TERKINI :

Monday, May 21, 2012

Rahim Nor Mungkin Cadang - Tangkap Anwar Ibrahim


[kemaskini] Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari panel penyiasat Bersih. Cara beliau mengomen dan memberi pandangan berhubung himpunan Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara.
Rahim Mohd Nor
Banyak komen beliau mengenai Bersih dipertikaikan dan campur tangan beliau dilihat tidak revelan.  Sebelum ini orang sudah tahu dan masih ingat macam mana beliau berusaha keras mengikut kehendak dan arahan pihak tertentu dengan membelakangkan semangat dan profesional polis apabila beliau melakukan kekejaman kepada bekas TPM Anwar Ibrahim.

Ekoran pendedahan suruhanjaya di raja yang menyiasat mengenai insiden mata lebam dialami Anwar terdedah di pelakunya buruk dan sadis Rahim. Pendedahan itu sungguh memalukan Rahim dan maruahnya sebagai KPN terjejas. Pasukan polis di raja Malaysia juga tercermar.

Penangkapan Anwar waktu itu ada hubung kait dengan konspirasi untuk meleburkan kerjaya politik Anwar. Tindakan Rahim menangkap kemudian menumbuk mata Anwar semasa dalam tahanan polis dengan kedua belah tangannya digari tidak menyelesaikan masalah, perkiraan Rahim bahawa dengan tumbukan itu Anwar akan 'mati' tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Anwar menjadi lebih segar dengan tumbukan Rahim itu. Tumbukan itu menyuntik semangat dan nekad waja kepada Anwar. Tumbukan itu juga menyebabkan keadaan Umno huhuhara dan akhirnya kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.

Tak payah dok buat baik dengan UMNO nie muzakarah ka apa kaa..lanie lawan aja dah nak hapus dah tuuu...!!

PAS: Tiada muzakarah dengan Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.

Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno.

Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya.

"Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Kembalikan isu sebenar Bersih yang dipesongkan!

Ahmad Lutfi Othman, 21 Mei 2012

Umum sedia maklum kepentingan dan fungsi media massa dalam pilihan raya, apatah lagi bagi aktivis politik. PAS selepas beralih di bawah era kepimpinan ulamak, dan buat kali pertama menghadapi pilihan raya umum, tahun 1986, mendapat pengajaran cukup bermakna apabila difitnah dan ditohmah media dengan dahsyat sekali.

Dalam pilihan raya itu, PAS hanya memperolehi satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa, Kelantan. Di muktamar tahunan parti, di Rusila, pada 1987, suasana waktu itu mendorong PAS melancarkan boikot terhadap akhbar-akhbar harian yang dikuasai Umno. Lidah rasmi, Harakah, yang baru mendapat permit turut digerakkan .

Ya, peranan media dalam pilihan raya cukup besar, terutama bagi membolehkan pengundi membuat keputusan yang baik. Media bukan sahaja menyalurkan maklumat dan berita, tetapi juga berupaya membentuk pandangan, tanggapan dan persepsi, seterusnya mendorong audien merumuskan tindakan.

Sewaktu kempen pilihan raya, yang sering diadakan dalam tempoh singkat (selepas Parlimen dibubarkan secara tiba-tiba), pengundi perlu mendapat informasi secukupnya -- secara mudah dan murah -- agar dapat membuat penilaian atau penghakiman yang menyeluruh, tentang calon-calon atau parti-parti yang bertanding.

Rakyat juga berhak tahu tentang kelemahan dan kepincangan (juga kelebihan) parti pemerintah, selain mendapat makluman secukupnya mengenai cabaran parti-parti saingannya. Oleh itu, media tidak boleh dihalang daripada melaporkan perkembangan dan situasi sebenarnya menjelang hari mengundi kepada publik.

Teorinya, Malaysia tergolong sebagai sebuah negara yang tidak mengamalkan kebebasan akhbar, yang ditandai dengan peraturan ketat mengenai permit dan dasar pemilikan media. Meskipun Perlembagaan memberi jaminan kebebasan bersuara, Parlimen dengan mudah sekali menggubal dan meminda akta-akta yang mengikat dan mengongkong.

