TERKINI :

Tuesday, May 29, 2012

[Video] Ayuh Anak Muda..Kita Lawan Dengan Fakta... biarkan mereka dengan adu domba...

Siti Aishah Shaik Ismail: Kita Anak Muda Yang Lawan Dengan Fakta, Lawan Dengan Ideologi

Ulamak dalam negara rakyat dah mula tolak lalu UMNO guna Ulamak Import..!!!

Umno BN guna ulama luar untuk terus berkuasa

KUALA LUMPUR: Umno BN terpaksa mengguna khidmat ulama luar negara memastikan terus mereka berkuasa di negara ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN.

Sebelum ini, katanya Umno BN telah berjaya menggunakan ulama rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram.

Terbaru, ujarnya kenyataan  dikeluarkan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Persoalannya, kata Idris adakah Sheikh Dr Sulaiman mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini.

“Beliau memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi.

“Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan di negara ini.

Kisah Enam jeneral bersara ditahan di Turki dengan Nizar mantan MB Perak di Malaysia..!!

Bharian melaporkan:
ANKARA: Polis Turki menahan enam jeneral bersara negara itu termasuk bekas ketua tentera udara dan tentera darat berikutan pembabitan mereka pada 1990-an menggulingkan bekas perdana menteri, Necmettin Erbakan.

Agensi berita Turki, Anadolu berkata, mahkamah mendakwa enam tertuduh hari ini susulan pembabitan mereka mendesak peletakan jawatan Erbakan. -
Bharian
Bila baca berita tu aku teringat dakwaan yang Hj Nizar ada buat sebelum ni.

Hj Nizar sebelum ni dalam satu ceramah dia ada minta Najib sahkan atau nafikan yang Najib ada buat perjumpaan dengan pegawai-pegawai tinggi angkatan tentera dan minta depa buat sesuatu kalau BN kalah dalam PRU13.
 
Ucapan Hj Nizar dalam tu jadi isu yang dibesarkan oleh media penchachai, kononnya Hj Nizar menghasutdan fitnah tentera.

"Skandal Forex Bank Negara Dikaji Semula"


Berikutan kejayaan forum kami berkenaan isu Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ), Penang Institute telah memutuskan untuk mengkaji semula sebuah skandal kewangan utama yang telah menghantui negara kita sejak dekad sembilan puluhan. Pada tahun 1992, Bank Negara Malaysia telah menceburi perdagangan matawang asing yang agresif dan akhirnya mencatatkan kerugian berjumlah RM30 bilion dalam spekulasi (pertukaran mata wang asing) atau forex. 

Walaupun menerima tekanan daripada kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan parti-parti pembangkang yang menuntut kebertanggungjawaban, kerajaan telah memperlekehkan skandal itu sebagai "kerugian atas kertas" semata-mata yang membabitkan "keuntungan yang dibuat dalam urusan tukaran mata wang asing pada tahun-tahun sebelumnya". Setelah hampir 20 tahun, masih tidak ada penjelasan kepada pihak awam, tiada kebertanggungjawab serta tidak ada tindakan tegas yang diambil ke atas kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara hasil penglibatan kontroversi di dalam spekulasi forex. 

Selamat berjuang dalam UMNO..AMY Search, MUS May & Ibnor Riza

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Demi survival politik 'GANAS' Anwar sanggup kemek kereta sendiri...tak gitu UMNO..???

Najib akan terus galakkan samseng Umno mengganas!!!!!!!


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.

Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.

Najib juga melepaskan tanggungjawabnya dengan bertindak demikian, kata Anwar lagi ketika ditemui pemberita di Klang petang ini.

Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.

JIRAT CINA DI KULIM LULUS 2007 ZAMAN BN BUKAN 2011... TV3 PENIPU BESAR!!!

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

TV3 menyiarkan berita bantahan penduduk Mukim Karangan, Kulim terhadap projek jirat Cina yang dibangunkan di sekitar kawasan tersebut. TV3 menyebut projek tersebut diluluskan pada 2011, ia satu pembohongan besar!!! Ia diluluskan pada 2007 sewaktu Kedah di bawah BN. Saya pernah menulis menjelaskan isu berkenaan, hanya mahu menyiarkan semula kali ini.

Selang dua hari selepas Himpunan Bersih 3.0, sekumpulan penduduk dari beberapa buah kampung di Mukim Karangan, Kulim mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. Mereka datang dengan empat buah bas yang membawa kanak-kanak (pada hari persekolahan), wanita, orang tua dan lain-lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan tanah perkuburan Cina (jirat) yang kononnya dibangunkan di atas tanah berstatus Simpanan Melayu.

Penulis tidak pasti benarkah mereka itu penduduk dari kawasan terbabit atau 'pemain import' dari kawasan lain sebab tidak kenal kesemuanya. Cuma sebahagian dari mereka yang dikenali adalah orang yang pernah mengaku sebagai ahli khariah Madrasah Salihiah Kanchut. Sewaktu demonstrasi membantah perobohan bangunan Salihiah dahulu mereka memegang hailer membelasah kerajaan negeri, sekarang pun orang yang sama juga yang menggalas hailer. Pelik juga ada manusia yang boleh bernaung di bawah dua buah khariah yang sama serentak, sedangkan antara Alor Setar dan Kulim jaraknya lebih dari 100 km.

