TERKINI :

Tuesday, June 12, 2012

Mai kita tengok, siapa paling berjaya bawa masuk pelabur KHTP... Umno atau PAS?!!

Oleh: Tok Non

Hari ni Tok Non kerja kurang jadi boleh relax banyak sikit, maka dapatlah luang masa selak-selak tengok blog UMporNO. Terbacalah satu artikel recycle yang menghentam Kulim Hitech Park (KHTP) di bawah kerajaan PAS. Kesimpulan yang dibuat ialah, PAS langsung tak bawa masuk pelaburan sepanjang empat tahun memerintah. Tudia laa yang kata blogger UMporNO, cara depa buat cerita macamlah seluruh umat manusia dalam dunia ni bodo-bodo belaka, depa boleh tipu bulat-bulat padahai blogger UMporNO tu sendiri pun kebanyakannya budak tercicir sekolah bayaq RM2000 sebulan buat kerja macam lembu dogoi baru tumbuh gigi gonyeh merata... depa nak tipu pulak rakyat Kedah yang rata-rata berpelajaran.

Tok Non tak mau celoteh panjang pasai KHTP, cuma nak siarkan semula FAKTA di bawah ni yang pernah disiarkan dalam blog ni jugak... selamat membaca.



Oleh: SemutGataiXX@xxxmail.net

SemutGatai (SG) tak sangka fakta yang disiarkan oleh Kedah La perihal lonjakan tahunan tertinggi pada 2011 mengenai pelaburan masuk ke KHTP menyebabkan juak-juak BN meroyan sakan.

Apa yang dibentangkan itu adalah fakta sebenar bukannya rekaan. Peningkatan pelaburan masuk pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya ialah RM6 billion. Walhal peningkatan tahunan paling tinggi dicatatkan di zaman BN pada tahun 2004 berbanding tahun sebelumnya cuma RM4.6 billion.

Lonjakan pada tahun semasa bagaimanapun tidak boleh dijadikan ukuran pencapaian atau kejayaan untuk dibuat perbandingan di zaman BN atau PR; mana yang lebih baik?

Anwar: Salur RM1.5 juta lagi tanda BN terdesak

NONECadangan untuk menyalurkan RM1.5 juta lagi kepada setiap kawasan Parlimen BN menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata ketua pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar kiri, tidak berkaca mata) berkata, keputusan untuk membuat pembiayaan itu dengan terang-terangan mengabaikan peraturan kewangan.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insider bahawa, ahli parlimen BN dijangka menerima jumlah itu ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya umum ke-13 selepas pengumuman Belanjawan 2013 pada 28 September depan.

Aduhai UMNO.. Ko Buat Isu Ko Ulas Sendiri Tapi Pasal Rumahtangga Orang lain...Baguih laa tuuu..

Kenapalah UMNO jadi sempit aqal ? Jangan buat pilihanraya musim haji, selesai masaalah. Kalut ribut ni kenapa ? UMNO cadang nak buat pilihanraya dalam musim haji ker ? Kalau tidak kenapa kalut ? Kalau UMNO nak buat pilihanraya dalam musim haji, maknanya UMNO lah yang halang orang nak buat haji sebab fatwa Mufti Pahang kata mengundi wajib ! 

Kerajaan pun kempen bagai nak rak suruh orang mengundi , jadi mana satu ni ? Nak mengundi ke nak buat haji ? Kalau nak suruh rakyat buat dua - dua haji dan mengundi maka jangan buat serentak ! Mudah kan berfikir ? Tambah pula, kalau buat pilihanraya musim haji, pastinya calon, wakil calon, pencadang dan penyokong di seluruh negara bagi peringkat calon parlimen dan DUN tidak boleh mengerjakan haji ? Habis tu, kalau pergi haji jugak .... 

Nak bagi UMNO menang percuma ? Supaya banyak lagi rasuah, salah guna kuasa dan mungkar berlaku dalam negara kita ? No way man !

