TERKINI :

Friday, June 8, 2012

Sengal betul larh UMNO neh... Kebulur citer keluar masuk parti ka pa.

Hot : Keluar PKR masuk Umno, kemudian REPEAT!

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/hot-keluar-pkr-masuk-umno-kemudian.html#ixzz1xAIa3pJT
Ini lebih kelakar dari berita zamhuri uturn. Aku berani kerat leher kalau ada yang rasa tak kelakar der. Tapi guna daun arh. Bukan pisau oke.

kah kah kah

Korang lihat jap gambar kat bawah neh der ;


Sebak terkenang Ustaz Fadzil Noor di Himpunan Hijau

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Sebenarnya saya hampir terlepas daripada mengikuti secara dekat peristiwa bersejarah Himpunan Hijau ke Putrajaya, malam 1 Jun lalu, yang mengumpulkan lebih 100,000 penyokong PAS di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Mulanya, sahabat saya, wartawan kanan Wan Nordin Wan Yaacob yang dijangka menemani sepanjang perjalanan ke utara, terpaksa membatalkan hasratnya disebabkan demam.

Meskipun dapat menghadiri program Amanat Khas Presiden, yang mencatat kehadiran lebih 3,000 aktivis parti dari seluruh pelosok negara, pada hari sama, pagi Jumaat, di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut, sekali lagi saya hampir terlepas majlis kemuncak malamnya disebabkan kereta ketua pemberita Harakah Kedah, Azamin Amin, terperangkap dalam kesesakan teruk di sekitar stadium. Sepatutnya beliau menjemput saya di hotel, yang jaraknya tidak pun sampai 5 kilometer.

Ada rakan menawarkan kemudahan untuk membonceng motosikal, namun terhalang dengan keuzuran kaki kiri saya. Mujur kakitangan Hotel Regency Alor Setar ringan tulang  berjalan kaki  ke Pekan Rabu mencari teksi; pemandunya nampak agak keberatan disebabkan beliau sendiri baru saja menempuh laluan yang cukup perlahan. (Rupanya masa sama ada teman-teman lama yang 'tersangkut' dan memilih untuk berehat di hotel saja -- mereka tentu tidak menduga Stadium Darul Aman malam itu bakal melakar sejarah).

UMNO bila semakin TUA umurnya semakin NYANYUK Jadinya..!!

Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN

Harakahdaily, 07 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi tidak faham konsep federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa.


“Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Katanya, alasan dangkal menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat selepas PRU13, bukan sekarang ini.

“Semua ini gara-gara politik diktator yang memperalat demokrasi tetapi bertindak ala kuku besi,” ujarnya kepada Harakahdaily.

DAP dari sudut pandang seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa

DAP dari sudut pandang seorang Islamis+

 Dr.Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, adalah pakar dalam bidang politik moen dunia Islam.  Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di Jordan, ijazah sarjana dari Universiti Malaya dan doktor falsafah PhD dari University Durham, UK.  Wartawan Roketkini Hafiz Zainuddin dan Iza Suraiya telah menemu bual tentang Islam, Melayu dan DAP.
Apa pandangan Dr mengenai DAP dalam suasana sekarang?
Mana-mana parti pun mengalami evolusi, contohnya PAS hari ini tidak sama dengan PAS pada 90-an, dan PAS 90-an pula tak sama dengan PAS sebelum tahun 1979 iaitu sebelum kepimpinan ulama.  Dan sebelum kepimpinan ulama pun zaman Dato' Asri Muda tak sama dengan zaman Dr.Burhanuddin al-Helmy.  Dalam UMNO pun begitu juga, begitu juga dengan PKR sebelum Anwar dibebaskan dengan selepas dibebaskan.  Seluruh dunia, mana-mana parti akan mengalami perubahan.
Pada pendapat saya, DAP selepas 2008 nampak banyak perubahan drastik.  Cuma bagi orang luar, pertama kita terpaksa berlawan dengan prejudis. Keduanya ialah propaganda oleh BN, ketiganya dengan tingkah laku pimpinan-pimpinan DAP yang tidak mewakili parti dalam tindakan mereka.  Orang Melayu contohnya, prejudis lebih mudah… tak payah kaji, tak payah pening kepala dan sebagainya.

Euro 2012 : Zaman Qiamullai & Tahajjud sudah bermula

Euro 2012: Siapa kegemaran anda

Kehangatan kejohanan bola sepak benua Eropah [EURO] 2012 sememangnya dirasai oleh peminat-peminat sukan ini. Sebelum ini penganjur bersama kejohanan ini adalah Austria dan Switzerland, kini giliran Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama dalam kejohanan kejohanan EURO 2012 yang dijangka akan berlansung pada 8 Jun esok.

Kejohanan berprestij ini menampilkan 16 buah negara termasuklah skuad-skuad bola sepak gergasi Eropah seperti England, Italy, Jerman dan juga juara EURO 2008 Sepanyol. Memetik dari satu portal rasmi TV3, “bermula 8 Jun hingga 1 Julai nanti, TV3 selaku rakan penyiar bersama Maxis, penaja utama siaran, bakal memberi anda liputan eksklusif setiap hari menerusi pelbagai rancangan, antaranya, Score Board (TV3), Grand Stand (TV3), Sorak Borak (TV3), Kaki Bola (TV9) dan peraduan “Be A Fan” di ntv7!”.

Ketua Eksekutif barangan sukan Jerman, Herbert Hainer juga turut mengulas mengenai bola Adidas yang bakal digunakan di dalam kejohanan EURO kali ini. Kata beliau, “pastinya, kami mencipta bola lebih pantas dan mahu menyaksikan lebih banyak gol dijaringkan pada saingan di Poland dan Ukraine nanti”.

