TERKINI :

Tuesday, June 19, 2012

Anwar Dedah Akuan Sumpah Bekas Pengarah Siasatan BPR RM3 Bilion


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendedahkan surat akuan bersumpah oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idrus.

Surat akuan bertarikh 10 November 2009 yang dimuat naik dalam laman blog beliau semalam memaparkan bukti bahawa siasatan terhadapnya berhubung pertuduhan menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat telah pun ditutup kerana tiada sebarang kes.

"Siasatan telah dijalankan oleh satu Cawangan di bawah penyeliaan saya di Ibu Pejabat BPR Malaysia.

"Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan teliti termasuk ke luar negara seperti Singapura dan United Kingdom.

"Siasatan itu menghasilkan tiada sebarang kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa berhubung dengan Akuan Bersumpah tersebut dan saya mengarahkan siasatan itu ditutup," kata Abdul Razak dalam akuan tersebut.

RAHSIA UMNO KEDAH dah pecah..!!!

oleh depakata.co.cc

Kini telah pecah RAHSIA Kenapa UMNO dan kepimpinan di Kedah kelihatan lesu dan tak mampu nak lawan barisan kepimpinan AZIZAN RAZAK... jika macam nie punya list yang dok ada pakai UMNO serah terus laaa Kedah nie bagi PAS perintahnya..... mai la kita pakat tinggai UMNO Kedah jika lagu nie punya cerita...


Antaranya..............................

Tarikh Pilihanraya - Habaq Awai La Bodoh.. Demokrasi HARAM JADAH apa macam nie...!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Kuasa Mutlak tengkorak chee hang.... menyusahkan rakyat nak susun atur program depa.... nak ajust cuti... nak buat kenduri... nak pie haji... semua jadi huru hara kerana hangpa tak bagi tarikh..

Nak RAYA POSA & RAYA HAJI pon tarikh dah tau bila nie nak buat PILIHANRAYA untuk lantik pemerintah negara main ikut suka kepala depa saja....

Awat buat kelaku bodoh sangat...biaq hangpa sudah la bodoh jangan dok perbodoh rakyat macam nie.... disini gua nak mintak kepada PAKATAN RAKYAT bila hangpa menang nanti hangpa jadikan TARIKH PILIHANRAYA akan di umum lebih awal... sekurang-kurang setahun awai..supaya senang rakyat nak susun program depa...

The Lady - Kisah Benar Seorang Pejuang Demokrasi

Assalamu'alaikum dan salam  perjuangan,

Siapa  tidak kenal dengan Aung San Suu Kyi, seorang pejuang demokrasi yang cukup gigih dan tabah di bumi Burma yang dikuasai oleh pemerintahan tentera.  Kisahnya bukan sahaja menjadi ikutan di Malaysia malah ia mendapat perhatian di seluruh dunia.

Kebetulannya, hari ini adalah ulang tahun kelahiran beliau yang ke 67, satu ukuran usia yang dikira sudah wajar untuk melabuhkan tirai dalam perjuangan namun itu bukan yang disangkakan kerana Suu Kyi semakin gagah merempuh ombak dan badai.

Saya hanya sedar tentang kehadiran filem The Lady beberapa minggu yang lalu apabila pelakon handalan kelahiran Ipoh, Perak iaitu Michelle Yeoh diwawancara dalam sebuah akhbar tempatan setelah beliau menerima Darjat Seri Utama Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Sultan Perak pada 22 Mei yang lalu.

Debat Salahudin-Saifuddin di Astro Awani malam ini

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Astro Awani petang ini mengesahkan akan menyiarkan secara langsung Debat Sinar Harian yang akan menemukan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, jam 9.00 malam ini.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, pihak Astro Awani memaklumkan demikian tengahari ini.

Salahuddin pagi tadi berkata, beliau dan Saifuddin tidak akan menyertai debat itu jika Awani tidak mahu menyiarkannya secara langsung.

"Kalau tak mahu buat siaran langsung, apa guna kami berdebat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Debat bertajuk Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi akan berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 17, Shah Alam.

Selepas Tulisan Jawi dan Mate Sains dalam Inggeris.. Kini tiba pula Isu Felda..!!!

FGVH: Siri pengkhiana​tan Melayu terbesar
Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 19 Jun 2012


Umno meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kegagalan dalam Dasar Ekonomi Baru.

Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.

Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.

Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual.

Cenge La Sikit MB & EXCO Kedah.. Letih dok layan mata tengok 'Banner NITE CLUB' nie...

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Sehari dua nie gua tengok kat KEDAH rancak semula isu bab HIBURAN TANPA SEMPADAN nie....dia timboi balik banner promosi KARAOKE.. NITE CLUB..di tiang2 kat Aloq Setaq nie....awat benda lagu nie boleh timboi...kompom ada tak kena...

dah la zaman dok hingaq K-POP najib nie... last mai pulak ada benda mcm nie kat negeri kita....bab ada tu satu bab.. nie bab dok kena KUTUK dek penyokong BN dok perli kata inilah corak pemerintahan ISLAM yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan PAS Kedah....nah ambik nak jawab apa bila di katakan sebegitu... puak2 KUTUK nie masa nie la nak panggung kepala nak tenyeh kita.....


13 PERKARA YANG PERLU DIJAGA OLEH WANITA

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

Mod penafian BN - Malaysia enggan mulakan siasatan Scorpenes walaupun terdapat bukti khianat

Menteri pertahanan Malaysia, Zahid Hamidi adalah yang terbaru menyertai " mod penafian BN " seperti yang lain, enggan memulakan siasatan ke atas dakwaan ada bukti telah berlaku penjualan rahsia tentera laut kepada DCNS, pembuat senjata Perancis yang berkait rapat dengan pembelian kontroversi Perdana Menteri Najib Razak untuk 2 unit kapal selam Scorpene.

