TERKINI :

Sunday, June 17, 2012

Apa ertinya demokrasi?

Oleh Iza Suraiya

Jika mengikut tafisran UMNO-Barisan Nasional, istilah “demokrasi” bererti pilihan raya empat atau lima tahun sekali, Sepanjang tempoh itu pula, kerajaan UMNO-BN tahu apa yang baik untuk rakyat. Jadi, suka atau tidak, rakyat terima sahajalah apa yang UMNO-BN lakukan.

Itu tafsiran demokrasi UMNO-BN yang diamalkan sejak zaman berzaman, terutamanya sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal dekad 1980-an hingga sekarang.

Sebenarnya, demokrasi bukan sekadar mengundi atau bila Malaysia ada wakil rakyat, ada hakim, ada NGO, ada pilihan untuk masuk mana-mana parti politik. Itu semua sudah jelas, ia manifestasi demokrasi.

BN sedang tenat hadapi PRU13

KUALA LUMPUR: Umno-BN kini didakwa berada dalam situasi tenat kerana cemas berhadapan dengan kekalahan pada PRU13 tidak lama lagi.Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia dinilai berdasarkan kegagalan pentadbiran parti itu dalam menangani isu-isu yang timbul.

“Kita lihat BN kini berada dalam bahaya dan kemungkinan akan kalah pada pilihan raya umum akan datang. Kalau tak bahaya kepada BN, mengapa Najib tak buat pilihan raya sekarang?” tanya beliau 

Tambahnya, pentadbiran Umno-BN tidak mempunyai prinsip yang terbuka kepada rakyat dan sering berubah-ubah.

Umno BN dalam dilema untuk hadapi PRU13

Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, 17 Jun 2012

Dalam dekat ini mood pilihan raya umum ke-13 semakin dirasai. Setiap di antara kita tidak kira ahli politik, pelajar, mahupun orang kampung sedang mencongak tarikh bilakah parlimen akan dibubarkan untuk memberikan laluan kepada PRU13. Walaupun parti pemerintah khususnya UMNO masih lagi berteka-teki berkenaan tarikh keramat tersebut, namun perang bendera antara parti politik sudah pun bermula, tidak kira daripada parti pemerintah mahupun dari parti pembangkang sekali pun.

Hal ini sudah menjadi tanda yang jelas bahawa PRU13 tidak lama lagi, dan boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja atau paling lewat sekali pun pada hujung tahun ini. Dalam misi menongkah perjalanan menuju tarikh PRU13 yang bakal menjelma, setiap parti politik, kerajaan mahupun pembangkang semakin giat memenangi hati rakyat. Dalam keghairahan menuju PRU13, beberapa perkara yang harus diberi perhatian, terutamanya daripada parti UMNO itu sendiri. Hal ini disebabkan, UMNO boleh dikatakan sedang sakit dan harus diubati sebelum PRU13 berlangsung.

ELAKKANLAH DARIPADA BERTINDAK MEMBERI PELURU HIDUP KEPADA UMNO/BARISAN NASIONAL.

KEPADA PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT
UNTUK SEKETIKA MENJELANGNYA PILIHAN RAYA UMUM KE-13
JIKA BOLEH... JIKA BOLEH... ELAKKANLAH DARIPADA BERTINDAK
MEMBERI PELURU HIDUP KEPADA UMNO/BARISAN NASIONAL.

CUBA TENGOK ISU JOHOR SEKARANG...SEBENARNYA BUKAN ADA APA PUN IANYA SEKADAR TEGURAN DIATAS PENGGUNAAN DUIT RM500,000 UNTUK BELI PLATE KERETA SAHAJA..DAN TEGURAN ITU BERMULA DARI SURAT HABAQ DEPA JUGA..JUST UMPAN...DAN BILA KITA FOLLOW SAMA..LAST KITA SAHAJA YG KENA...

JADI SEKARANG BIARKANLAH MEREKA DENGAN ISU MEREKA KITA DENGAN ISU KITA...JANGAN LA DOK CARI PASAI DENGAN RAJA-RAJA DI NEGERI YG SUDAH 50THN LEBIH HIDUP MEREKA DIBAWAH NAUNGAN UMNO BN....

