TERKINI :

Sunday, June 24, 2012

Isu Disco - Semua pengusaha pusat hiburan akan dipanggil supaya patuhi peraturan


Oleh: WADIASSOFI JAAFAR, Warta Darul Aman

ALOR SETAR - “Semasa saya (baru) menjadi Menteri Besar Kedah, memang dah ada pusat-pusat hiburan di negeri ini”.


Itulah kenyataan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak kepada media selepas majlis penyerahan bendera kepada Kontinjen Negeri Kedah ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2012 di Sri Mentaloon, di sini.

Isu RM3Bil : UMNO kona kanan pulak selepas Anwar bersedia disiasat...!!

Ini namanya POLITIK bangang.. Tempohari hangpa kalut nak Siasat...bila dah kawan tu bersedia nak siasat.. dia dok kona kot lain pulak.. 

Pie la siasat dok keluaq isu saman apa kejadahnya lagi.... Bila dah siasat dia salah ka tak salah lepas tu baru kita Saman ka tak saman puak2 nangoi dua tiga ekoq tuuu...

RM3b: Umno cabar Anwar saman

24 Jun 2012
Ahmad Maslan gesa Anwar saman jika dakwaan terhadapnya tidak benar
Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman pihak yang mendakwa Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion jika tuduhan mereka tidak benar.
  
"Yang amat saya hairan mengapa sehingga hari ini Anwar tidak saman Ummi Hafilda, Anuar Shaari dan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang membuat kenyataan berani itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Petronas dan Kumpulan Amanah Wang Persaraan dicadangkan melabur US$100 juta untuk buat Bank Islam Mega

Permintaan BNM untuk biaya US$1b bank Islam mega membimbangkan


Gambar fail Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Rancangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan bank Islam secara mega telah menimbulkan kebimbangan di kalangan kakitangan kerajaan yang mana mungkin dikritik oleh pembangkang kerana menggunakan dana awam bernilai US$1 bilion (RM3.19 bilion) sebagai modal, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengejutkan firma petroleum negara, Petronas dan Kumpulan Amanah Wang Persaraan (KWAP) apabila mengutarakan cadangan supaya setiap daripada mereka melabur US$100 juta.

Mengikut sumber, ahli lembaga KWAP telah menolak untuk melabur kerana tidak bersedia untuk membuat pelaburan tersebut.

Ketua Pemuda MCA belasah Pengerusi SPR?

Kenapa pulak Ketua Pemuda MCA belasah Pengerusi SPR?

Semalam MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jun — Parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan ...........Seterusnya di - TMI
Setakat ni nampak macam Pakatan Rakyat belum lagi mempolitikkan syarat tu tapi komponen BN pulak yang lebih awal mempolitikkan syarat tu.

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Tak sangka pulak Ketua pemuda MCA akan keluarkan kenyataan macam tu. Aku tak nampak apa perlu Ketua Pemuda MCA keluarkan kenyataan macam tu,  kecuali la kalau MCA memang ada hasrat nak buat manifesto sendiri yang berbeza atau berlawanan dengan manifesto BN.

Kalau dibuat rakaman takkan berani depa nak bentangkan manifesto yang berlawanan dengan BN. Kalau dibuat jugak tentu punya Umno BN akan sekat, tak bagi disiarkan.

Hangpa Tok Sah Dok Percaya Laa Nak Siarkan MANIFESTO dekat RTM tuu..!!!

TERUS TERANG SAHAJA MEDIA KITA MEMANG BANGSAT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
RAIS YATIM, Menteri Komunikasi dan Kebudayaan pada 7 Jun lepas berkata parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.  Ada yang percayakah dengan cakap-cakap Ahli Parlimen Jelebu yang kuat berbohong ini?
 
Jika Rais Yatim yang dahulunya pernah `membakar jambatan' dengan Umno kemudian melutut semula dengan Umno untuk cari makan, adakah rakyat boleh percaya lagi dengan beliau?  Berkenaan kebenaran parti-parti politik untuk membentangkan manifesto masing-masing melalui RTM, belum pun sempat ianya dilaksanakan, ada pencacai lain tolong jelaskan apa yang Rais Yatim maksudkan itu.  Pengerusi SPR bercakap bagi pihak Rais Yatim iaitu hanya rakaman sahaja dibenarkan.
Ertinya, kita bentangkan manifesto dan RTM rakam, kemudian akan disiarkan.  Orang gila mana yang percaya jika rakaman dibuat kemudian disiarkan tanpa disunting?  Siapa tidak kenal media di bawah kawalan Umno ini?  Kononnya jika manifesto dibuat secara langsung, nanti ada yang tidak terkawal contohnya mengaibkan seseorang pemimpin.

baru empat bulan..dah stress jaga anak...reti jadi parent ke tak ni?

Bayi empat bulan didera
Wartawan Sinar Harian
23 Jun 2012
KULIM - Seorang bayi lelaki berusia empat bulan dilaporkan didera dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Kulim setelah mengalami masalah pernafasan.

Pihak hospital yang menghubungi Balai Polis Kulim menyatakan, terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan dan muka mangsa.

Melihatkan keadaan mangsa semakin tenat, bayi malang itu kemudiannya dipindahkan ke  Hospital Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...