TERKINI :

Friday, June 22, 2012

Wacana : 'Malaysia Negara Berkebajikan - Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada?'

Part 1


Dengaq Kata Kartunis dapat KONTRAK supply TAYAR TEKSI...Hmmm Siapa ya..??

Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena paw dengan Guan Eng sebanyak RM450,000



(Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena RM450,000)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.

RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

PEMUDA PAS, PKR & DAP KEDAH masa Lesen Judi Bola kalut... tapi mai DISCO semua kamcing gigi..!!!

Aduhai 4 tahun perintah KEDAH takan hangpa tak dapat kenai lagi kaa pegawai yang jadi Musang Bulu Ayam.....

Aduhai salah pegawai la pulak... dah 4 tahun perintah takan hangpa tak dapat kenal pasti pegawai yang jadi Musang Bulu Ayam nie... dok simpan buat apa pegawai macam HARAM JADAH nie... Lanie hangpa senarai mai Pegawai mana yang dok buat kelaku hebiaq nie...

Satu lagi semua kena la AKTIF sikit sembang bab nie... Mana pie PEMUDA PAS KEDAH, PEMUDA PKR, PEMUDA DAP.. takan hangpa pon sokong kot benda lagho macam nie tumbuh di negeri Kedah nie.... Yang mana dok ada tu pun dah semak kepala dah...

awat hangpa boleh diam diri tak bantah benda nie.... MASA Najib LULUS LESEN JUDI dulu hangpa bukan main DEMONTRASINYA.... 

benda nie KALAU hangpa pun main PERANANNYA sama ia ibarat sebagai peringatan KEPADA KERAJAAN NEGERI dan juga tekanan kpd PEGAWAI yang duk jadi MUSANG tadi... tentu depa pikaiq 2,3 kali nak sabotaq Kjaan negeri Kedah....

Nie dak semua dah kamcing gigi tak boleh buka mulut sebab takut apanya...dah benda tak betoi... BISING laaa....

SPRM isu RM3billion kalut buat kenyataan.. Mai Isu BELI AHLI PARLIMEN sunyi sepi sahaja...!!!

ISU BELI AHLI PARLIMEN : SPRM TERUS 'PEKAK,BUTA DAN BISU'

Pendedahan 2 rakaman video dan audio  isu 'beli' Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang didedahkan oleh YB Shahril Samad , Ahli Parlimen Shah Alam adalah merupakan satu perlakuan serius dan jijik dilakukan oleh agen UMNO BN.

Namun sehingga sekarang tidak ada sebarang sebarang reaksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) terhadap perkara tersebut. SPRM terus diam membisu dan tidak mengambil tindakan serius terhadap pendedahan yang disertakan bukti rakaman video.

Tindakan 'pekak,buta dan bisu' SPRM benar-benar menunjukkan sikap dwi standard serta tindakan terpilih dan melihat isu pembelian dan rasuah atau politik wang terhadap Ahli-Ahli Parlimen adalah tidak penting sedangkan satu perbuatan yang jijik, kotor dan tidak bermoral bukan sahaja oleh agen UMNO BN termasuk Ahli-Ahli Parlimen yang menerima sogokan tersebut sehingga bertindak melompat parti.

Melayu Dan Semangat Kebangsaan

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Saudaraku,



Orang Melayu yang memperjuangkan Melayu sebenarnya memperjuangkan prinsip yang berlawanan dengan Islam dan perjuangan Rasul. Nabi tidak memperjuangkan bangsa tetapi Islam. Memperjuangkan Melayu itu perkauman. Islam tidak perkauman. Sekiranya Islam itu perkauman...sudah lama Islam tidak sampai di Tanah Melayu ini. Sudah lama Islam tidak berkembang biak di dunia ini.

Memang kita patut bangga@ proud dengan bangsa kita.....tetapi berhati-hatilah agar kita tidak terjatuh didalam lubang "Racist@perkauman" di mana Nabi tidak mengaku umatnya mereka yang memperjuangkan Semangat Kebangsaan.

Kelab Malam Tumbuh Seperti Cendawan Di Kedah

Oleh Kedahkita.net

PhotobucketPENULIS RASA TERCABAR !!! dan terpanggil megapa kedah yg di perintah oleh kerajaan baru seolah-olah menghalalkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan sedangkan ini kerajaan pas yg menperjuangkan islam..diman pemimpin2 pas yg mahu mencegah amar'mkruh nahi mungkar...!

Siapa sangka kerajaan yg memerintah kedah menbiarkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di sekitar alor setar dan bandar-bandar besar dan kecik di kedah, sakit mata memanndang sakit hati lagi kita yg berugama islam yg memerangi gejala sosial, apa dah jadi dengan slogan negara islam dan kedah sejahtera kini.kini 4 tahun memerintah kelab malam baru dan besar tumbuh seperti cendawan.

