TERKINI :

Saturday, June 9, 2012

Isu PTPTN: Lain kali UMNO pikiaq pakai otak jangan pakai pungkok!!!

Kedah Times sering menyarankan agar Universiti atau kolej milik negeri yang dikuasai pembangkang memberi pendidikan percuma seperti apa yang diwar-warkan Anwar dan pengikutnya. Tidak ketinggalan KUIN, milik kerajaan negeri Kedah yang mereka sangat banggakan.

Selepas apa yang dilakukan pengurusan PTPTN ke atas Unisel, nampaknya Anwar dan konco-konconya adalah PAKAR temberang. Kononnya mereka boleh memberi pendidikan percuma."
Oleh: SAIBURI SUDIN

Kenyataan di atas SS petik dari blog UMNO Kedah pro Mukhriz. Pertama nak komen ayat 'kolej milik negeri yang dikuasai pembangkang'. Ayat ni mokalau dibaca oleh masyarakat antarangsa, sah depa gelak bergulin-gulin sebab bangang takdak dah. Mana ada negeri atau negara yang dikuasai pembangkang dalam dunia ni, sebab pembangkang adakah pihak yang kalah dan tak cukup majoriti nak bentuk kerajaan. Di Kedah ni pembangkang ialah BN dan Pakatan Rakyat adalah parti yang memerintah negeri.

Kedua, dia cabar negeri yang dikuasai PR supaya beri pendidikan percuma kepada rakyat. Cabaran tu samalah macam kerajaan negeri cabar kerajaan tempatan, misalnya Majlis Daerah Pendang supaya bayar gaji kakitangan dan pengurusan daerah sendiri toksah dok harap duit kerajaan negeri.

Umno busuk hati apabila memburukkan segala usaha kerajaan Pakatan Rakyat sedangkan semasa zaman pemerintahan Umno, mereka sendiri tak mampu laksanakannya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Sudah Laksanakan Pinjaman Pelajaran TANPA FAEDAH.. Ada Umno Tahu?

Kat atas nih adalah gambarajah menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor   meluluskan permohonan pelajaran TANPA FAEDAH. Pinjaman TANPA FAEDAH nih telah pun di beri sebaik sahaja Pakatan Rakyat Selangor mengambil alih tampuk pemerintahan rejim Umno BN.

Seperkara lagi, kerajaan Pas Kelantan juga telah memberi pinjaman perumahan TANPA FAEDAH kepada semua kakitangan kerajaan negeri.

Ini menunjukkan betapa busuk hati Umno apabila memburukkan segala usaha kerajaan Pakatan Rakyat sedangkan semasa zaman pemerintahan Umno, mereka sendiri tak mampu laksanakannya.

 http://networkedblogs.com/yxbI1

Patut la Tak Cerdik...Datuk Ismail Mohamed Said merupakan Pengerusi PTPTN yg juga Ahli Parlimen Kuala Kurau - dari Umno/BN...

Kenyataan pengerusi PTPTN 'kurang cerdik', kata setpol MB

Sekadar maklumat: Datuk Ismail Mohamed Said merupakan Pengerusi PTPTN yg juga Ahli Parlimen Kuala Kurau - dari Umno/BN...

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Hussin berkata kenyataan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berhubung pinjaman untuk siswa di universiti bawah kerajaan negeri itu bukan sahaja penuh "emosi politik" tetapi juga "kurang cerdik."

Katanya, dakwaan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu memberi bantuan kewangan juga menunjukkan bahawa pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamaed Said "diperangkap oleh pemimpin tertinggi Umno-BN."

"Malang bagi Pengerusi PTPTN (Datuk Ismail Mohamaed Said) selepas menurut perintah menteri kini terpaksa menjilat semula keputusan itu dan membuat kenyataan berbohong kononnya kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

"Kenyataan beliau bukan sahaja penuh emosi politik tetapi kurang cerdik memandangkan kerajaan negeri telahpun mengumumkan skim bantuan khas untuk pelajar yang teraniaya oleh pembekuan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Tugas Penjawat Awam Yang Sebenarnya..!!!

 
 
Selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat... Mereka tidak harus membenarkan pentadbiran di jabatan mereka ditadbir oleh ahli politik. 

Justeru, jika mana-mana ahli politik atau menteri yang emosi, kebudak-budakkan dan tidak cerdik dalam pendekatan mereka, penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan. 

Ini termasuk mengajar dan mengingatkan para menteri yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa - di antara eksekutif dan legislatif...

- NUKILAN UNTUK PENJAWAT AWAM....

FLIP FLOP PEMBEKUAN PTPTN, KERAJAAN HILANG PUNCA

KENYATAAN AKHBAR: FLIP FLOP PEMBEKUAN PTPTN, KERAJAAN HILANG PUNCA


Kelab Anwar Ibrahim (AIC) sebagai sebuah organisasi anak muda hari ini ingin menyelar tindakan flip-flop Kerajaan Umno BN yang cuba bermain tarik tali dan berpolemik tentang pinjaman PTPTN kepada dua IPTS yang dinaungi Kerajaan Selangor iaitu Unisel dan KUIS.

