TERKINI :

Wednesday, May 30, 2012

Tahniah Amy Search

"Salam semua... Pak Long dok ingat lagi sebelum ni heboh sakan kat intenet kata si Amy, penyanyi rock terkenal tu dah berat kot belah perjuangan Pakatan Rakyat. Mak Long hang pun serupa la terutama sekali bila depa tengok gambaq si Amy tu dok bertepuk tampaq mesra ngan Nik Aziz... haha...
Besa la kan, puak-puak Pas yang jenih gedik artis ni pun ramai jugak termasuk la Mak Long hang. Depa ni

la yang lebih-lebihnya, pakat tempek la gambaq Amy bersama-sama Nik Aziz tu merata-rata waima sampai ke dapoq masak... Maklum la kan, time kentut wangi... haha...

Aduhai dengan gambaq KARTON pun hangpa dah takut nooo...

Karikatur individu dilarang dalam PRU13
contoh karton gambaq Najib...
Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti diingat agar tidak memasang poster atau sepanduk yang memaparkan karikatur mana-mana individu atau personaliti.
  
Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata bahan kempen seperti itu tidak sesuai digunakan dan dilihat sebagai tidak serius untuk bertanding pada pilihan raya.
  
"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kami tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat pilihan raya kepada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) peringkat negeri Johor di Senai hari ini.
  
SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk menanggal atau menurunkan mana-mana poster atau sepanduk seperti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nah kena ajaq macam nie ja puak PERKASA nie... berdepan denda RM500000...

Perkasa berdepan denda RM500,000
Perkasa berdepan denda RM500,000
Sebahagian Ahli Majlis yang membantah tindakan Perkasa membuat pembakaran terbuka.
 
GEORGETOWN – Ahli-ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesa supaya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Pulau Pinang diambil tindakan terhadap kesalahan melakukan pencemaran dan pembakaran terbuka dalam demonstrasi jalanan mereka.

Ahli Majlis, Ong Ah Teong berkata, gara-gara melakukan pembakaran terbuka, Perkasa boleh berdepan dengan hukuman denda sebanyak RM500,000 mengikut Akta 29 (a) Bahagian Alam Sekitar (DEO).

“Denda ini boleh dikeluarkan DEO sekiranya mereka mengambil tindakan yang tegas, bukan setakat pihak DEO tetapi kejadian ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya pihak polis dan anggota bomba mengambil tindakan dengan lebih cepat,” katanya.

Terus asak airtime TV semasa kempen PRU13

Ahmad Lutfi Othman, 28 Mei 2012

Di waktu banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin mencipta tragis sebagai "medan terburuk" bagi pertarungan menagih mandat baru rakyat, saya melihat beberapa reaksi awal -- yang mungkin dilihat sudah terlewat tetapi tetap dianggap positif dalam proses pendemokrasian -- yang agak mengembirakan.

Semua maklum bahawa PRU13 paling kritikal, sama ada buat Pakatan Rakyat dan juga BN. Ia pertempuran hidup atau mati. Bagi sesetengah individu bertaraf VVIP, kalah bukan sekadar bererti menjadi pembangkang tetapi bakal berdepan tindakan yng cukup mengaibkankan. Maka, untuk mengharapkan pertandingan ini dijalankan secara adil, telus dan bersih, serta menurut etika yang sihat, ia seolah-olah hanya ilusi.

Semua maklum, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada awal lagi dilihat bukan sahaja memihak kepada elit penguasa, malah telah dijadikan perkakas utama BN untuk menang secara tipu-muslihat. Buktinya, senarai daftar pemilih yang kotor dan meragukan, terutama di Selangor. Bukti ini sebenarnya lebih panjang lagi.

Antara Menteri Kuat Ampu Najib mamat nie laa...

Rais Yatim tidak bersetuju debat Najib-Anwar di RTM

Meskipun debat "Perdana Menteri - Ketua Pembangkang Parlimen" semakin dinanti-nantikan, tatkala langkah PRU 13 yang menghampiri, namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim hari ini menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju untuk mengadakan debat politik antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kalau kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa.  Tetapi kalau kita sumbang kepada rakyat, rumahnya, jambatannya, jalannya, ini lebih baik daripada lain," kata Rais Yatim (gambar kiri).  Malah, beliau menyifatkan debat antara Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN yang diadakan sebelum ini sebagai "mainan politik".