"Tidak ada bukti untuk menunjukkan perkara seperti ini berlaku. Saya memberi jaminan bahawa kita akan menyiasat dengan teliti jika ada bukti kerana ini melibatkan keselamatan negara," Zahid telah dilaporkan berkata demikian oleh Berita Harian akhbar, media yang dikawal oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia yakin penafian terbaru daripada kerajaan BN Najib. Malah, keengganan BN untuk membawa menjalankan siasatan terbuka ke atas dakwaan bahawa Najib dan Umno telah mengambil sogokan haram sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM570 juta memaksa NGO negara yang terkenal, SUARAM, untuk memfailkan aduan kepada pihak berkuasa Perancis

PTPTN - Kalau Perdana Menteri bodoh, bodohlah menteri. Kalau menteri bodoh, maka bodoh juga pegawai yang mengikutnya


Bukan PTPTN saja yang gilaPTPTN seperti ditadbir oleh orang gila kerana Menteri Pelajaran Tinggi Khaled Nordin bertindak sebagai orang gila memerintahkan PTPTN membekukan bantuan baru bagi dua IPTS di Selangor iaitu Unisel dan Kuis.

Maka Pengerusi PTPTN pun bertindaklah. Tindakan itu untuk mendenda kerajaan PKR Selangor supaya melaksanakan pelajaran universiti percuma sambil membatalkan PTPTN seperti yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika menawan Putrajaya.

UMNO/BN menolak janji Pakatan itu. Lalu ia bertindak membekukannya bagi mencabar kerajaan PKR Selangor mampu atau tidak melaksanakan janjinya sekarang.

Apabila semua orang bising dan merasakan tindakan itu gila, maka belum sempat isu itu didebatkan, menteri Khaled Nordin dan pentadbir PTPTN membatalkan pembekuan itu.

FELDA Berdagang Lagi Dengan Syarikat Zionis Louis Dreyfus, Kini Kontrek Beli Gula!

dari blog maidoali
 
 
Syarikat Zionis Yahudi, Louis Dreyfus kini dapat lagi bisness dari Umno/BN apabila syarikat Zionis ini menandatangani perjanjian kontrek jangka panjang bekalan gula mentah dengan syarikat pengimpot gula di Malaysia, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan MSM Malaysia Holdings Bhd.

Sebelum ini negara digempar dengan berita  syarikat yahudi zionis ini menjadi pelanggan saham FGVH asing yang paling besar apabila kerajaan UMNO menawarkan sejumlah besar saham FGVH ini kepada syarikat tersebut.

Kita tidak dapat pastikan lagi, apakah pemimpin2 tertinggi UMNO kaut komisyen yang tinggi dalam urusniaga2 ini seperti komisyen yang mereka perolihi dalam pembelian kapal selam scorpene dan alat2 pertahanan negara yang lain.

Ini juga membuktikan perhubungan yang sangat erat diantara syarikat zionis yahudi dengan pemimpin2 Umno!

Macam nie punya 'mangkaq' EXCO hangapa boleh pangkah



Apa punya mangkaq punya EXCO... Rakyat dan Adun datang nak berdiskusi dan beramah mesra sambil menyelesaikan masalah antara Kerajaan yg memerintah dengan rakyat di bawah tapi boleh suruh tinggalkan majlis...apa punya turrrrrrr laa EXCO mcm nie...

Adakah ulama luar tahu kepincangan negara?

KUALA LUMPUR: “Umno BN yang lemas untuk mendapat sokongan terpaksa menggunakan khidmat ‘bomoh’ (ulama)  luar setelah ‘bomoh’ dalam tidak boleh pakai,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya seperti yang dijangka, ‘Seminar Feqh Mentaati Pemimpin’ telah merumuskan wajib rakyat negara ini mentaati dan menyokong kerajaan BN pada hari ini.

Pembentang yang dijemput kebanyakan  daripada negara Timur Tengah, memang bertujuan untuk mengeluarkan pandangan supaya rakyat menyokong kerajaan BN pada hari ini.

“Pemimpin Umno tahu bahawa  orang Melayu begitu kagum dengan orang Arab, maka mereka bawa tokoh-tokoh ulama daripada Timur Tengah untuk menghalalkan tindakan kerajaan BN,” katanya.

Menurutnya, mungkin mereka sendiri tidak tahu kerajaan  BN adalah kerajaan yang khianat amanah rakyat, buktinya daripada laporan Ketua Audit Negara.

Antara RTM, Media Prima dan Awani: Siapa yang kurang berbelit?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Kerajaan telah memberi respons terhadap tuntutan akses media yang adil dan saksama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Bagaimanapun tidak ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang menyuarakan reaksi, walaupun akhbar harian milik Umno membesar-besarkannya.

Mungkin aktivis pembangkang tidak menaruh apa-apa harapan positif terhadap perkembangan yang sepatutnya dapat membantu proses pendemokrasian itu.

Minggu lalu, jemaah menteri meluluskan kertas kabinet yang dikemukakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim, yang dikatakan memberi peluang sama rata setiap parti politik yang bertanding pada PRU13 untuk menjelaskan manifesto masing-masing menerusi stesen televisyen.

Saya agak kerap menyentuh tuntutan penting ini, bukan sahaja merujuk situasi selepas Parlimen dibubarkan atau semasa kempen pilihan raya, tetapi meliputi konsep kebebasan media yang menyeluruh.

Undang-undang yang menyekat, yang diwarisi sejak zaman penjajah, terutama Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, mesti dimansuhkan segera. Begitu juga dengan segala peruntukan tidak demokratik dalam peraturan yang mengongkong, misalnya Akta Rahsia Rasmi, Akta Fitnah, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...