AIC hairan bagaimana sebagai sebuah kerajaan yang menguruskan aspirasi rakyat dan pembinaan masa depan, bertindak bodoh dengan mengugut masa depan anak-anak muda hanya kerana berbeza polisi dengan musuh politik.

Seharusnya BN lebih ampuh untuk menegakkan dasar pendidikan mereka, bukan dengan membekukan pinjaman PTPTN dan membuat kenyataan dangkal ianya sebagai 'peluang' Pakatan Rakyat melaksanakan pendidikan percuma.

Inilah padahnya apabila PERLEMBAGAAN itu lagi tinggi kuasanya dari ISLAM...!!!

Jangan cabar kuasa Sultan, nasihat MB Kedah
ROSLINDA HASHIM
9 Jun 2012
Jangan cabar kuasa Sultan, nasihat MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR - Pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 belum diwartakan dan masih di peringkat awal.

Oleh itu tegas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, pihak yang masih mempertikai pindaan itu dilihat seolah mahu mencabar kuasa Sultan yang merupakan Ketua Agama Islam Negeri Kedah, kerana setiap pindaan berkaitan isu agama Islam mendapat perkenan Tuanku.
          
“Setakat ini baru lulus pindaan belum warta lagi. Tugas saya hanya bentang usul pindaan itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) dan setelah tiada bantahan, usul diluluskan. Ia juga perlu perkenan Sultan,” katanya.
          
Bagaimana pun, Azizan enggan memanjangkan isu terbabit yang dianggapnya sudah selesai.

Sapa kata TUN M hebat...nie dia list kelaku huduh beliau...!!!

Penyelewengan Mega Tun M


Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad kini dilihat sebagai Perdana Menteri de-facto menggantikan Rosmah, kini begitu bersemangat menjadi jurucakap kerajaan Najib. Kita melihat keadaan ini sebagai tanda betapa kerajaan BN yang diterajui oleh Umno Baru ciptaan Tun M sudah semakin kehilangan keyakinan dan kepercayaan Rakyat.

Alhamdulillah Tun M yang telah begitu lanjut usia tetapi masih gagah ke sana ke mari mempertahankan kerajaan Najib yang semakin hari semakin menggelungsur turun dalam carta hati Rakyat Malaysia. 

Beliau melakukan ini demi memanfaatkan sisa-sisa waktu yang ada sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan. Masa sudah tidak lagi menyebelahi kerajaan Najib yang memerintah. Jika selama ini, kerajaan BN/Umno Baru begitu selesa 'menunggu ilham' untuk menetapkan tarikh pembubaran Parlimen, namun keadaan sekarang adalah sebaliknya.

Jadi dalam keadaan masa yang semakin menghampiri tempoh luput di mana Parlimen wajib dibubarkan, Tun M tidak punya banyak pilihan. Beliau tidak mahu apa yang menimpa bekas pemimpin Mesir, Hosni Mubarak serta beberapa orang bekas Presiden Korea Selatan turut menimpa dirinya. Sekiranya selepas PRU-13, kerajaan BN/Umno Baru berjaya dikeluarkan daripada Putrajaya oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau dan seluruh kroninya berkemungkinan besar akan 'masuk ke dalam' untuk menghabiskan sisa-sisa usia.

Hamid Albar punca orang kampung mengangur..!!!

Sekali cuti sekolah, sekali nampak kampung berubah….


Kali ni saya balik kampung ke Kedah dengan anak-anak sempena cuti sekolah dengan menaiki kenderaan awam. Naik keretapi Ekspress Langkawi. Walaupun saya biasa berulang-alik dari KL ke kampung dengan keretapi, tetapi biasanya saya hanya bersendirian. Kalau balik ke kampung dengan keluarga, kami akan menaiki kereta sendiri. Pengalaman pertama kali ini banyak mengajar saya tentang realiti kehidupan di kampung yang saya terlepas pandang sebelum ini.

Sebelum sampai ke stesen yang dituju, pegawai KTM bertugas datang beritahu yang tempat kami akan turun akan sampai dalam masa 20 minit. Katanya lagi, “platfom stesen tu pendek sikit. Cik kena jaga-jaga bawa anak-anak turut sat lagi. La ni pun gelap lagi. Baru pukul 6 pagi.”

“La.. macam mana tu? Saya bawa anak kecil ni. Kalau dah cerah tak pa la”, jawab saya. “Kalau turun di Alor Setaq, dah cerah la”, jawabnya. Sayapun terus meminta untuk turun di Alor Setar kerana memikirkan keselamatan anak-anak saya. Walaupun saya meminta untuk membeli tiket tambahan, tapi pegawai tersebut berkata tidak perlu kalau tiada penumpang yang naik dan duduk di kerusi kami di stesen yang sepatutnya kami turun.

