TERKINI :

Wednesday, June 20, 2012

Penilaian terhadap UMNO/BN ialah kepada kadar rasuah dan isu rasis


"Saya selalu berkata UMNO Baru sudah hilang hidayah dalam mentadbir negara. Bagi UMNO Baru modalnya hanyalah satu iaitu isu pembangunan dan gula-gula kewangan terhadap rakyat.

Bagi UMNO Baru kerajaan yang baik itu ialah kerajaan yang boleh membina lapangan terbang, membina sekolah, melebarkan jalan, menyediakan bekalan air dan api letrik dan sebagainya. UMNO Baru tidak lagi memahami bahawa pembangunan fizikal itu hanyalah sebahagian yang kecil daripada apa yang dikatakan sebagai ‘nation building’ itu.

Itulah sebabnya UMNO Baru dan pemimpin-pemimpinnya tidak terlepas daripada mengungkit apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negara. Suatu ketika dahulu bantuan subsidi gigi palsu pun dijadikan umpan untuk orang-orang kampung mengundi parti itu di dalam pilihanraya. Di kampung saya suatu ketika dahulu bantuan lembu pawah juga menjadi isu untuk memaksa orang memilih BN.

Semuanya itu adalah pembangunan yang menggunakan wang rakyat dan pemimpin yang dipilih itu juga dibayar gaji dan elaun oleh rakyat. Tidak sedar mereka itu yang nasib mereka itu adalah di tangan rakyat tetapi mereka tetap mengatakan bahawa pembangunan itu semua adalah budi kerajaan BN. Mereka tidak pernah untuk kembali berfikir yang mereka itu duduk di atas singgahsana kuasa itu adalah pemberian rakyat.

UMNO BN sudah ubah tektik.. dari politik samseng menuju ke politik serangan peribadi..!!

Nakhoda Pakatan Terus Diserang - Umno Semakin Panas Kepala!

Berputar-putar kepala pemimpin dan pakar strategis Umno mencari mangsa untuk dilahap bagi mengenyangkan perut busuk menjelang pilihan raya umum ke 13. Tektik memburukkan peribadi telah mengambil alih politik kekerasan dan samseng yang telah dicubakan sebelum ini di beberapa buah negeri.

Umno menyedari politik kekerasan dan mafia sudah tidak laku lagi. Politik hutan rimba itu ditolak oleh rakyat khasnya generasi muda. Ternyata beberapa siri ugutan, mengkhianati harta benda pemimpin Pakatan Rakyat seperti memancitkan tayar kereta, merosak permis, lontar batu dan sebagainya tidak memberi bekas kepada pembangkang. Malahan makin dilakukan ugutan, kekasaran, semangat orang ramai yang simpati kepada pembangkang makin meninggi. Pemimpin pembangkang pula seakan tidak sedikitpun pedulikan kepada politik mafia itu.

Nallakaruppan kena bayar gantirugi kepada Anwar..!!

Fitnah: Anwar menang kes saman Datuk Nalla
 
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Kerajaan Cerdik Atau Rakyat Yang Bodoh..???

Harga Kereta Malaysia terlalu mahal
Dengan tax kereta tempatan 150 % dan untuk kereta luar 300% tax!!! 
 
GILA .. tapi rakyat BODOH terima sahaja dengan rela hati..mana manafaat rakyat bila cukai cukai yang pelik kini sudah mula dikenakan? GST 6%  untuk setiap bil asto .bil bil lain? Setiap pembelian dan apa sahaja sudah tersembunyi cukai..

Apabila Negara lain buat lebuhraya.. mereka menggunakan wang hasil cukai untuk perbelanjaan membinanaya. Tapi negara kita menswastakan kerja kerja membina lebuhraya ini tampa mengunakan wang sedikit pun!! Hebat bukan? Bagai mana berlaku demikian rupa? Mengapa majoriti rakyat kita mempercayai yang lebuhraya ini mengunakan wang rakyat?
 

Pemandu teksi lebih perlukan permit dari tayar

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kerajaan BN gagal memahami keperluan pemandu teksi apabila memberi empat tayar percuma berbanding permit.

Menurutnya, pemberian berupa one-off tidak mampu merubah apa-apa nasib yang sedang membelengu pemandu teksi yang sejak dahulu menagih permit.

"Kerajaan tak tahu keutamaan dan keperluan yang dikehendaki rakyat. Mereka bukan minta tayar, mereka minta permit.

"Bagi tayar tak selesai masalah, permit masih kena bayar kepada syarikat," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M).

Melalui bantuan itu pemandu teksi diberi voucher bernilai RM520 untuk menukar tayar teksi di kedai terpilih.

Jika harga tayar lebih mahal, mereka perlu membayarnya dengan duit poket sendiri.

"Kalau kereta waja, RM500 tak cukup untuk ganti empat tayar," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Minum Petang bersama Sdr Rafizi Ramli dan MP Jerai

Isu RM3Billion : MP Permatang Pauh sedang menunggu MP Kuantan & MP Pagoh menyahut seruan..!!


Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion.

“Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi…Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut…Kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.

“Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih…Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN (MP BN)) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.

Isu RM3billion : Bila orang suruh bercakap pakat menikus semua..itulah BN..

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa MP Barisan Nasional dengan jeritan "RM3 bilion, RM3 bilion!"

Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.

“Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.

Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.



Tahukah anda bahawa masih ada 45 orang lagi di tahan ISA walaupun ianya sudah di hapuskan..!!

GMI lancar kempen 'Bebaskan ISA 45'

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini melancarkan kempen "Bebaskan ISA 45" serta mengulangi desakan agar Menteri Dalam Negeri (KDN) membebaskan kesemua tahanan dan mendakwa mereka di mahkamah.


Kempen ini ekoran belum ada tanda-tanda 45 tahanan di Kem Kamunting (Kemta) akan dibebaskan sebaliknya hanya mampu menunggu tarikh tamat tempoh tahanan.

Kempen itu hanya akan berhenti selepas kesemua tahanan dibebaskan dan Kemta ditutup.

Kempen kali ini berbeza daripada kempen-kempen GMI sebelum ini yang melakukan siri jelajah penerangan dan demonstrasi iaitu ia lebih banyak melibatkan peguam dan keluarga tahanan.

Pihak peguam akan lebih kerap bertemu dengan keluarga tahanan dan mengadakan pertemuan lebih kerap dengan pihak Kemta dan KDN.

Video Penuh serta Kupasan Debat Sinar antara Salahuddin & Saifuddin


1. Tujuan demo bukan mahu guling kerajaan, kata Salahuddin.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang bukan bertujuan mahu menggulingkan kerajaan, sebaliknya bertujuan memperkukuhkan institusi yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Sehubungan itu beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan terus menyuburkan demonstrasi sebagai salah satu cara untuk membentuk negara yang mangetengahkan suara-suara rakyat dalam memacu kerajaan. - SinarHarian.
2. Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang. - SinarHarian.

Menjawab "KEJAHILAN MUHYIDDIN" sewaktu di KEDAH semalam..!!!

MUHYIDDIN MENUNJUKKAN KEJAHILANNYA MERATA-RATA


  

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
MUHYIDDIN YASSIN selaku TPM terus tidak segan silu menipu rakyat.  Mungkin beliau kini kehabisan modal lagi untuk mengajak rakyat terus bersama parti korup yang bernama Umno.  Mungkin juga beliau mahu `cover' malunya apabila dihentam oleh DS Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang ini mengajak beliau bersama-sama dedahkan akaun atau kekayaan masing-masing.
 
Di Kuala Nerang, TPM berterusan menggunakan modal lapuk lagi usang untuk menyerang PR terutamanya PAS kerana di Kedah sekarang PAS mengetuai kerajaan.  Saya mahu menjawab hujah-hujah lapuk Muhyiddin itu kerana bagi saya hujah Muhyiddin terlalu `low class' untuk dijawab oleh pimpinan kita.
 

Di Kedah...Bila BN Meracau.. Maka Hangpa kena Lihat Isu Sebaliknya...