Sedarkah wahai 1Malaysia akan ada Lagi Tanah Rizab Melayu akan Hilang bila FGV di senaraikan..???

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu


KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.

Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.

Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.

"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

UMNO-BN merusuh jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya?

Oleh Fairuz Azhan

Baru-baru ini Tun Mahathir Mohamad telah memberikan satu kenyataan kononnya Pakatan Rakyat akan membuat rusuhan sekiranya BN memenangi PRU13. Bekas Perdana Menteri itu sepatutnya tanya Najib Razak sama ada BN mahu merusuh sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Bukankah Najib menyeru kepada semua ahli UMNO supaya mempertahankan Putrajaya dengan nyawa dan darah? Siapa sebenarnya akan merusuh jika kalah?

Sudah 12 pilihan raya umum negara ini sejak 1955, kesemuanya dimenangi oleh BN (dan sebelum 1974, oleh Perikatan – UMNO, MCA, MIC) menjadikan mereka kerajaan paling lama di dalam sejarah dunia, tetapi tak pernah pula berlaku rusuhan oleh oposisi.

Malah bila pembangkang menang lebih sedikit pada tahun 1969, pimpinan UMNO yang memprovokasi rusahan sehingga terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei. Tetapi hingga hari ini UMNO dan para pecacainya masih menyalahkan orang lain.

Siapa samseng, siapa anti-demokrasi?

Rakyat sememangnya boleh melihat dan menilai di antara Pakatan Rakyat dan UMNO-BN, siapa yang anti-demokrasi, siapa lebih samseng, siapa yang lebih berkemungkinan untuk merusuh sekiranya kalah dalam PRU 13 nanti.

Hampir setiap hari sejak kebelakangan ini, tanpa putus kita mendengar kisah-kisah lagak samseng UMNO dan para pecacai mereka yang membuat kacau dalam sebarang acara Pakatan Rakyat.

Apakah minda mereka cukup dangkal untuk menerima idea keluhuran proses demokrasi? Sudahlah Pakatan Rakyat tidak mendapat sebarang liputan langsung dalam media massa, bila buat majlis pun diserang, dipukul dan dibaling dengan batu. Inilah ‘transformasi’ Najib, daripada demokrasi yang sedang membangun kembali kepada zaman jahiliyah.

Amat malang sekali bahawa UMNO tidak mahu menjayakan sebuah demokrasi luhur atau setidak-tidaknya mempromosi demokrasi. Bila diajak debat isu-isu nasional, dia kata debat itu budaya barat. Sudahlah debat tak mahu, bila Pakatan mahu sampaikan mesej, dibaling batu, dipukul oleh samseng-samseng pro-UMNO. Inikah masa depan politik negara yang kita mahukan?

Politik bebas perkauman lawan telur kemurok

Oleh A Kadir Jasin

Baru-Baru ini, saya dan beberapa orang blogger dijemput berbincang dengan Pengerusi Yayasan 1 Malaysia, Dr Chandra Muzaffar.

Saya tertarik dengan pandangan pemblog Syed Akhbar Ali yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menawarkan politik bebas perkauman

Saya antara setuju dan tidak. Setuju yang kepemimpinan PR terdiri daripada pelbagai kaum, mewakili parti yang pada dasarnya pelbagai kaum dan nampaknya memperjuangkan agenda kepelbagaian kaum.

Tidak setuju kerana unsur dan ciri perkauman masih tebal dalam parti-parti terbabit. PAS masih berupa parti Islam-Melayu dan DAP parti majoriti Cina. Benarlah PKR lebih berbilang kaum, tetapi ia parti “cult” yang berlegar di sekitar Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP menterjemahkan “cult” sebagai pendewaan atau kegilaan. Dalam konteks ini, Anwar hanya boleh berharap kepada penyokong yang mirip kepada pendewaan dan kepada generasi muda yang kenal beliau hanya dari jauh).

Team BN belum bersedia, team PR dah bersedia lama

Oleh Aspan Alias

Telahan tentang bila pilihanraya akan berlaku sudah beralih dan beranjak. Dari telahan pilihanraya akan diadakan pada penghujung tahun lepas telah beralih kepada bulan Mac 2012, telah beralih kepada bulan Jun dan terusnya telah dikatakan ia akan berlaku pada bulan Julai.

