'Wanita misteri' nafi jadi proksi Anwar
Seorang wanita yang ditampilkan Utusan Malaysia hari ini
menafikan menjadi proksi kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang didakwa memiliki akaun induk berjumlah RM3 bilion.
Wanita berkenaan, Zaliah Zakaria, 56, menafikan dakwaan tersebut susulan penyiaran gambarnya dalam edisi hujung mingguan Utusan semalam.
Zaliah
bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mengenali Anwar tetapi
mengenali isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri).
"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik," katanya seperti dipetik akhbar berkenaan hari ini.
Katanya lagi, syarikatnya memberi banyak sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (BAKTI) ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri.
Katanya lagi, beliau juga pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak pasangan tersebut ketika Anwar berada dalam penjara.
Anggota Umno, Ummi Hafilda (bawah) sebelum ini mendakwa, Anwar sangat mengenali wanita tersebut "yang bukanlah seorang istimewa tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta."