TERKINI :

Sunday, May 20, 2012

Najib dah POLIS Melaka.. FAIL..!!

Samseng Bermaharajalela: Najib Butakah?

http://alhusseyn51.blogspot.com/

Ambiga Sreenevasan terpaksa membatalkan hasratnya untuk berucap di majlis High Tea anjuran Kelab Penyokong PAS di Merlimau , Melaka apabila pihak polis gagal untuk memberikan perlindungan keselamatan kepadanya.

Sekumpulan 200 samseng berpakain T-Shirt merah telah merusuh dan menganggu majlis tersebut.

Kumpulan tersebut dipercayai dari samseng Melayu, Perkasa, telah menghalang jalan masuk ke majlis tersebut menyebabkan hadhirin terpaksa menggunakan jalan kampung.

Ambiga membatalkan rancangannya apabila polis hanya mampu menasihatkannya supaya tidak menghadiri majlis tersebut tanpa berbuat apa-apa terhadap kumpulan samseng tersebut.

Perjuangan Berasaskan Bangsa Akan Ketinggalan



Sewaktu menjadi ahli panel satu seminar politik anjuran Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi (Umcedel) Universiti Malaya minggu lalu, semasa ruang soal jawab dibuka, seorang peserta melontarkan pertanyaan yang saya kira penting dan menjadi stigma dalam kepala kebanyakan orang Melayu waktu ini, khususnya ketika hendak membuat pilihan pada PRU 13 kelak.

Soalan itu antara lain mengenai keraguan beliau kepada Pakatan Rakyat yang mana kedudukannya tidak sama dengan BN. Menurutnya di dalam BN ada Umno yang menjadi tunggak kepada gabungan berkenaan di mana Umno adalah Melayu, tetapi dalam Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana puak yang menjadi tunggak apa lagi Melayu tidak mendominasi.

Katanya orang Melayu tidak dapat menguasai Pakatan Rakyat apabila kedudukan atau percentage  mengikut kaum hampiran sama saja. Jadi soalya dimanakah kekuatan Melayu di dalam Pakatan Rakyat berbanding dengan Umno di dalam BN. Apa yang penanya itu igin tahu bagaimana masa depan Melayu sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana di dalam pakatan itu Melayu tidak dominan macam Umno dalam BN.

Raja Datuk Kamarul Bahrin - Kisah disebalik Stadium Runtuh di Terengganu

Raja Datuk Kamarul Bahrin, merupakan salah seorang dari arkitek yang terlibat sama, dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu yang runtuh pada jam 7.30 pagi 2 Jun 2009, walaupun baru dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008.

Video penuh, boleh didapati di www.terengganukini.net

Mamat sokong LGBT dapat lepas masuk tapi peguam Perancis hangpa halang masuk Malaysia...

PAS kesal kerajaan gagal halang Irshad Manji

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan terhadap kerajaan atas kegagalan menghalang Irshad Manji memasuki negara ini, biarpun menerima bantahan awal daripada PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan Irshad.

Tegas beliau, kerajaan bukan tidak tahu mengenai Irshad, sedangkan warga Kanada itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan bukunya-The Trouble With Islam Today.

"Kerajaan sepatutnya menghalang lebih awal, sebelum kemasukan beliau.  Macam sekarang, ia sudah terlewat apabila buku terbarunya- Islam, Liberty and Love dilancarkan di negara ini, pagi tadi.

Apa la bangang sangat ANWAR nie.. nak tengok gambar jantan bogel..tanya pakcik 'google' laa..!!!

Anwar minta gambar bogel dari budak lelaki?

Dsai nak tengok gambar bogel. Gambar tue ialah gambar bogel seorang lelaki.  Korang tahu tak jalan citer dia neh macam mana? Mula2 korang kena baca sini dulu. Aku percaya apa yang disiarkan oleh utusan hari neh mengenai dakwaan terbaru TIBAI terhadap dsai memang berkaitan rapat dengan email tersebut.

Baca lah dakwaan mereka kat bawah neh jap ;



Benda neh mesti masuk tv punya. Samada malam semalam ataupun malam neh. Malam semalam aku tak tengok berita so tatau benda neh dah lepas ke belum. Sebelum ia disebarkan oleh TIBAI, blogger umno terlebih dahulu hebahkan isu neh. Tak pasti samada DSAI ada keluarkan kenyataan penafian ataupun tidak tapi kalau belum elok keluarkan kenyataan penafian bahawa email tersebut bukan email dia.

33 jam sehari untuk TV, Internet

Satu kajian terhadap golongan belia di Malaysia menunjukkan bahawa golongan belia menghabiskan masa mereka selama kira-kira 32.6 jam setiap hari melakukan aktiviti yang berkaitan media.

Ia seperti menonton TV, melayari Internet, mendengar radio dan membaca majalah. Macam mana boleh jadi 32.6 jam? Tidakkah kita hanya mempunyai 24 jam dalam satu hari?

Teknologi membolehkan kita untuk membuat pelbagai tugasan pada satu masa yang sama. Ketika kita sedang bercakap di telefon, kita juga sedang menonton televisyen, memeriksa akaun Facebook atau mendengar muzik pada masa yang sama.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa daripada 32.6 jam tersebut, 26.8 jam telah digunakan untuk melakukan aktiviti berbentuk sedentari atau aktiviti secara bersendirian, tanpa adanya interaksi dengan keluarga dan rakan-rakan.

Kanak-kanak pula telah menghabiskan kira-kira 5.3 jam di sekolah, 3.3 jam di Internet, 2.5 jam untuk menonton televisyen, 1.3 jam dengan telefon dan 6.8 jam untuk tidur. Tidak ada banyak masa yang tersisa untuk aktiviti bersama ahli keluarga.

Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada orang dewasa. Secara purata rakyat Malaysia melayari Internet selama lebih kurang 20 jam setiap minggu.

Menjawab 3 isu UMNO dok Spin PAS - UMNO KAFIR, PANGKAH PAS MASUK SYURGA & PAS KAWAN DENGAN SYAITAN

UMNO/APCO BARU FITNAH PAS

Koleksi Fitnah UMNO terhadap PAS

"Fitnah itu lebih dasyat daripada membunuh" [al-Baqarah :191]

thread ini dibuka untuk menjawab fitnah-fitnah UMNO yang sering diulang BERKALI-KALI walaupun sudah BERKALI-KALI dijawab. tetapi, setiap kali dijawab, orang-orang UMNO akan membacul berdiam diri seketika pastu timbul balik..

Muzakarah : berangan itu percuma, tak dikenakan bayaran pun

Muzakarah yang disebut-sebut diantara PAS dan UMNO sejak dua tiga hari ini mendapat perhatian juga. Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz berkata tidak ada masalah untuk bermuzakarah dengan beberapa syarat. Pertamanya UMNO mesti terbuka untuk menerima Islam sebagai landasan semua hal tentang negara ini. Syarat yang seterusnya ialah untuk membawa sekali parti-parti pembangkang yang bersama PAS dalam PR untuk mencari penyelesaian terhadap penyatuan umat Islam dan rakyat sekelian dalam negara kita ini.
Beliau (TGNA) berkata dalam muzakarah itu mesti dibawa bersama PKR dan DAP kerana PAS sudah berkawan dengan parti-parti ini dan tidak boleh ditinggalkan. Pandangan TGNA ini amat bermakna dalam kontek menjaga setiakawan politik parti. Kalau hendak bersatu semua mesti bersama…jangan ada yang ditinggalkan.

Wahai PR Perak.. jangan dok percaya sangat Bangkai UMNO tuuu..!!!

Jangan Teruja Dengan Bangkai umPORno...!!!!


Malam tadi gua melepak sembang2 sambil mabuk2 nescafe tarik, Teh O' dan Kopi O' dengan Blogger Kerajaan Rakyat. Macam2 citer keluar pasal blogging, FB, kerjaya dan bla.. bla... bla.... termasuklah kisah di mana penulis buku politik yang terkenal iaitu Pak Habib Syed Hussin Al-Attas meminta beliau mengumpulkan para bloggers untuk makan2 di rumahnya di Janda Baik... dan sudah tentu ada objektifnya kannnn.... hahaha... apa lu orang ingat makan free kaaaa.... mimpi aarrr...!!!!

Part tu... biarlah Blogger Kerajaan Rakyat yang cerita... gua tak campur beb..., kenapa gua tak mau campur...??? Sebabnya dari pengalaman lepas2... kebanyakkan perjumpaan Bloggers nih... semuanya tu hanyalah NATO (No Action Talk Only).... muakakakakaaaa.....

Macam sial wa cakap luuuu... hahaha... ok... pedulikan bab kat atas tuuuu.... hahaha...!!!!

Semaki hari semakin kerap keluar cerita pasukan POLIS di aibkan..!!

cerita 1 : Samun guna kereta peronda trafik

KERETA peronda trafik yang dilarikan suspek dekat susur keluar Plaza Tol Lanchang semalam.

KUANTAN - Seorang penjenayah bertindak berani melarikan kereta peronda trafik dan sempat berhenti untuk menyamun dua mangsa sebelum dia sendiri mati ditembak dalam kejadian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat sini semalam.

Lelaki terbabit, Chiang Hon Hing, 39, yang berasal dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dikatakan memberhentikan kenderaannya di tepi jalan susur masuk Plaza Tol Lanchang, LPT menghala ke Kuantan sebelum sebuah kereta peronda trafik jenis Proton Waja yang dinaiki dua anggota berhenti menyiasat pada pukul 1.10 pagi semalam.

Ustazah Yang Nakal....!!!

Awkward Agama : Ustazah Yang Nakal

Ustazah Hamidah masuk ke dalam bilik kuliah. Semua pelajar sudahpun siap sedia di dalam menunggu beliau. Untuk 3 minggu akan datang, dia perlu menggantikan seorang pensyarah wanita lain yang sepatutnya mengajar kelas Pengajian Malaysia itu, akibat daripada kecereaan lutut yang dialami oleh pensyarah asal.

Mujurlah subjek Pengajian Malaysia, tak perlu dia menelaah banyak kerana kebanyakan nota masih lagi tersemat di minda beliau.

"Ustazah,Ustazah ganti Puan Zaleha ke?" tanya seorang pelajar wanita.

"Buat sementara. 3 minggu aje.." jawab Ustazah sambil tersenyum. "Assalamualaikum dan selamat sejahtera, I will be taking over the class for a while as your lecturer has been injured in a sports related accident."

"Err...jadi, we will see you 2 times la Ustazah?" tanya seorang pelajar lelaki.

"Yes. Twice. Hopefully you like it!" jawab Ustazah Hamidah.

Tahniah KELANTAN & CHELSEA..!!

Piala FA akhirnya milik Kelantan


GHADDAR (kiri) dicabar kapten Sime Darby, Es Lizuan Zahid pada aksi final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Penyerang import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.

Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti.

Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan penalti itu mudah menolak masuk bola ke gawang Sime Darby yang dikemudi penjaga gol, Mohd. Redzuan Harun.

Jaringan tunggal penyerang kelahiran Lebanon itu sudah cukup buat Kelantan memadam kekecewaan sebelum ini apabila tewas dalam aksi final Piala FA edisi 2009 dan 2011.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...