TERKINI :

Saturday, May 19, 2012

Video Kuliah Ust Azhar Idrus di PERWAJA GURUN KEDAH

Najib anaktirikan PETRONAS dengan bagi projek kepada Sykt Amerika..!!!

 
Apahalnya nie..PERTRONAS....dah xda dana ka nak korek minyaK sendiri dibumi sendiri..yg nk bagi kat bangsa Amerika mai korek kat sini apahal....sebelum ini SHELL dpt kongsi korek minyak di SABAH..kontrak dengan PETRONAS sampai 30tahun...

Minyak tue rakyat Malaysia punya...awat Petronas xbole buat sorang2 ka..???..awat modal xcukup ka..???..mana pi semua dana untuk masa depan Petronas..???..xkan xda kot..pelik la..mesti ada..

Aku dengar kata..Petronas antara 5 syarikat paling besar diduna..xkan xda kepakaran langsung..xkan xda teknologi yang canggih manggih yang dapat meningkatkan kecekapan pemulihan lapangan minyak serta dijangka memberi kesan positif kepada rizab minyak Malaysia dan akan memberi manfaat kepada negara secara keseluruhannya.

Apabila Mahathir pun setuju muzakarah......apa maknanya itu?

Ada dua qaul dalam PAS......satu qaul kata muzakarah selepas PRu13 [sumber .] dan satu qaul lagi kata muzakarah sebelum PRU13 [sumber .].

Yang anihnya Mahathir pun setuju muzakarah PAS-Umno ni......[sumber .] amat janggal kerana dizamannya 'Debat Agong' tidak menjadi dan dibatalkan disaat akhir dan dicadangkan digantikan dengan muzakarah yang akhirnya rasa-rasa saya tidak jugak menjadi (kalau tak silap).

al-brangionline:

Bagi saya ada satu persoalan......Kenapa setiap kali tiba PRU, isu muzakarah dibangkitkan?

Rasa-rasanya petunjuk yang jelas ialah Mahathir amat bersetuju akan muzakarah PAS-Umno ini.

Apa maknanya itu?......Anda sendiri boleh buat telahan.
 

Saman 1Juta - Isu Bapa Kafir

Isu ‘bapa kafir’: Nik Aziz saman NST RM1 juta

 
KUALA LUMPUR, 19 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada mereka yang terlibat dalam penyiaran artikel yang mendakwa dirinya sebagai bapa kafir dalam akhbar The New Straits Times (NST).

Beliau (gambar) dijangka akan memfailkan saman itu pada minggu hadapan kepada editor dan tiga wartawan syarikat penerbitan akhbar The New Straits Times Press Holdings (NSTP), dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor, dengan tuntutan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak RM1 juta.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak mengemukakan permohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Ustaz Azhar Idrus di 'HALNG' ke Putrajaya

Akibat takutkan akan aura UIA yang bakal menarik belia-belia di Putrajaya sempena dengan Himpunan Sejuta Belia yang bermula 23 mei ini, Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan tauliah UAI di PICC pada 26 mei ini.... Arahan itu telah dikeluarkan melalui surat yang telah di faks kepada Pengarah JAKIM semalam untuk menarik serta-merta tauliah tersebut...

So peminat-peminat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang ternanti-nanti akan kehadiran UAI pada hujung 26 Mei di PICC terpaksa berputih mata le jawabnya... so nak tau cerita sebenar tunggu UAI di Shah Alam 27 Mei nie....

Alhamdulillah, berbondong-bondong sertai PAS - Abd Hadi

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang.

Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," kata beliau dalam Facebooknya.

Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu.

"Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi.

Majlis Peguam nafi terlibat politik, hanya mempertahankan undang-undang

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Majlis Peguam menyangkal dakwaan pertubuhan itu sebagai perti politik sebaliknya menegaskan setiap kenyataan yang dikeluarkannya “berdasarkan prinsip perundangan atau hak asasi manusia”.

Presidennya, Lim Chee Wee, menambah, badan berkenaan juga bersifat adil dalam mengkritik kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, menolak dakwaan sering mengeluarkan kenyataan berat sebelah.

