TERKINI :

Tuesday, May 15, 2012

Kemenangan mudah bagi Najib: Pertama, kawal Rosmah. Kedua, tangkap Dr M!

Kehadapan PM Najib,


Jika anda ingin menang dan lebih cemerlang dari 2004 pada Pilihan raya umum ke 13, apa yang anda perlu buat adalah menggemparkan rakyat dengan melakukan perkara seperti berikut:

1. Mengeluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak Baginda dan mendakwa dirinya di mahkamah kerana bersubahat atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu-ya buat kali yang kedua. Rakyat sememangnya mengesyaki dia bersubahat dalam pembunuhan itu kerana dia memegang peranan utama dan mendapat habuan yang besar dalam pembelian Scorpene. Sebenarnya, rakyat juga mengesyaki anda dan isteri anda juga terlibat tapi tindakan harus diambil satu persatu. Apa pun, tindakan ke atas Baginda mungkin akan melepaskan kamu sedikit sebanyak dari skandal mengurangkan kesan negatif dari kredibiliti anda dalam pembunuhan.

Menahan Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham Telekom dan mendakwanya di mahkamah. Orang India akan lebih banyak menyokong anda, walaupun ada Hindraf, dan mereka akan lebih yakin terhadap anda dalam PRU ke-13.

SPR punca segalanya..


SPR punca segalanya..

PERHIMPUNAN BERSIH : SPR ADALAH PUNCA SEGALA-GALANYA DAN WAJAR DIPERTANGGUNGJAWABKAN
 
Perhimpunan BERSIH wujud adalah berpunca daripada kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) bertindak telus , adil dan profesional dalam menjalankan sistem piliharaya yang benar-benar diyakini dan berkecuali dalam mengimplimentasikan amalan demokrasi dalam negara. 

Pelbagai usaha dan kaedah yang telah digunakan termasuk pelbagai pertemuan, memorandum , laporan, bukti dan fakta dikemukakan oleh pelbagai pihak sama ada parti-parti politik , Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) , namun SPR terus bersifat berat sebelah dan tidak bertindak positif bagi memberikan keyakinan kepada rakyat . 

KEMBALI 2 | GERUN DI IBU NEGARA – TEMBERANG DI GUA …………….. (TUDIA..!!!!!!! PM 1MALAYSIA dari uBn)

Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.

23 Jamadil akhir 1433/14 Mei 2012 – ISNIN.

Rakyat dari negeri-negeri seluroh negara, walau sekalipun diancam dan dikecam, diberi amaran oleh penguasa uBn melalui komponan bersekutu mereka (PDRM, Mahkamah dan macam-macam lagi) “jangan ke Dataran Merdeka” pada 28 April 2012 diperhimpunan “BERSIH 3.0 – DUDUK dan BANTAH”. Rakyat telah meraikan tunjuk bantahan kepada kerajaan uBnpimpinan NdR (Najib dan Rosnah) dianggarkan mencecah setengah juta peserta atau dengan angka 500,000. Tujuan penganjur dengan fokas dan matlamat, supaya perjalanan susunan pilihanraya negara yang dikendali selia oleh SPR (Setia pada Rosnah) dibebaskan dari semua jenis penipuan dan penyelewengan. Yang selama ini, ianya menjadi senjata penyelamat uBn dalam PRU-PRU.

Putar belit pulas pusing, bercabang lagi berlapis maka berkukulah ia. Yakni sepupu NDR yang berkuasa di KDN - Menteri Dalam Negeri. Kuasa telunjuknya bisa mengigil mengeletar macam demam kora. Maka menikuslah sekelian penghuni Bukit Aman, dari spisis PDRM dan jabatan sewaktu dengannya. Hishamuddin bin Hussein - HBO mengendali perjalanan peserta bersih dari menara Bukit Aman yang bergelora. HBO meneropong menerjah, mengarah menghulurkan taktik dan teknik. Dapatkan ilham cara-cara menukar peserta bersih aman menjadi huruhara dalam sekelip mata. Peserta BERSIH 3.0 aman sentosa sejak petang 27 April sampai pukul 2.30 petang 28 April. Angkara harubiru dari penyamar anggota PDRM sendiri, maka jadilah huruhara sebiji macam dihajati uBn untuk modal kutukkan selepas itu. Ini bukan auta, ianya adalah nyata.

Jika Tian Chua seorang kena tahan bagaimana pulak dengan 300k lagi yang turun BERSIH 3.0 tuu..??


Tian Chua dituduh di mahkamah

NONENaib Presiden PKR Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan tidak mematuhi perintah pegawai berkuasa untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan semasa perhimpunan BERSIH lalu.

Anggota Parlimen Batu itu dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak dekat ibu negara yang diisytiharkan mengikut Perintah-perintah kawasan larangan 1975.

