TERKINI :

Wednesday, May 16, 2012

Kepada semua GURU.. jangan lupa jika PR perintah Putrajaya.. RM500 sbln untuk anda..!!

Hari Guru: PAS, PR komited naik gaji guru



KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Bersempena dengan sambutan Hari Guru pada hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada semua guru yang berjasa besar kepada negara,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memetik puisi Allahyarham Usman Awang yang menukilkan “siapapun kita hari ini, sama ada Perdana Menteri, pensyarah, peguam, petani atau nelayan, kita bermula dengan ajaran guru”.

Katanya, dalam konteks negara membangun, pendidikan adalah industri yang melahirkan rakyat yang tinggi sakhsiahnya dan membekalkan tenaga produktif yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara.

“Di sebalik itu, guru adalah pemain utama yang menjayakan hasrat tersebut,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Mohon Pendaftar buang nama MELAYU pada UMNO...!!!

Perutusan Menteri Besar Kedah sempena sambutan Hari Guru 2012


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, marilah sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya maka dapat kita menyambut Hari Guru bagi tahun 2012 yang diadakan pada tanggal 16 Mei setiap tahun.

Ia adalah sebagai salah satu penghormatan atas segala bakti yang dicurahkan oleh para pendidik kepada masyarakat selama ini.

Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada kali ini, “Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara" membuktikan satu tuntutan yang besar disandarkan atas bahu warga pendidik seluruhnya.

Skandal ZAHIDA & SHAFIE dah sampai tahap Juta-Juta dah nie..!!!

'Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'

 

NONE
Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Tu dia PENGURUS FELDA pun tak yakin dengan penyenaraian 'saham felda'

Kajian: 65% pengurus Felda percaya penyenaraian akan gagal
 
Satu kajian perunding yang dilantik Felda mendapati 65 peratus pengurus kanan Felda percaya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) akan gagal kerana lembaga tersebut tidak bersedia.

Perunding bebas itu, Boston Consulting Group, juga mendapati bahawa 55 peratus pengurus kanan lembaga itu tidak bersedia untuk rancangan penyenaraian itu.

Malah, hanya 20 peratus dari kalangan pengurus berkenaan yang menyokong rancangan tersebut, menurut kajian itu lagi.

Kajian tersebut mengambil kira pandangan daripada 30 pengurus kanan dalam Felda.

Hasil kajian itu dikemukakan November lalu kepada jawatankuasa pemandu untuk penyenaraian tersebut, yang diketuai pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Sementara itu, semakan ke atas prospektus untuk penyenaraian itu menunjukkan bahawa 53 peratus daripada pokok kelapa sawit di tanah rancangan Felda sudahpun tua, selain 31 peratus pokok muda dan hanya 16 peratus pokok matang.

Gelombang internet sebelum BERSIH 2.0 dan 3.0

Pengenalan
 
Dalam dunia kewartawanan, berita sering digambarkan sebagai naskhah kasar pertama sejarah.  Media merupakan wahana komunikasi yang menyalurkan sesuatu berita, justeru media juga mentakrifkan catatan asal sesuatu peristiwa sejarah.  Namun, proses kewartawanan yang kompleks dan dipengaruhi pelbagai faktor khususnya kuasa politik sering mengubah catatan asal sehingga berita yang dipaparkan dalam media terpesong daripada kebenaran.
 
Media wujud dalam pelbagai wahana.  Di Malaysia, media cetak dan penyiaran sering dianggap sebagai media tradisional.  Apabila kawalan media yang ketat dikenakan terhadap media tradisional, liputan berita atau siaran sesuatu peristiwa penting lebih merupakan "konstruk kompleks" mengikut acuan rejim kawalan, maka gambaran tertentu dipaparkan, persepsi tertentu ditonjolkan.  Dimensi kebenaran yang tertentu menjadi pilihan, dimensi kebenaran yang lain tersisip dalam kekaburan, kalau bukan kepalsuan.
 
Kini dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), media baharu sedang mencorakkan persekitaran sosio-politik semasa dalam negara dengan begitu rancak.  Kawalan terhadap media tradisional masih berterusan, tetapi rejim kawalan yang bersifat monolitik sedang berhadapan dengan cabaran besar media baharu yang bersifat interaktif dan bergerak pantas berentap dengan media tradisional dalam proses representasi sesuatu peristiwa.
 

Pakai terkencing dalam seluar laa lepas nie Zahid Hamidi oi...

Peguam Perancis: Kamu salah, Zahid

NONEMahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Breham (kiri) mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

UMNO: Tak payah guna kepala, sekarang guna punggung pula

Saya berasa geli hati dengan gelagat UMNO yang kian hari kian memalukan. Pagi semalam sekumpulan penyokong parti itu telah berbaris dihadapan kediaman Ambiga, Pengerusi Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot kepada rumah Ambiga. UMNO sudah menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu.
Kemasukkan saya kedalam DAP dahulu disambut oleh seorang dua sebagai tindakan polotik bangkrap. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku semalam itu merupakan betul-betul politik bangkrap yang tidak ada tolok bandingnya.
Nampaknya politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung Saiful, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan kepada bontot dan punggung.