Badan mewakili peguam itu menerima kecaman hebat daripada Barisan Nasional (BN) selepas mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) minggu lalu untuk menyelar tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap perusuh sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.

Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir Mohamed telah melabelkan badan berkenaan sebagai “parti politik” dan telah menyokong pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai pertubuhan alternatif untuk pengamal guaman di negara ini.

“Setiap kenyataan yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada premis perundangan dan hak asasi manusia, dan rakyat Malaysia untuk dilindungi oleh polis dan bukannya diancam,” kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan emel kepada The Malaysian Insider.

Media Baru sebagai ruang awam

Fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0
 
15 tahun selepas melangkah masuk ke abad ke-21 ala Malaysia, kita sekali lagi menyaksikan betapa signifikannya peranan teknologi maklumat dan media baharu sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.  Kemuncak gelombang kedua fenomena media baharu begitu terserlah berikutan fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menyaksikan kelahiran generasi baru yang hebat yang diberikan gelaran Generasi BERSIH.
 
Kehebatan Generasi BERSIH bukan sahaja kelihatan dalam dunia siber di mana sebahagian besar Facebook diselubungi gelombang kuning.  Yang paling menguja semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah keberanian yang ditonjolkan oleh para demonstran BERSIH 2.0 dalam dunia nyata biarpun BERSIH diisytiharkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pertubuhan haram, polis melakukan "penangkapan bersifat penangkalan" (preemptive arrest) ala McCarthyisme, dan suasana tertekan atau "keganasan putih" (white terror) ditonjolkan oleh akhbar arus perdana dan media elektronik menjelang hari perhimpunan BERSIH 2.0.
 

Menunggu bom seni diletupkan

Oleh Dinsman

Betul. Macam itulah! Macam pesta polis memukul rakyat, atau pesta polis membantai rakyat. Apabila membaca tajuk berita dalam akhbar Harakah dan Suara Keadilan beberapa hari selepas peristiwa 428 (28 April), dan melihat gambar-gambar yang tersebar dalam akhbar-akhbar tersebut, juga akhbar-akhbar Cina dan melalui pelbagai laman internet, kita rasa memang tepatlah apa yang dikatakan oleh Dr Aziz Bari itu – memang polis macam berpesta memukul rakyat.

Tapi – macamana boleh jadi gitu? Atau kenapa ia boleh terjadi sampai ke tahap itu? Apakah polis-polis itu (ada orang syak sebahagiannya bukan polis) memang sengaja dilatih untuk bertindak kasar dan ganas begitu, khas bagi menghadapi peserta Bersih 3.0?

Tak kiralah. Apa pun, berdasarkan gambar-gambar yang tersebar itu, memang nampak polis macam berpesta sakan memukul peserta Bersih 3.0. Dan TG Haji Hadi Awang Presiden PAS mempersoalkan kenapa. Kenapa polis bertindak melampaui batas, memukul peserta yang tidak berbuat apa-apa dan sedang beredar untuk pulang, di luar kawasan yang dilarang mahkamah?

[Video] Naib Ketua Pemuda Umno Kampar keluar parti


(Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.)

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

Muhyidin pening.. Tok Guru hanya mahu bermuzakarah bukan nak berpadu dengan UMNO....

  Muzakarah: Silap faham Muhyiddin
Oleh Ahmad Fadhli Shaari

Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.." 
 

Depa kata lebih kurang 30k manusia serang Kuliah Ustaz Azhar di Perwaja Gurun


Al fatihah - Maut kereta masuk longkang


BULATAN menunjukkan lokasi di mana kereta yang dipandu Zahidatul Akmam terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang semalam.


ALOR SETAR - Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Alor Pudak, Pendang dekat sini ketika dalam perjalanan untuk melawat sepupunya yang terlibat dalam kemalangan.

Kejadian pukul 8 pagi semalam itu berlaku ketika Zahidatul Akmam Che Lah, 28, memandu kereta Proton Wira bersama sepupunya, Mohd. Haris Mohd. Sobri, 17, dalam perjalanan ke Alor Punti untuk melihat keadaan adik Mohd. Haris, Mohd. Hanif, 15.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...