Beliau dituduh melakukan kesalahan bawah seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dihukum bawah seksyen 7 akta yang sama iaitu penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Najib kena sambut laungan BERSIH di Kota London



Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di satu pertemuan bersama warga Malaysia di London semalam disambut dengan laungan slogan BERSIH oleh sebahagian hadirin.

Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.
"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatnaik di laman Youtube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun membuat keputusan Tiada tindakan terhadap madrasah hingga 4 Jun

Tiada tindakan terhadap madrasah hingga 4 Jun
Wartawan Sinar Harian
15 Mei 2012
Tiada tindakan terhadap madrasah hingga 4 Jun
Fadzil (kanan) dan Jamludin (dua, kanan) bersama wakil badan bukan kerajaan.
ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi semalam, membenarkan permohonan injunksi interim untuk menghentikan sebarang tindakan terhadap Madrasah Salihiah, Kanchut, sehingga tarikh pendengaran semula pada 4 Jun depan.

Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Menurutnya, defendan atau ejen dihalang untuk mengambil sebarang langkah termasuk memberi notis mengosongkan tanah kepada plaintif atau merobohkan bangunan madrasah sepanjang tempoh berkenaan.
Beliau turut mengarahkan wang pampasan RM1,437,300 yang dibayar oleh Pejabat Tanah Daerah Kota Setar kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) tidak dilupuskan sehingga tarikh itu.

Permohonan injunksi itu dikemukakan oleh Timbalan Pengerusi jawatankuasa madrasah berkenaan, Jamludin Murad, 58, sebagai plaintif pertama manakala ahli jawatankuasa madrasah, Fadzil Ishak, 61, (plaintif kedua), Fidel Firaidi Mustapa, 49, dan Fidel Firaidit Mustapa, 49, selaku plaintif ketiga serta keempat.

Plaintif ketiga dan keempat adalah waris kepada Siti Aishah yang mewakafkan tanah untuk dibina surau itu pada 1909.

Defendan pertama, kedua dan ketiga pula ialah Maik, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam pada itu, plaintif memohon satu pengisytiharan bahawa penjualan tanah itu bertentangan dengan Kanun Tanah Negara dan perlu dikembalikan kepada Maik sebagai penjaga amanah kepada tanah wakaf berkenaan.

Writ itu difailkan oleh peguam Jesvinder Jit Singh.

Tiba-tiba aja Ada Kem Tentera di Parlimen Titiwangsa

gambar hiasan aje nie...tak sangkut paut dengan SPR atau NAJIB
Maklumat terbaru Tulang Besi dapat, sejumlah 1500 pengundi pos telah didaftarkan di Parlimen Titiwangsa.

 Nama-nama pengundi pos tersebut didaftarkan di sebuah kem tentera yang telah dirobohkan. Ertinya di tapak kem tentera yang telah dirobohkan itu akan diletakkan lebih 1500 pengundi pos. 

Ini kerja gila SPR di bawah pimpinan Dato Wan Ahmad Wan Omar. Nama2 pengundi POS dari kem yang tak wujud pun dia boleh masukkan dalam Rang Daftar Pemilih BAru untuk Suku Tahun Pertama 2012. 

 Kita faham UMNO amat menggelabah di Parlimen Titiwangsa. Buat pertama kali semenjak 1999 penduduk Kampung Baru akan mengundi protes terhadap UMNO dan Barisan Nasional. 

Pendidikan Percuma dari perspektif Islam

Ibnu Khaldun ialah pemikir Islam bertaraf dunia sepanjang zaman. Beliau banyak membentangkan teori kemasyarakatan mendahului zamannya beberapa abad. Buku karangannya berjudul Muqaddimah yang bermaksud pendahuluan, diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa dunia di timur dan barat, walaupun ia adalah pendahuluan kepada buku sejarah karangannya. Akhirnya kitab Muqaddimah sahaja yang dikaji  kerana analisa ilmu kemasyarakatan yang menarik sehingga Ibn Khaldun diberi gelaran bapa ilmu kemasyarakatan.

Ibn Khaldun mengulas berkenaan pelajaran dan pendidikan dalam bab yang khusus, melibatkan ilmu secara menyeluruh mengikut perspektif Islam yang berbeza dengan teori Barat yang berteras dan berkonsepkan sekularisme yang memisahkan agama dengan dunia.

Paling menarik Ibn Khaldun meletakkan ilmu dan pendidikan ke dalam aspek sina’ah (industri). Bermakna aktiviti ilmu bukan sahaja keperluan ruh dan akal yang menjadi sebahagian daripada kejadian manusia, bahkan kegiatannya yang betul dan saksama menghasilkan kemajuan dalam aspek yang lain termasuk aspek ekonomi yang menambahkan hasil negara.

JJMK Wargakilang: Kemiskinan di Pinggir Kota....