Datuk 'Bontot' rupanya mamat sorang nie...!!!


Aduhai beli datok RM250k.... lepas tu tak boleh pakai.... dan nak kena declare pulak yg itu Datuk palsu... kini timbul semula dok buat tarian BONTOT.... apa pnya mangkaq laa orang tua nie...!!!

Sykur Alhamdulillah.. masih ada lagi pesara tentera tak terima "Tarian Punggung"

Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung'

NONETindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

Aduhai ada juga bekas askar yang bengong...!!!


 
depa kata nama jaa bekas tentera tapi bengong nak mampuih, sia sia hampa dok pi rukuk depan rumah ambiga, orang pi bersih pun rukuk kepada allah tunai solat, yg hampa bergadai nyawa mempertahankan negara dari dicerubuh musuh, tapi pemimpin negara pengkhianat senang senang beri kp kepada warga asing dan boleh daftar sebagai pemilih, kesian vateran bahlol ni. 

Inikah Perjuangan "SUCI" yang TPM katakan..???

 

Inikah Perjuangan "SUCI" yang TPM katakan... buat malu kaum sahaja... lepas tu PESARA TENTERA pulak yang buat kelaku huduh nie... aduhai puak-puak yang berjuangan dengan "SUCI" nie.... ini perbuatan "SUCI" apa kejadahnya macam nie.... buat malu AGAMA BANGSA & NEGARA sahaja...

SKANDAL SCORPENE : Aduhai Najib & Zahid apasal takut nak pie Perancis jika tak salah...

SKANDAL SCORPENE : NAJIB RAZAK DAN ZAHID HAMIDI TIDAK PERLU TAKUT HADIR KE MAHKAMAH PERANCIS JIKA TIDAK BERSALAH

Isu skandal Scorpene yang dibicarakan di mahkamah Perancis benar-benar memalukan imej negara di mata dunia apabila melibatkan Skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia berlaku ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan pada 2002, di mana Perimekar memperolehi komisyen berjumlah RM457 juta.

Pada 20 April lalu, Hakim Penyiasat (Paris Tribunal Instance) Roger Le Loire telah menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Datuk Seri Najib Razak,  Datuk Seri Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.

Isu ini sangat penting dan memerlukan komitmen serta kehadiran Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Zahid Hamidi dalam perbicaraan kes tersebut di mahkamah Perancis . JINGGA 13 merasa hairan kenapa Datuk Seri Najib Razak terus mendiamkan diri daripada menyatakan pendirian terhadap kes skandal Scorpene tersebut.

Ladang Sejahtera wujudkan peluang pekerjaan

Ditulis oleh SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

PENDANG – Ladang Sejahtera yang diwujudkan kerajaan negeri adalah bertujuan memberi peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk luar bandar serta membantu pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.

Pada asalnya diberi nama Ladang Rakyat, selepas itu disyorkan dengan nama Ladang Sejahtera yang bersesuaian dengan moto Kedah Sejahtera. Pelaksanaan ladang ini juga adalah bertujuan memartabatkan penglibatan rakyat dalam arus pembangunan negeri bagi mencapai matlamat kesejahteraan dan kenikmatan untuk semua.

Ladang ini dibangunkandan diurus oleh Kedah Agro Integrated Plantations Sdn Bhd sebagai agen pelaksana dan merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKED).

Pembangunan kawasan ladang ini memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan pemberian saguhati kepada mereka yang miskin.

Pada peringkat awal seramai 1,144 peserta telah terpilih dari daerah-daerah berikut iaitu 263 peserta dari daerah Baling, 154 bagi daerah Padang Terap, 503 peserta dari daerah Sik, 60 peserta dari daerah Pendang, 31 peserta bagi daerah Bandar Baharu dan 133 peserta dari daerah Langkawi.

Ketua Pembangkang Kedah… ‘kata dulang, paku serpih’

ALOR SETAR – “Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Mungkin itu peribahasa yang sesuai digambarkan kepada Ketua Pembangakang, YB Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid yang mendakwa Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) alami krisis kewangan.

Dalam dakwaan tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu mendakwa INSANIAH yang merupakan kolej universiti milik kerajaan negeri gagal menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), potongan zakat dan ansuran bank bagi perumahan dan kenderaan walaupun gaji pekerja dipotong setiap bulan untuk tujuan itu.

Menjelas dakwaan tersebut, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, semasa Mahdzir Khalid menjadi Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), hutang kepada KWSP sebanyak RM838,983 hingga kes ini dibawa ke mahkamah.

MBAS buka prluang pelaburan kepada syarikat tempatan dan antarabangsa

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan membuka peluang pelaburan kepada syarikat tempatan dan antarabangsa yang ingin bekerjasama dalam membangunkan negeri Kedah.

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata peluang pelaburan itu dibuka bagi menambahkan lagi pendapatan Kedah selain membantu menaikkan nama bandaraya Alor Setar.

"Di Alor Setar sahaja, banyak hartanah dan bangunan strategik yang masih belum dipelopori," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hartanah-hartanah berkenaan masih belum memberi pulangan kepada Kedah, justeru itu pihaknya mengambil langkah dengan membuka peluang pelaburan kepada sesiapa sahaja yang ingin melabur.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...