Alaa Puad...tak yah a dok kenen-kenen UMNO tuu..mai la joint kami semula..!!!

Pemuda tawar Puad Zarkashi sertai PAS semula
 
JOHOR BAHRU: Pemuda PAS Johor menyifatkan Dr Puad Zarkashi menyindir Umno Johor apabila berkata PAS Johor rugi besar kerana perpecahan dalam DAP.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, perpecahan Umno Johor terlalu ketara dan Puad perlu fikir kembali dan sewajarnya meninggalkan parti itu dan menyertai semula PAS yang pernah disertainya sebelum  ini.

"PAS Johor tidak menjadi pilihan rakyat Johor semasa Dr Puad Zarkashi berada dalam PAS dahulu. Sekarang PAS Johor sudah jauh berubah.

"Saya kira sudah sampai masanya Dr Puad Zarkashi bersama pimpinan PAS Johor dan PR menubuhkan kerajaan yang jauh lebih bersih dan berkemampuan memerintah Johor selepas pilihanraya ke-13," kata Suhaizan dalam satu kenyataan medianya har ini.

Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini mendakwa PAS Johor rugi kerana DAP sedang berpecah di negeri itu.

Bagi Suhaizan, ia hanya kenyataan sindiran kepada Umno yang rata-rata berpecah di negeri itu.

Umno mudah lupa: Wajah penderhaka, bermuka-muka terhadap Raja-raja Melayu

Masihkah anda ingat? Atau sudah lupa macam Umno lupa. Macam Tun Mahathir lupa. Macam pemimpin Umno sekarang lupa. Atau buat-buat lupa untuk mengampu dan bodek? Atau genarasi Y kini, memang tak percaya kalau dikatakan ramai pemimpin Umno yang lancang mulutnya terhadap Raja Melayu.
Pengasas Umno, Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya menjadi MB  dua tahun sahaja.
Media mesra Umno juga acapkali mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar, Menteri Besar Pahang sewaktu berselisih dengan Sultan Pahang dalam krisis yang terkenal. Umno juga pernah "membelasah" Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dalam "krisis perlembagaan" kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.

Sah! Prof Dr Aziz Abdul Bari bertanding di Parlimen

Sah! Prof Dr Aziz Abdul Bari bertanding di Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR

Jangan terkejut. Sudah tidak lagi menjadi ribut, Prof Dr Abdul Aziz Bari pasti akan bertanding PRU-13 di Parlimen Sabak Bernam. Beliau sudah melakukan gerak kerja politik di sini sejak berhenti daripada menjadi pensyarah UIAM dalam kontroversinya dengan pihak Istana Selangor.
Aziz mengesahkan kepada Blogger Sanggahtoksago.Com, sudah beribu-ribu kad nama mengajak rakyat melakukan perubahan dan menyokong beliau sebagai calon PKR di Sabak Bernam ditabur kepada pengundi sasar. Pelbagai program penerangan dan 'turun padang' telah dan sedang diterajuinya.

Umno patut malu sebab ada menteri tidak cerdik

KUALA LUMPUR: Umno-BN patut malu kerana mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang "amat bodoh dan tidak cerdik", kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, amat tidak wajar apabila Dato' Seri Khaled Nordin mencabar kerajaan Selangor memberi pendidikan percuma kepada rakyat Selangor.

"Ini satu cabaran yang bodoh. Dia mesti bandingkan 'apple to apple'. Misalnya kerajaan Johor boleh mencabar kerajaan Selangor atau kerajaan  Negeri Sembilan atau mana-mana kerajaan negeri. 

"Supaya rakyat boleh membuat perbandingan negeri mana yang lebih baik dasar pendidikannya. Bukan kerajaan pusat cabar kerajaan negeri," ujar beliau.

Mohamad Sabu menegaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor boleh memberikan pendidikan percuma jika semua cukai yang dipungut kerajaan pusat, dibayar kepada kerajaan negeri.

