TERKINI :

Thursday, June 21, 2012

Umno - Kedai Kopi Yang Tidak Laku !

Oleh Musli Oli

Parti UMNO saya ibaratkan sebuah  kedai kopi yang satu ketika dulu menarik ramai pelanggan. Kopinya sedap. Nasi lemaknya enak. Tentu sekali harganya juga berpatutan kerana tuan punya kedai orang yang berjiwa besar. Tidak tamak atau mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang sebangsa dan seagama.

Tahun demi tahun. Pemilik kedai silih berganti. Dari bapa kepada anak. Daripada ipar kepada biras. Lama kelamaan sikap tamak mula menguasai diri. Keuntungan yang diperolehi hasil dari kedai kopi tidak digunakan untuk memperbaiki perkhidmatan dan meningkatkan kualiti makanan. 
Kedai kopi yang dianggap pelanggan sebagai kedai kopi rakyat telah dijadikan milik sendiri dan kaum kerabat. Pekerja dan pelayan mulai bersikap sombong. Kopi dan nasi lemak tidak lagi seenak dulu.
Rakyat yang pada mulanya tiada pilihan terus melanggani kedai kopi itu walaupun telah timbul rasa tidak puas hati. 
Tiba-tiba muncul Coffee Beans, Starbucks Coffee, Secret Recipe, Pappa Rich dan banyak lagi  Kopi Tiam yang menjadi saingan kepada kedai kopi UMNO!

kena perbodo hidup-hidup oeh Kjaan BN.....Kenapa Proton Lebih Mahal Untuk Rakyat Malaysia - Ini jawapan Menteri.

Kenapa Proton Lebih Mahal Untuk Rakyat Malaysia - Ini jawapan Menteri. 

Rujuk gambar di atas terlebih dahulu. Sudah? Sekarang rujuk gambar di bawah pula. Kenyataan PENUH kenapa harga PROTON di MALAYSIA lebih MAHAL berbanding harga PROTON di luar negara. Baca sampai habis sebelum ulas ye.


Mengapa Kementerian TARIK BALIK Data Jenayah Selangor?


Setelah ratusan kecaman yang dihambur blogger pencacai Umno-APCO tentang kununnya peningkatan kadar jenayah semalam, rupanya hari ini terkantoi juga akhirnya!


Bukannya oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kementerian itu sendiri!


Saling tak tumpah dengan Kelantan yang sering diserang dengan kununnya isu bekalan air dan kadar jenayah antara tertinggi di negara ini, Selangor juga terkena tempiasnya sejak tsunami 2008 melanda.


Apakah pegawai yang bertugas di Kementerian Dalam Negeri menyiapkan kertas jawapan bagi soalan di Parlimen ini adalah dari kalangan mereka yang bodoh sebagaimana ahli Umno-APCO yang tinggal dalam parti reput itu bak kata Mahathir?

Isu Jenayah di Selangor - Hati Busuk ! Sanggup salah taip demi nak kondem negeri PR..!!!

Kasar Jenayah Selangor
UBN Terludah Batang Hidung Sendiri
 

Kesilapan mengenai indeks jenayah di Selangor yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkin kerana kelemahan dan kesilapan manusia. Ia juga mungkin disebabkan niat busuk hati manusia maka kesilapan yang ketara itu berlaku dan Tuhan membayar secara cash atas kejahatan itu.

Mungkin juga kerana terlalu ghairah untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menyebabkan kerja jahat itu terpaling ke muka sendiri. Padan muka.

Itu yang dapat dirumuskan mengenai kesilapan KDN (kononnya kesilapan taip) memberi indeks jenayah di negeri Selangor seperti mana dinyatakan dalam jawaban bertulis dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Phua. Malunya KDN

Bola Kedah : Jika tidak mampu, apa kata kalau dilepaskan jawatan itu?

Apa Kesudahan Kedah Musim Ini?
Oleh: Saiful Azrul Che Lah (saiful@hijaukuning.com)

Gambar Kredit Kepada Ahmad Husni Ahmad Basri
Sejarah Bolasepak Kedah mempunyai pelbagai cerita menarik untuk diceritakan. Namun episod semasa bolasepak Kedah begitu menyedihkan. Lambaian Liga Perdana 2013 melambai lambai menantikan kehadiran pasukan Kedah. Terjerumus di kedudukan kedua di dasar liga menceritakan betapa parahnya situasi yang dihadapi.

