TERKINI :

Monday, May 14, 2012

IBN ABDULLAH AL AWAB - KEMBALI 1 | INFO KAMI UNTUK ANDA

KEMBALI 1 | INFO KAMI UNTUK ANDA

INFO KAMI UNTUK ANDA

Dari: IBN ABDULLAH AL AWAB.

22 Jamadil akhir 1433/13 Mei 2012

Kini kesihatan saya diambang pulih, dengan izin Allah, dapatlah secara slow bergerak dan dalam kadar termampu menghadapi lap top usang. Terima kasih kepada teman-teman, rakan taulan (BUKAN yb Dato’ Taulan Rasul) yang menziarahi saya semasa di Hospital Kulim, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan Hospital Pulau Pinang. Penghargaan khusus kepada semua anak-anak dan menantu, adik-adik dan sanak keluarga yang menziarahi. Mengertilah apa itu sakit jantung, yang ianya tidak dapati pengkhabaran tahap sakitnya seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Dah saya lalui hampir 2 tahun. Tidak ada baris dan bait maupun kalimat yang mampu saya menjelmakan disini.

Untuk diperkatakan kepada budi baik isteri tersayang disisiku, menemani ku ketika menderita sakit di ketiga-tiga hospital tersebu. Bersama-sama dengan anak-anak yang akan menghadapi pepereksaan PMR,SPM dan sebagainya. Doanya, tabah hati dan cekal memberi peransang motobasi kepada ku, menghadapi berdepan sakit jantung dengan seribu kemungkinan. Banyak cuti khas diambil kerana menemani ku. Keiklasan tersebut dengan redzaku pasti Allah mengiringi meredzainya. Pasti, Allah dah tentukan pembalasan dan pahala yang setimpal dengan kudus hatinuraninya menjagaku, kerenah sakit dan macam-macam lagi.

Puak UMNO wajib sokong PAS untuk kuatkan ISLAM & MELAYU...!!

 
matematik mudah - apa kata semua kerusi yg PAS lawan UMNO pakat undi PAS yang 67 kerusi tu bagi menang. habis citer. ate yang takutkan DAP kenape?

Dah PAS menang semua kerusi jadi skrg KUASA ada pada siapa DAP...mai kot mana pulak... masalah skrg UMNO yg bodoh SOMBONG dok jaja cerita DAP boleh KUASA.... cuba lihat skrg jika PAS menang 67 kerusi maka dimana ISLAM...dimana MELAYU.. itu belum campor dengan  yang ISLAM & MELAYUdalam PKR dan parti-parti lain... HABIS tang mana hilangnya kuasa MELAYU & ISLAM tuuu....

Senjata-Senjata Sulit UMNO BN terdedah..!!!

 
Depa kata UMNO jika tak ada senjata-senjata ini sekarang ini pakai bungkuih laa jawabnya.. hangpa nak tau depa pakai senjata apa... ini dia kami senaraikan..cuba hangpa pikiaq tengok apa yg depa dok kata nie betoi dak....



BAJU FREE

TOPI FREE

Berhentilah mengutuk keganasan Zionis

Kabus yang menutup wajah kelas tertindas semakin menghilang apabila cahaya mentari BERSIH berwarna kekuning-kuningan menjelma.  Jurang yang merenggangkan hubungan antara kaum yang dibina oleh British dan UMNO lebih 70 tahun lalu tebingnya kini kian rebak.  Prasangka buruk antara kaum yang ditanam penjajah dan kelas feudal UMNO supaya mereka dapat terus berkuasa telah berubah menjadi jambatan.  Anak semua bangsa - Melayu, Tionghua dan India telah bersatu dengan semangat yang satu di dalam BERSIH siri ke 3 - menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Mereka adalah Angkatan Pemuda Insaf yang sedar tentang tanggungjawab untuk membina masa depan bersama yang lebih bermakna.  Mereka telah sama-sama menyaksikan pesta keganasan zionis sebenar pada petang Sabtu 28 April yang lalu.  Regim ini sudah terlanjur jauh dan tidak mungkin lagi untuk balik ke pangkal jalan.  Berhentilah mengutuk keganasan Zionis di Gaza kerana pesta keganasan yang sama telah bergentayangan di depan mata semua malah Zionis di Gaza lebih berhemah terhadap wartawan dan media.  Yang penting kita harus bertanya ke mana UMNO sedang membawa kita semua?  Ke syurga atau neraka?

