TERKINI :

Saturday, June 2, 2012

Ikrar Bai'ah & Laungan Takbir memenuhi ruang di Himpunan Hijau

Selepas Upin Ipin kini lahir pula Hadi & Huda

Maskot ilham Pemuda PAS: Hadi, Huda curi tumpuan

ALOR SETAR: Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini.

Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai.

Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.

Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali.

Jaga hubungan dengan Allah, syarat penting kemenangan



ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, untuk mengambil alih pemerintahan negara bukan sesuatu yang mustahil, namun perlu memenuhi syaratnya.

Katanya, antara syarat utama adalah setiap ahli PAS perlu menjaga hubungan dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.

"Menang Putrajaya tidak mustahil, tapi dengan syarat kita mestilah melaksanakan roadmap yang ditentukan Allah SWT," katanya ketika berucap di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Menurutnya, kemenangan akan diturunkan Allah jika kita menolong menegakkan agamaNya.

Petanda Awal Runtuhnya UMNO BN Di Putrajaya

oleh greenboc


Inilah (gambar) jawapan PAS terhadap kesemua tindakan dan kejahatan Najib dan UMNO. Dan ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu tiada hijab (penghalang)lagi diantara mereka dengan Allah swt.

"Himpunan Hijau Ke Putrajaya" yang berlansung di Alor Setar kini adalah satu manifestasi besar dari rakyat yang telah sekian lama diperbodohkan dan dizalimi, ia adalah satu petanda awal bahawa Najib, UMNO dan BN akan terhumban keluar dari Putrajaya.

Dalam tempoh tak sampai dua minggu, notis untuk berhimpunan di warwarkan, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang berkebetulan Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah yang diamanahkan untuk mengemudi Perhimpunan Hijau ini, telah berjaya menggembelengkan ahli-ahli PAS dari seluruh negara untuk hadir di perhimpunan yang bersejarah ini.

Setiap ahli PAS yang datang ke Alor Setar hanya berbekalkan sekeping hati yang tulus tetapi cekal, tiada imbuhan tiada kemudahan tiada upah. Yang terngiang di kepala hanyalah satu hajat dan satu tujuan: UMNO BN perlu dikeluarkan dari Putrajaya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurbinasakan oleh rejim Najib, UMNO dan BN. Kekejaman dan kezaliman UMNO BN bersama jentera-jentera mereka: Polis, SPR, SPRM, JPN, ROS dan lain-lain perlu diberikan noktah besar yang terakhir.

Cacatan kemeriah, kehangatan dan kejayaan Himpunan Hijau Ke Putraja yang berlangsung seharian suntuk di Alor Star Kedah semalam.

Lebih 100,000 Menghijaukan Stadium Darul Aman Kedah
Mohd Sayuti Omar,


Maaf saya baru sampai dari Alor Star sekejap tadi dan kini baru dapat mencatatkan peristiwa yang berlaku di Alor Star siang dan malam tadi. Perjalanan dengan kereta berkelanjuan 130 hingga 140 km perjam (bukan saya pandu) saya tiba kira-kira jam 6:05 pagi. Sebaik sampai depan rumah sepasang murai yang menumpang tidur di pohon mangga, berkicau riang seakan memberi salam dan menyambut kepulangan saya dengan riang gembira. Rupanya mereka juga merasai kegembiraan yang masih berkembang ke dalam seluruh diri saya yang tercipta di stadium Darul Aman itu.

Beberapa minit selepas itu azan Subuh kedengaran dari tiga penjuru dari surau dan masjid berdekatan kediaman saya. Murai seakan mengetahui akan keceriaan dan kebahagian hati saya. Sampai kini ia masih berkicau kicau mengkhabarkan apa yang bakal saya tulis dan catatan dalam posting ini. Semuanya tentang kemeriah, kehangatan dan kejayaan Himpunan Hijau Ke Putraja yang berlangsung seharian suntuk di Alor Star Kedah semalam.

Koleksi gambar-gambar Himpunan Hijau @ KedahLanie

 

Nah!!!! 13 ribu sahaja yang pie stadium semalam.....

Rais Yatim kira kehadiran Himpunan Hijau ke Putrajaya semalam cuma 13ribu?

Bagi yang hadir program Himpunan Hijau menuju Putrajaya semalam, semuanya berpuas hati dengan junlah kehadiran malah ramai yang terkejut dengan kehadiran yang cukup ramai.

Walaupun musim cuti sekolah tapi dengan tempoh promosi cuma 3 minggu dibuat pulak pada hari Jumaat dan tak kurang juga ramai yang terlibat dengan khenduri khendara hari ni, aku pun tak jangka kehadiran seramai tu.

Aku memang tak reti nak anggarkan kehadiran, ada member yang kata mungkin kehadiran melebihi 200,000 tapi aku lebih selesa kata kehadiran memang mencapai sasaran 100,000 orang macam penganjur harapkan.
Jangan terkejut dengan angka kehadiran yang Utusan dan media penchachai lain akan laporkan. Macam kata Sasterawan Negara A. Samad Said semalam, Rais Yatim mungkin akan kata kehadiran cuma sekitar 13ribu.

Blogger Umno pun tentu punya memperkecilkan angka kehadiran. Blogger BroJinggo yang juga seorang jurugambar tulis dalam blog dia kehadiran cuma 50ribu dan dia siap letak gambar macam kat bawah ni.

PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno


PRU13: Pas sudah sedia untuk ganti Umno
Sebahagian daripada ahli Pas yang hadir mendengar amanat presiden parti
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
.
 
ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.

Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.

"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan  Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.

Populariti Najib susut selepas Bersih 3.0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
 
SHAH ALAM - Paras populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan daripada 69 peratus pada Februari lalu kepada 65 peratus bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.

Penurunan ini direkodkan dalam kajian yang diadakan dua minggu selepas perhimpunan Bersih 3.0, yang menuntut pendekatan tambahan bagi menjamin pilihan raya bebas dan adil sementara spekulasi menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri keenam, akan diadakan dalam waktu terdekat.

Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman

ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.

Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti  Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.

Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan  lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.

Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...