TERKINI :

Thursday, June 14, 2012

Haji atau Pilihan Raya menurut perbahasan syarak

Muhamad Zuhaili Saiman, 14 Jun 2012

Persoalan mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat.

HUKUM MENGERJAKAN HAJI

Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

“Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.” – Bukhari dan Muslim

Bermula musim untuk umat Islam mengerjakan haji dengan ihram haji ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sehingga 10 Zulhijjah. Maka inilah ibadah Haji yang mempunyai waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang tertentu.” – Surah Al-Baqarah : 197

Undang-undang sedia ada cukup hukum Mahathir

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Jika benar ada salah laku dilakukannya, tidak perlu menyalah guna kuasa untuk menghukum Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika menolak kebimbangan bekas Perdana Menteri itu, beliau berkata, undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.

"Kalau benar Dr Mahathir bersalah, tak perlu salah guna kuasa. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk hukum beliau," kata Mahfuz.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak takut Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kuasa tetapi beliau takut pemimpin kerajaan PR menyalahgunaan kuasa untuk mendakwa beliau atas pertuduhan palsu.

Katak apa kejadahnya mahai sampai RM2juta nie...

Agen tawar RM2 juta beli MP Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara.

Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang driver kepada agen.

Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita).

Antara kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli parlimen Pakatan itu berkata "Dua juta tak berapa cukuplah".

PM yang susahkan rakyat hendak menunaikan haji..!!!


Apa susahnya nak UMUM TARIKH PILIHANRAYA AWAL-AWAL...bila rakyat dah tahu bila pilihanraya nak diadakan maka senanglah mereka nak susun atur program mereka...tak la dok jadi haru biru sampai lagu nie...nak kahwin pon tahu tarikh awai, nak naik mahkamah pun hakim bagi tarikh awai, nak beranak pun dah dapat tau bila dah lanie..tapi mai waktu nak pilih pemimpin yg akan diberi amanah untuk uruskan negara dan rakyat tak boleh beritahu bila tarikh nak pilihnya..gila ka apa...

Ahli BN mula meroyan dok pertahan Isu bakal menantu Najib

Ahli BN pertahan Najib berkaitan kes bakal menantu

KUALA LUMPUR: Anggota Barisan Nasional (BN), semalam, mempertahankan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah dokumen mahkamah di Amerika Syarikat mendakwa bakal menantu Datuk Seri Najib memalsukan kelulusan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia dan menipu bekas bapa tirinya.
 
Menurut laman beritaThe Malaysian Insider,semalam, beberapa akhbar asing termasuk akhbarNew York Postkelmarin melaporkan bahawa Encik Daniyar Nazarbayev disaman kerana menipu bekas bapa tirinya, Encik Bolat Nazarbayez, saudara lelaki Presiden Kazakhstan, Encik Nursultan Nazarbayev.
 
Menurut dokumen mahkamah, Encik Bolat menuduh Encik Daniyar menjual sebuah kondominium miliknya bernilai AS$20 juta ($25.6 juta) tanpa pengetahuan beliau dan mendapatkan tempat di Universiti Columbia dengan menggunakan dokumen palsu daripada sebuah sekolah di Kazakhstan, yang beliau tidak pernah menuntut.
 

UMNO : PARTI KAPITALIS YANG TERUS MENEKAN RAKYAT

Apabila disebut tentang kapitalisme, ia akan menggambarkan bagaimana terdapat individu, sekumpulan atau kelompok masyarakat yang mengambil kesempatan daripada keadaan untuk mengumpul kekayaan dan mempunyai matlamat untuk meraih keuntungan. Istilah ini telah mula diperkenalkan oleh Karl Marx pada abad ke 19. Ia merupakan satu sistem ekonomi yang digerakkan oleh kuasa pasaran bagi menentukan pengeluaran kos, menetapkan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan juga pendapatan. Kapitalisme sebenarnya telah lama wujud dalam sistem ekonomi dunia walaupun istilahnya hanya diperkenalkan oleh Karl Marx. Kapitalisme adalah konsep ekonomi yang telah berjaya mengukuhkan ekonomi England pada kurun ke 16 sehingga kurun ke 19.

Kapitalisme mengambil ruang dengan melabur ke dalam industri dan menggunakan tenaga pekerja untuk menjalankan aktiviti perindustrian. Golongan pekerja dilihat oleh Karl Marx sebagai golongan yang tertindas kerana terpaksa menggunakan tenaga mereka tetapi hanya diberikan pulangan yang tidak setimpal sedangkan golongan kapitalis meraih keuntungan yang besar.

Pengaruh Kapitalisme terus bergerak ke seluruh dunia dengan menggunakan alasan pembangunan untuk melabur di dalam industri di sesebuah negara dan Malaysia tidak terkecuali mendapat perhatian daripada kumpulan kapitalis sehingga pengaruh elit kapitalis telah mencorakkan transformasi politik dalaman dan luaran UMNO.