KITA BANYAK MEMBUANG MASA DAN TENAGA APABILA MEREKA MENGGUNAKAN
PELURU ITU DAN MENEMBAK DIRI KITA SEMULA

BIARKAN SAJA SEGALA KEBODOHAN MEREKA DINILAI OLEH RAKYAT.
TAK PERLULAH MENUNJUKKAN KEHEBATAN DALAM TEMPOH YANG GENTING INI.

JIKA TIDAK, LUPAKAN SAHAJA HASRAT UNTUK KE PUTRAJAYA.


Tilawah: Nik Aziz jelas sebab larang wanita

Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wanita di Kelantan belum memahami erti sebenar aurat menyebabkan kerajaan negeri bertindak melarang mereka menyertai Tilawah Al-Quran sejak lebih 20 tahun lepas.

Mursyidul Am Pas itu berkata larangan itu dibuat ketika Pas baru menerajui Kelantan pada 1990, di mana beliau berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam.

"Waktu kita (Pas) pegang Kelantan dulu, tak ada beza lelaki dan perempuan.

Rambut terbuka (tidak bertudung), kedai-kedai kerinting rambut banyak di Kota Bharu. Masing-masing nak tunjuk badan. Ini haram dalam Islam, bukan dalam Pas (sahaja). Itu aurat," katanya ketika ditemui pemberita di Ekspo Perdagangan Dunia Islam  dan Konvensyen Halal Berasakan Dinar dan Dirham, di sini, hari ini.

Apa nak jadi dengan orang Johor nie...!!!

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA... BUKTI JOHOR BUKAN LAGI KUBU PALING KUAT UMNO DALAM DUNIA...SEKITAR CERAMAH PAS DI SAGIL, MUAR, JOHOR SEBAGAI BUKTINYA.


Sabah yang di katakan kaya tu pun buat loan dengan Najib kaa..???

Najib announces RM235 mil loan for Sabah

KENINGAU (June 16, 2012): Datuk Seri Najib Abdul Razak today announced the approval of a RM235 million loan to the Sabah government to build a new water treatment plant for the 200,000 people in Keningau.

The prime minister said the loan documents were being prepared and the project would be implemented soon after the paper work had been completed.

Najib said the project encompassed, among others, the construction of five storage tanks and a 42.8-km long transmission main, with construction work to take up to 35 months.

Speaking at the launch of the Sabah Handicraft Centre here, the prime minister said: "I have come not empty-handed. I have come because several months back Sabah leaders asked me to do something for Keningau. (Deputy Chief Minister) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan made the proposal and was supported by Datuk Seri Musa Aman as the chief minister of Sabah.

"Each time I get into the helicopter with Pairin and Musa, they only convey this (to me). I told them to wait for my visit to Keningau, that I will make an announcement."

Bukti Baru...Hebatnya Ummi Hafilda ini ya… apa saja isu pasal Anwar dia tahu

Habislah Anwar.. Ummi Hafilda kata dia ada 'Bukti Baru' kaitkan Anwar dengan RM3 Billion...


Masa negara kecoh dengan video sex terbitan Datuk ‘T’ dulu.. si Ummi Hafilda ini juga tumpang menyibuk untuk mencari populariti..

Datuk ‘T’ siarkan satu klip video sek seorang lelaki yang difitnah sebagai Anwar Ibrahim, Perempuan ni kata dia tahu ada 18 rakaman video seperti itu yang disimpan oleh seseorang.

Bila negara kecoh pula dengan siapa dalang Video itu.. Perempuan ni kata dia tahu siapa yang menjadi dalang sebabnya dia dah dengar perkara ini 13 tahun lalu.. padahal tarikh pada video itu ialah tahun 2011.

Kata dia.. “Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

POLITIK PERTEMBUNGAN - MELAYU UMNO Vs MELAYU PR

itu laa TG Hj Hadi ada membuat teguran bahawa kesabaran penyokong PAS dan PR ada batasnya... mungkin suatu hari akan ada juga penyokong uang akan hilang sabar dengan kelaku mehnah politik yang di bawa UMNO BN....

Nah hari ini telah berlaku dimana sudah ada penyokong PR yang menyerbu program pihak lawan dimana ini berlaku semasa ZUL LOMPAT KULIM buat ceramah...

Apabila benda ini berlaku maka dengan PANTAS berita ini keluar TV3 dengan motto dan temma.. PENYOKONG PR GANAS... nah hangpa tengok la video dibawah...



