TERKINI :

Tuesday, May 22, 2012

Siapa yang mengaku AHLI PAS... tapi tak turun KEDAH 1hb nanti..hangpa memang CEROI...

Semua ahli PAS wajib hadir Ijtimak PiIihanray​a dan Munajat Perdana

Mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 13 Mei yang lalu telah membuat keputusan menangguh Muktamar yang dijadualkan awal Jun dan menggantikannya dengan Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana yang akan diadakan pada 1 Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan.  Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini.

Ijtimak bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri.

Manakala himpunan untuk semua ahli PAS bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam.  Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat.

Menuju ke Putrajaya hanya mimpi kosong?

Sudah tiga minggu perhimpunan BERSIH 3.0 berlalu, sebuah perhimpunan yang menuntut agar Pilihanraya Umum dijalankan dengan bersih dan telus.  Ketakutan pemerintah dengan kebangkitan hampir 300 ribu rakyat memenuhi jalan-jalan dan lorong di ibu kota daripada diketahui umum khususnya pengundi atas pagar segera ditangkis dengan mengalih isu kepada keganasan demonstran yang mencetuskan ketegangan awam.  Media dan segala jentera digunakan bagi menggambarkan betapa jahatnya perhimpunan ini yang kemudiannya dikaitkan pula semua ini adalah agenda rakus Pakatan Rakyat.

Tidak cukup itu, cubaan memperkakaskan Majlis Fatwa pula dilakukan dengan menjatuhkan hukum haram menyertai perhimpunan sebegini.  Heboh-heboh perdebatan di antara pemerintah yang menuduh Pakatan Rakyat cuba menggulingkan kerajaan dengan cara rusuhan dan Pakatan Rakyat pula membalas hujah tersebut berlarutan lamanya.  Paling celaka apabila Anwar Ibrahim dan Azmin Ali tiba-tiba menjadi panas namanya kerana kononnya merekalah penganjur segala bentuk keganasan pada hari itu.  Jawatankuasa penganjur seperti Ambiga pula terus diburukkan imejnya sehingga hari ini dan terus diganggu keselesaan hidup sehingga sampai ke halaman rumahnya.

Najib semakin Lemah manakala pengaruh Dr M semakin meningkat..!!

Najib semakin lemah selepas ulang tahun Umno, manakala pengaruh Dr M meningkatkan
Sekarang Umno sudah sedar bahawa ia telah menjadikan dirinya tidak popular akibat mengguna pakai nasihat presidennya, Perdana Menteri Najib Razak yang telah memilih untuk memberi perhatian pada dirinya dan bukan parti.

Rasional yang digunakan oleh Najib yang berusia 58 tahun kepada Umno dan BN yang diketuainya adalah bahawa Umno dan BN sudah menjadi jenama yang tidak baik dan satu-satunya cara untuk memenangi undi adalah untuk membina personalitinya. Namun, cara ini ternyata telah gagal.

Baru-baru ini, pada sambutan Ulangtahun ke 66 Umno di stadium Bukit Jalil, Najib telah membelanjakan wang yang agak banyak untuk menarik semua ahli dari seluruh Malaysia. Namun, dia masih gagal untuk memenuhkan walau separuh dari stadium yang boleh menampung sehingga 100,000 orang manusia. Ini sangat berbeza daripada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang mampu menarik seramai 250,000 orang rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat walaupun tiada insentif seperti duit mahupun kenderaan percuma diberikan, sejumlah 250,000 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat memenuhi kawasan Dataran Merdeka untuk menggesa Najib membersihkan proses pilihanraya yang meragukan.

Apabila UMNO Berjaya Jadikan Majlis Fatwa dan Mufti Setaraf dengan JKKK

Oleh: Tok Janggut.
Setelah habis agensi-agensi penting kerajaan diperkudakan oleh UMNO untuk kepentingan politik kotornya dan yang terkini memperkudakan pula Majlis Fatwa dalam isu Bersih 3, kini bos Perkasa pula mengambil peluang untuk memperkudakan Majlis Fatwa dalam kenyataanya meminta Majlis Fatwa dan Mufti supaya mengeluarkan Fatwa agar nama Islam tidak lagi dibenarkan untuk digunakan oleh PAS.

Sebelum ini Majlis Fatwa dihormati oleh umat Islam walaupun ada antara Fatwa yang dikeluarkan diperlecehkan oleh UMNO malahan ada yang dicabar di mahkamah kerana tidak selari dengan selera dan dasar perjuangan UMNO. Namun begitu yang amat mendukacitakan sekali ialah apabila sejak akhir-akhir ini Majlis Fatwa seolah-olah menjadi alat UMNO sepertimana SPR, SPRM, Polis dan JPN.

Keputusan Fatwa mengharamkan himpunan Bersih 3 baru-baru ini sebagai bukti bahawa keputusan Majlis Fatwa itu sebenarnya mengikut skrip UMNO. Kenyataan Mufti Perak bahawa Fatwa itu dikeluarkan setelah mengambilkira keadaan yang berlaku dimana himpunan itu dikatakan telah menyebabkan kecederaan dipihak polis dan orang awam adalah membuktikan sumber rujukan yang diambil oleh Majlis Fatwa dari tong taik UMNO. Ini juga membuktikan bahawa keputusan majlis Fatwa itu benar-benar selari dengan kehendak UMNO dan pihak polis bukanya berasaskan keadaan sebenar yang berlaku, punca berlaku dan siapa yang memulakan berlakunya keganasan pada himpunan tersebut dulu.

Wahai Najib - Letak jawatan, sila berhenti dan jangan memalukan negara lagi.