Petang itu sama-sama telah bermandi gas dari senjata kimia.  Sama-sama rebah dan bangun mencari tempat berlindung.  Membantu dan memapah antara satu sama lain tanpa mengira kaum.  Senjata kimia ini adalah percikan dialektika hukum sejarah.  Pertentangan yang baik dengan yang jahat acapkali akan melahirkan sinar cahaya kehidupan yang lebih baik.

Mai RTM beri '5 minit'........ ANWAR akan jawab soalan MASUK UMNO tuu...

Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri '5 minit'
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
14 Mei 2012
Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri '5 minit'
Anwar bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang pada sidang media hari ini.
 
PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menjelaskan isu dakwaan beliau ingin kembali kepada Umno jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) berinya ruang siaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Senator Ezam Mohd Noor dalam satu ceramahnya pada Ahad yang mendakwa Anwar pernah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyertai semula Umno ketika era pemerintahannya.

“Awak dari mana? RTM.. Ok….Terima Kasih la….Kalau RTM boleh bagi saya 5 minit untuk bercakap saya akan jawab. Tanya menteri awak Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) boleh tak bagi Anwar lima minit atau tiga minit jelaskan secara langsung..boleh…?.

“Isu ini tidak relevan pun dan tak berbangkit..yang ketagih nak masuk Umno itu dia (Ezam),” jawabnya secara sinis kepada seorang wartawan daripada RTM.

Suka Duka Pilihanraya ke 13 di Kedah...!!!

Salam to all,
 

     Hari ini kita di hujani dengan bermacam sms mahupun panggilan talifon,ia datang dari kawan-kawan mahupun saudara mara terdekat.Semuanya berkisar soal pembubaran DEWAN RAKYAT.Makin ramai ahli nujum negara kerana masing2 akan meneka tarikh pembubaran.Malaysia sememangnya negara pelik bin ajaib.Kerana di negara ini rakyt perlu menjadi AHLI NUJUM NEGARA baru akan tahu tarikh pilihanraya dan semestinya hanya ROSMAH yang tahu akan bilakah pilihanraya umum ke 13 akan berlaku.Negara jiran seperti THAILAND dan JEPUN sekalipun sudah tahu tarikh pilihanraya sebulan lebih awal.Janganlah di bandingkan dengan negara EROPAH yang lain nescaya melaysia negara paling HUDUH.
 
Tetapi PARTI POLITIK di MALAYSIA seakan sudah biasa dengan keadaan tersebut.Ketika ZAMAN PAK LAH BADAWI kisah teka meneka ini tidak pernah sunyi sehinggakan PAK LAH masih menafikan pembubaran DEWAN RAKYAT walaupun keesokkan harinya PAK LAH mengumumkan pembubaran DEWAN RAKYAT dan di turuti dengan DEWAN UNDANGAN NEGERI.Inilah wajah-wajah pemimpin yang takut akan bayang-bayang sendiri,kenapa perlu rahsia?takut parti lawan lebih bersedia?inilah yang di katakan cakap tak serupa bikin..
 

Guling, fatwa dan tarikh PRU13

Ahmad Lutfi Othman,     14 Mei 2012

Demonstrasi Bersih 3.0 memang membawa impak besar kepada lanskap politik tanahair. Ia dilihat sebagai antara faktor utama bagi Perdana Menteri mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen ... tapi malangnya, tanpa mengambil peduli langsung tuntutan mereformasikan sistem dan proses pilihan raya, yang begitu lantang dikumandangkan dalam himpunan petang 28 April itu.

Yang dihebohkan media hanya "tindakan ganas dan kotor perusuh", kerugian besar peniaga sekitar Dataran Merdeka (termasuk kira-kira RM280 juta oleh para pengusaha haji dan umrah jika kerajaan Arab Saudi melarang rakyat negara ini mengerjakan ibadat itu!), sedangkan agenda murni pendemokrasian tidak dihiraukan sama sekali. Elit pemerintah yang cukup takut untuk melakukan pembaharuan politik dengan tangkas cuba mengalih isu sebenar.