"Benar, media di Malaysia dikawal ketat pemerintah, tapi saya amat mengharapkan semasa kempen pilihan raya, sebelum pengundi membuat keputusan memilih mana-mana calon atau parti, berilah sedikit kelonggaran, rakyat berhak mendapat maklumat sebenar," kata seorang pensyarah undang-undang UIAM, yang berminat dengan perjalanan akhbar di negara ini.

"Tetapi, keadaan sebaliknya berlaku. Bubar saja Parlimen, hampir semua bilik berita akhbar dan stesen TV kita bertukar menjadi bilik gerakan kempen BN. Untuk BN segala paparan positif belaka, tetapi aktiviti atau manifesto parti-parti lain diberikan gambaran negatif," tambahnya.


Apabila negara serantau, dikenali mengamalkan pendekatan keras terhadap pembangkang, seperti Singapura dan Myanmar, turut melonggarkan kongkongan ke atas media sewaktu kempen pilihan raya, termasuk stesen TV kerajaan, amat memalukan sekali, melihatkan Malaysia jelas tertinggal di belakang.

Justeru, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) mengambil inisiatif menganjurkan Konvensyen Akses Media Dalam PRU13, 12 Mei lalu, bagi menangani dua tuntutan utama Bersih mereformasikan sistem dan proses pilihan raya kita, termasuk tempoh kempen minimum 21 hari.

Demonstrasi Bersih 3.0 -- dihadiri lebih suku juta orang dan 70 peratus darinya adalah anak-anak muda -- sepatutnya meletakkan tuntutan pilihan raya bersih dan adil itu sebagai agenda utama negara. Bagaimanapun, insiden keganasan memesongkan perhatian kepada isu sampingan.

Di kalangan Bersih dan Pakatan Rakyat sendiri, fokus lebih tertumpu kepada senarai daftar pemilih yang meragukan itu. Ia terhasil melalui komplot jahat BN-JPN-SPR, yang mahu mengambil jalan pintas, khususnya untuk merebut kembali Selangor. Bayangkan, ada pengundi, misalnya, didaftarkan alamatnya di tingkat enam sebuah flat di Sri Andalas, Klang, yang hanya mempunyai ketinggian empat tingkat!

Tentulah isu berkenaan cukup urgent dan kritikal, namun tuntutan seperti akses media dan tempoh minimum kempen seperti terabai. Lalu, KAMI cuba mengembalikan isu yang lebih real, memastikan agar PRU13 dapat berjalan dalam suasana lebih demokratik, telus dan terbuka.

Beberapa NGO yang prihatin dengan perkembangan ini, turut melahirkan kebimbangan serupa. "Media seharusnya membantu Bersih 3.0 memastikan lapan tuntutan dilaksana, bukan mengalihkan isu. Jika ada keganasan polis atau ada peserta bertindak ganas, itu jelas perlu dilakukan siasatan bebas tapi isu yang kita nak bawa iaitu lapan tuntutan, tidak boleh hilang," kata AJK Ikram, Nahar Md Noor.

"Bersih hanya mahukan tuntutan pilihan raya adil dan bersih. Ia melangkaui parti, agama dan kaum," kata Pengarah Eksekutif Komas, Tan Jo Hann. "Tujuh tahun saya jadi jurugambar di Filipina, tidak pernah saya lihat polis menyerang media, sedangkan saya juga pernah bertugas dan berdepan dengan demonstrasi yang melibatkan kematian. Polis atau tentera jika lihat pas media, mereka akan lindungi kami."

Sebenarnya banyak pihak melihat desakan agar media berlaku adil kepada pembangkang, terutama semasa kempen pilihan raya, sebagai tindakan sia-sia dan membazir tenaga saja. Paling lantang, Hishamuddin Rais, yang berforum sesi petang bersama Nurul Izzah Anwar, di konvensyen KAMI itu.

