TERKINI :

Sunday, May 13, 2012

BERSIH3.0: Surat daripada seorang guru kepada pengetua

Tuan Pengetua,

Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu.  Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu.  Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi?  Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula?  Saya berdolak-dalih.  Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan.  Anda tidak mendesak lagi.  Namun saya telah merancang dalam hati saya.  Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.

Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April.  Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi".  Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH.  Sememangnya ia adalah urusan peribadi.  Dan ia juga hal negara yang mustahak.  Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar?  Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya.  Malah saya mahu merealisasikan diri saya.  Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu.  Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk  di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan.

7 sebab Umno/BN sudah tidak layak perintah negara




Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012,  kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan.

Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion.  Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009.

Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda  sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah  RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan.

Umno BN nak guna kaedah penjajah British lawan Majlis Peguam?

Majlis peguam Kelmarin dulu Majlis Peguam berjaya buat satu mesyuarat agung luar biasa (EGM). Dalam mesyuarat agung luar biasa tu Presiden Majlis Peguam sendiri, bawa satu usul iaitu mengutuk keganasan polis ke atas wartawan dan juga peserta masa himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April lepas.

Usul tu disokong oleh 939 dari 1,270 ahli yang hadir, cuma 16 orang saja yang tak setuju dengan usul tu.

Selain tu mesyuarat agung luar biasa tu juga menggariskan 12 resolusi termasuk minta Menteri Dalam negeri dan ketua Polis Negara minta maaf kepada rakyat atas keganasan polis masa himpunan tu.

Memang Umno BN cukup tak puas hati dengan ketetapan mesyuarat Majlis Peguam tu yang secara terang kutuk kerajaan dan sokong Bersih 3.0

Tapi nak buat macamana, Majlis Peguam adalah satu-satunya organisasi yang menghimpunkan semua pengamal undang-undang di negara ni.

Geng yang Najib kata HARAM JADAH desak Najib tarik balik ungkapan tersebut jika tidak.. SAMAN..!!!

Haram jadah: Najib mohon maaf atau saman malu

KULAI, 13 Mei: Ungkapan ‘haram jadah’ yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.

Beliau berkata, ‘haram jadah’ dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.

Aduhai UMNO... Tang mana samanya PERHIMPUNAN UMNO dengan BERSIH 3.0..cubar citer..!!??

Perhimpnan 66 tahun UMNOPORNO makin nyanyuk tak serupa dengan PERHIMPUNAN BERSIH....!!!!

BERSIH vs PERHIMPUNAN  UMNO KAT BUKIT JALIL

Perhimpunan sempena Ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Bukit Jalil malam tadi tidak boleh menyaingi perhimpunan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 pada 28 April lalu.

Ini,  kerana peserta Bersih 3.0 datang dengan hati yang ikhlas supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertindak adil menguruskan sistem pilihan raya berbanding Umno diangkut secara percuma dengan sedikit habuan.

Perdana Menteri, haramjadah Najib Nazak tidak boleh sama sekali mengukur kedatangan orang ramai ke sambutan ulang tahun Umno itu sebagai bukti maruahnya telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat jelata,

Perhimpunan yang datang dari hati yang suci semata-mata inginkan pilihan raya bersih jauh dari perbuatan yang kotor tidak sama dengan ulang tahun Umno ke 66 di mana kedatangan mereka dari kalangan ahli Umno dan penyokong tegar yang diupah serta diangkut dari pelosok negara...

Tu dia PAKATAN RAKYAT dah reka system canggih untuk mengesan pengundi hantu..!!

Keadilan hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/05/Still0510_00004.jpg

Presiden Keadilan, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media Keadilan Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Sudah-sudah lah tu dok peralatkan Mahasiswa wahai UMNO..!!!

Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM

Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas ‘main sorok-sorok, pancing umpan baik punya’.

Himpunan Umno tak boleh saingi Bersih 3.0

KEPALA BATAS, 12 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berpendapat perhimpunan sempena Ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Bukit Jalil malam tadi tidak boleh menyaingi perhimpunan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 pada 28 April lalu.
 Ini, katanya kerana peserta Bersih 3.0 datang dengan hati yang ikhlas supaya Suruhanjaya  Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertindak adil menguruskan sistem pilihan raya berbanding Umno diangkut secara percuma dengan sedikit habuan.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh sama sekali mengukur kedatangan orang ramai ke sambutan ulang tahun Umno itu sebagai bukti maruahnya telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat jelata,

"Perhimpunan yang datang dari hati yang suci semata-mata inginkan pilihan raya bersih jauh dari perbuatan yang kotor tidak sama dengan ulang tahun Umno ke 66 di mana kedatangan mereka dari kalangan ahli Umno dan penyokong tegar yang diupah serta diangkut dari pelosok negara," jelasnya mengulas ucapan Najib semalam yang  yakin Umno sudah mendapat sokongan dengan manusia membanjiri stadium berkenaan.

[Video] Kedah bangkit ikat Lions XII 3-3


KEDAH membawa pulang satu mata berharga apabila mengikat Lions XII 3-3 di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.

Dalam perlawanan yang  bermula jam 7.45 malam tadi menyaksikan tuan rumah meledak gol pertama menerusi Kaptennya Shahril Ishak pada minit kesembilan.

Sejurus selepas itu, Kedah kembali bangkit mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan Khyril Muhymeen pada minit ke-21.
Lions menggandakan jaringan melalui penyerang Shahril Anuar di minit ke-28

Aduhai UMNO....Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir...

Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.


Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini...  

Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.


Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli


Kehadiran tak sampai 50 ribu orang, menyaksikan kepupusan Umno semakin terserlah yang kononnya mempunyai lebih 3 juta ahli.  Inilah petanda kejatuhan Umno yang semakin hari semakin dibenci oleh Rakyat Malaysia kerana mempermainkan Agama Islam serta bermodalkan isu-isu seks yang tak habis-habis...

Pakatan mahu 'angkat' Najib jadi ketua pembangkang


Anwar: Pakatan mahu 'angkat' Najib ketua pembangkang


Datuk Seri Anwar Ibrahim HULU SELANGOR - "Kita perintah bukan sebab saya masuk penjara atau mahu (Datuk Seri) Najib masuk penjara, tidak. "Kita perintah, kita mahu angkat Najib sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia, itu saja." Demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 6,000 penyokong beliau terdiri daripada kaum India, yang hadir pada program Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Bukit Beruntung dekat sini malam tadi.

Anwar berkata, apabila Najib menjadi ketua pembangkang mudah bagi beliau memperlihatkan bagaimana menguruskan sumber kewangan negara dengan baik sehingga mampu melaksanakan apa yang beliau janjikan selama ini iaitu penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan pembatalan kutipan tol.

Menurutnya, PR mampu melaksanakan janji tersebut kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan kaedah pengurusan yang betul dan yakin negara tidak mungkin bankrup.

“Orang tanya, Anwar, apa pasal mahu ambil Putrajaya? Sebab negara ini kaya tapi rakyat miskin. “Kita (akan) umum minyak turun, sekolah percuma, tol batal. Saya mahu jawab macam mana ini boleh dilaksanakan kerana saya duduk Menteri Kewangan lapan tahun. Najib kata bankrup. Dia tak boleh kira, dia kena jadi ketua pembangkang,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...