TERKINI :

Friday, May 18, 2012

Terlepas 1990, 1999, 2008: PRU13 kempunan lagi?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan sahaja dianggap cukup kritikal dan mungkin menyaksikan kempen paling buruk dalam sejarah, tetapi lebih penting ia merupakan satu kesempatan terbaik (malah datang buat pertama kali) buat rakyat melakukan perubahan menyeluruh, atau lebih tepat menukar kerajaan persekutuan.

Kita gagal melakukannya pada 1990; ada yang memberi alasan sigah Kadazan yang dipakai Tengku Razaleigh Hamzah di malam-malam akhir kempen, telah dimanipulasi media sebagai salib Kristian, dan menjauhkan pengundi Melayu daripada Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat.

Potensi lebih baik menjelma pada 1999, berlambangkan ikon mata lebam Anwar Ibrahim. Umno diasak teruk, manakala imej Dr Mahathir Mohamad merudum dengan dahsyat sekali, terutama pada kacamata masyarakat Melayu. Malangnya, ia tidak disambut dengan baik oleh pengundi Cina, mungkin difaktorkan siri tunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur, yang dikaitkan dengan reformasi di Indonesia yang menggerunkan masyarakat Tionghua.

Pusingan sepuluh (atau lebih tepat sembilan) tahun sekali kembali lagi. Mac 2008; tanpa riuh-rendah, juga tidak sempat dihidu oleh sesiapa (mungkin kecuali Daim Zainuddin), Abdullah Ahmad Badawi dan "budak-budak Tingkat 4 JPM" dimalukan.

Era monopoli maklumat oleh kerajaan sudah berakhir

Oleh Steven Sim

Dunia melangkah ke dekad kedua dalam abad ke-21 ini dengan menyaksikan satu krisis yang melanda masyarakat dunia. Saya menggelarnya krisis kerana fenomena ini berlaku dengan terlalu mendadak dan dalam skala yang amat besar serta mampu memusnahkan struktur dan institusi yang sedia ada.

Krisis ini ialah revolusi pemikiran yang simbolnya tentulah Steve Jobs, pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc.

Keberanian individu dan masyarakat
Ciri utama revolusi pemikiran ini ialah keberanian individu dan masyarakat untuk menonjolkan kelainan dalam pemikiran mereka, dalam kata lain, manusia berani mencetus idea-idea di luar kotak tradisi.

Ini antara lain dijana oleh perkembangan mendadak dalam kecapaian maklumat (access to information). Maklumat dicapai dan dikongsi dengan lebih pantas, lebih murah dan pada skala yang lebih besar.

Umno-BN bakal ‘disejarahkan’

Oleh LIM HONG SIANG

LAUNGAN “Reformasi” dengan kelantangan sedemikian berkumandang semula di sekitar Dataran Merdeka, selepas 14 tahun pergolakan politik paling rancak dalam sejarah Malaysia. Jangka 14 tahun mampu mengubah wajah seseorang manusia, bahkan wajah sesebuah masyarakat.

Pelbagai cerita sarat di laman sosial internet, menyaksikan perubahan yang ketara dalam masyarakat Cina sendiri, ketika berdepan dengan tanggal 28 April 2012. Seorang ibu berkongsi pengamatannya di Facebook, “Ketika perhimpunan Bersih 2.0, sahabat saya yang meninggalkan status ‘Saya akan turun ke jalan raya pada 9 Julai’, akan disusuli dengan komen rakan lain, ‘Saya tak dapat turun. Saya berikan sokongan moral kepada anda’. Menjelang perhimpunan Bersih 3.0, apabila seseorang meninggalkan status ‘Saya tak dapat hadir pada 28 April’, komen di bawahnya adalah ‘Kesiannya kamu.’”