Beliau tidak percaya kepada kebebasan media. "Saya percaya kepada hak kepada media. Ertinya kalau Umno ada hak untuk ada televisyen saya juga ada hak untuk ada televisyen sendiri, kalau Umno ada radio saya juga ada hak untuk ada radio sendiri," tegasnya.

Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan Hisham. Setiap pihak yang berminat untuk menerbitkan apa jua bentuk media -- majalah, akhbar, radio dan TV -- hanya perlu mendaftarkannya kepada pihak berkuasa, dengan garis panduan yang jelas. Yang penting, konsep permit mesti dihapuskan.

Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Wong Chun Wai turut mempersoal keperluan permit penerbitan bahan bercetak di zaman internet ini. Sebenarnya kalaupun permit tidak diperlukan lagi, tidak mudah bagi penerbit untuk mengusahakan akhbar kerana ia memerlukan modal yang cukup besar.

Tidak betul andaian bahawa sebaik sahaja permit tidak diperlakukan lagi maka berlambakanlah pasaran dengan akhbar. Tetapi, kalaupun benar situasi itu berlaku, apa salah, 'kan?

Selain itu, media bebas tentu saja sukar mendapat iklan, terutama daripada syarikat berkaitan kerajaan (atau lebih tepat syarikat berkaitan Umno!) sedangkan tanpa sokongan pengiklan hampir mustahil akhbar harian dapat beroperasi dengan lancar.

Nurul Izzah sendiri menyifatkan pindaan terbaru Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), yang tidak lagi memerlukan pembaharuan permit setiap tahun, hanya kosmetik sahaja.

"Isu besar bukan tentang permit sedia ada, tetapi bagaimana untuk mendapatkan permit baru," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, sambil menceritakan pengalaman sukarnya berdepan dengan pegawai KDN, ketika memohon akhbar Utusan Rakyat.

Namun begitu, saya tetap percaya bahawa lobi dan desakan agar media yang dibiayai dana awam, seperti RTM dan Bernama, berlaku adil kepada semua calon dan parti bertanding, mesti digiatkan, tanpa melupakan lidah rasmi parti (Harakah, Suara Keadilan dan Roket) yang perlu penambahbaikan segera.

Tekanan harus digerakkan secara lebih intensif kepada dua agensi kerajaan itu, dan saya kira wajar juga jika wakil Pakatan Rakyat dapat mengadakan kunjungan kepada syarikat media, termasuk Kumpulan Media Prima, The Star, Astro Awani dan akhbar-akhbar Cina (walaupun menyedari ramai mencebik mendengar nama Utusan Malaysia dan TV3). Sekurang-kurangnya "hak untuk menjawab" diberikan perhatian serius oleh media berkenaan.

Melalui buku Prof Dr Syed Arabi Idid, seorang sarjana komunikasi yang banyak mengkaji peranan media dalam pilihan raya di Malaysia, dibentang analisis berkaitan hala tuju liputan berita semasa pilihan raya 2008.

UMNO nak pecat ahli dia sendiri...

Sabotaj parti: Umno beri amaran lucut keahlian


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 
MELAKA - Tindakan lebih tegas termasuk dilucut keahlian akan diambil terhadap anggota Umno yang dikesan mensabotaj parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu bertujuan mengelak risiko kehilangan lebih banyak sokongan terhadap parti itu.

Beliau berkata sebelum ini tindakan tata tertib hanya dilakukan selepas pilihan raya berakhir namun ia sudah terlewat untuk mengatasi segala permasalahan yang timbul.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata masalah dalaman parti kebanyakannya berpunca daripada individu yang merasakan mereka layak menjadi calon pilihan raya namun tidak dipilih parti bagi bertanding di sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Melumpuhkan PAS atau Umno yang terhapus?

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap pandangan Datuk Zainuddin Maidin atau Zam supaya PAS dilumpuh dan dimusnahkan sebagai melucukan.
“Bagi DPPM, kenyataan Zam tidak berpijak di bumi nyata serta mengenepikan realiti.