Sedarkah anda sebelum benda ini berlaku sudah pun berlaku bebarapa siri serangan dan provokasi pihak BN UMNO terhadap program PR...dan yang terkini program di kawasan MP Nurul Izzah iaitu LEMBAH PANTAI...

Tun Mahathir tidak perlu gundah gulana kerana beliau tidak pernah bersalah


Dr Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri negara selama 22 tahun dan telah secara zahirnya bersara dari jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 30hb Oktober 2003. Tetapi jelas beliau belum bersara dari politik. Beliau masih bermain politik dan panggilan ramai yang beliau sebagai negarawan itu agak tidak tepat. Beliau masih lagi seorang ‘politician’ yang giat, dan beliau belum lagi sampai ketaraf seorang negarawan.

Tidak salah beliau mahu terus berpolitik kerana ini negara demokrasi dan rakyat sedang memperjuangkan demokrasi itu dengan gigih. Hanya Mahathir sahaja yang bermain politik tidak demokratik.

Demokrasi itu boleh dipanggil demokrasi jika beliau yang mendapat keuntungan. Jika politik itu tidak kena kepada kehendak beliau segala sistem yang telah wujud sebagai institusi demokrasi akan beliau runtuhkan.

Tidak payah mengulangi apa yang beliau telah lakukan kerana itu semua sudah menjadi pengetahuan umum dan ini jugalah yang sedang menghantui kehidupan dan pemikiran beliau sekarang ini. Apa yang telah beranak pinak dalam pemikiran beliau sekarang yang selama ini tidak keluar, kini sudah beliau zahirkan melalui penulisan beliau dalam blog beliau baru-baru ini.

Ada orang dok ketaq lutut menanti sapina dari Mahkamah Perancis

Zahid Dan Najib Berdebar
Menanti Sepina Dari Mahkamah Perancis

Mahkamah Perancis sudah pun mula membuat tindakan menyebabkan ada dada orang di Kuala Lumpur berdebar-debar. Tindakan itu ialah mensepina Jalbir Singh Chal yang menjadi perantara sogokan kepada ahli politik Malaysia untuk pembelian kapal selam Scorpene pada 2002 lalu.

Sepina itu diserahkan malamn tadi, demikian diberi tahu oleh Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel.

Menurut Gabriel, Jalbir Singh adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimeker syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut.

Pembelian kapal selam itu menyebabkan lebih RM500 juta komisen diberikan kepada pihak tertentu dan ia juga dikatakan ada kaitan dengan kematian Altantuya Shariibbu.

Kapal Selam : Mahkamah Perancis sudah mula sapina - kawan baik Razak Baginda orang pertama


Mahkamah Perancis sepina orang kanan Razak Baginda
 
Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel (kanan) yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

Ketua Pembangkang DUN Kedah mintak MB dedah dana di salur kepada KUIN...

Datuk Seri Azizan Abdul Razak
KUALA NERANG - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta supaya membuat pengakuan kepada umum tentang jumlah peruntukan kerajaan negeri kepada Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau mendapat maklumat bahawa jumlah yang dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri kepada Kuin adalah sangat besar.

"Saya mengambil contoh jika kutipan hasil tanah di Kedah ialah RM160 juta setahun, berapakah daripada RM160 juta itu telah dibelanjakan untuk Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan Umno dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu berkata, beliau bimbang dengan kadar perbelanjaan wang negeri terhadap Kuin dan berasa sangat kecewa dengan perkara itu.

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran.....


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Rasulullah SAW suami romantis


Oleh TUAN ASMAWI TUAN UMAR

KEHIDUPAN berumahtangga atau bersuami isteri pasti akan bertambah seri dan sinar andai setiap pasangan tersebut tidak begitu lokek dan kedekut kudrat dalam melestarikan perasaan cinta dan kasih sayang antara satu sama lain.

Hal sedemikian jika direnungkan sejenak tidak begitu sukar perlaksanaannya akan tetapi disebabkan barangkali usia pembinaan rumah tangga yang agak lama mungkin menjadi penghalangnya.

Ini kerana dikatakan sudah tiada lagi kemanisannya seperti seawal rumah tangga didirikan.

Sudah tentu ini satu persepsi yang salah lagi teramat silap, ini kerana sesebuah rumah tangga yang dibina bukanlah bersifat dalam adegan lakonan drama atau teater yang mempunyai tempoh masa, bahkan ia adalah satu proses pembinaan ummah sepanjang masa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...