Di sekitar TESCO mergong saja ada 3-4 kelab malam dan di di pusat bandar jalan putra kelab malam 2 masih kekal beroperasi dan tidak dikira di bandar-bandar besar di seluruh kedah..!!! di sekitar alor setar kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

LYNAS : Siapa berbohong????

Siapa berbohong? MITI atau Lynas?

sambungan...
6. Kesilapan ketika memetik laporan UNSCEAR

Dalam laporan PSC (Lampiran I - ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN SERTA ULASAN AGENSI DALAM SESI PENDENGARAN AWAM), ketika menjawab persoalan dari orang ramai yang prihatin terhadap bahaya radioaktif, AELB (m/s 13, 29 dan 30) memetik laporan UNSCEAR (United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation) tahun 2010 untuk menyatakan bahawa tiada hubung kait antara dos sinaran aras rendah dengan kejadian kanser.

Namun demikian, laporan UNSCEAR 2010 membuat hujahan berasaskan hasil kajian sains di seluruh dunia.  Pada hakikatnya, hasil kajian sains ini tidak menyimpulkan bahawa dos sinaran aras rendah tidak akan menyebabkan kanser; sebaliknya, ahli sains menjelaskan bahawa kajian sains terhadap sinaran yang menyebabkan kanser adalah kerja yang amat kompleks, mereka memerlukan lebih banyak statistik dan masa untuk mengkaji dengan lebih terperinci.  Hujah yang dikemukakan adalah, tiada statistik yang cukup setakat ini untuk membuktikan sama ada dos sinaran aras rendah merbahaya atau tidak. (*Rujukan)

Rakyat Hantaq Surat Terbuka Untuk NAJIB..!!

 Surat terbuka untuk Menteri Kewangan

Setelah menunggu selama 6 bulan 17 hari dari tarikh surat SULIT KE.HG (85) 410/01-4.klt6.sk.2 diterima pada 13.12.2011, maka pada hari ini 21.06.2012 telah terbukti dan sahehlah apa yang menjadi tanggapan kami selama ini bahawa kami (Penolong Pengarah kastam Gred W44 lantikan Penguasa Kastam W41 tahun 1991-1996) seramai lebih kurang 300 orang berterusan dikhianati dan dianiayai oleh JKDM.

Tanggapan kami bahawa kami dipermainkan telah timbul memandangkan surat tersebut kami terima 6 bulan selepas ianya berkuatkuasa (20.6.2011). Ini hanya nak menunjukkan bahawa PSMK Jabatan yang diketuai oleh Pegawai PTD ada membuat kerja.

 Cerita mengenai kenaikan pangkat W44 ke W48 dalam JKDM sangat menyedihkan bermula dari era "KP PTD" menerajui JKDM. Walaupun ketika itu unsur kronisma tidak ketara namun bibit-bibitnya telah mula disemai.

Apa eloknya perjuangan asal Umno?

Subky Latif

 

SAYA terbaca seruan Khalid A. Samad, anggota Parlimen PAS Shah Alam menyeru supaya UMNO kembali kepada perjuangannya yang asal.

Saya tidak ikut secara terperinci seruan itu. Tetapi apakah perjuangan asal UMNO itu yang elok yang UMNO patut kembali kepadanya?

UMNO itu ditubuhkan atas kejayaan Dato Onn Jaafar menggagalkan Malayan Union dan berjaya mengembalikan kedaulatan raja-raja Melayu sesuai dengan perkembangan politik di Tanah Melayu.

Perjuangan utama UMNO yang asal itu ialah Hidup Melayu. Dan yang tersirat atas pembentukan UMNO itu ialah untuk mencabar perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang dipelopori oleh Partai Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan lain-lain.

Benda BAIK buat apa dok simpan... LAKSANAKANLAH menetap TARIKH PILIHANRAYA tanpa PM ada Kuasa "MUTLAK"

PRU hanya selepas mandat 5 tahun lengkap?
 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbangkan bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah itu.
  
"Saya secara peribadi merasakan lima tahun bermakna lima tahun, jadi rakyat faham mereka akan mengundi wakil mereka selama lima tahun, saya juga boleh jadi catalyst (pemangkin) untuk kita cuba dapatkan lima tahun ini," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
   

Kedah Darul Disco : Takan nak bagi jadi macam BUKIT BINTANG kot?

oleh AnakKedah007

ini gua ambik dari fb KedahLanie.. gua tambah garam lagi bagi masin..