Di mana PR berjaya, di situ BN meracau

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Mudah saja untuk mengesan kejayaan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah; di mana pembangkang (BN) meracau maka di situ terdapatnya kejayaan yang dibuat PR. Penulis telah membuat ulasan panjang lebar dua keluaran lalu bahawa punca BN mensensasikan isu pencemaran di Gunung Inas, Baling bukanlah berpunca dari pembalakan yang berleluasa tetapi kerana ‘terpukul’ dengan kejayaan kerajaan negeri membangunkan Ladang Rakyat yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat bawahan.

Ada lagi catatan keributan pembangkang di sekitar Gunung Inas yang tidak membabitkan Ladang Sejahtera iaitu kawasan yang diterokai oleh orang kampung sejak lebih 60 tahun dahulu. Baru-baru ini Pejabat Tanah Daerah Baling dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kupang (YB Johari Abdullah, PAS) telah mendapat tohmahan kononnya mengambil wang dari pemohon tanah sedangkan kelulusan tanah terhadap mereka tidak diberi.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila peneroka haram tanah kerajaan tersebut mahu memohon tanah mereka mestilah mengukur dengan tepat keluasan tanah terbabit. Kerja mengukur dilakukan oleh jurukur professional Ismail Talib dan kos mengukur mesti dibayar oleh pemohon dengan kadar RM170 seekar. Jika luas tanahnya, ribuan ringgitlah yang terpaksa dibayar. Duit yang dibayar kepada juru ukur itulah ditohmah oleh pembangkang sebagai diambil oleh pejabat wakil rakyat kononnya sebagai 'duit kopi'.

Nama Saja MELAYU ISLAM UMNO... Tapi tokey Judi & Arak

oleh Depakata.co.cc

Depa nie kalau kita bawa nama pie tunjuk kat Makcik Pakcik di kampung rasanya ada depa nak ngaku kata puak-puak nie MELAYU ISLAM... rasanya pakai ke sudah penyokong UMNO akan terkebil kebil mata nak percaya atau tidaknya....

ENtahlaaaa hangpa pangkah hangpa tanggung laaaa..dan nanti hangpa jawab laa disana nanti....


Inilah Salah Satu Punca PR bantah Undang-Undang Akta Perhimpunan Awam 2012

Taktik kotor halang ceramah Pakatan Rakyat di Johor
 
SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah menghantar beberapa keping gambar menunjukkan taktik kotor yang digunakan untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat di Johor.

Menurut pengirim, gambar diambil di daerah Kulaijaya, Johor di tempat membasuh tangan (singki) salah sebuah kedai makan di daerah itu.

Dey Kayveas... Sembang deras tak guna.. mana bukti dia..tunjuk mai sini..???

Bersih gesa Kayveas beri bukti penyokong dibayar atau minta maaf

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Bersih 2.0, gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, telah menolak dakwaan Datuk M. Kayveas bahawa peserta perhimpunan pada 28 April adalah peserta yang dibayar, dan mencabar pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu untuk mengemukakan bukti atau minta maaf kerana membuat dakwaan tersebut.

The Malaysian Insider telah menerbitkan temuduga eksklusif dengan presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kelmarin, di mana beliau mendakwa kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya yang adil dan bersih. Beliau mendakwa 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.

“Kenyataan beliau adalah tidak bertanggungjawab, berunsur fitnah dan angkuh, terutamanya dakwaan beliau bahawa penyokong Bersih telah dibayar,” ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Wong Chin Huat (gambar) memberitahu The Malaysian Insider.

Aset NFC - Takan sita RM49.7juta jaa.... Lagi RM200juta pie mana..??

Aset NFC RM49.7j disita bantu siasatan

Empat aset milik National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata bahagian Siasatan Pencegahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFC di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Hasil siasatan telah mengenal pasti empat harta tak alih telah menjadi 'subject matter' kepada kes," katanya.

Susulan itu beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis telah berpuas hati dan telah mengeluarkan perintah penyitaan terhadap kesemua harta tak alih berkenaan di bawah Seksyen 51(1) AMLATFA 2001, semalam.

Alaa Jika PR menang PUTRAJAYA pun BN nak Demo teruskan laa..nak takut apa...

BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya


SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menghalang hak BN untuk berdemonstrasi apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mengusai Putrajaya.

Malah menurutnya, Pakatan Rakyat juga akan memastikan SOP polis yang betul diginakan pada himpunan yang akan diterajui Umno itu nanti.

"Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya.


"BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi.

Debat malam tadi menemukan beliau dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dengan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai perantara.

Siasat Nizar: Polis tidak perlu keterlaluan

(Gambar fail: Sidang media Nizar tentang isu WWW 1)

KUALA LUMPUR: Polis tidak sepatunya bersikap keterlaluan dalam siasatannya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung nombor pendaftaran WWW1, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Kita tidak ada halangan jika polis hendak menjalankan tugas mereka dengan rasional mengikut peruntukan undang-undang, tidak kisahlah Akta Hasutan atau apa-apa sekalipun.

"Tetapi janganlah bertindak melampau sehingga merampas telefon dan komputer," kata beliau.

Menurut Mohamad, kenyataan Nizar yang menyebabkan polis bertindak itu adalah kenyataan umum dan terbuka yang tersiar dalam laman Twitternya.

"Kenyataan itu tersiar dalam laman sosial yang boleh dilihat oleh semua orang.

"Nizar bukan buat ucapan dalam video conferencing sulit atau perhimpunan bawah tanah di alam maya, dia buat teguran terbuka. Apa yang polis hendak korek lagi dalam telefon dan komputernya?" kata Mohamad sambil menyifatkan tindakan polis itu tidak munasabah.

Dekoder TV Impian dijual bermula Isnin ini

Salmiyah Harun, 19 Jun 2012

gambar hiasan sahaja

KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.

Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.

"Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada Harakahdaily.

Apa yang lain dari yang lain mengenai TV Impian ini, Izham berkata sumber yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber rakyat.

"Sebab itu kita namakan TV Impian, di belakang semua rakyat yang terlibat. TV ini sebagai platform untuk rakyat terlibat sama ada dari segi ide, gambar atau video," katanya.

Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

Salahuddin Ayub 
Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Isa Samad kena "gantung"..!!!

Mahkamah gantung sementara keahlian Isa Samad

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada lima orang peneroka Felda Jengka, Pahang untuk mencabar keputusan mengekalkan keanggotaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad ( KPF ).

Ini ekoran hakim mendapati tindakan Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysial yang memutuskan keanggotaan Isa Samad adalah bercanggah dengan undang-undang kecil KPF.

Hakim Tuan Abang Iskandar Abang Hashim juga membenarkan permohonan sebelah pihak lima peneroka tersebut bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara ( interim stay ) bagi menggantung status keahlian dan juga pemilihan Isa Samad sebagai anggota Lembaga KPF atau Pengerusi KPF bagi tujuan pengesahan Mesyuarat Agong perwakilan KPF yang akan diadakan esok .

Mahkamah juga menggantung  pelantikan Isa Samad sebagai ahli atau Pengerusi Lembaga KPF sehingga Mahkamah memutuskan kes semakan kehakiman lima peneroka tersebut.

Atas nama sukan, Sanggup orang jadi 'hamba bola'

Oleh Lanh

PADA musim bola (Euro) sekarang ini dan Olimpik bulan depan, ramai orang jadi sasau. Dulu saya gila sukan terutama bola sepak (setakat menonton kerana bermain bola hanya mewakili kelas!) tetapi apabila usia sudah tua, barulah saya insaf semua itu merugi dan membodohkan diri.

Maaflah jika saya berkata begitu, mungkin ada pembaca tidak setuju, tetapi bukankah negara ini mengamalkan demokrasi, seseorang boleh menyatakan pendapatnya secara bebas (tetapi ada batasannya-lah). Dulu teman gila bola saya dua orang. Seorang sudah meninggal dunia, seorang berubah sikap selepas isterinya meninggal, jadi takkan saya nak terkontang-kanting gila bola seorang diri pada penghujung usia ini? Entah esok lusa, saya masuk kubur, takkan soal bola ditanya Munkar dan Nakir?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...