TERKINI :

Thursday, May 17, 2012

Bukti Umno ‘parti tua’ penaja keganasan

Oleh BADRUL HISHAM SHAHARIN

TANGGAL 4 Mei, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula mengumpul dukungan pertubuhan anak muda dan mahasiswa untuk sama memperakui satu memorandum yang akan dihantar ke Bukit Aman pada 7 Mei 2012.

Memorandum itu berkenaan dengan desakan untuk PDRM segera mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dengan jenayah dan salah laku pada 28 April 2012 ketika mengendalikan Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah negara iaitu Bersih 3.0 Jemputan kepada media telah dibuat kepada media dan pihak PDRM seawal Ahad (6 Mei).

Namun pada pagi Isnin (7 Mei) kami dimaklumkan beberapa front Umno secara bertungkus lumus saat akhir cuba mengumpulkan orang untuk kononnya berdiri terpacak depan Bukit Aman untuk membaca ikrar taat setia.

Sesuatu yang pelik dan mengundang senyuman sinis.

Sebenarnya tidak lain dan tidak bukan cuma mahu mengganggu proses penghantaran memorandum yang kami rancang.

Mengetahui perancangan mereka yang mahu mencipta suasana pergaduhan maka kami membuat keputusan untuk pergi dengan bilangan kecil yang lebih sedikit untuk mengelakkan pertembungan dan mahu menumpukan kepada isu sebenar.

Durian runtuh: Kekalutan mula timbul

Hazayani Zakaria, 17 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Keceriaan peneroka Felda mendapat 'durian runtuh' dalam sekelip mata ditenggelamkan oleh keributan akibat beberapa masalah melibatkan pengagihan wang RM15,000 yang membabitkan tiga fasa.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, masalah timbul apabila RM5,000 yang diberikan kepada peneroka (suami dan bapa) tidak boleh diwakilkan kepada orang lain.

Jika terdapat peneroka yang sudah meninggal dunia, wang itu tidak boleh diambil ahli keluarga yang lain menyebabkan separuh daripada pembayaran tidak berlaku.

Begitu juga kes isteri peneroka yang meninggal dunia, juga tidka boleh menerima RM5,000 itu.

"RM5,000 lagi yang diberikan kepada anak peneroka pula tidak dijelaskan secara spesifik anak mana yang layak menerimanya.

BM-Premium B IP BM-Premium C IP Tak boleh mengundi, nombor IC 'dicuri'


BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.

'Apa lagi, jual kuetiau depan Seri Perdana pula?' - KJ

NONEKetua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

Khairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM akan serah borang sertai PAS 20hb Mei nanti.. Allah'Huakbar

Tahniah..Buat Dato Haji Fauzi Shaari..Pukolan maut buat Zambry.

Satu lagi pukolan maut buat UMNO Perak khususnya...Apa yang yang mantan KPN Rahim Nor katakan kepada Tuan Guru Nik Aziz dah termakan diri kepada bekas polis dan kepimpinan Polis... 
 
Pada 20hb nanti anda tunggulah majlis penyerahan borang akan dilakukan....


Calon UMNO macam Kereta Buruk

Wakil rakyat Umno, wakil rakyat lama ,Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.

PETALING JAYA: Menjelang pilihanraya umum 13, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin ramai senarai menteri serta ahli parlimen yang sudah empat penggal atau hampir 20 tahun memegang jawatan.

Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.

Mendahului senarai tersebut tidak lain tidak bukan ialah Najib sendiri yang menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 32 tahun pada 1982 hingga 1986. Beliau sudah tujuh penggal menajdi wakil rakyat Umno.Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lapan penggal sejak ahli Parlimen Pagoh pada 1978.

Tetapi wakil rakyat Umno paling lama yang masih berkhidmat ialah Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 1969 lagi.Pemimpin kedua paling lama Umno ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mula menjadi ahli Parlimen Samarahan pada 1970.

Kerana takut kalah PRU, BN permainkan Islam.......

KAMUNTING, 17 MEI:  Satu-satunya cara untuk mewujudkan Malaysia yang baru ialah dengan menolak politik perkauman dan manipulasi agama yang sering dimainkan oleh Barisan Nasional, termasuk UMNO dan MCA.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, politik perkauman dan manipulasi agama telah menjadi penghalang kepada usaha menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Kata-kata “Cina balik China, India balik India’ sudah tidak ada tempat di negara ini. Para pengundi perlu berani untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersama Pakatan Rakyat di sini malam tadi yang dihadiri lebih 6,000 orang.