Ada juga pengalaman yang mencuit hati. Seorang anak muda Cina tidak berani memberitahu ibu bapanya bahawa dia akan pergi, kerana takut dirinya dihalang. Maka secara senyap-senyap dia keluar pada hari itu. Dan apa yang paling mengejutkan dirinya di situ, rupa-rupanya, ibunya pula yang “curi-curi” keluar untuk menyertai ‘Duduk Bantah’ tanpa memberitahu ahli keluarganya.

Program Mega PAS : Hijau ke Putrajaya

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu program anak muda besar-besar yang dipanggil “Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya”.

“Projek Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya adalah merupakan sebuah projek mega Dewan Pemuda PAS Malaysia. Motifnya adalah untuk mengembeleng dan mobilisasi kebangkitan anak muda seluruh negara dan memimpinnya agar berjuang bersama PAS untuk menegakkan cita-cita perjuangan Islam melalui tawaran induk PAS iaitu Negara Berkebajikan”, jelas Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ketika dihubungi, Ustaz Nasrudin juga turut memberitahu bahawa program ini adalah bersempena dengan momentum anak muda yang mahukan perubahan di dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Aduhai MIC...yang ko sebok bab HUDUD nie apasal.. jika tak faham jom kita pie ngajie..!!!

S. Murugessan dan MIC Perlu Tumpu Soal Hak-hak dan Kepentingan Masyarakat India

Saya merujuk kepada berita yang disiarkan Sinar Online “Hudud: MIC mahu PR buat pendirian jelas”
Saya menasihatkan Setiausaha Agung MIC, S.Murugessan dan parti MIC supaya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan hak-hak dan kepentingan masyarakat India di negara ini, yang menjadi lebih utama pada masa kini.

Bagi saya dan kebanyakkan masyarakat India, samada Hudud itu dilaksanakan atau tidak, ia tidak ada kena mengena dan kaitan dengan hak-hak dan kepentingan kita. Ia tidak akan meninggalkan sebarang kesan keatas sosial ekonomi masyarakat India kerana ia adalah isu yang berkaitan dengan masyarakat Islam.

Murugessan dan MIC perlu mengambil berat soal lebih 240,000 kaum India yang tidak memiliki kad pengenalan dan bukan kerakyatan, lebih utama dari mempersoalkan tentang samada hudud akan dilaksanakan atau tidak.

Murugessan dan MIC sebagai sebuah komponen parti pemerintah yang kononnya memperjuangankan nasib masyarakat India, perlu memastikan tidak ada kaum India yang merempat kerana ketiadaan rumah (homeless).

UMNO KETANDUSAN ISU SEHINGGA MAHU BERMUZAKARAH


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkenaan pelawaan bermuzakarah antara UMNO dengan PAS sebagai idea lapuk yang dikitar semula. Ini kerana UMNO tidak pernah ikhlas mahu mengadakan muzakarah dan sudah bertahun idea ini dilontarkan namun tidak pernah mereka serius menyahutnya setiap kali cadangan ini dibuat.

DPPM menganggap pelawaan muzakarah dengan UMNO adalah tindakan terdesak bagi menyelamatkan jangka hayat mereka yang sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Mereka menganggap muzakarah akan memberikan kekuatan politik dan boleh memenangkan mereka sehingga menyebabkan keresahan dikalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat. Hakikatnya, umum telah memahami sepak terajang politik sedemikian dan tindakan ini hanya menambah kekuatan sokongan terhadap PAS.

3 perkara laporan SB yang mengakibatkan NAJIB tangguh lagi umum tarikh pilihanraya


Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa. Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, yang mana situasi ini akan menyebabkan BN tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku ‘Hung Parliament’ ataupun Parlimen Tergantung. 
 
Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit untuk BN.

Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Macamana Nak Mengundi nie...siapa punya kerja...??

Terkejut bila melihat senarai daftar pemilih dari laman web SPR ni , selalunya nombor akhir ganjil untuk lelaki, tetapi yang ni ternyata perempuan . 

