyak dan seperti sebuah medan selera, menu kursus dan IPT yang beraneka macam boleh membingungkan sang mahasiswa (dan ibu bapa).  Apakah bakal mahasiswa tahu kelebihan IPT X daripada Y selain nama dan jenis kursus yang mempamerkan prestij?  Apakah ibu bapa bakal mahasiswa rela menyerah puluh ribuan ringgit dalam bentuk pinjaman atau sebaliknya untuk sebuah IPT yang belum diketahui tahap kecemerlangan graduannya?  Atau apakah sijil yang berhuruf azimat sahaja yang diburu?

Bekas timbalan pengarah Jakim masuk PAS

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS.

Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat.

Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini,  Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS.

Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi.

Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu.

Selepas dua tahun berkhidmat dalam Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Koh Tsu Koon, Yusuf berpindah ke Jakim kerana beliau merasakan tidak serasi dengan Ketua Menteri terbabit yang dilihat terlalu BN.

Ekoran itu, beliau hanya bertahan selama dua tahun sahaja dengan kerajaan Pulau Pinang sehingga akhir 2004.

Nah ambik Koo..!! Nik Aziz buka pintu 25jam untuk mai siasat isu dinar..

Dinar: Nik Aziz beri '25 jam' untuk siasat KGT

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu pihak berkuasa boleh menyiasat bila-bila masa isu dakwaan penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).

Beliau yang ditemui di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini turut menyatakan siasatan tersebut boleh dilakukan 25 jam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali.

"Kita sedia disiasat dan saya berikan 25 jam ruang waktu untuk mereka siasat walaupun kita ada 24 jam tapi 25 jam saya bagi.

"Siasatan boleh dilakukan bila-bila masa dan kita tidak takut," jelasnya.

Beliau yang sebelum itu berucap pada majlis Wacana Ilmu 'Buku Rasuah' menjelaskan amalan rasuah tidak dapat dibendungi kerana undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia.

"Kalau kita ingin mengatasi masalah rasuah sepenuhnya, kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan Allah Taala.

Punca Rafizi berhenti serta matlamat baru dia selepa PTPTN ialah Kurangkan Harga Kereta...!!!

Baik jaga JANDA dalam negara dari menjaga PANDA 2 ekor tu wahai Najib..!!!

Kerajaan tak tahu keutamaan panda dan janda

KUALA LUMPUR: Kerajaan ternyata tidak tahu keutamaan antara panda dan janda, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kerajaan tidak tahu keutamaan untuk orang muda, sama seperti kerajaan tidak tahu keutamaan antara panda dan janda," kata beliau dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Panda yang disebut oleh Mahfuz itu merujuk kepada dua ekor beruang panda yang disewa oleh Malaysia daripada negara China.

Ketika diminta mengulas lanjut kenyataan itu selepas perbahasan tersebut, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, kerajaan ternyata lebih suka mengutamakan perkara-perkara yang membazirkan wang negara.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendakwa, tindakan menyewa panda itu untuk meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan.

"Itu untuk panda. Bagaimana pula kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan entah berapa ratus ribu janda di negara ini?" katanya.

Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, jelas membuktikan kerajaan langsung tidak tahu keutamaan.

"Kerajaan Najib tak tahu keutamaan dan nampak benar tak tahu keutamaan antara panda dan janda.

"Akhbar The Star melaporkan kerajaan berbelanja sehingga RM20 juta untuk memelihara dan menjaga dua ekor panda itu.

"Berapa kerajaan berbelanja untuk setiap janda yang tidak berkemampuan di negara ini? Untuk dua ekor panda belanja RM20 juta, untuk janda bagi RM500 duit BR1M sahajakah?" katanya.

Mahfuz juga menyifatkan perjanjian penyewaan panda itu ternyata merugikan Malaysia.

Zahid akui juga yang isterinya kenali pengerusi tarian punggung

Mula-mula tidak kenal, hari ini isteri yang kenal

KUALA LUMPUR: Mula-mula Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak kenal Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) mahupun pengerusinya Mohd Ali Baharom (gambar kanan).

Tetapi dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Zahid  berkata, isteri beliau mengenali Mohd Ali kerana mereka berasal dari kampung yang sama.

"Siapa mereka itu?" soalnya kembali ketika ditanya mengenai tuntutan persatuan berkenaan - antaranya untuk mendapatkan elaun sehingga RM1,000 kepada bekas tentera berusia lebih 60 tahun.

"Saya tidak pernah kenal dia," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan sebelum ini.

Namun dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Zahid berkata,  "Saya tidak mahu gaduh dengan orang-orang yang kurang betul, nanti saya jadi tidak betul jugak," yang ditujukan kepada Mohd Ali.

Ahmad Zahid hari ini membuat sidang media bagi menafikan dakwaan Mohd Ali kononnya isteri beliau mengugutnya.

PRU 13 - Anwar bergerak ke SELANGOR.. Kit Siang & Salahudin bergerak ke JOHOR

Strategi PR untuk merakyatkan Putrajaya
Menyedari bahawa beberapa buah kubu kuat tradisional Barisan Nasional perlu ditawan untuk mengambil-alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dipercayai sedang merancang untuk bergerak keluar daripada kubu kuat mereka dan bertanding di kawasan-kawasan parlimen utama yang kini disandang oleh BN.

Strategi ini perlu jika Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 110 kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU-13 seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai langkah pertama strategi ini di seluruh negara, kerusi Parlimen Pandan di Selangor yang kini dipegang oleh bekas Presiden MCA, Ong Tee Kiat telah dikenal pasti dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli telah dinamakan sebagai calon Pakatan untuk merampas kerusi berkenaan.

Antara ISLAM UMNO dengan PENARI TIANG..!!!

