TERKINI :

Wednesday, May 23, 2012

KJ kena boo sebab bagi fakta gelong nak selamatkan diri..!!

oleh depakata.co.cc
 
Hangpa boleh caya ka dengan kata kata kj bahawa dgn program tranformasi kjaan bn akan membolehkan setiap graduate yg habis keluar belajar akan mendepat pekerjaan hanya dalam 6 bln sahaja....

BERSIH 3.0 : KDN mohong hangit..!!!

oleh AnakKedah007

Ini satu hal..itu la lain kali jika nak bercakap buka zip tengok bulu dada ada atau tidak jika lincin macam bapok baik dok diam2.... nah sekarang siap yang mula bohong....

Ketua Menteri kata TPM Bohong...!!!

Bohong 18,000 Melayu berkurangan di P.Pinang

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meyifatkan dakwaan kononnya sejumlah 18,000 orang Melayu telah keluar daripada negeri itu ekoran dipinggirkan kerajaan negeri adalah satu fitnah jahat oleh Umno BN.

Beliau merujuk kepada tuduhan yang dimainkan media Umno dan diulangi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin sendiri.

"Jumlah pengurangan penduduk Melayu sebanyak 18,000 orang adalah satu fitnah jahat yang boleh disangkal dengan menunjukkan daftar pemilih akhir tahun 2011 menunjukkan penambahan pengundi Melayu sebanyak 34,931 orang berbanding dengan pilihanraya 2008.

Orang lain berdebat orang lain pula yang panas bontot...

 KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh modertor debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan  kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Khidmat Orang Tua Umno Melawan Media Baru

Oleh Idris Ahmad 

Umno terpaksa menggunakan khidmat orang tua di dalam Umno bagi membantu kemenangan Umno di dalam PRU 13. Terbaru Datuk Seri Rais Yatim merasmikan Kursus Asas mengenai media baru untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno. 

Nampaknya Umno sudah tidak yakin lagi dengan media tradisional yang mereka kuasai seperti televisyen dan akbar harian.

Khidmat orang lama di dalam Umno perlu dikitar semula untuk membantu kapal Umno yang hendak karam. Dari segi logiknya Umno sudah tidak perlu kepada media baru, kerana Umno memiliki jentera kerajaan yang bergerak siang malam dan bantuan kewangan daripada kantong kerajaan. 

UMNO kalau tidak berbohong, bukan UMNO namanya

Oleh Aspan Alias

Kenyataan Rais Yatim yang jumlah kehadiran dalam perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini hanyalah lebih sedikit dari 22,000 sahaja dan perkiraan beliau itu disanggah oleh penulis-penulis dan individu pro UMNO dan BN. Sesungguhnya 22,000 itu hanyalah jumlah peserta yang duduk dari persimpangan Tun Razak dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman sahaja.

Tetapi saya menyeru kepada sesiapa yang tahu jumlah sebenarnya (lebih dari 300,000 orang), supaya tidak melayan kata-kata Rais itu kerana beliau adalah hulubalang kepada UMNO dan apabila bersama UMNO itu banyak perkiraan sudah semestinya salah dan terlalu jauh dari kebenaran. Jika Rais mengakui jumlah peserta itu pada hakikatnya lebih dari 300,000 orang, maka beliau tidak akan dianggap sebagai ahli-ahli UMNO. UMNO memang begitu sikapnya….berbohong dan berbohong terus-terusan. Kalau tidak berbohong mereka tidak selari dengan ‘attribute’ asas UMNO itu.

UMNO memang tidak merasa apa-apa jika berbohong. Berbohong itu ada satu kewajipan bagi UMNO. Jika kita hendak menunjukkan bagaimana UMNO nya kita itu, kita mesti berbohong kerana itulah UMNO.

Yang penting bagi sesiapa yang menyertai perhimpunan itu, mereka tahu yang jumlah kehadiran melebihi 300.000 orang. Yang kita tahu perhimpunan raksaksa itu dihadiri oleh setiap bangsa dan agama, yang tua dan yang muda serta para professional yang buat pertama kalinya bersama Bersih untuk merakamkan manifestasi dan keluhan rakyat tentang kekurangan dan kelemahan ketara yang menyelubungi SPRM.

Empat syarikat, tujuh produk Kedah ke Eropah

ALOR SETAR – Bagi sesi kedua penghantaran produk pengusaha Kedah ke Ireland, empat syarikat telah dipilih setelah sesi percubaan sembilan bulan yang lalu.

Manma & Hibiscus Asian Store, yang berpengkalan di Ireland telah memilih Zuza Food Industries (sos lada hitam dan sos cili Thai), Zinon Food Industry (pelbagai jenis perencah makanan), SNT Duha Industry (mi kering) dan Jeruk Madu Pak Ali (dua jenis jeruk).

Pengarah Urusan Manma & Hibiscus Asian Store, Kamarulzaman Abdul Manan berkata, pemilihan empat syarikat dan tujuh produk ini adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang memenuhi pasaran antarabangsa.

“Mengapa saya pilih empat syarikat dan tujuh produk ini kerana produk yang saya pilih ini menjadi menu asas dalam masakan dan juga bersifat universal, di mana semua orang makanan produk-produk ini.

“Saya juga mahu nama produk Malaysia dapat perhatian dan setanding dengan produk-produk lain yang berada di Eropah,” jelas beliau pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Pemasaran Produk Kedah ke Eropah yang diadakan di Wisma Darul Aman, di sini.

Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan

Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2012
Rafizi: Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan
Datuk Abdul Jalil Ali menyambut kedatangan Rafizi Ramli - Gambar
 
SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang  didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan  menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti  yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin  mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang  dan itu pastinya tidak  mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

Debat Najib/Anwar - Mungkin Najib dok tunggu kucing bertanduk rasanya..!!!

Najib-Anwar perlu debat sebelum PRU13
NURULFATIHA MUAH
22 Mei 2012
debat sinar terkini
 
SHAH ALAM - Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRu13.

Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.

"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.

Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang.

Pelbagai perancangan dibuat untuk kuatkan Islam

KOTA SARANG SEMUT – Bagi menguatkan dan mengembalikan kegemilangan ilmu agama di negeri Kedah, maka kerajaan negeri merancang pelbagai perancangan dan memberikan banyak peruntukan untuk tujuan tersebut.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri mempunyai hasrat dan perancangan bagi menguatkan institusi pendidikan di negeri Kedah. Kerajaan negeri juga ingin mengembalikan semula ilmu yang dapat memberikan kebaikan dunia akhirat.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Guru HESA di Kompleks PAS Batu 9.

“Siapa mahukan dunia perlukan ilmu, siapa yang mahukan akhirat perlukan ilmu dan jika mahukan kedua-duanya juga perlukan ilmu.

“Tidak sama orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu, ilmu juga membolehkan kita dapat membezakan di antara Melayu dan Islam,” ujarnya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...