Kebenaran Bersih terbukti: Letak jawatan, Najib Razak, anda memalukanApabila kita membaca pengalaman peribadi yang ditulis oleh Renee Talalla, seorang pesara guru berusia 70 tahun yang menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, kami merasa begitu malu. Kemudian kami sedar akan sesuatu yang tida betul.

Apakah jenis kerajaan yang sanggup melakukan perkara demikian pada rakyat? Perdana Menteri apakah yang sanggup membahayakan keselamatan orang mudanya, wanita dan warga tua? Begitu biadap sekali!

Malaysia Chronicle juga telah memerhatikan perarakan Bersih 3.0 dan dari pengamatan kami, ia tidak jauh berbeza daripada apa yang diceritakan oleh Puan Renee.

Telah tiba masanya kita melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan di Malaysia dan Malaysia Chronicle ingin memulakan dengan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab.

Hukum Samy Vellu & JKKK jadi Tok Imam - ust Azhar Idrus


Hishamuddin telah memalukan Hanif Omaq.. macamana..???

Oleh Subky Latif

Tidak ramai yang sedar apa Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara fikir tentang Bersih 3.0 sebelum 28 April lalu.Tidak ramai yang ambil tahu apa dibuatnya selepas bersara.

Tetapi apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein mengangkatnya sebagai pengerusi jawatankuasa menyiasat kekacauan yang berlaku antara polis dan penunjuk perasaan Bersih 3.0, maka namanya segera menjadi buah mulut rakyat.

Sekalian yang menuntut pilihanraya bersih dan adil mengiranya anti tindakan tuntutan lapan perkara yang dirumuskan oleh Bersih 2.0 Julai tahun lalu.

Dalam kesibukan orang hendak menghadapi PRU 13, orang mahukan perubahan politik dan mahu menawan Putrajaya, tiada siapu peduli dengan Tun Hanif dan apa dia buat.

Dengan seorang dia membuat komen tentang Bersih 3.0 itu begitu dan begini, pandangannya dikira seperti anjing menyalak bukit.

Krisis Moral Politik - jauhi Politik Lucah Sex dan Kotor..!!!

Oleh Ismail Hashim Yahaya

Mutakhir ini politik negara selalu memperlihatkan wajahnya yang bersimpang siur dengan permainan wajah yang mengelirukan; suatu wajah politik ganda: terdapat wajah arif bijaksana sekaligus memperlihatkan kelicikan di sebaliknya; wajah yang luhur sekaligus menyimpan kedustaan, wajah jujur sekaligus penuh tipu daya; wajah humanis sekaligus tersimpan tindak laku kebatilan yang tidak berperi kemanusiaan; wajah bermoral sekaligus tersimpan sama kelakuan hina yang tidak bermoral.

Oleh itu jangan terkejut jika politik akan tampil dengan wajah mengerikan, ketika ia dibangun oleh aktor-aktor yang penuh akal busuk, fikiran kotor, rencana jahat yang membangunkan senario menakutkan, sifat rakus, dan hasrat tidak terbendung.

Akan tetapi politik juga dapat tampil dengan wajah mencerahkan ketika ia dibangun oleh aktor-aktor yang cintakan perdamaian dan kesentosaan, penuh pangabdian, keluhuran cita, kesucian jiwa, kerendahan hati dan kesederhanaan hidup.

Video Ceramah Dato Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan PDRM


Dato Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan PDRM menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Presiden Haji Hadi Awang di Ulu Sepetang, Batu Kurau pada 20 Mei 2012




Debat PTPTN: Mahasiswa Fokus Pada Tawaran Bukan Parti



Bahang isu mansuh PTPTN dan pendidikan percuma masih lagi terasa walaupun pelbagai isu muncul mewarnai dunia politik tanah air.

Terbaru (22 Mei 2012) Debat PTPTN; pemansuhan PTPTN halatuju pendidikan tinggi yang bakal memanaskan kembali isu mansuh PTPTN  dan pendidikan percuma.

Debat tersebut menampilkan dua orang tokoh anak muda iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Melihat kepada kredebiliti dua tokoh anak muda tersebut, sudah meyakinkan debat tersebut akan berlangsung dengan penuh intelektual dan matang.

Debat tersebut sedikit sebanyak mengimbau debat politik anjuran Himpunan Mahasiswa United Kingdom dan Ireland (UKEC) membabitkan mereka berdua. Mereka berhujah dan mencabar minda mengenai Wawasan 2020 dan benarkah Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai taraf negara maju yang tinggal 8 tahun lagi.

Aduhai RAIS..... Jika nak bohong pun pergi cakap dengan orang UMNO sudah lah...



BERSIH 1 dan BERSIH 2.0, polis keluar perangkaan jumlah peserta 4000-5000 orang shj...korang percaya?..semestinya tidakkk..sedangkan hakikatnya jumlah peserta melampaui anggaran polis (lebih 40k)...terbaru, BERSIH 3.0, polis keluar perangkaan 25,000 orang..korang nk percaya?..pastinya tidakk....sbb apa, sebab ternyata kehadiran kali ini adalah teramai dalam sejarah Malaysia!! (lebih 100k!)...

p/s: Sebab tu admin tuntut pihak polis yg merakam gambar/video dr udara, menyiarkan keseluruhan gambar/video terbabit, terutama waktu kemuncak (12 tgh hari sampai 2 petang)..NAMUN, pihak polis ternyata tidak berani mendedahkannya...menurut makluman, sebenarnya baru 1/8 gmbar dr udara yg dimuat turun di FB PDRM, itu pun bukan gambar ketika waktu kemuncak..ayuh polis, jika berani, dedahkan!!
 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...