TERKINI :

Monday, June 18, 2012

BN umpama kereta buruk usang yang wajib ditukar

Dalam dekat ini mood pilihan raya umum ke-13 semakin dirasai. Setiap di antara kita tidak kira ahli politik, pelajar, mahupun orang kampung sedang mencongak tarikh bilakah parlimen akan dibubarkan untuk memberikan laluan kepada PRU13.

Walaupun parti pemerintah khususnya UMNO masih lagi berteka-teki berkenaan tarikh keramat tersebut, namun perang bendera antara parti politik sudah pun bermula, tidak kira daripada parti pemerintah mahupun dari parti pembangkang sekali pun. 
 
Hal ini sudah menjadi tanda yang jelas bahawa PRU13 tidak lama lagi, dan boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja atau paling lewat sekali pun pada hujung tahun ini. Dalam misi menongkah perjalanan menuju tarikh PRU13 yang bakal menjelma, setiap parti politik, kerajaan mahupun pembangkang semakin giat memenangi hati rakyat. Dalam keghairahan menuju PRU13, beberapa perkara yang harus diberi perhatian, terutamanya daripada parti UMNO itu sendiri. Hal ini disebabkan, UMNO boleh dikatakan sedang sakit dan harus diubati sebelum PRU13 berlangsung.

Kenapa Ling Liong Sik suruh hakim Skandal PKFZ tarik diri?

TAK MAHU JADI KAMBING HITAM!!! Kenapa Ling Liong Sik suruh hakim Skandal PKFZ tarik diri?


Bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik yang diperintah membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memohon hakim yang mendengar kesnya menarik diri kerana didakwa berat sebelah.

Liong Sik yang diwakili peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini dan berikutan itu perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguhkan sehingga Khamis.


Sehubungan itu, Hakim Ahmadi Asnawi berkata, kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing Khamis ini.


Menerusi notis usul, Liong Sik memohon Hakim Ahmadi menarik diri daripada mendengar dan memutuskan kes perbicaraan melibatkannya dan ia akan didengar dan diputuskan oleh hakim yang lain.

Pas bagaikan saham syariah yang baru disenaraikan di bursa saham

Bekas Menteri Pula Sertai Pas

Pas bagaikan saham syariah yang baru disenaraikan di bursa saham ia kini mendapat perhatian semua pihak. Bukan saja artis, pegawai tertinggi polis atau diplomatik tetapi bekas menteri juga turut sama memilih Pas sebagai wadah perjuangan dan dakwah.

Salleh Jafaruddin
Terbaru Harakahdialy melaporkan bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Salleh Jafaruddin dari Sarawak pula telah menyertai Pas. Beliau telah menyerahkan borang keahlian Pas kepada Presiden Pas Abdul Hadi Awang di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut hari ini.

Menurut Salleh pilihan kepada Pas itu ialah selepas beliau bermesyuarat (bertemu) dengan ahli Parlimen Pas bulan lepas menyebabkan beliau berfikir, istikharah untuk mendapat petunjuk dari Allah.


"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk Pas," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lepas.

Bermula 43 Tahun Yang Lalu

Oleh A Kadir Jasin

16 Jun genaplah 43 tahun saya menjadi wartawan.

Pada pagi hari ini, dalam tahun 1969, saya melaporkan diri di Ibu Pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sebuah banglo lama di Jalan Tun Abdul Razak.

Ketika itu, lebuh hias ikonik itu lebih dikenali sebagai Circular Road atau sekali-sekala disebut Jalan Pekeliling.

Saya datang dengan bas dan kereta api. Dengan bas dari kampung saya, Tanah Merah, Mukin Guar Kepayang, Pendang (ketika itu Kota Star) ke Butterworth. Dari situ, dengan Kereta api Tanah Melayu menggunakan waran kelas tiga yang dikeluarkan oleh Bernama.

Emak, kanak dan adik-adik menitiskan air mata. Allahyarham ayah memberi pesan sambil menadah tangan ke langit memohon keberkatan. Dia memberikan saya duit saku RM25.

Itulah yang dia mampu. Alhamdulillah, saya ada beberapa ratus ringgit dalam Post Office Savings Bank hasil lebihan biasiswa kecil Tingkatan Enam sebanyak RM50 sebulan.

Najib yang paranoid

Oleh Aspan Alias

Najib Razak dalam keadaan tidak menentu dan masih tidak dapat menetapkan tarikh pilihanraya. Beliau masih berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat yang sudah semakin ketandusan untuk parti yang dipimpinnya dan setiap hari dengarnya beliau sentiasa berada dikaca TV untuk berkempen menjelang tibanya pilihanraya ini. Pengumuman demi pengumuman dibuat melalui “acronym” yang besar-besar tetapi tidak juga nampak hasilnya.