Selepas 10 hari,  perhimpunan bersejarah yang mengumpulkan lebih suku juta orang itu -- membabitkan pelbagai  lapisan kaum,   majoritinya anak-anak muda -- turut mendapat perhatian istimewa Majlis Fatwa Kebangsaan. Biarpun fatwa yang diputuskan nampak umum, merujuk sebarang perhimpunan atau demonstrasi, namun semua pihak melihatnya ditujukan khusus kepada Bersih 3.0.

Majlis Fatwa memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

"Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama," kata pengerusinya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Mana ada pilihanraya...Najib dah lari pie luar negara laaa pulak..!!

Najib ke UK, spekulasi Parlimen bubar meleset
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN & NURUL AINI MOHAMED ALI
13 Mei 2012
pm najib
Najib Tun Razak bersalam sebelum berlepas ke UK dari KLIA malam tadi. Foto Sinar Harian
 
SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.

Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.

66 tahun: Umno tidak sehebat Firaun

Tiada mana-mana kuasa di dunia ini dapat bertahan selama-lamanya. Betapa kuat dan hebat sesuatu kuasa dan kerajaan itu akhir ianya akan tumbang juga. Sejarah tamadun manusia kuno dan moden banyak menunjukkan bahawa kuasa ‘baru’ itu akan runtuh dan hancur satu persatu. Lihat saja kerajaan-kerajaan dibangunkan manusia seperti mana disebut di dalam al-Quran misal kisah Firaun sebuah kerajaan terhebat milik manusia akhirnya musnah juga.

Waktu itu tidak ada siapa boleh menandingi kuasa yang ada kepada Firaun. Kekuatan, keagungan yang Allah berikan kepada mereka (raja-raja Firaun) menyebabkan mereka melupai diri dan asal usulnya sehingga setengah dari mereka mengaku merekalah Tuhan. Mereka tidak pernah terfikir kerajaannya sehigga meliputi ke 31 dinasti akhirnya lenyap juga dimakan sejarah.

Kerajaan Firaun yang paling lama berkuasa ialah Rameesse II yang berkuasa selama 66 tahun. Disebabkan ketamakan, egois dan melampau batas akhirnya mereka dilaknat dan dikutuk Allah sampai ke hari khiamat.

Demikian juga dengan para diktator dan jutawan dunia moden. Kekuasaan dan kehebatan mereka tidak menjamin mereka kekal selama-lamanya atas pundak dunia. Walaupun pada satu masa mereka digeruni dan disujud oleh manusia yang diperintahnya, tetapi akhirnya mereka jatuh satu demi satu dengan penuh kehinaan dan keji.

Pas: Perkasa tak hormati Majlis Raja-Raja

Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub 
 
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Perkasa tidak menghormati Majlis Raja-Raja yang telah membenarkan parti itu menggunakan perkataan Islam dan oleh itu, tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Majlis Raja-Raja telah bersetuju dan tidak menghalang penggunaan perkataan Islam dalam parti Pas semenjak pemerintahan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

"Pas juga tidak takut untuk terus gunakan perkataan Islam dalam parti kami kerana Majlis Raja-Raja telah menyatakan tiada masalah bagi parti menggunakan perkataan Islam itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika dihubungi Sinar Harian Online.

DS Nizar hadir dalam Ceramah UMNO yang sedang menghentam beliau..!!

Ceramah pembohongan Umno dijerkah DS Nizar

Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.
Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.
Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Pas: Kalau berani bubar Parlimen sekarang

Pas: Kalau berani bubar Parlimen sekarang
Bersatu dan bersiap sedia. Jentera PRU Pas Negeri Kedah bersemangat melaungkan takbir untuk berjuang dalam PRU13.

ALOR SETAR - “Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” demikian laung Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di hadapan lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Pas Kedah semalam.

Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema “Bubar! Kami sudah bersedia!” yang menunjukkan Pas Kedah sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU13, yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa.

Pas sedia muzakarah soal Islam

Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 
KUALA LUMPUR – Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti tersebut sudah jauh terpesong dari perjuangan asal.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan seperti ini adalah serius dan menegaskan Pas sentiasa konsisten berpegang dengan perjuangan asal iaitu memartabatkan agama Islam di negara ini.

“Pas bersedia bermuzakarah dengan semua pihak, pejabat Pas sentiasa terbuka termasuklah kepada Umno sendiri.

“Pas ada majlis Syura Ulama, oleh itu Pas sentiasa memelihara Islam dan bersedia berbincang isu-isu melibatkan umat Islam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...