"Misalnya cukai pendapatan, cukai jalan dan lain-lain, jika ia dibayar terus kepada kerajaan Selangor, saya yakin rakyat akan mendapat pendidikan percuma," katanya. 

Dengan dapatnya GERAN TANAH tersebut..itu bermakna tanah rizab melayu dapat diselamatkan semula

Dividen Ladang Sejahtera, bukti rakyat sentiasa dibantu

Langkawi - Pemberian surat hakmilik tanah dan dividen Ladang Sejahtera adalah komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat Kedah.

“Dividen atau saguhati Ladang Sejahtera ini bukanlah sebagaimana dividen pelaburan tuan-tuan dalam saham, dividen Ladang Sejahtera ini adalah hasil keuntungan pengusahaan Ladang Sejahtera oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan anak syarikatnya Kedah Agro,” kata YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak ketika berucap di majlis penyerahan surat hakmilik tanah dan dividen Ladang Sejahtera Peringkat Daerah Langkawi di Pekan Air Hangat.

Di majlis tersebut seramai 133 penerima dividen Ladang Sejahtera dan seramai 105 penerima surat hak milik tanah menerimanya dari YAB Menteri Besar Kedah.

Menurut Ustaz Azizan, Langkawi merupakan daerah ke enam selepas Baling, Kulim, Padang Terap, Pendang dan Bandar Baharu di mana penyerahan dividen Ladang Sejahtera diadakan.

“Ladang Sejahtera ini adalah pelaburan kerajaan dan apabila ada keuntungan maka kerajaan pulangkan kembali kepada rakyat yang memerlukan.

“Jika dimasa depan ladang ini ada untung lagi, kita akan bagi banyak lagi,” ujar beliau.

Majlis penyerahan tersebut diadakan sempena program Mesra Rakyat peringkat Daerah Langkawi anjuran Pejabat Daerah Langkawi dan Pejabat Menteri Besar Kedah.

Fenomena Azhar Idrus...!! Ustazah UMNO mula keluar fatwa dengki..!!!

http://3.bp.blogspot.com/-s5QB4jX8X4w/Ti93YmqTd_I/AAAAAAAABKE/plAJ2EEzDgM/s1600/Ustaz.jpg
Bertauliah elak sindrom keliru

DR MASHITAH IBRAHIM
8 Jun 2012

Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama. Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.

Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.

29 Tahun Kjaan BN Kedah dok berjanji.. Mai Azizan 4 tahun perintah terus bagi Geran Tanah....

370 peneroka Felda Bukit Tangga selepas tunggu 29 tahun 

KUBANG PASU – Terbukti kerajaan negeri Kedah prihatin terhadap masalah peneroka di negeri Kedah apabila menyerahkan geran kepada 370 peneroka Felda Bukit Tangga dan dikatakan peneroka di kawasan tersebut menunggu geran tersebut sejak 29 tahun lepas.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, proses permohonan geran bagi kawasan Bukit Tangga adalah bersilih ganti daripada generasi pertama hingga generasi ke tiga. Mereka masih tidak tahu hakmilik mereka dan memakan masa sehingga kira-kira 29 tahun sedangkan dasar kerajaan negeri adalah memberikan surat hakmilik ataupun geran kepada peneroka sekiranya dokumen-dokumen yang berkaitan telah ditunaikan oleh mereka.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis penyerahan hakmilik geran kepada peneroka Felda Bukit Tangga di Dewan Pejabat Pentadbiran Daerah Kubang Pasu.

“Kerajaan negeri sehingga hari ini telah mengeluarkan geran kepada sebanyak 1957 peneroka dan yang selebihnya iaitu sebanyak 1228 peneroka lagi akan diberikan geran berdasarkan pembayaran dan penyelesaian oleh Felda.

“Sebelum ini kita telah berikan geran di kawasan Baling, Sik dan Kulim. Manakala bagi Langkawi pula, baru-baru ini kita telah berikan borang 5A kepada 100 peneroka dan selepas itu mereka perlu membuat sedikit bayaran maka barulah mereka akan mendapat geran,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...