Sejurus tewas perlawanan dengan Johor FC malam kelmarin, Jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan melahirkan komen yang cukup pedas terhadap anak buahnya menambahkan lagi kebingungan semua pihak. Di mana silapnya?


Prestasi hambar pasukan Kedah bukannya perkara baru. Dari awal mula liga, Kedah sudah bermula dengan perlahan. Gagal mempamerkan rentak menarik di halaman sendiri dan kekalahan demi kekalahan menjadikan suasana bola sepak Kedah musim ini begitu muram kecuali kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala FA 2012.

Pihak persatuan seharusnya sudah ‘membaca’ apa yang berlaku dan disusuli dengan tindakan. Apakah surat tunjuk sebab atau amaran keras telah diberikan kepada pengurusan, barisan kejurulatihan dan juga pemain? Jika sudah diberikan dan prestasi terus menjunam, apakah tindakan selanjutnya?

Aduhai Jamil Khir.. Jika sekadar nak dapat nasihat TOK IMAM SEDAKA pun boleh bagi...!!!


Bisisng merata kata langgaq fatwa..bila tanya kata nasihat la pulak... terra nie la kelaku umno bn...serupa la dgn isu 3Billion... bila suruh bercakap...semua kancing gigi...

Pelakon Leftenan Adnan pula sertai PAS

Pelakon Hairie Othman pula sertai PAS

(Hairie [berjeket tiga dari kanan] bergambar bersama selepas ceramahnya semalam]

BATU GAJAH: Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.

"Aset lenyap": Satu lagi ugutan Najib?

Ugutan!  Ugutan!  Lebih ugutan!

Adakah ini jalan penyelesaian Perdana Menteri, Najib Razak untuk memastikan UMNO/Barisan Nasional kekal berkuasa dalam pilihanraya akan datang dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Ucapan perasmian Najib (gambar kiri) dalam Majlis Mesyuarat Tahunan Ke-66 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia mengesahkan lagi kecaman beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan Oktober 2010. 

Dalam amaran Najib kepada komuniti peniaga Cina pada pagi ini, segala aset dan kekayaan mereka mungkin "lenyap" sekiranya tiada "kestabilan politik", rakyat Malaysia diingatkan dengan laungan beliau yang berbaur "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya mesti dipertahankan".

Mengapa lesen Lynas diberikan sebelum EIA diluluskan?

 
10 persoalan di sebalik Laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai projek loji pemprosesan nadir bumi Lynas. (Sila rujuk sini untuk laporan penuh PSC.)

1. Surat jaminan hanya terhad kepada dua tahun

Sebelum ini, kerajaan Malaysia melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memaklumkan rakyat, bahawa syarikat Lynas telah menandatangani surat "UNDERTAKING" untuk bersetuju mengeluarkan residu dari Malaysia, dan dipulangkan ke Australia - seandainya projek pengkitaran semula residu gagal, dan lokasi fasiliti pelupusan kekal tidak dapat dikenalpasti di Malaysia.

MP BN lari masuk bawah meja bila Anwar suruh bangun tanya isi RM3billion

 
inilah kelaku MP BN/UMNO.... dalam TV dalam Surat Habaq bukan main hujah... bila face 2 face suruh bercakap sekoq pun tak berani panggung.....

Isu DUN Kota Siputeh - Tak selesai lagi rupanya...!!!

Kota Siputeh: Mahkamah persekutuan tangguh penghakiman

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada ketidakhadiran wakil rakyat Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif pada dua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah membawa kepada kegagalan menghadiri dua mesyuarat berturut-turut, menyebabkan kerusi itu dikosongkan.
'
Panel lima anggota diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan rayuan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos tahun lalu yang memutuskan tiada pengosongan kerusi di kawasan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Abu Hassan.

Hakim Zulkefli berkata mahkamah tidak akan terburu-buru dalam memutuskan rayuan itu dan akan memberi alasan penuh dalam penghakiman.

Panel tersebut dianggotai oleh hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Mohd Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Zainun Ali.