“Beliau seakan dikejar bayang-bayang hitam yang menghantui beliau dan merasa gelisah dengan kebangkitan rakyat yang mahu bersama PAS dan menolak Umno secara terang-terangan,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, dalam keadaan sokongan kepada PAS semakin meningkat apabila berbondong-bondong pemimpin masyarakat, bekas pegawai tinggi kerajaan, pemimpin Umno, selebriti dan artis ternama menyertai PAS, beliau pula berpandangan sebaliknya.

Sebaiknya, kata beliau Zam menoleh kepada partinya sendiri iaitu Umno dan lihatlah sokongan yang diterima oleh partinya, berapa ramaikah pemimpin ternama masyarakat mahu menyertai parti yang sedang karam itu.

“Adakah pemimpin dan tokoh masyarakat yang menyertai PAS mahu kepada ‘perpecahan’ dan menolak ‘perpaduan’ dalam Umno menurut definisi beliau?” soalnya dalam satu kenyataan.

PROGRAM PENERANGAN OLEH PAS KUALA KEDAH HARI INI!



1. Hi-Tea bersama Fareedah Samad, Ketua Ameerah Muslimat PAS Pusat di Taman Seri Gunung, Sg Baru, Jam 5.00 petang.

2. Ceramah isu semasa bersama YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, YB Mohd Nasir Mustafa dan Fareedah Samad (Ketua Ameerah) di Markaz PAS Kg Masjid Lama, Pekan Kuala Kedah, jam 9.00 malam.

3. Ceramah Isu semasa bersama YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, YB Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi dan Fareedah Samad (Ketua Ameerah) di Tandop, Alor Setar jam 9.00 malam.

Sebarkan.

ARIS AWANG
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah.

Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Ahar Idrus nih...

"Salam semua...Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Ahar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergunakan kelebihan yang Tuhan bagi kat dia, ikut jalan yang dia percaya untuk menegakkan Islam ngan cara dia...


Tak dinafikan la, kalau tengok ke gambaq yang Pak Long ambik kat sini, sampai ada yang kata anggarannya lebihkurang 30,000 orang yang mai dengaq kuliah ostad mesra audien nih... tahniah...

Ca tengok, lautan manusia sanggup berembun memenuhi Dataran Perwaja Gurun Sabtu malam lepaih...

Hangpa Jangan Dok Percaya Sangat Anuar Musa kata sokong Tuntutan Royalty Minyak...

Sokong Royalti Minyak Untuk Kelantan Gimik Annuar
Oleh Mohd Sayuti Omar

Annuar menandatangani banner. Foto: Zamani.
Macam seperti satu kejutan pula kepada orang Kelantan apabila Annuar Musa tiba-tiba menurun tangani atas banner yang menuntut agar royalti minyak dikembali kepada rakyat Kelantan. Tindakan Annuar itu pun menjadi perhatian dan dilaporan sebagai berita yang menakjubkan. Maka orang-orang Kelantan yang dahaga royalti minyak dan sudah berjuang dengan sebahagian rakyat Kelantan menuntut royalti itu pun suka dan senyum sampai ke pipi.

Tanpa mengetahui apakah motif di sebalik tindakan Annuar itu ramai yang memuji Annuar. Ada yang nampak Annuar sebagai bersemangat Kelantan dan bersimpati dengan rakyat Kelantan. Itulah pandangan tanpa melihat menggunakan kanta mata politik. Tetapi bagi mereka yang matanya tidak disaluti selumbar atau selaput akan merasakan tindakan Annuar itu tidak lebih dari satu gimik murahan saja. Ia kerja orang yang tidak ada kerja sahaja atau pun frustasi.

Kenapa saya kata begitu, kempen untuk mendapatkan royalti minyak sudah lama dijalankan oleh rakyat Kelantan. Sampai Tengku Razaleigh Hamzah pun ikut sama menyokong tindak tanduk dan perjuangan rakyat Kelantan itu. Isu itu sudah pun sampai ke mahkamah. Husam Musa sudah pun membawanya ke mahkamah dan mungkin selepas ini ke mahkamah timbang taraf dunia pula kerana untuk mendapatkan royalti berkenaan yang jelas ianya hak dan kepunyaan rakyat Kelantan.

