TERKINI :

Wednesday, June 6, 2012

Pengbongkaran Isu BANK NEGARA LAYAN FOREX hingga lesap RM30billion..!!!


Pada hari Rabu, 30 Mei 2012, awal pagi, saya menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi: “Salam Dr. Rosli. Kaifahal? Saya Syed Mikael dari Penang Institute. Berhajat besar utk menjemput tuan hadir memberi pdgn dlm satu forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.”  Forum ini bakal diadakan pada 2.30 ptg, Sabtu ini 2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selain tuan, CM Lim Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim turut jd panelis. Ini adalah permintaan pribadi DSAI kpd tuan. Harap dapat hadir.”

Apabila membaca mesej itu saya menjadi kelam kabut (tetapi saya tahu ayat terakhir itu adalah tambahan dengan maksud tidak sopan kalau saya menolak). Pertama, saya memang sudah ada program tetap di hujung minggu. Setiap minggu, kecuali ada hal yang lebih utama, mulai petang hari Khamis sehinggalah ke petang hari Ahad, saya mesti berada di Rembau – turun padang. Kedua, pada hari Jumaat, 1 Jun, saya mesti hadir bersama-sama rombongan dari Rembau ke program “Himpunan Hijau ke Putra Jaya” di Alor Star, Kedah. Ketiga, pada hari Ahad, 3 Jun, saya mesti kembali ke Rembau kerana majlis perkahwinan anak buah (anak adik) saya. Saya tahu ibu saya akan sedih jika saya tidak bersama di majlis itu.
 

Pakatan lapang dada terima 'layanan' BN

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya tidak akan berundur atau berputus asa dalam usaha mereka menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun pelbagai isu negatif dikaitkan oleh perikatan saingan mereka, Barisan Nasional (BN).

Dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian hari ini, dua pemimpin Umno dengan nada menyindir berkata pembangkang dialu-alukan untuk menyerang Johor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagaimanapun mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

"Itu saja yang saya boleh kata. Mereka nak serang, seranglah... kita tak boleh larang. Tetapi saya yakin, rakyat Johor tak akan beri ruang kepada pembangkang. Tak mungkin mereka dapat terima parti yang pemimpinnya secara terang-terangan menghina sultan mereka," katanya.

PR: 'Kami pun nak menang secara gentelman'

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
6 Jun 2012
Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub 
 
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya komited untuk mengamalkan politik budiman dalam usaha mengambil alih pemerintahan negara secara berhemah.

Pemimpin-pemimpin kanannya yang dihubungi juga menekankan pendirian sekali-kali tidak akan mempengaruhi rakyat untuk bangkit memberontak atau bertindak ganas jika terpaksa berhadapan dengan kekalahan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sejarah telah membuktikan bahawa parti itu tidak pernah mencetuskan huru-hara sekalipun kalah dalam kesemua pilihan raya umum sejak lima dekad lalu.

"Kita sudah buktikan sejak 1955 lagi, sejak mula Pas sertai pilihan raya umum. Walaupun berkali-kali gagal, kita tak pernah berontak, kita terima kekalahan dengan terbuka," katanya.

Antara Himpunan UMNO di Bkt Jalil , Belia di Putrajaya & Hijau di Alor Setar.. nampaknya PAS no 1..!!

Himpunan Hijau lagi bukti kuasa mobilisasi PAS
Oleh Siasahdaily

Tiga perhimpunan besar dengan matlamat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini; perhimpunan ulang tahun Umno ke-66, perhimpunan belia di Putrajaya anjuran kerajaan Barisan Nasional dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya oleh PAS.

Selepas beberapa hari berakhir Himpunan Hijau di Alor Setar, Kedah oleh PAS, perhimpunan ini menunjukkan kesan paling positif kepada penganjurnya, berbanding perhimpunan belia dan ulang tahun Umno.

Selain perbandingan mudah dan terpilih seperti yang tersebar di laman jaringan sosial Facebook, satu kelebihan yang masih dimiliki PAS ialah kemampuan menggerakkan jumlah ahli yang besar, dan digerakkan secara keseluruhannya dengan inisiatif ahli dan parti.

Keputusan injunksi interim Madrasah Salihiah 19 Julai

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membenarkan permohonan injunksi interim bagi menghentikan sebarang tindakan terhadap Madrasah Salihiah, Kanchut, sehingga tarikh pendengaran semula pada 19 Julai depan.

Hakim, Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan berkenaan dalam kamarnya.

Menurutnya, keputusan permohonan injunksi interim jangka panjang sehingga kes selesai ditangguhkan ke tarikh pendengaran semula kerana peguam mewakili ketiga-tiga defendan masih belum beri jawapan dalam tempoh dua minggu yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini.

Katanya, tempoh masa panjang yang diberi sehingga Julai ini bagi membolehkan peguam kemukakan dokumen berkaitan dan jawab hujahan dalam afidavit.

Pada tarikh pendengaran semula juga keputusan dapatkan permohonan injunksi interim jangka panjang akan diketahui setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak.

K-Pop Bertam Nite - Hangpa buat la pencerahan kot mana pon yg jelas...arang dah terpalit....

Tarian K-Pop di Bertam Nite: Penjelasan dari Pengarah Program, Penyelaras KADUN dan juga Calon ADUN Bertam..


Setelah diasak melalui SMS dan panggilan talipon supaya menjawab tentang isu ‘K-Pop’ di ‘Bertam Nite’ anjuran jentera pilihanraya PKR dan PR Bertam, akhirnya aku terpaksa mendapatkan penjelasan 3 orang yang terlibat secara langsung.

Sedikit berkenaan ‘Bertam Nite’.. tujuan ianya diadakan adalah untuk mengumpulkan dana bagi jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat kawasan Bertam.

Aturcara yang telah ditetapkan ialah Bacaan doa selamat, ucapan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir serta tarian tradisi tiga bangsa yang utama dalam Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India yang akan dipersembahkan ketika jamuan sedang berlangsung.

Hubungan keluarga jadi baik jika wujud hubungan aqidah

LANGKAWI – Hubungan yang baik akan wujud sekiranya konsep pegangan aqidah yang kuat terhadap Allah terbukti dengan mengambil berat segala perintah dan laranganNya. Tanpa agama manusia akan sengsara walau pun hidup dalam mahligai emas dan ini jelas menunjukkan agama memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan.

Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali ketika merasmikan Seminar Undang-Undang Keluarga Peringkat Daerah Langkawi, di sini.

“Peranan kita dalam keluarga sangat penting. Kita bertanggungjawab melahirkan ahli keluarga yang beriman, beramal soleh dan sentiasa menjadi penyumbang kepada manusia lain,” katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Jelasnya lagi, perkahwinan merupakan perkara yang disyariatkan oleh Islam dan ianya sebagai suatu tanda pengertian nikmat yang amat besar terhadap seluruh umat manusia. Merujuk kepada ayat A-Quran Nur-Karim, Surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermakna, ‘di antara ayat-ayatNya bahawa Ia jadikan kamu dari jenis kamu sendiri serta pasangan (isteri) yang kamu bersenang-senang dengannya, Ia jadikan di antara kamu percintaan dan kasih sayang.’





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...