KJ tak nak tergolong dalam statement Dr. M ttg orang2 dlm umno... tahniah KJ...

Khairy: PTPTN tak wajar sekat pelajar Unisel

Logo PTPTN
Khairy Jamaluddin
 
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.

"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.

Fenomena Hijau: Fitnah "anti-Islam" disanggah dengan lautan manusia

WARNA ALAM

Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk semua kerana ia melambangkan kemesraan manusia dan alam sedangkan alam adalah lambang jiwa besar yang mampu menampung apa sahaja yang di dalamnya.  Apabila melihat lambang hijau ia memaparkan satu lambang tanggungjawab untuk memastikan alam ini terus menjadi tempat untuk didiami oleh semua.  Ingat hijau kita akan ingat impian kedamaian, keseimbangan dan ketenangan, ia adalah impian yang dikongsi oleh semua orang di alam ini.

EKSPRESI HIJAU

Di Alor Setar pada 1 Jun yang lalu Hijau menjadi tema di mana-mana namun ia bukanlah pertemuan menyelematkan alam ini dari dicemari dan dirosakkan, ia adalah pertemuan yang tidak kurang pentingnya dari menyelamatkan alam, ia adalah pertemuan menyelamatkan negara dari pencemaran warna Biru Pekat yang kini berasa tidak selamat lagi untuk meneruskan usaha pembiruan mereka ke atas sesetengah bahagian negara ini yang telahpun bertukar menjadi Hijau.
Sesiapa yang hadir dalam pertemuan Hijau di Alor Setar baru-baru ini tidak dapat menafikan bahawa Hijau bukan lagi satu kuasa yang boleh dipandang ringan, Hijau telah membuktikan juga bahawa ia berjaya mencapai matlamat 100 ribu yang disasarkan dan sekaligus ia mewakili sokongan padu rakyat kepada pejuangannya.

UMNO terkejut BEROK dek 'Himpunan Hijau'



Rakyat Kedah rasai kejutan himpunan Hijau

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Malam menjelang 1 Jun pada keesokan harinya, perkarangan Stadium Darul Aman sudah sesak dengan kehadiran orang ramai. Ia mengingatkan kita kepada malam sebelum himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur tempohari. Ramai yang sudah berhimpun lebih awal sebelum perhimpunan sebenar bermula.

Sejak pagi 1 Jun di mana himpunan kemuncak Hijau Ke Putrajaya dijadualkan diadakan pada sebelah malamnya, bandaraya Alor Setar sudah berubah suasana. Kehadiran berbondong-bondong penyokong PAS dari seluruh negara bertamu di ibu negeri Jelapang Padi ini menyebabkan para peniaga merasakan satu kejutan, lebih-lebih lagi di Kompleks Pekan Rabu yang merupakan pusat beli belah terunggul orang Melayu di Alor Setar sejak berdekad-dekad. Kedai makanan dipenuhi di mana-mana oleh kumpulan orang berbaju hijau.

Adatnya, bila ramai orang berhimpun maka peniagalah yang paling banyak mendapat manfaat, kecuali para peniaga di Kuala Lumpur. Mereka ‘rugi besar’ jika kehadiran orang terlalu ramai. Mungkin selama ini pelanggan mereka daripada keturunan jin, bukan manusia. Apabila manusia terlalu ramai maka jin pun melarikan diri.

Oi DO Pendang..!! Tak salah nak aktif politik... tapi jangan salahguna Pejabat Daerah

oleh KedahLa

DO Pendang, Nordin Yahya sudah sedia dimaklumi di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Kedah adalah orang kuat UMNO. Dia adalah bekas rakan sebilik Dato' Seri Mahdzir Khalid sewaktu di USM dulu. Di bawah kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS sekarang, aktif berpolitik tak kira parti mana pun bukanlah satu kesalahan.

Menteri Besar, Ustaz Azizan dah bagi amanat awai-awai lagi sewaktu ambik alih jawatan Mac 2008, semua pegawai dan kakitangan kerajaan boleh terlibat dalam politik asalkan di luar waktu kerja. Dalam waktu kerja kena tumpukan peranan sebagai staff kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat. Ia berbeza dengan zaman BN dulu, sapa yang nampak terbabit dengan PAS atau pembangkang (walaupun di luar waktu kerja) siappp kena tindakan!

Masalah DO Pendang sorang ni dia tak boleh nak beza dirinya sebagai seorang DO dengan seorang aktivis UMNO dalam waktu kerja. Guna kedudukan DO atur program untuk bakal calon BN Sungai Tiang, Dato' Azmi Din turun bagi pelbagai bantuan untuk rakyat atas nama bantuan 1Malaysia. Semua kemudahan dan logistik yang diguna adalah milik Pejabat Daerah atau Majlis Daerah Pendang.

Tunku Bendahara lawat kampus induk KUIN


KUALA KETIL – Pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), di sini turut mendapat perhatian daripada Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang beberapa kali telah mengadakan lawatan ke kolej tersebut.

Baru-baru ini, bertarikh 22 Mei 2012, beliau yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut melawat tapak pembinaan kolej tersebut bagi melihat perkembangan terkini mengenainya.

Lawatan beliau diiringi oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Seraja Setia Dato’ Paduka Haji Rasli Basir, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Rektor INSANIAH, Prof. Dato’ Wira Jamil Osman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Kedah, Ir Rosland Abd Ghani dan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darul Aman, Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...