Tetapi yang lebih jelas Najib sudah begitu “paranoid” terhadap Anwar Ibrahim seolah-olah Anwar akan menyiat-menyiat kulit dari dagingnya (Najib). Begitu ramai yang menjadi paranoid dengan Anwar dan Najib bersama Dr Mahathir Mohamad lah yang menghadapinya yang paling jelas. Ini bukan isu Anwar. Sebenarnya ini adalah isu rakyat an BN yang sudah hilang keyakinan mereka (rakyat).

Semalam Najib mengkritik Anwar kerana beliau (Anwar) telah mencadangkan supaya negara memohon bantuan IMF semasa beliau menjadi Menteri Kewangan sebagai cara penyelesaian terhadap krisis ekonomi yang kita hadapi pada tahun 1997 dahulu. Najib telah menuduh Anwar telah cuba untuk menggadaikan kedaulatan negara kepada IMF tetapi Mahathir telah membantahnya dan bertindak dengan tidak meminjam dari perbadanan kewangan antarabangsa itu.

[Video Ceramah] Kenapa UMNO suka penyokong dia "BODOH"


http://TVjerai.blogspot.com
dari ceramah di Tanah Merah Pendang

Bila Raja & Sultan di KUDA kan demi survival politik masing-masing maka berlakulah pertuduhan terpilih seperti ini....

oleh Sang Kudin

http://uncleseekers.blogspot.com/
 Gua tengok mamat nie bantai TUANKU SULTAN JOHOR kat blog dia tak ada sekoq pun manusia terutama mai dari Johor sana nak buat demontrasi taat Setia kepada TUANKU... cepat la turun tunjukkan taat setia hangpa semua kepada TUANKU SULTAN... dia apa yang di lihat beliau bantai SULTAN JOHOR sejak bulan 3 dahulu lagi dan episod dia dok menulis nie dah masuk sampai Part ke 30 dah...

Mana dia yang dok hebat sangat bantai NIZAR tuu...DERHAKA laa.. MURKA laa... habis nie yang dok karang berjela-jela nie dok kategori mana.... Jika macam nie punya kelaku hangpa patut laa TUANKU SULTAN orang tak hormat.... lanie tak kira siapa hangpa patut junjung cinta kasih dan sayang pada tuanku SULTAN hangpa nie...

Takan dengan NIZAR hangpa berani hingaq riuh sekampung bila ayam teloq sebijik tapi mai mamat UNCLE SEEKERS hangpa haram tak bunyi pa langsung....

Bekas Timb. Menteri Pelajaran sertai PAS...

http://2.bp.blogspot.com/-Bh8IHMQwQXo/TaHDM0InwZI/AAAAAAAAJ6k/3ui9s_TaQKE/s320/salleh%2Bjafaruddin.jpeg 
 
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. 

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah. 

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah. 

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan. 

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu. 

Ha Ha Ha Kasian UMNO nie.. nak cari salah punya pasal..Kes kitar semula pun jadi laaa...

Kes haji Nik Aziz boleh dibuka semula

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membersihkan nama Datuk Nik Aziz Nik Mat, siasatan berhubung tajaan ibadat hajinya masih boleh dibuka semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan, kata Nazri kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini.

NONEBagaimanapun, beliau secara peribadi berpendapat, oleh kerana Nik Aziz tidak menerima tawaran tajaan itu, sebarang pendakwaan patut dibuat terhadap pihak yang menawarkannya.

Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu sama ada SPRM mempunyai kuasa memutuskan kes berkaitan Nik Aziz itu boleh dibuka semula dan didakwa.

Pada 5 Disember lalu, sekumpulan anggota NGO dikenali sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog yang didakwa mendedahkan skandal punca pembatalan Nik Aziz dan keluarganya, mengerjakan haji atas tajaan seorang usahawan terkemuka.

MAJLIS FATWA DIDESAK KELUAR FATWA, HUKUM MENGADAKAN PILIHANRAYA SEMASA MUSIM HAJI

28 Rajab 1433 bersamaan 18 Jun 2012

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli-ahli dan para penyokong PAS yang akan menunaikan haji pada tahun ini menundakan haji mereka untuk mengutamakan pilihanraya umum ke-13 mendapat hentaman hebat bertubi-tubi daripada pihak media arus perdana yang dikelolai UMNO dan BN.