Bismillah hirrohmaanirrohim,
(Saya garapkan cerita ini lillah hi taala, dengan niat akan ada insan-insan kamil berhati mulia akan turun menjejak langkah yang kami tinggalkan)

Weekend baru ni saya diberi kesempatan untuk turun ke KL, secara tepatnya di perumahan PPR Impian Baiduri, Jln 224, Seksyen 51A, PJ, tapi, bagi orang Utara secara lazimnya mana-mana tempat kat area Lembah Kelang tu, kami panggil KL aje; bersama-sama dengan kawan-kawan WARGAKILANG di sana memanjat rumah-rumah flat/pangsapuri di situ menjengah realiti hidup di pinggir kota.

 
Description: http://2.bp.blogspot.com/-mdeDGREtJcg/T6_emPjkwmI/AAAAAAAABCE/MOw_7tFfXDM/s400/brg.JPG
(Sedang meng-agihkan brg2 mengikut keluarga di Stadium MPPJ Kelana Jaya)

Pada asalnya, saya tidak berniat untuk menggarap kisah perjalanan kami ini kerana blog saya moniermatdin.blogspot.com adalah lebih sinonim dengan kisah Jalan-Jalan Masuk Kg mencari keluarga daif dan miskin nun jauh di pedalaman-pedalaman desa. Lagipun, sudah ada sahabat dari sana yang sudah pun meng-abadikan itinerary terperinci aktiviti amal kami ini di website rasmi NGO Wargakilang secara live pada hari berkenaan.

Namun, dalam lebih kurang 4 jam perjalanan pulang ke Utara dari Ibu Kota, jiwa dan perasaan saya bagaikan berbaur, antara rasa sedih, terkilan dan suatu rasa yang tak dapat dihamburkan dengan kata-kata bila mengenangkan keluarga-keluarga yang baru kami tinggalkan ini.

Secara ikhlas, walaupun saya sedari bahawa memang ada org-org susah di pinggir-pinggir kota tapi saya tak sangka mereka itu berada dalam kesusahan dan kesempitan serta di UJI hidup begitu teruk sekali. Saya dok ingatkan org-org kampong kat ulu-ulu desa saja yang hidup perit sebegitu rupa, tapi di kota-kota pun ceritanya hampir serupa.

Semua sekali ada 25 keluarga yang kami kunjungi, termasuk di dalamnya keluarga susah anak ramai, keluarga OKU, Ibu-Ibu Tunggal dan juga Warga Tua.

Kemenangan kedua mahasiswa lawan Auku!


Tanggal 10 Mei lalu telah menyaksikan bagaimana mahasiswa menang buat kali kedua bagi kes mahasiswa mencabar undang-undang drakonian iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Mahkamah telah memutuskan kemenangan bagi pihak 5 orang mahasiswa daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) apabila mereka telah mencabar keputusan penggantungan 5 orang pelajar KUIN yang didakwa bersalah atas perbuatan melakukan demonstrasi di dalam kawasan kolej Mei 2011.

Kemenangan pertama mahasiswa adalah apabila mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak 4 orang mahasiswa daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah di dakwa melanggar AUKU kerana terlibat dengan kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Akhirnya mahkamah juga telah memutuskan kemenangan bagi pihak mahasiswa walaupun selepas itu kedengaran Perdana Menteri akan membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan pula.

Tok Guru Nik Aziz bapa setengah orang kafir

Subky Latif, 14 Mei 2012

KITA tidak tahu apa telah jadi kepada Rahim Nor yang dibuang dari Ketua Polis Negara kerana membelasah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbelas tahun dia hilang tiba-tiba dia keluar dengan menuduh Nik Aziz Bapa Kafir.

Tidak diketahui dia waraskah atau cacat ingatankah?

Rasanya tiada orang Islam yang siuman boleh mengeluarkan kenyataan bahawa Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan itu adalah Bapa Kafir.

Sekalian yang mengenal Ustaz Nik Aziz mengakui beliau adalah seorang yang soleh. Akhlaknya, ibadatnya dan penampilannya dengan masyarakat melayakkannya menjadi orang soleh.

Tiada ada makhluk yang boleh menyangka beliau akan jadi kafir dan mati kafir. Apalah lagi Bapa Kafir. Tuduhan terhadapnya bukan sekadar kafir biasa disebabkan oleh murtad atau menyengutukan Allah atau Islam liberal atau jadi ateis, tetapi bapa segala kafir.

Di kalangan makhluk manusia bapa kafir itu adalah seperti Firaun, Namrud, Abu Jahal dan Abu Lahab. Bapa Kafir ini boleh lebih teruk dari Iblis. Kafir Iblis tidak mengaku dirinya tuhan. Tetapi Bapa Kafir seperti Firaun dan Namrud mengaku diri mereka tuhan. Bagi Rahim Nor, logiknya Tok Guru Nik Aziz itu setara Firaun dan Namrud. Barang dijauhkan Allah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...