Bila la Kerajaan Najib nak bayaq hutang KWSP RM144.5b

 

Memang Nazak sungguh Pentadbiran BN ni... dalam TV berdekah kata pandai mentadbir.. sampai 145 Billion pinjamnya.. tu dia.. bijak²

Yang jadi mangsa ialah rakyat... Nanti, mcm mana dia nak bayar? Sebab tu dia lanjutkan tempoh umur pencen sebab dia senang nak sedut duit titik peluh rakyat. Yang senang lenang kroni dia.. BANGSAT NAJIS betullah BN ni! Nanti ntah apa lagi dia nak korek untuk bentangkah budget gula2 PRU dia, kan????

Macam-macam demontrasi ada di KOREA.. OK jaa..!!

Lebih 200,000 pemandu teksi mogok


DERETAN teksi berada di pekarangan sebuah syarikat teksi ketika para pemandu menyertai mogok di Seoul semalam.


SEOUL - Lebih 200,000 orang pemandu teksi di Korea Selatan mengadakan mogok sehari di seluruh negara semalam bagi menuntut kenaikan tambang dan penurunan harga bahan api.

Mogok besar-besaran itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menyediakan perkhidmatan bas dan tren tambahan bagi memenuhi keperluan warga kota.

Kementerian Pengangkutan menyatakan, sekitar 220,000 daripada keseluruhan 255,500 pemandu teksi berlesen menyertai mogok berkenaan.

Doktor bukan Tuhan



TAN SRI DR. ROBAAYAH ZAMBAHARI tidak asing lagi dalam bidang rawatan jantung di negara ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara (IJN) itu merupakan salah seorang daripada kelompok terawal yang mempelopori penubuhan hospital jantung terkenal itu.

"Dahulu pesakit jantung tidak seramai sekarang. Kini ia menjadi pembunuh No. 1 di banyak negara maju, begitu juga Malaysia," imbas pakar kardiologi berusia 60 tahun itu.

Robaayah menganggap bahagian paling sukar dalam kerjayanya bukan di bilik pembedahan sebaliknya semasa proses perundingan bersama keluarga pesakit.

"Kes melibatkan jantung sentiasa berisiko dengan nyawa menjadi pertaruhan lebih-lebih lagi jika berlaku situasi cemas semasa pesakit dibedah.

"Walaupun saya telah mengendalikan pelbagai kes kritikal melibatkan jantung dan paru-paru, saat perundingan dengan keluarga pesakit adalah yang paling mencabar," beritahu beliau.

Harga bagi buah-buahan tempatan di jangka lebih tinggi disebabkan bekalan yang terhad

ALOR SETAR – Pengeluaran hasil buah-buahan di seluruh negeri ini merosot sebanyak 50 peratus.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik Ismail Salleh berkata, kemerosotan itu disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan yang lebih pada tahun ini.

“Rambutan, durian dan mempelam adalah antara buah-buahan yang banyak terjejas akibat faktor berkenaan,” ujarnya.

Menurutnya, dijangkakan harga bagi buah-buahan tempatan lebih tinggi disebabkan bekalan yang terhad.
“Kita menjangkakan tidak akan berlaku lambakan buah-buahan pada tahun ini,” katanya.

503 penduduk di Daerah Sik yang terpilih untuk menerima sumbangan dividen daripada projek ‘Ladang Sejahtera’

SIK, 10 Jun 2012 – Jelas kerajaan negeri Kedah semakin kukuh dan maju apabila menyerahkan saguhati sebanyak RM1.5 Juta kepada seramai 503 penduduk di Daerah Sik yang terpilih untuk menerima sumbangan dividen daripada projek ‘Ladang Sejahtera’.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri berikan kepada setiap yang terpilih sebanyak RM300 dan jika dicampur kesemua maka jumlahnya adalah sebanyak RM1.5 juta.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan saguhati kepada peserta-peserta ladang sejahtera Daerah Sik di Padang Awam Sik.

“Ini bukan pusaka tuan-tuan tetapi habuan untuk tuan-tuan kerana tuan-tuan termasuk dalam golongan yang terpilih untuk menerima bantuan yang dipilih oleh Majlis Ketua Kampung (MKK) dan disahkan oleh pejabat daerah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...