Tu dia aihhhh.....
MB lena ka?
EXCO lena ka?
YB lena ka?
SENATOR lena ka?
DATUK BANDAR lena ka?
D.O lena ka?
AHLI MAJLIS lena ka?
Penyokong PAS lena ka?
Penyokong UMNO lena ka?
Penyokong PR lena ka?
Penyokong BN lena ka?
Ini benda tak elok dan maksiat
Takan nak bagi KEDAH jadi macam BUKIT BINTANG kot?

Geng PESARA KERAJAAN pulak buat tuntutan kat NAJIB...!!

Selesai segera tuntutan pesara

Harun bersama Gurdial Singh (kanan) dan Hashim semasa sidang media
Harun bersama Gurdial Singh (kanan) dan Hashim semasa sidang media.
 
ALOR SETAR - Kerajaan diminta menyelesaikan segera dua tuntutan Persatuan Pesara-pesara Kerajaan Malaysia negeri Kedah mengenai penyelarasan kadar pencen.

Presidennya, Datuk Harun Mohd Hashim berkata, kadar pencen yang diterima pesara terdahulu sudah tidak relevan berbanding pesara baru memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya, pencen penuh wajar diberikan kepada pesara yang berkhidmat kurang 25 tahun disebabkan masalah tertentu hingga terpaksa mengambil keputusan bersara awal.

“Hampir 10 peratus daripada pesara kerajaan di negeri ini berkhidmat kurang dari tempoh ditetapkan kerana menghadapi masalah kesihatan. Tempoh perkhidmatan tidak mencukupi kerana lambat diserap ke jawatan tetap.

Fahami budaya sebelum hukum

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
KITA walaupun semuanya manusia, tetapi tidak sama di sudut latar budaya dan iklim yang kita hidup ataupun membesar di dalamnya.

Tempat, negeri, budaya, bahasa, taraf hidup, persekitaran dan seumpamanya mempengaruhi pembentukan minda, sikap, kefahaman dan juga penilaian terhadap sesuatu. Setiap kita mempunyai latar budaya dan adat yang berbeza. Islam tidak pernah memprogramkan manusia untuk memiliki hanya satu adat dan budaya sahaja dengan menghapuskan adat dan budaya yang lain.

Islam tidak pernah menyatakan bahawa semua bangsa hendaklah menghapuskan budaya mereka dan bersatu dengan budaya Arab. Sama sekali tidak!

Tujuh Hikmah Diharamkannya Zina

 
Assalamualaikum wr wb
 
Saya sedih dengan merebaknya kes hamil di luar nikah di masyarakat saya tinggal saat ini. Sepertinya doktrin bahawa zina itu adalah perbuatan keji dan dosa besar tidak membuat para pelaku takut berzina. Mungkin dengan menjelaskan hik mah di sebalik pengharaman zina masyarakat akan semakin sedar dan bersama-sama menekan budaya perzinaan ini. Apa sajakah hikmah di sebalik pengharaman zina?

Adakah RAFIZI Tarik 'Hand Break'?

Perletakan Jawatan Rifizi Ramli
Media PB Akan Raya Besar Esok 

Tindakan Rafizi mengejutkan!
Untuk esok para pengarang media PB tidak perlu berpenat lelah untuk mencari berita atau isu untuk dijadi lead muka depan dan sekaligus menyerang dan melanyak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat; Pas dan DAP. Berita perletakan jawatan Mohd Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Anwar Ibrahim sudah cukup lumayan buat mereka menggemparkan khayalak pembaca. Berita tentang Rafizi itu seperti memberi rezeki pagi kepada media PB.

Sudah pasti semua media PB yang senantiasa lapar dan mencari-cari berita sensasi tanpa menghitung halal dan haram untuk melenguh dan melumpuhkan minda PKR dan Pakatan Rakyat akan meletakkan berita perletakan jawatan Rafizi itu sebagai berita utama. Walaupun hakikatnya berita itu perkara kecil dan biasa saja, tetapi sudah pasti media PB akan memperbesar-besarkannya. Tengoklah besok...kalau tidak percaya.
Berita itu akan dikosmetikkan sebaik mungkin dari berbagai sudut dan sisi. Janji ianya boleh memberi kesan, menyerabut dan menyebabkan orang PKR tidak senang duduk dan menjadi keliru dan kelu.

Dalam keadaan prestasi (graf peribadi) dan politik Rafizi berada di atas selepas 'menang' dalam debat dengan ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khariy Jamaluddin baru-abru ini  berita itu mengejutkan. Sudah tentu ada yang menganggaru-garu kepala sambil mencari jawaban ke atas apa yang berlaku itu. Tentu ada yang bertanya sendiri balak dan bahana apa pula yang akan menimpa PKR kali ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...