Seandainya YAB Dato’ Seri Najib Razak tetap ingin mengadakan pilihanraya semasa musim haji, maka seramai lebih kurang 20 ribu rakyat Malaysia yang sedang menunaikan haji telah terlepas dan terhalang haknya untuk memilih dan mengundi.

Apa yang membimbangkan DPPM dan mengecewakan seluruh rakyat Malaysia amnya, sehingga hari ini Perdana Menteri Malaysia masih bermain tarik tali untuk membubarkan parlimen dan sekaligus mengumumkan tarikh pilihanraya umum ke-13.

RAJA MANA YANG BERTUAH DAN RAJA MANA YANG MALANG?

Oleh:  WFAUZDIN NS

OLEH kerana Tunku Mahkota Johor telah menimbulkan isu 'Mengapa Orang Melayu Sahaja Yang Suka Menjatuhkan Raja" di dalam Twitter beliau seperti yang dipetik oleh Malaysiakini di SINI, maka terpanggil untuk saya mengulas isu berkenaan. 
Hakikatnya orang-orang Melayu terlalu sensitif dengan Raja mereka.  Ada rakyat yang benar-benar mahu melihat institusi Raja benar-benar berperanan sebagai pelindung kepada ugama, bangsa dan negara.  Rakyat jenis ini kebanyakannya terdiri dari semua kaum, tidak kira Melayu atau bukan Melayu.  Tetapi, ada juga rakyat yang mahu `menumpang' nama Raja-Raja untuk kepentingan diri mereka atau kumpulan mereka sahaja, terutama apabila mereka terdesak atau tertekan.  Golongan ini hanya kembali kepada Raja setelah mereka merasa lemah, tetapi sewaktu mereka gagah mereka ketepikan Raja-Raja bahkan mereka menghina Raja-Raja sesuka hati.  Bukti dan fakta adalah jelas jika kita imbau kembali terutamanya pada tahun 1993.  Saya telah menulis fakta-fakta dan bukti ini di dalam penulisan saya sebelum ini.

Aduhai dok kat program TPM pun nak kena suruh "tepok'' tangan jugak kaa...!!!


17 June 2012- Bukit Gantang Perak  ~Ibarat dilempang kiri kanan setelah jatuh dari tangga…begitulah nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertandang ke Parlimen  Bukit Gantang hari ini.

Lempang kiri :  Pada lawatan sebelah pagi  di program minum teh di pasar minggu Changkat Jering,  Muhyiddin  telah menerima  memorundum bantahan  projek berkaitan  projek lebuhraya Banting Selangor /Lebuhraya pesisiran pantai. Disini dapat dilihat  dah ada orang UMNO yang bantah projek UMNO secara terbuka. Memorendum itu juga berserta usul  yang mahukan semua bakal calon UMNO yang akan bertanding dikehendaki membuat sumpah laknat atau akuan bersumpah bahawa  tidak akan melakukan rasuah atau salahguna kuasa….( Boleh percaye ke…??? Hehehe…) Cerita di bawah:

 Usul Sumpah Laknat UMNO Bukit Gantang yang kini dimakan sumpah

Baru Hang ada akai ZUL KULIM oii..!! Panggil lagi orang binatang...



bila face to face pucat jugak hang....awat tak tunngu ...

UMNO BN Kedah buat poster ceramah macam poster PAS..!!



Apa tak kena bila hangpa tengok POSTER kat atas nie... Bila baca TUAN GURU dengan poster warna HIJAU tentu dalam kepala hangpa akan dok kata CERAMAH PAS bagi yg tak kenai tok serban nie....

Jadi bila dipikiaq balik inilah tektik terbaru mereka mengelirukan orang ramai supaya mai dengaq ceramah UMNO... almaklumlah dok buat ceramah sebelom nie bukannnya ada sambutan pun.... contoh tak ada pun ceramah UMNO akan ada kehadiran dengan orang ramai nak dengaq ceramah ada....paling lekeh pon 50orang....



Pengakuan Ahli UMNO bahawa beliau pernah mengundi undi 2X..!!!

Antara harta milik keluarga "KAK JAT aka Isu Lembu Kondo"

Kerusi DUN Ketua pembangkang semakin panas...!!

 

Kerusi Dun Pedu ( Kini Ketua pembangkang Kedah Dato Seri Mahdzir Khalid Sebagai Adun ) semakin hangat dan panas samada di pihak PR atau BN..Terkini Masyarakat Siam mahukan wakil mereka ( Tang A/L Edam ) sebagai calon BN bertanding di Dun Pedu.Semua maklum parti KITA ( calon Siam ) juga mengumumkan untuk bertanding di Dun Pedu..Adakah Tang A/L Edam mewakili suara majoriti masyarakat Siam?