BERSIH - Dalam jalur sejarah kebangkitan anak muda

Anak muda adalah aset negara yang bakal mencanai masa depan bangsa. Persis, kudrat anak muda bukan sahaja untuk menolak kereta mogok, apabila kereta sudah bergerak dan meluncur kerapkali mereka ditinggalkan begitu sahaja.  Demikianlah yang selalu terjadi dalam kehidupan ini dan begitulah yang sering menimpa nasib anak-anak muda sepanjang sejarah.  Acapkali mereka diketepikan dan jasa mereka dilupakan begitu saja.

Hari ini kita memerlukan tenaga dan intelek mereka bagi mengembalikan erti demokrasi dan kedaulatan rakyat, menghidupkan kembali sistem kehidupan masyarakat yang kian punah kerana rasuah, penipuan dan salahguna kuasa oleh pemerintah.

Harus diingat tanpa perjuangan dan jasa anak-anak muda suatu ketika dulu negara kita tidak akan merdeka.  Tanyalah orang-orang tua yang masih ada seperti Pak Samad (A.Samad Said, gambar kiri), Pak Said Zahari  yang telah mula berjuang dan menulis sejak 1950-an lagi berapa usia pemimpin-pemimpin ketika menentang Inggeris sebelum merdeka dulu - kesemuanya adalah belia-belia yang kebanyakannya berusia antara 17 hingga 25 tahun.

Siapa seniour lanie...?

Oleh depakata.co.cc

Nampaknya ada cakap cakap rumah kenduri dalam kubu umno di bakaq bata sekarang bahawa senior umno kedah merangkat ketua perhubungan bahawa beliau masih lagi mempertikaikan siapa yng cuba menafikan akan taraf seniourity dalam umno kedah sekarang ini...

Depa nie dok kata dato bashah dah bagi kata dua kepada sesiapa yg masih nak buka cerita pasai mukhriz jadi mb kedah beliau akan pastikan orang tersebut tidak akan menjadi calon di dun kat kedah....

Pasai apa dato bashah marah sangat isu mukhriz jadi mb kedah nie pun tak tau pasai apa....mungkin beliau merasa tercabaq kot dimana beliau yg jd adun merangkap ketua perhubungan last depa mai dok angkat mukhriz yg tak ada kawasan dun untuk bertangding....

Nurul cabar Raja Nong Chik berdebat

Jawapan Datuk Raja Nong Chik (gambar bawah) terhadap isu "Malam Berdarah di Lembah Pantai" membuktikan wujud percubaan untuk mengalih perhatian dan memutarbelit fakta kejadian.

Tidak boleh dinafikan telah berlaku keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada seorang warga emas yang wajib dihormati dan kepada seorang anak kecil yang wajib dilindungi.  Malangnya, serangan keganasan ini bukan hanya satu serangan terhadap rakyat yang tidak bersalah tetapi juga merupakan satu serangan terhadap demokrasi.

Pertama, keganasan yang berlaku dipupuk melalui suasana intimidasi dan politik samseng yang diwujudkan UMNO Lembah Pantai, seperti yang telah disaksikan pada malam itu dan juga kejadian-kejadian sebelumnya.  (Seperti dalam kes 1) protes Pekida di Masjid al-Ikhlasiah, Pantai Dalam; 2) kes Adam Adli ditumbuk di Flat PKNS 4 Tingkat Kg Kerinchi oleh ahli UMNO Lembah Pantai yang dikenalpasti; 3) ceramah TIBAI-UMNO yang dibuat di Kg Kerinchi baru-baru ini.)

Pilihan di antara Beyonce dengan Whoopi Goldberg

 Oleh Aspan Alias

Dr Mahathir tetap dengan pandangan bahawa Najib sedang memimpin kerajaan yang lemah dan wajar melupakan untuk mengadakan pilihanraya dalam masa yang terdekat ini. Mahathir mengakui hakikat ini semasa ditemuramah oleh media antarabangsa baru-baru ini.

Mahathir menyarankan pilihanraya mesti ditangguhkan kerana keadaan lemah kerajaan akan hanya membawa Najib berhadapan dengan masalah yang sudah hendak diselesaikan semasa menghadapi rakyat dalam PRU ini.

Saya percaya dengan pandangan Mahathir yang kerajaan sekarang terlalu lemah. Kalau tidak masakan Presiden MCA, Chua Soi Lek menyarankan supaya kerajaan memberikan sekali lagi bantuan rakyat 1Malaysia sebelum pilihanraya diadakan. Nasihat CSL ini menguatkan pandangan yang BN dalam keadaan ‘desperate’ dan terpaksa membeli perasaan rakyat dengan duit sejemput seorang.

Ada baiknya dan ada buruknya jika Najib menangguhkan PRU ini bagi kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang. Bagi BN, pihaknya akan ada masa untuk menunjukkan kebaikan daripada berlaku tidak senonoh terhadap rakyat dengan budaya samseng dan kerja-kerja tidak bermoral dari pihaknya (BN).