UMNO dan PUNGGUNG bagai IRAMA dengan LAGU

Oleh kerana isu tonggeng ponggong hangat di pasaran Gua kasi turun muat berita bergambar ini kikiki

Umno dan punggung memang tidak dapat dipisahkan..ibarat irama dan lagu........wakaka

Nong Chik!! Betulkah anak hang dianugerahkan projek RM30 juta ni?

Scandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah..

Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.

Ianya  mungkin kelihatan agak biasa memandangkan berbilion-bilion kontrak kerajaan dianugerahkan setiap tahun. Jadi..  jka dibandingkan dengan ratusan Billion kontrsk ysng bernilai RM30 Juta itu adalah kecil nilainya..

Satu-satunya masalah dengan  kontrak  kecil yang bernilai RM30 Juta ini ialah Istijuara Sdn Bhd dimiliki oleh Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar. 

Dan ini bukanlah satu-satunya kontrak kerajaan yang telah dianugerahkan kepada syarikat beliau.


 

Azizan: Projek SULIHH tergendala kerana pemaju

16 Mei 2012

ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) di Yan masih tergendala kerana pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Katanya kerajaan negeri juga belum menarik balik tawaran yang diberi kepada Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh)itu sekalipun tempoh yang diberi bagi mereka melaksanakannya telah berakhir pada hujung 2010.

"Sekarang kita tunggu...kalau (Merapoh) datang balik, kita buat balik (projek SULIHH) dan kalau ada mana-mana syarikat yang ada duit berminat (untuk melabur) silakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini.

Bagaimanapun kata Azizan, syarikat terbabit harus mendapatkan kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara terlebih dahulu memandangkan projek tersebut telah diluluskan kepada Merapoh sebelum ini.

Singapura tinjau pelaburan di Kedah

ALOR SETAR - Singapura sedang meninjau potensi pelaburan di Kedah dalam sektor pertanian, industri dan pelancongan.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan menawarkan tapak pertanian dan hasilnya kelak akan dieksport ke republik itu.

“Banyak perkara dibincangkan terutama membabitkan kepentingan bersama. Saya beri jaminan Kedah mampu membekalkan bahan makanan sama ada makanan ruji seperti beras atau buah-buahan seperti nenas, betik dan pisang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Negara, Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Luar Singapura, Masagos Zulkifli di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini.

Menurutnya, Kedah turut berminat menjadi rakan dagang Singapura dalam sektor perikanan kerana masa ini republik itu menjalin kerjasama dengan Vietnam untuk membekalkan ikan.

100 spesis ular berbisa di Muzium Negeri

ALOR SETAR -  Orang ramai berpeluang menyaksikan kira-kira 100 spesis ular  sempena pameran ular “Bisa Berbisa” dari 6 Mei hingga 6 Jun di Muzium Negeri Kedah, di sini.

Pameran yang diadakan oleh Muzium Negeri Kedah dengan kerjasama Syarikat Cobra Enterprise itu adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai mengunjungi muzium yang terdapat di negeri ini.

Pameran yang berlangsung selama sebulan itu dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ratu Ular, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan, 26 tahun yang berasal dari Sungai Petani berkata, sempena pameran itu, dia tinggal bersama 100 ular berbisa.

“Saya melibatkan diri dalam bidang ini sejak 10 tahun lalu dan mula berjinak-jinak dalam bidang ini ketika berumur 16 tahun,” ujarnya.

Kerajaan Firaun dan Namrud hancur. Inikan pula umNO bN.

KEMBALI 3 | NdR DAH SIAP KUBUR uBn DI PRU13
Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.
23 Jamadil akhir 1433/15 Mei 2012 –SELASA.

Rakyat masih ingat dan seolah-olah ianya baru sahaja berlaku, keatas penjawat awam (negeri/persekutuan) di negeri Selangor Darul Ehsan. Ianya telah dimalukan menerusi secara resmi penghinaan anugerah hadiah penyapu sampah sebenar. Dari YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohd Khir Toyo. Dr Khir toyo adalah Ketua Eksekutif kerajaan umNO uBn Selangor dahulu, menjelang sebelum PRU12 diadakan. Hadiah penghinaan kepada penjawat awam tersebut, diberi kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs). Dihari Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006. Amat biadap lagi kurang ajar, jenis hadiah dihulurkan oleh Menteri Besar yang kurang ajar dan kurang adab susila.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...