TERKINI :

Thursday, May 31, 2012

Talian hayat terakhir... Tunjuk Kuat Dengan Keganasan...

KEGANASAN TANDA DAN MAKNA

Berita ceramah dan rapat politik Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat diserang oleh gerombolan United Malays National Organisation telah menjadi lumrah. Semakin hari semakin ganas. Dari Semborong ke Gambang ke Jalan Kebun ke Merlimau ke Pulau Pinang dan terakhir di Pantai Dalam. Apakah maknanya semua serangan ini? Apakah makna tanda-tanda ini? Dapatkah kita memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Untuk memahami semua ini saya membawa para pembaca kembali kepada asas realpolitik. Kita wajib memahami apa itu politik dan kenapa kita berpolitik. Hanya dengan kita mamahami realpolitik barulah kita akan dapat pencerahan untuk memahami tanda-tanda dari keganasan ini.

Politik ialah kuasa. Berpolitik ialah berkerja untuk merebut kuasa. Kuasa ingin direbut dan dimiliki kerana sesiapa memiliki kuasa akan memiliki punca-punca ekonomi. Melalui kuasa politik sesebuah parti atau kumpulan akan mengawal dan memiliki punca-punca ekonomi. Punca-punca ekonomi ini bermakna harta kekayaan negara.

keras hati lain, istiqamah lain wahai harusani - nik aziz



Saya nak perbetul fahaman Harussani’

KOTA BHARU: “Saya nak perbetul fahaman Mufti. Orang tua itu (Harussani), miang (gatal mulut) selalu serang saya tak pasal-pasal,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berang terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, apabila menyifatkan beliau sebagai keras hati dengan mengenakan pelbagai syarat untuk mengadakan muzakarah antara Umno dan Pas.

Nik Aziz yang ‘naik angin’ dengan perkara itu menjelaskan bahawa beliau hanya bersifat istiqamah atau berpegang teguh kepada akidah Islam dengan mempertahan tindakannya dalam isu muzakarah, baru-baru ini.

“Saya nak beritahu bahawa keras hati lain, istiqamah lain. Apa yang kami (Pas) buat ini ialah istiqamah dan keras hati maknanya degil.


“Yang kedua, semakin ramai orang dalam Pas berpelajaran dan alim daripada Mufti Perak itu sendiri. Kami bukan ada doktor fizikal saja, kita ada doktor falsafah yang buat kajian dan bincang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco negeri, di sini, semalam.

Pengantin Kalut Ambik Gambaq... Tetamu Pula Pulang Hampa...!!!


Tokey FACEBOOK bakal di dakwa bawah Undang-Undang Akta Keterangan (Pindaan) 2012


Mark Zuckenberg Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang setelah Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok (baca sampai habis naaa...)

Dengan media baru yang semakin popular termasuk Blog, Facebook dan Twitter serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak tahu, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Puteri Umno mandi "Ayaq Keroh" di Baling tapi muka putih gebu..!!



Ini isu sebenarnya..bukan nak cerita bab Anugerah Geran kpd peneroka FELDA tuuu..itu kira IKLAN jaa..nak habaq kat UMNO kami dah bagi dah depa geran tanah....

nie cerita mohong bab ayaq keroh nie...

 

perkara nie SETPOL MB dah jawab dalam blog dia....jawapan dia mudah jaa hangpa pakat pikiaq pakai akai di kepala ok....

Anwar: Kerajaan Najib lemah dari ekonomi, moral dan intelektual

Pertumbuhan ekonomi yang lembap iaitu pada kadar 4.7% dalam 2012 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini memberikan kesan serius terhadap kewangan negara.  Ini adalah kali kedua pentadbiran Najib Razak gagal untuk mencapai sasaran penting ekonomi berdasarkan Belanjawan 2012.  Bukan sahaja beliau gagal memenuhi sasaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011, pentadbirannya juga tidak berjaya melepasi sasaran pertumbuhan pelaburan swasta pada takuk 14.4% sahaja (berbanding sasaran 16.2%).

Saya telah mengingatkan Najib (gambar kanan) bahawa kecenderungan beliau memanipulasi unjuran pertumbuhan ekonomi untuk mempamerkan angka defisit yang lebih rendah adalah tidak bertanggungjawab.  Ketika perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2011, saya juga telah menegaskan bahawa andaian ekonomi yang digunakan (iaitu pertumbuhan 5.0% - 5.5% dan 5% - 6% untuk tahun 2011 dan 2012) adalah tidak tepat.

Berapa jumlah hutang PTPTN pada tahun 2020?

Muhammad Faizal, 30 Mei 2012

PETALING JAYA: PKR hari ini mendesak Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menjelaskan kepada rakyat berapakah jumlah hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2020 dan berapakan pula unjuran kutipannya kelak.

Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, Khaled juga harus menyenaraikan langkah-langkah yang sedang diatur oleh BN untuk memastikan kutipan hutang PTPTN adalah lebih tinggi dari rekod setakat ini.

"Dengan kadar kutipan sebanyak RM2.22 bilion sahaja bagi tempoh 1997 hingga 2010 ini menimbulkan pertanyaan besar sama ada jumah hutang ini akan dapat dikutip pada suatu hari nanti.

"Persoalan jumlah hutang bakal ditanggung oleh PTPTN ini juga membawa dimensi baru dalam polemik model pendidikan tinggi negara," katanya.

Najib dicabar jelaskan hutang sebenar negara

Dr Dzulkefly Ahmad, 30 Mei 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan had hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai strategi pengurusan berhemat dalam mengurus kewangan negara.

“Tahun lepas, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK berbanding 5.0 peratus,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam ucapan dasar pada persidangan “Invest Malaysia 2012″ di sini hari ini.

Kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan, katanya.

Saya kira sudah acapkali PM mambuat kenyataan saperti ini. Kali ini saya ingin bukan sahaja bertanya tetapi mencabar PM yang juga menteri kewangan ini...Berapakah hutang negara yang sbenarnya kalau ia belum lagi mencecah 55% KNDK?

Nizar Tulis Lain TV3 habaq lain...apa lagi kasi saman sama dia...!!!

 
 
ini yang sebenarnya NIZAR tuliskan dalam twitter dia...
mai tang mana dia HINA INTITUSI KESULTANAN tak tau...

RAJA-RAJA MELAYU jika siapa nak hina mereka "SILA MASUK UMNO" jika tidak pakai mampos la hangpa..!!

Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor

Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan.

Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.

Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;

Sebut kata BN/UMNO...Konsert Konsert Konsert

Pemuda BN lancar 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'

Pemuda  BN melancarkan Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' sebagai salah satu cara pergerakan itu mendekatkan diri dengan generasi muda.

"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian  kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Bercakap selepas merasmikannya di ibunegara semalam, Khairy berkata Pemuda Barisan BN lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang menurutnya, hanya pandai menabur janji.

"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita (Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," tambahnya.

Walaupun mereka kongkong media namun 'ceramah PR' juga yang mereka baling telur & batu

Pesta rakyat yang tercemar

Ceramah politik; saya kira, walaupun dengan kepesatan teknologi maklumat, hinggakan setiap perkara dan maklumat yang baru sahaja berlaku tidak kurang lima minit pun sudah diketahui dan disebar luas melalui media-media baru; ia (ceramah politik) masih lagi menjadi medium pilihan utama penyebaran maklumat terutama sekali maklumat yang tidak dapat disebarkan melalui media arus perdana. 

Hinggakan pada satu tahap, pihak kerajaan sendiri misalnya; walaupun mempunyai kekuatan dan akses penuh terhadap media cetak, televisyen, radio, dan pelbagai jenis media lain, terpaksa juga akhirnya turun ke kawasan-kawasan penduduk untuk turut berceramah.  Begitulah hebatnya penangan ceramah politik.  Pada hemat saya, ceramah politik hari ini sudah sepatutnya ditabalkan oleh Kementerian Kebudayaan sebagai satu lagi aktiviti kebudayaan rakyat di Negara ini.

Saya sendiri, setiap hari akan bangun dari tidur dengan begitu banyak panggilan-panggilan telefon yang tidak berjawab, ditambah pula dengan pesanan-pesanan ringkas yang tidak berbalas.  Kebanyakannya adalah panggilan dan pesanan dari ramai pihak-pihak yang ingin menjemput saya untuk berceramah di tempat masing-masing.  Saya punya masalah dalam membahagikan sebaik mungkin masa saya untuk memenuhi jemputan-jemputan tersebut. 

Tuu dia 17tahun punya file pun sudah boleh keluar sekarang ini....!!!

SASAR YB AZMIN ALI : JINGGA 13 DESAK SIASAT RPK DAN PEMBOCOR 'FAIL SULIT' SPRM SERTA HENTIKAN POLITIK DESPERADO MURAHAN

Akhir-akhir ini YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terus menjadi sasaran kepada beberapa pihak yang bertujuan untuk menjatuhkan kreadebiliti beliau bukan sahaja dengan cara yang jijik termasuk yang terbaru dakwaan berhubung siasatan ke atas pemilikan hartanya sehingga jutaan ringgit oleh blogger Raja Petra Kamaruddin , blogger Malaysia Today.

JINGGA 13 menyelar tindakan politik desperado murahan yang dilakukan dan menganggap pelbagai isu peribadi yang disasarkan kepada YB Azmin Ali adalah bertujuan melemah dan men'sibuk'kan YB Azmin Ali dengan isu-isu yang jijik dan lapuk kerana beliau merupakan Pengarah Pilihanraya PKR Pusat dalam mempersiapkan seluruh jentera PKR bersama PR dalam menghadapi pilihanraya umum tidak lama nanti dalam usaha menawan Putrajaya.

Antara kos PTPTN & PLKN....mana lagi mahal..??


Kerajaan lebih besar membelanjakan wang rakyat untuk menampung kos melatih pelajar di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding dengan kos memberikan pinjaman melalui PTPTN.

Ini kerana kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,931 bagi seorang pelatih untuk menamatkan kursus yang mengambil masa 3 bulan di PLKN.

Sedangkan untuk ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala diploma hanya RM5,000 setahun.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini.

GERAKAN pertikai 'Hak BUMIPUTERA' rakyat Kedah...mana dia pejuang Hidup Melayu..??

Gerakan Kedah: Kuota 50% projek komersial beban rakyat

ALOR SETAR - Pemuda Gerakan Kedah menyifatkan tindakan kerajaan negeri menaikkan kuota Bumiputera untuk projek komersial (bangunan perniagaan) yang dimajukan di atas tanah pertanian yang ditukar status kepada komersial sebagai membebankan rakyat.

Ketuanya Tan Keng Liang berkata tindakan menaikkan kuota daripada 30 peratus kepada 50 peratus itu menyebabkan harga bangunan meningkat sekaligus rakyat tidak mampu untuk membelinya.

Beliau memberikan contoh harga bangunan komersial dua tingkat kini meningkat kepada antara RM500,000 hingga RM600,000 seunit berbanding RM200,000 hingga RM300,000 sebelum ini.

"Saya menerima beberapa aduan daripada pemaju yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri menaikkan kuota Bumiputera bagi projek komersial menyebabkan harga bangunan yang akan dibina naik  mendadak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...