Rafizi Ramli: Apa Beza Reformasi Dengan Transformasi?

Dedah - Jika NFC bernilai RM250juta.. Ini dia pecah lagi..LRT pula bernilai RM960juta..!!

PKR mahu dedah pula 'skandal' projek tambahan LRT Ampang
 
PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai  RM960 juta.

NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata, projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga sebagai balasan kepada tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

"Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC. milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hey Najib..!! Ko nie nak Debat Ka Taknak... ???

'Nak berdebat ke tak nak?' tanya Anwar pada PM
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dengan sinis mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin berdebat dengannya atau tidak.

NONEAnwar berkata, kenyataan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa debat bukan satu budaya juga merupakan helah untuk mengelak daripada berdebat dengan beliau.

"Dia nak debat ke tak nak? Dia anjurkan debat-debat di seluruh sekolah. Hadiah (yang diperolehi ialah piala) perdana menteri. Debat-hadiah-perdana menteri. Di sekolah minta anak-anak untuk berdebat. Hadiahnya (piala) perdana menteri. Tapi perdana menteri kata bukan budaya. Habis yang diajar di sekolah itu apa?

"Itu cuma helah nak elak untuk berdebat," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan pidato aspresiasi di majlis pelancaran dan diskusi buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat malam tadi.

Majlis pelancaran dan diskusi buku hasil tulisan Datuk Dr Siddiq Fadzil itu juga turut dihadiri  Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Apa langkah kementerian pulih imej polis ganas

KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej PDRM yang tercemar berikutan perilaku ganas sebahagian anggotanya yang bertugas ketika Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan bagi jawab lisan hari ini sebagaimana di bawah.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:-

(a) jumlah pengeluaran tahunan produk tembakau sejak tahun 2001 hingga sekarang; dan
(b) sumbangan pengeluaran tembakau tempatan berbanding yang diimport untuk pengeluaran berkenaan.

Datuk Dr.Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah import bahan makanan ke dalam negara sepanjang 5 tahun kebelakangan ini dan apakah jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.

Kikis sikap pandang rendah bidang pertanian - Exco

TIMAH TASOH – Kerajaan negeri sentiasa memajukan bidang pertanian di Kedah kerana pertanian merupakan sektor yang tidak boleh diabaikan di mana-mana negeri di dunia bahkan di negeri maju sekalipun. Budaya memandang rendah kepada golongan yang melibatkan diri secara langsung dalam pertanian hendaklah dikikis kerana di negara-negara maju status mereka setaraf dengan sektor-sektor lain.

“Di negara maju, golongan yang terlibat dengan pertanian tarafnya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sektor-sektor yang lain,” ucap Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerjaraya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi, YB Dato’Ir Amiruddin Hamzah ketika merasmikan Jambori Pergerakan Pelapistani, Peringkat Negeri Kedah, di sini.

Katanya lagi, Menteri Besar meletakkan matlamat yang tinggi kepada sektor pertanian, menaik taraf dari keperluan sendiri kepada lonjakan yang lebih besar dan seterusnya menjadikan hasil pertanian untuk diekspot ke luar negara.

Nekad tukar agama selepas bermimpi

Wartawan Sinar Harian
25 Jun 2012
Nekad tukar agama selepas bermimpi
Kalsom Chin menunjukkan kad dia memeluk Islam ketika berusia 16 tahun.
 
ALOR SETAR - “Seorang lelaki berjanggut putih dengan berpakaian jubah putih datang kepada saya dengan menghulurkan kain putih,” itu mimpi yang pernah dilalui seorang saudara baru, Kalsom Chin Abdullah kira-kira 30 tahun lalu sebelum dia nekad memeluk Islam.

Kalsom Chin yang berasal dari Sungai Tiang, Pendang dan berketurunan Siam memeluk Islam seorang diri ketika dia masih berusia 16 tahun.

Biarpun usianya pada ketika itu masih remaja namun keinginan untuk memeluk Islam hadir sejak kecil apabila melihat keindahan yang ada pada agama Islam.

Menurutnya, salah satu yang menarik perhatian Kalsom Chin terhadap Islam termasuklah ketika mendengar alunan azan yang membuatkan dia berasa tenang.

“Banyak perkara mengenai Islam yang membuatkan jiwa ini tenang namun, saya menganggap apa yang berlaku adalah hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT.

Tektik Menipu Kaedah Terkini...!!!

Aritkel ini wajib dibaca semua pemandu kereta tak kira lelaki atau perempuan!

Kisah ini di ambil dari forum carigold.com..

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Pemuda UMNO report polis pasal MB UMNO....


Lu orang pn boleh agak siapa dalang disebalik laporan polis oleh ketua pemuda umno bandar arau ni..nampaknya dalang projek menjatuhkan mb perlis ini tak pernah puas2 dgn apa yg dia telah dapat selama ini..inilah perangai busuk pemimpin2 umno yg sinonim dgn PHD (Perangai Hasad Dengki)..dek kerana kecewa kerana pernah kehilangan jawatan,gila kuasa,dendam dan perangai hasad dengki tahap gaban..
 
mereka sanggup berbuat apa saja demi mengejar jawatan MB..walaupun dgn mengorbankan parti dn menteri besar mereka sendiri..Bravo!! nampaknya umno/apco negeri perlis akan tersungkur di tangan Pakatan Rakyat dlm pru ke 13 dgn bantuan percuma dari pemimpin2 umno negeri perlis sendiri..semoga semua rakyat negeri perlis akan membuka mata dgn kebobrokan spesis umno/apco yg busuk lagi membusukkan ini..biarlah seluruh negeri perlis ini akan dilimpahi dgn gelombang hijau demi masa depan anak cucu kita..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...