2 Rakyat Malaysia sudah 10 tahun dalam Guantanamo....Apa peranan kita di Malaysia..??

Nasib 2 rakyat Malaysia di Guantanamo


Nasib 2 rakyat Malaysia di Guantanamo
Nasib 2 rakyat Malaysia di Guantanamo
 
SELEPAS hampir 10 tahun ditahan tentera Amerika Syarikat atas tuduhan melakukan keganasan, nasib dua rakyat Malaysia di penjara Guantanamo, Mohd Farik Amin dan Mohd Nazir Lep masih samar.

Apakah harapan dan luahan hati ahli keluarga mereka yang tidak pernah jemu berdoa supaya kedua-duanya lekas dibebaskan?

Dan adakah mereka akan dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat? Apa jawapan yang diberikan Pentagon? Dan apa pula usaha yang boleh dilakukan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam membantu mereka mendapatkan perbicaraan adil?

Hangpa Boleh Percaya Ka Mamat SPR nie.. Lanie nak buat UNDI POS kat petugas Media pulak...!!!

SPR pastikan undi pos petugas media telus

20 Mei 2012
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Wan Ahmad Wan Omar
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan proses undi pos bagi petugas media yang dijangka dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13, dibuat secara telus bagi menghindari tanggapan negatif serta rungutan pelbagai pihak.

Sehubungan itu kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, SPR akan sedaya-upaya untuk tidak membabitkan pihak ketiga di dalam proses berkenaan.

Antara cadangan awal SPR ialah petugas media terbabit datang sendiri mengambil kertas undi di pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya di tempat mereka didaftarkan dan mengundi di situ, katanya dalam satu temu bual dengan Bernama di sini.

Beliau berkata mereka boleh berbuat demikian sepanjang tempoh berkempen yang telah diputuskan SPR tidak kurang daripada 10 hari.

Walau di mana petugas media ditempatkan majikan masing-masing, mereka masih boleh balik ke kawasan masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab itu kerana tempoh berkempen agak lama, katanya.

Hasil didikan gambar porno UTUSAN.. maka lahirlah anak bangsa macam ini...

Terkejut lihat aksi seks adik
Gambar Hiasan Sahaja Nie....
KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Fauzi, bekas pengarah PDRM sertai Pas

Ismaniza Ahmad
20 Mei 2012
Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil diperhatikan oleh Mohamad Sabu.
Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil
diperhatikan oleh Mohamad Sabu.
 
TAIPING - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai Pas bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa Pas.

Kutip Hantaq Balik Sahaja Indon yang samseng kat Malaysia nie. buat semak negara jaa..!!!

Pulangkan semua penjenayah
Tan Melaka
Kuala Lumpur

Rakyat Malaysia tentu bingung dengan tunjuk perasaan anti-Malaysia atas pelbagai isu di Indonesia dari semasa ke semasa.

Terkini, tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Komando Pejuang Merah Putih. Mereka mendakwa pembantu rumah Indonesia telah dianiaya dan tiga pekerja dibunuh oleh polis kita.

Cerita yang menimbulkan kemarahan mereka ialah kononnya organ tiga yang ditembak mati itu (sebenarnya perompak) hilang atau dicuri untuk dijual. Kepada sebahagian rakyat Indonesia yang miskin cerita ini mudah dipercayai kerana hal seperti itu malah lebih dahsyat lagi, boleh berlaku di Indonesia.

Kita mesti akui kebijaksanaan penghasut dari Malaysia yang berjaya mencipta cerita sensitif di atas kejadian pembunuhan penjenayah itu. Ia dengan mudah menimbulkan rasa marah orang Indonesia, terutama mereka yang tidak berpeluang datang bekerja di Malaysia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...