Pengakuan Zamil petang ini ' VCD itu mungkin rundingan saya dengan bapa Gwo-Burne’
June 15, 2012
Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN, kata Zamil.
ALOR SETAR: Zamil Ibrahim menegaskan VCD yang didedahkan oleh dua
pemimpin Pakatan Rakyat berkemungkinan besar beliau sedang bertemu
dengan bapa ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
“Abang bersama seorang kawan berjumpa bapa Loh untuk berbincang di
sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur sekitar lewat tahun 2010.
“Saya mengakui perbincangan tersebut adalah untuk mendengar hasrat Loh
untuk menjual anaknya supaya keluar dari PKR,” katanya. Beliau menambah
bahawa pemandunya dan seorang pembantu wanita Loh turut berada semasa
perbincangan itu.