Najib Ketepi Pemimpin UMNO, Ezam Bakal MB Selangor?

oleh Shahbudin Husin

Selain mahu mempertahankan Putrajaya, Najib juga ghairah untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. Antara sebab kenapa Selangor menjadi sasaran sudah tentulah kerana negeri itu merupakan negeri yang paling kaya dalam Malaysia. Keghairahan Najib mahu menawan Selangor bukan saja disandarkan kepada kesediaannya menjadi Pengerusi UMNO Selangor tetapi juga melalui kekerapannya turun ke negeri itu.

Walaupun berasal dari Pahang tetapi Najib dilihat lebih kerap turun dan mencurahkan wang yang banyak untuk Selangor berbanding negeri kelahirannya sendiri. Berjaya mempertahankan Putrajaya dan menawan Selangor sekaligus adalah impian politik Najib dalam pilihanraya umum ini.

Tetapi sebagaimana kata bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik, cabaran Najib untuk menawan Selangor ialah imej kerajaan dan pimpinan negeri itu yang diketuai oleh Khalid Ibrahim yang dilihat mempunyai imej lebih baik, bersih dan telus berbanding UMNO dan BN.

Pendedahan skandal: UMNO Sabah semakin meretak

Oleh Chen Shaua Fui

Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing.
Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).  Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.

Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.

Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya.  Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.

TENDER TERBUKA UNTUK PELABUR: IDEA KARTUN PARTI GERAKAN KEDAH

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Beberapa hari kebelakangan ini pembangkang di Kedah (BN) memperhebatkan serangan terhadap kerajaan negeri dalam beberapa isu. Empat tahun ketinggalan dalam isu, di minit-minit terakhir menjelang pilihanraya baru mereka muncul membuat serangan yang tampaknya macam bertubi-tubi tapi hakikatnya cuma peluru kapur. Sudahlah peluru kapur, sasaran pun tidak mengena.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang menyelar kerajaan negeri kononnya tidak melaksanakan janji untuk membuat tender terbuka terhadap semua projek kerajaan negeri. Beliau menyenaraikan projek tersebut iaitu projek Aman Central RM500 juta, Amansuri RM109 juta, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) RM330 juta dan Sungai Limau Hidrocarbon Hub (SULIHH) RM36 billion.

Pendedahan Tan Keng Liang diikuti oleh kenyataan Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim yang mendesak Ustaz Azizan mengundur diri sebagai Menteri Besar. Malang sungguh Pemuda Umno menjadi Pak Turut kepada Gerakan dengan membuta tuli tanpa mengetahui hujung pangkal isu.

Penjelasan pertama berhubung semua serangan BN itu ialah, tender terbuka tidak pernah disebut dalam manifesto pilihanraya PAS PRU12 lalu. Apa yang PAS janjikan ialah, melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Politik ganas: BN, PR perlu waspada

chandra muzaffar
Chandra Muzaffar
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) perlu lebih waspada dan jaga batas ketika berkempen bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr Chandra Muzaffar berkata, perkara itu boleh berlaku kerana keghairahan merebut kuasa matlamat penting yang mendahului segala-galanya.

“Saya tidak dakwa manamana parti akan bertindak ganas sekiranya gagal capai matlamat, sebaliknya saya percaya jika kedua-dua parti tidak berwaspada bermula sekarang, keadaan sukar berlaku dan beri kesan buruk,” katanya.

Beliau harap dua-dua pihak tidak melakukan sesuatu memudaratkan masyarakat,” katanya.

SPR siap sedia 15ribu undi pos di Kedah...!!

SPR Kedah siap sedia hadapi PRU13

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah bersedia dari segi logistik, termasuk melantik lebih 15,000 petugas, untuk membantu mengendalikan pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Timbalan pengarah jabatan itu, Norazam Mohd Noor berkata semua petugas tersebut termasuk pegawai pengurus, diberi taklimat persediaan pada November dan Disember tahun lepas manakala taklimat ulangan pula pada Jun ini.

"SPR juga telah mengenal pasti pusat pengundian, kebanyakannya sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas kepada hampir 40 pengamal media di negeri ini bagi menghadapi PRU ke-13 di Jabatan Penerangan Kedah di sini, hari ini.

Norazam berkata taklimat persediaan kepada petugas pilihan raya, antaranya menyentuh peraturan baru yang diguna pakai pada PRU ke-13, penggunaan dakwat kekal, cop SPR pada kertas undi, 'istilah orang dipercayai,' undi awal dan undi pos.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...