Spekulasi beralih lagi dan sekarang bulan September pula, iaitu selepas Hari Raya Puasa dan sebelum musim haji tiba. Apabila bulan Ogos sampai mungkin tarikh PRU itu akan dialihkan lagi; mungkin penghujung tahun atau awal tahun hadapan 

Pilihanraya di negara ini ditentukan oleh ilham Perdana Menteri dan ilham Perdana Menteri itu datangnya dari mana, kita pun kurang pasti. Setengah berpendapat nasihat daripada isterinya belum boleh mengadakan pilihanraya lagi. Ada yang berpendapat yang pilihanraya mesti diadakan selepas Hari Raya Puasa nanti. Pendapat yang ini datangnya daripada Dr Mahathir, bekas PM kita.
Jika pilihanraya masih belum ditentukan, ianya bermakna Najiblah satu-satunya Perdana Menteri yang tidak mengadakan pilihanraya  walaupun telah empat tahun mengambil alih dari PM sebelumnya. Najib masih lagi boleh mendapatkan sokongan ‘legitimate’ dari rakyat dan kabinet pimpinan beliau sekarang ini masih lagi kabinet Abdullah Badawi.
 

Depa Kata Ketua Bahagian UMNO yang kalah di Kedah lagi selesa BN kalah pru13 nanti..!!!

oleh DepaKata.co.cc

Depa kata lagi bahawa ketua bahagian UMNO sebenarnya tak berapa berminat nak ambik balik memerintah Kedah. Ini semua bukannya apa... mereka sekarang lebih suka negeri Kedah nie di perintah oleh PAS...punca kelaku mereka jadi macam nie pun adalah di sebabkan WANG....

Hari ini UMNO seharusnya bertanya kepada diri sendiri apakah sudah selesai pergelutan dalaman mereka?

Senarai Calun : Kedah bakal punggah

oleh Mummy Rokiah

Di dalam kenyataan akhbar minggu lepas Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan bahawa Umno Kedah telah mengemukan kepada UMNO pusat cadangan senarai calon yang dirasakan layak untuk bertanding dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi.

Menurut beliau individu-individu tersebut terdiri daripada golongan professional seperti doctor perubatan (bukan doctor falsafah), loya (lawyer) dan ahli perniagaan. Kesemua bahagian sudah menghantar nama calun kawasan masing-masing kepada Umno Pusat dan salinan kepada Umno negeri kecuali Sungai Petani dan Padang Serai kerana kedua-dua bahagian ini masih lagi di dalam ICU (Intensif Care Unit) UMNO negeri.

SPR USAH 'MENEGAKKAN BENANG BASAH' DAN MEMPERLEKEHKAN SUARA RAKYAT TEHADAP KAJI SELIDIK MERDEKA CENTRE

JINGGA 13 DESAK SPR USAH 'MENEGAKKAN BENANG BASAH' DAN MEMPERLEKEHKAN SUARA RAKYAT TEHADAP KAJI SELIDIK MERDEKA CENTRE


Kajiselidik oleh Merdeka Centre yang dibuat baru-baru ini iaitu sehingga sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 telah menunjukkan majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya umum akan datang , di mana menurut Merdeka Centre, 92 % daripada 1,019 orang yang dikajiselidik bersetuju agar kerajaan terutama SPR perlu melakukannya sebelum pilihan raya umum ke 13.

Ini membuktikan rakyat begitu prihatin terhadap kegagalan dan penyelewengan serta kegagalan SPR sebagai badan yang diyakini dan dipercayai sebagai satu badan yang benar-benar telus , adil serta profesional dalam melaksanakan sistem pilihanraya dalam negera .

JINGGA 13 menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang seolah-olah rakyat Malaysia begitu dangkal dan bodoh dalam menjawab soalan kajiselidik oleh Merdeka Centre tersebut dengan menyatakan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan". SPR terutama Datuk Wan Ahmad Wan Omar usah ' menegak benang yang basah ' menafikan tinjauan tersebut serta menafikan suara hati rakyat yang majoriti mengetahui SPR gagal membersihkan daftar pemilih dan gagal mereformasikan sistem pilihanraya yang benar- benar bersih.

Apa yang diterima diagihkan kepada rakyat

ALOR SETAR – Pentadbiran yang lancar, berhemah, bersih dan aman menyebabkan kerajaan negeri Kedah kini semakin maju dan stabil serta mendapat perhatian pelabur luar untuk melabur dalam pelbagai sektor.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, dengan pentadbiran yang tidak tamak contohnya apa yang kerajaan negeri terima terus diagihkan kepada rakyat menyebabkan rakyat mula melihat cara mentadbir kerajaan negeri kini.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Himpunan Pemimpin Masyarakat bersama Menteri Besar yang diadakan di Seri Mentalon.

“Selain itu, baru-baru ini saya mendapat kunjungan daripada pelabur luar yang ingin membina hotel tujuh bintang yang mempunyai 1,000 bilik di Langkawi. Selepas daripada perbincangan tersebut saya maklumkan kepadanya agar berbincang dengan pihak yang berkaitan di Langkawi.

“Pelabur tersebut mengatakan bahawa keinginannya untuk melabur di Kedah adalah disebabkan tiada kerenah birokrasi,” jelasnya.

Tengku Mahkota Johor membuat penjelasan berkenaan wang membeli no. plat WWW 1

 
[klik image nak baca tulisan]

46 minutes ago

Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.

DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...