Kereta tua itu sudah selalu rosak, elok kita tukar kereta baru



Saya akan bertolak ke Utara untuk memenuhi jemputan berceramah malam ini dan besok. Sebelum saya berangkat ke sana saya perturunkan sedikit komen tentang pengumuman TS Muhy dua hari yang lepas.

Tan Sri Muhy berkata berkemungkinan beberapa pemberian dalam bentuk tunai kepada rakyat akan dilakukan sebelum pilihanraya ini untuk menampung kos barangan yang tinggi dan meringankan beban rakyat yang miskin. 

Kemiskinan memangnya menjadi umpan untuk BN dan Umno Baru untuk berkuasa dan kemiskinan rakyat inilah yang membuatkan rakyat yang sentiasa berharap kepada kerajaan. Khabarnya lagi RM10 billion akan dibelanjakan untuk BR1M kali ini.

Tidak lama lagi akan kita saksikan rakyat beratur lagi untuk mendapatkan bantuan itu, yang akan dibahagi-bahagikan oleh pemimpin-pemimpin Umno Baru di setiap pelusuk negara kita. Entah mana Umno Baru mandapatkan wang sebesar ini tidak pula diketahui. Jika wang ini datangnya dari kantung rakyat (wang rakyat), wang itu sepatutnya dibahagi-bahagikan oleh penjawat awam dan dalam konteks ini ia sepatutnya diberikan oleh pegawai-pegawai daerah, bukannya oleh ahli-ahli politik.

Peneroka Terus Ditipu Berhubung Saham FGV

"Felda prihatin, bimbang peneroka akan tanggung rugi besar jika diberi unit besar," jawapan yang diberikan oleh Wan Salman Wan Ismail, ADUN Jengka, sebagai jawapan kenapa peneroka-peneroka Felda diberikan hanya sekadar 800 unit saham.

Jawapan ini mengandungi berbagai pengertian. Pengertian pertama ialah Felda tidak yakin bahawa saham FGV ini boleh mendatangkan untung, justeru, Felda sangat berhati-hati untuk memperuntukkan saham yang besar kepada peneroka dibimbangkan bahawa peneroka-peneroka akan menanggung risiko kerugian.

Pemahaman yang kedua ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak layak untuk memiliki saham yang lebih besar kerana akan menghakis peruntukan saham kepada golongan bukan peneroka termasuk golongan Melayu yang diluluskan oleh MITI dan golongan korporat samada Melayu atau Bukan Melayu, samada korporat dalam Negara atau luar Negara.

Ombak besar: 62 hektar sawah padi rosak

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan mengepam segera air laut yang masuk ke sawah padi berikutan kejadian ombak besar dan air pasang luar biasa di tiga kawasan pesisir pantai di Kedah dan Perlis bermula esok.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum berkata akibat fenomena ombak besar tengah hari semalam, kira-kira 62 hektar sawah padi di Kampung Alor Akoi dan Sungai Padang di Perlis serta Kampung Padang Garam, Sungai Dua, Kampung Kuala Kuar dan Kampung Jeruju, semuanya di Kuala Kedah terjejas.

"Mada dah kenal pasti kawasan yang terlibat dan akan buang air laut keluar dari sawah dengan menggunakan air empangan untuk ganti semula air itu," katanya kepada pemberita selepas melawat sawah padi dan jeti nelayan di Kampung Kuala Kuar, Kuala Kedah dekat sini hari ini.

Katanya, beliau akan berbincang dengan kementeriannya terlebih dahulu sebelum menyediakan bantuan dalam bentuk padi benih kepada petani sekiranya padi yang baru ditanam rosak akibat ditenggelami air laut.

Ribut goncang Langkawi

Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
KUAH - Angin kencang dan hujan lebat melanda Pulau Langkawi malam kelmarin, mengakibatkan kebanyakan rumah penduduk rosak apabila hampir keseluruhan bumbung rumah diterbangkan angin.

Hampir keseluruhan kawasan penempatan penduduk sekitar Langkawi iaitu Kuah, Ayer Hangat, Temoyong, Ulu Melaka, Kampung Kisap, Kampung Wang Tok Rendong dan lain-lain kawasan termasuk Pulau Tuba terkena tempiasnya.

Jalan-jalan utama juga tidak dapat dilalui apabila kejadian itu mengakibatkan banyak pokok tumbang.

Pengguna jalan raya yang mahu ke Ayer Hangat terpaksa menunggu hampir dua jam, apabila sebatang pokok menghalang laluan dan menyebabkan pengguna panik serta berlaku kesesakan jalan raya di kawasan Kampung Kisap.

Mangsa ribut, Ajib Tarfizi, 27, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga baru sahaja keluar dari rumah.

“Saya tak sangka ribut kali kedua yang berlaku menyebabkan bumbung rumah terus terangkat, tapi masih bersyukur kerana tiada kecederaan berlaku pada keluarga.

“Kebanyakan peralatan rumah rosak akibat dimasuki air. Saya memohon jasa baik pihak-pihak berkenaan dapat menghulurkan sumbangan bagi membaik pulih rumah ini,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...