PEMIMPIN UMNO PERLU ‘DISEKOLAHKAN SEMULA’


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh dan bersetuju dengan saranan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Y.B Dr Abdul Rani Osman supaya para petugas parti yang terlibat secara langsung untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke 13 supaya ‘menangguhkan’ hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini sekiranya terpilih. Ini kerana keperluan untuk menukar pemerintah di peringkat pusat sekarang ini adalah terlebih penting di dalam pilihanraya nanti supaya rakyat akan dapat diselamatkan daripada penindasan dan kezaliman pemimpin Umno dan Barisan Nasional selama ini.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap isu sensasi berkenaan penangguhan pemergian haji ini bukanlah isu yang besar sekiranya Umno dan Barisan Nasional mengamalkan sikap politik yang bertamadun. Sekiranya sejak awal lagi sudah ditetapkan tarikh untuk pembubaran Parlimen dan persediaan untuk menghadapi pilihanraya maka ianya akan menyelesaikan banyak perancangan-perancangan pelbagai pihak. Tetapi Umno dan Barisan Nasional sememangnya spesis penakut dan pengecut yang hanya mahu mendapat kelebihan di atas kesusahan dan kepayahan orang lain.

MB Jawab Isu Kelewatan Projek Perumahan Kos Rendah di Kedah

Tanda-tanda kejatuhan BN bertambah jelas..hanya perlu hanya bersabar

Mencapai matlamat perjuangan sememangnya susah dan terpaksa menghadapi pahit maungnya dengan tabah dan sabar yang maksima. Mencari kebaikan akan berhadapan dengan halangan yang rintangannya kadangkala kita rasakan tidak akan tercapai. Tetapi usaha ini terpaksa juga diteruskan kerana dalam keadaan yang mendesak mesti ada pihak yang berani dan sanggup berkorban dan menghadapinya walaupun ianya berhadapan dengan berbagai-bagai risiko yang tidak ramai sanggup menghadapinya.

Apa sebenarnya yang membuatkan ada pihak yang sanggup melakukan usaha untuk kebaikan ini? Jika tercapai akhirnya matlamat yang dicari itu, siapakah yang akan menikmatinya? Apakah sebenarnya kepuasan kepada siapa yang berjuang itu? Sebelum itu persoalannya apakah yang menjadi penyebab seseorang atau kumpulan itu sanggup berjuang sambil menghadapi segala rintangan yang bukan kecil itu?

aduhai kjaan negeri oi dah berlambak dah pusat hiburan kat aloq setaq nie...

 

aduhai kjaan negeri oi dah berlambak dah pusat hiburan kat aloq setaq nie... Yg dok bagi PBT keluaq lagi lesen nie apa kejadahnya.....sapa nak tolong pie tegoq sat puak yg dok kat atas nuuuu.....

 mintak la depa tengok benda nie sket..kalu suma mb nk tengok suma mati la dia..bukn jauh sgt dah pon dr a.staq nie..bukan nak kata depa tak keja tp kna keja lebih sket..

kita plak sbgai rakyat bawah nie pakat2 tegoq benda yg tak betoi neh..

UiTM: Forum tak mahu berpolitik konon...

Si Jurang, 

UiTM terus menjadi tapak untuk menyebarkan fikrah UMNO kepada pelajar dibawahnya.Terbaru, forum Ideologi Mahasiswa Melayu pada 12 Jun lepas menjadi medan untuk mengutuk dan mengecam parti-parti pembangkang serta membuka keaiban pimpinannya.

Program yang dianjurkan persatuan Waris Warisan berkolaborasi dengan persatuan proksi NGO pendesak Melayu yang tidak diketahui asal-usul penubuhannya iaitu Mahasiswa Perkasa. Forum bersama 3 panelis, Dato’ Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Dr. Mohd Fairuz Khairudin.

Tentatif forum yang dijadualkan bermula seawal 2.30 telah bermula lewat disebabkan kehadiran audien yang sangat tidak memuaskan. Ada perbincangan antara pihak penganjur dan panelis ingin batalkan kuliah pelajar dan mewajibkan untuk pergi ke forum tersebut.

Walaupun telah dijanjikan dengan makanan percuma, kupon aktiviti untuk jaminan penempatan kolej semester hadapan ditambah ada pengecualian kuliah,namun ia tetap tidak menyelerakan mahasiswa UiTM.

TUN buat lawak.. Itu laa dah takut dengan bayang-bayang sendiri..buat kat orang lagi...!!!

Mahathir tidak takut jika PR menang PRU13 tapi ...
Wartawan Sinar Harian
14 Jun 2012
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak pernah takut jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Menurutnya, perkara paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah.

Katanya, sudah tentu perkara ini diinspirasikan oleh kejadian yang menimpa pemimpin Mesir, Hosni Mubarak dan Libya, Muammar Gaddafi di mana mereka diburu, ditangkap dan dihukum setelah tidak lagi memerintah.

Ahli Pas boleh tunai haji - Azizan

MB Kedah: Ahli Pas boleh tunai haji, calon tunggu
ROSNANI SAAD
13 Jun 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
ALOR SETAR - Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.

"Ahli (kalau) nak pi, pi la tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi (nanti) orang nak undi calon, calon dok pi Makkah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Menurutnya, jika benar PRU13 bakal diadakan ketika musim haji, terpulang kepada ahli sama ada mahu  meneruskan niat itu atau menangguhkannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...