Dahla jantina berubah tetapi negeri pula dari Kedah sudah jadi Selangor, tak kisahlah yg tu mungkin dia tinggal di Selangor, tetapi bila tuan tubuh sendiri mari bari diketahui bahawa beliau adalah bekas askar dulu mengundi Pos tetapi dah org lain ambil nombor KP dia daftar di Selangor, tu lah yg Bersih auruh bersihkan daftar pemilih macam ni lah ni. Drp penelitian dlm PSC mengenai daftar pemilih ni, 

Polis Malaysia buat apa..nganga ka?

BANGKAI betoi...

Salam semua...

Baru sangat kita sambut hari cikgu, 16 Mei setiap tahun. Maka banyak la kata-kata puitis yang terbit, puji cikgu cikgi meleleh-leleh. Memang banyak sungguh jasa cikgu kat kita. Tanpa terkecuali, semua dari kita ni memang dibesaqkan hasil didikan sorang cikgu, tak kira la cikgu peringkat mana sekalipun. Memang patut sangat la kita puji depa sebagai tanda terima kasih.

Tapi jangan dok salahkan cikgu pulak mengkalu ada dua tiga kerat anak-anak murid depa jadi hantu tanpa tuan. Ca hangpa tengok gambaq bawah nie, anak murid cikgu mana tah la yang buat perangai hodoh nih... bangkai betoi...


Anggota polis Thailand melihat bangkai dua harimau yang diseludup dari Malaysia selepas tertangkapnya dua suspek yang bertindak menyeludup bangkai terbabit di Bangkok, Thailand, Rabu.

Rupa sebenar Kazim Elias terserlah di pentas UMNO


Rakyat  Kampung Sri Rahmat berasa kesal dan sedih apabila ceramah UMNO diadakan di Surau Kampung Tersusun Seri Rahmat (Berhampiran Kelab Golf Clearwater) pada 16 Mei 2012.
Menurut keluhan beberapa jemaah surau berkenaan mereka berasa terkejut dan kesal kerana penganjuran ceramah oleh JASA dan pemuda UMNO bahagian Gopeng itu tidak mendapat persetujuan daripada ajk surau berkenaan untuk diadakan ceramah politik.
Walaupun tajuk ceramah yang diadakan dihebahkan bertajuk  bicara Agama bertajuk Tidak Amankah Malaysia?, hakikatnya penceramah yang dijemput pada malam itu iaitu Ustaz Kazim Elias telah menggunakan peluang berceramah di atas pentas Pemuda UMNO untuk menceritakan kekesalannya berada dalam PAS sebelum ini. 
Malah cerita-cerita picisan kononnya beliau dipinggir oleh ajk surau PAS yang dikumandangkan dalam ceramah beliau itu jelas menampilkan isi hati beliau sebenarnya yang sebernarnya telah lama menyebelahi UMNO.

Sapa yang dok sedap mulut kata PAS dah buang HUDUD mai sini Dewan Ulamak PAS nak habaq..!!!

Hudud: Pas tidak akan 'menyerah kalah'

Datuk Harun Taib
Datuk Harun Taib
 
SHAH ALAM - Pas akan terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud.

Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara tersebut.

“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR.

“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang.

“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ladang Sejahtera: Dari rakyat untuk rakyat

PENDANG – “Dari rakyat balik kepada rakyat”. Itulah konsep kewujudan Ladang Sejahtera yang diilhamkan oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed).

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha menambahkan hasil negeri yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat Kedah.

“Sejak kita (kerajaan) takbir Kedah tahun 2008, kita sentiasa cari jalan untuk tambah hasil negeri bagi kesejahteraan rakyat.

“Kita juga agih apa jua pendapatan daripada perusahaan yang diusahakan balik kepada rakyat kerana sebagai rakyat negeri Kedah sewajarnya mendapat habuan daripada hasil yang diperolehi daripada negeri Kedah,” jelas beliau pada Majlis Penyerahan Saguhati kepada peserta-peserta Ladang Sejahtera bagi daerah Pendang, Padang Terap dan Bandar Baharu yang diadakan di Kompleks Rakan Sukan Daerah Pendang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...