Isu Lesen Nite Club - Mai kita gempor puak kacang hantu nie..!!



YB Nasir Kbg Rotan tanya kalau ada info pasai pusat hiburan ni, saya pun baru tau bila YB tanya tuu lah. Sama2 pakat tertanya2... mcm mana lesen pusat hiburan baru muncul sedangkan DO sudah diarah jgn keluar lesen baru kecuali renew yg lama saja. Satu lagi nak tahu mcm mana MBAS boleh keluar lesen iklan mcm tu... bagi masa sikit nuu nak siasat. 

Org PAS jgn melenting cepat sgt sebab bila PAS ambilalih krjaan yg bertukar cuma 1MB+10Exco & ahli2 majlis kjaan tempatan, bukan tukaq semua kakitangan kjaan (beribu orang) ganti org PAS. Tang mana silap kita pebetoi bukan prinsip kita dok pertahan benda tak betoi. Kalau sabotaj kita lawan toksah dok kira sapa.. aku peduli apa hang pegawai ka apa. 

Anwar pun aku tibai isu tertentu, yg bukan Anwar nak heran apa.. kalau hasil siasatan nanti ada siapa khianati dasar kjaan negeri.. mehh kita lawan, membujur lalu melintang patah.

Ketua Penerangan aka Zulkifli Yahaya...

Betoika ada KCS jadi pengkhianat dengan bocoq rahsia sulit kjaan negeri pada UMNO/BN..



Ya Allah..selamatkan Kedah Sejahtera negeriku dari di kucar-kacirkan oleh beberapa orang pengkhianat dalam pentadbiran atasan(KCS) yang membocorkan rahsia sulit kerajaan negeri kepada pihak musuh(UMNO/BN)...jom pakat solat hajat mintak Allah hancurkan perancangan jahat mereka.. ni salah seorang dari mereka..

Ada puak bangang dok buat kerja bangang di Kedah nie

Ada pihak cuba keruhkan suasana politik harmoni di Padang Terap..adakah ini provokasi dan saraf murahan untuk memburukkan PAS yg dibuat UMNO atau PAS yang buat sendiri..kami tak mau ambik tahu semua tu yg pasti ini kerja orang bangang --Lokasi di Padang Kerasak.
kepada pihak yang dok buat kerja bangang nie tak kira dari mana anutan politik dia PAS ka UMNO ka KITA ka DAP ka MCA ka...silalah berhenti buat benda bodoh macam nie...

Hangpa dok buat kerja bengong macam nie dapat apa...apa kepuasan yg hangpa dapat dok conteng dan huduhkan harta benda awam nie.... nak berpolitik jadilah insan yg berpolitik secara matang.... hujah bawa hujah...

Yang dok pie conteng sana conteng sini apa kejadahnya.. nie semua kerja puak HARAM JADAH sahaja yang dok buat kelaku nie....

PROJEK LADANG SEJAHTERA DI GUNUNG INAS - Jawab balas pembohongan Utusan

 

KENYATAAN BALAS BERHUBUNG PEMBOHONGAN AKHBAR UTUSAN BERTARIKH 11 JUN 2012 DAN PEMBOHONGAN BULETIN UTAMA TV3 PADA 11 JUN 2012 BERKAITAN PROJEK LADANG SEJAHTERA DI GUNUNG INAS, DAERAH BALING, KEDAH

• Akhbar Utusan bertarikh 11 Jun 2012 telah menyiarkan satu laporan khas bertajuk “Pas Kedah rakus teroka balak, tarah bukit”. Laporan tersebut menyebut kegiatan balak yang tidak terkawal di Gunung Inas, Daerah Baling di bawah pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) telah menyebabkan kemusnahan sistem ekologi dan menjejaskan kehidupan lebih 2,000 penduduk di sekitarnya. Buletin Utama TV3 melaporkan perkara yang sama dan turut membangkitkan isu kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi projek tersebut.

• Perlu difahami bahawa cadangan membangunkan Ladang Hutan di kawasan hutan di Gunung Inas, Daerah Baling telah dibuat sejak zaman pemerintahan Kerajaan Negeri BN iaitu sekitar tahun 2006 – 2007 tetapi cadangan projek tersebut mensasarkan objektif dan kaedah yang berbeza yang lebih menjurus kepada keuntungan anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat-syarikat yang terlibat semata-mata.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...